Saya telah dijemput menghadiri Bengkel pengurusan kesihatan ruminan kecil dan EM dalam pengurusan ladang 2011. Bengkel sehari ini diadakan di Institut Penyelidikan Haiwan atau Veterinary Research Institute (VRI) di Ipoh pada 15 November 2011. Saya gembira dapat bertemu dan bertukar maklumat dengan penternak lain. Saya juga mendapat maklumat lebih jelas berkenaan aktiviti VRI dan pengetahuan berkenaan aplikasi effective microbe untuk ternakan. Terima kasih kepada pihak VRI kerana menjemput saya.
Harapnya nanti ada pula Bengkel Pengurusan Rekod Ternakan. Ada ke? Pasal saya menghadapi kesukaran untuk bertukar maklumat produktiviti ladang dengan penternak lain. Banyak penternak tiada rekod ladang termasuklah ladang besar besar yang gah namanya. Situasi ini sangat mengejutkan dan menyedihkan. Para pembuat polisi penternakan dan penyelidik pula terpaksa berkiblatkan negara luar bila membuat keputusan kerana kekurangan nyata rekod tempatan. Itu yang jadi kelam kabut industri ternakan sekarang.
Kita dalam industri ternakan patut ada satu set standard indikator produktiviti ladang. Asasnya ialah kadar kelahiran, kadar kematian, dan kenaikan berat badan. Kebanyakan orang terlalu menumpukan pada saiz dan berat badan. Banyak sangat rekod pasal berat badan dan nutrisi pemakanan. Tapi bila masuk bab kelahiran dan kematian yang merupakan indikator primer "survivability" pembiak, takde rekod. Susah betul nak cari.
Kalau semua penternak mula menyimpan rekod kelahiran dan kematian secara teliti dan membuat analisis maka bermulalah reformasi industri ternakan malaysia. Saya menyeru kepada rakan ternakan sekalian marilah kita menyimpan rekod ternakan kita. Marilah kita bersama sama memulakan langkah kecil ini kerana walaupun perjalanan masih jauh tapi sekurang kurangnya kita sudah bermula.

Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteAlwi, kalau tuan boleh kongsi template pun sudah jadi rujukan yang baik untuk mula
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
http://hargakambingboer.blogspot.com
http://what-is-aqiqah.blogspot.com
http://hargalembukorban2011.blogspot.com