Salam para pembaca,
Sedikit update berkenaan pembiakan kambing saya. Untuk tahun 2011 ini setakat 9 november saya telah mendapat 213 ekor anak daripada 101 ekor ibu kambing. (Jangan kira dulu kadar kelahiran kambing saya, kerana kadar kelahiran sebenarnya dikira per tahun untuk ketepatan. Jadi ada 52 hari lagi untuk melihat perkembangan selanjutnya).
Ada sesiapa pembiak kambing boer atau jamnapari sudi berkongsi maklumat ternakan mereka? Kalau pengimport atau trader saya tak mahu dengar. Banyak sangat kelentongnya, banyak sangat cakap besarnya. Bila minta rekod ternakan, mula menggelabah tukar topik lain. Bukannya minta rekod kewangan.
48% adalah anak jantan dan 52% adalah anak betina. Banyak pula anak betina tahun ini. Tahun sudah 58% jantan 42% betina. Tapi takpe, tunggu tahun ni habis, tengok macam mana.
Hmm.. memandangkan kapasiti kandang saya terhad, saya nak lebih banyak anak jantan. Jadi kepada pembiak yang rekod ternakannya secara konsisten banyak kelahiran anak jantan hubungi saya. Saya sedang mencari kambing pejantan.
PEMERHATIAN PENTING ALWI GOAT FARM:
(1 pejantan:60-70 betina) membawa kepada kelahiran lebih banyak anak jantan.
(1 pejantan:20-40 betina) membawa kepada kelahiran lebih banyak anak betina.
Pelik juga ye. Walau bagaimana pun ini adalah situasi ladang saya dan pemerhatian saya sendiri. Ladang penternak lain mungkin berbeza.
Pejantan primer saya umurnya sekarang 4.2 tahun. Belum pernah direhatkan. 76 induk untuk dia tahun sudah. Tiada sebarang suntikan vitamin atau hormon tambahan. Tiada makanan special untuk dia. Barangkali ada penternak yang terkejut tengok nisbah pejantan kpd betina ladang saya.
"Banyak sangat betina tu.. mana larat pejantan tu".
"kalau ikut teori kan 1 pejantan kepada 20 hingga 30 ekor betina".
Sebenarnya pejantan yang cergas dan lasak mampu melayan banyak betina. Untuk cergas dan lasak hanya ada satu cara :
KENA BANYAK BERJALAN. LAGI JAUH LAGI BAGUS.
Berjalan? Ya.
Berlari? Tidak.
Berjogging? Tidak.
Jaga makan? Tidak.
Lagi banyak berjalan, lagi cergas, lagi lasak, lagi subur, lagi susah jatuh sakit. Kalau sakit, cepat sembuh. Bukan untuk kambing je, manusia pun sama. Jadi banyakkan berjalan (bukan berjogging atau berlari) untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
Kambing makan tanggung (intensif) walau nampak gemuk lagi bulat sebenarnya tidak cergas. Bila tak cergas, kesuburannya berkurang. Kegemukan memang terbukti mengurangkan fertiliti. Dah berlambak kajian yang menemukan hubungan negatif antara kegemukan dan fertiliti. Termengah mengah kambing makan tanggung ni bila ikut kambing yang dah biasa lepas. Ada yang sampai pengsan.
Kalau dapat turun ke tanah sebentar untuk berjalan jalan sekitar kandang dan menghirup udara luar serta mandi cahaya matahari pasti dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kegembiraan kambing seterusnya membantu dalam meningkatkan produktiviti ternakan.
Pandangan peribadi saya ialah sistem intensif (makan tanggung) tidak sesuai untuk mereka yang cuba membiak, tapi lebih sesuai untuk mereka yang cuba menggemukkan. Fikir dalam dalam. Betul tak? Sebenarnya untuk pembiakan kita tak nak kambing kita gemuk. Kita nak dia cergas dan lasak. Di negara negara yang maju industri ternakannya, mana ada pembiak kambing/lembu pedaging yang buat sistem intensif? Kalau penggemukan baru guna sistem intensif. Kos sistem makan tanggung untuk pembiakan terlalu tinggi. Kena pula harga dedak melambung. Tapi kalau penggemukan tak kisah pasal jangka pendek.
Ada banyak lagi data ternakan yang belum saya tunjukkan, Kepada penternak yang telah mendapat kiriman rekod ternakan saya atau melihatnya, harapnya kita dapat bertukar maklumat dan sama sama memperbaiki rekod ternakan kita.
Assalamu'alaikum Wrmbth tuan,
ReplyDeleteSaya berminat rekod ternakan anda.Boleh kongsikan? Pejantan saya sebelum ini kambing boer tapi bila sampai kandang memang tak aktif. Memang kesilapan saya dahulu banyak beri pellet dan manjakan pejantan.
ummbaraqah@gmail.com. Tq tuan
kambing pun jadi malas.
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
http://hargakambingboer.blogspot.com
http://what-is-aqiqah.blogspot.com
http://hargalembukorban2011.blogspot.com
Tuan alwi saya berminat dgn cara merekod tuan boleh kongsikan?
ReplyDeleteaqilfarm@gmail.com
Salam Tuan.
ReplyDeleteSaya juga mahu.
zulkefli1979@gmail.com
Zulkefli
Sandakan, Sabah.
Salam tuan
ReplyDeletesaya sangat berminat dgn cara saudara,
boleh kongsikan
amran
Nilai NS
salam tuan
ReplyDeleteblh email kan kpd sy cth data2 rekod ternakan.
bseribuak@yahoo.com
amran
Nilai NS
Salam tuan,
ReplyDeleteHarap tuan dapat kongsikan sample rekod ternakan tuan :)
email sy - blitzartefx@gmail.com
Saya baru nak menceburi bidang ternakan kambing..dan still dalam process nak collect seberapa bnyk input & info...utk dijadikan panduan :)
Faidz
Kuala Pilah