"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, November 9, 2011

Berat Lahir Anak Kambing. Lagi Berat Lagi Bagus?

Salam para pengunjung,

Jawapan ringkas kepada tajuk di atas ialah TIDAK.

Memang aneh tengok banyak penternak kambing berbangga dengan berat lahir anak kambing mereka. Lagi berat lagi bangga. Makin berat makin berpotensi dijadikan bapak kambing atau pejantan. Hmm.... ye ke?

Berdasarkan rekod ternakan yang saya simpan dan analisis setelah 6 tahun membiakkan kambing, saya buat kesimpulan yang saya mahukan anak kambing saya lahir dalam julat berat yang normal yakni 2kg hingga 3.5kg. Saya tidak mahu berat lahir mereka terkeluar daripada julat ini.

Bagi saya berat lahir anak kambing tidak boleh dijadikan petunjuk utama produktiviti ladang. Berat cerai susu ketika umur mereka 4 bulan adalah lebih sesuai dijadikan petunjuk primer ( bagi mereka yang obses dengan saiz ternakan mereka). Saya sendiri lebih pentingkan fertiliti dan fekunditi yakni kadar kelahiran dan survival sebagai petunjuk primer produktiviti ternakan.

Berat lahir yang keterlaluan sebenarnya akan membawa kepada masalah di kemudian hari. Pejantan yang berat lahirnya mengkagumkan akan mewariskan "sindrom janin besar" kepada keturunannya. Induk akan mengalami pelbagai komplikasi semasa mengandung dan beranak dan sepanjang tempoh menyusu. 

Semasa mengandung janin besar perlukan lebih banyak ruang dalam perut kambing. Jadi kapasiti rumen berkurang, dan keupayaan menyimpan, memproses dan mencerna makanan terhad. Ini meningkatkan risiko kekurangan zat makanan seterusnya keguguran.

Semasa beranak pula janin besar membahayakan induk. Anak boleh lemas kerana saiz yang besar melambatkan kelahiran, rahim induk boleh terkeluar kerana tekanan melampau, pendarahan berlebihan, seterusnya meningkatkan risiko kematian. Kalau tak mati, kerosakan rahim yang kekal menyebabkan induk itu tidak lagi produktif. Kalau tak mati, tak cacat rahimnya, stress yang melampau masa beranak mengambil masa yang lama untuk pulih. Penat kita menunggu nanti.

Tak percaya? sape sape yang dah ada bini dan anak tahulah. Boleh tanya doktor2 dan misi2 yang menguruskan wad bersalin pengalaman diorang. 

Kajian terkini pula menunjukkan mereka yang berat lahir berlebihan berkemungkinan lebih tinggi untuk mengalami masalah metabolisme dan fertiliti bila dewasa.  

Jadi kepada pembiak kambing berhati hatilah jangan termasuk perangkap ini kerana ia bakal membahayakan prestasi ternakan anda suatu hari nanti.

Salam.

7 comments:

  1. perspektif yg berbeza tapi bernas! there is no right or wrong dalam praktis sendiri.

    ReplyDelete
  2. Ini dah sama macam manusia, kalau anak dalam kandungan besar sangat, mak mahu kena ceaserian operation. Kasihan pada kaum ibu kambing. Kambing katjang kawin boer.. Kasihan2

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serupa manusia. Kambing besar besar susah dapat keturunannya.

      Delete
    2. Assalamu'alaikum Wrmbth,

      Survival of the fittest. Saya ada satu persoalan, macam mana nak kembalikan keadaan ibu kambing selepas bersalin pada asal. Badan jadi cengkung sebab susu anak kambing hisap. Beri dedak banyak dan air mencukupi pun nampaknya masih cekung. Atau faktor kecacingan ni.


      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com

      Delete
    3. Aku nak tahu lah apa kandungan sebenar dedak yang digunakan. Pkc + serbuk koko + molasses. Itu je ke? Kalau betul maybe wujud excess protein.

      Delete
  3. Btul2.. risiko pregnancy toxsimia (btul ke aku tulis ni...) tinggi, xpsal2 anak ngan ibu bleh jlan sekali.. rugi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pregnancy toxemia. Hukum alam makin besar organisma, makin lambat pembiakannya.

      Delete