"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, October 26, 2012

SILAP!!!


Raya haji tahun ni memang penat tertonggeng aku dibuatnya. Tak cukup manpower so kelam kabut dibuatnya. Dalam dok sibuk menjual kambing dan melayan pelanggan (kena buat kerja kandang lagi + musim beranak + kena main sms + kena jawab call + kena layan anak bini lagi), aku terlepas pandang satu benda.

Aku terbabas jual seekor kambing jantan yang nak dijadikan pejantan. Aku jual tanpa tengok rekod betul betul. Adehh sayang betul! Pasalnya budak jantan ni umurnya baru 4.4 bulan tapi berat dah 30 kilo. Perut kosong belum makan rumput lagi. Tanpa sebarang deworming.

Kacukan boer, anak kepada Laksam no tag 638 (kelahiran ke 638). Nenek dia Lasagna 162 (kelahiran ke 162) kacukan boer juga. Moyang dia Losin no 8 (kelahiran ke 8). Atas moyang (amende ntah aku tak tahu) ialah induk terawal aku yang diberi nama Makcik.

Makcik ni kacukan kampung dan british alpine. Tuan dia dah reject nak buat kambing potong je. Kiranya nak cull lah. Dah tua sangat. Body tak cantik plak tu. Memang sahih lagi terang benderang gred takai punya. Aku plak pi beli harga sekilo rm10. Aku bukan tahu kambing reject ke idak. Pertama kali nak beli kambing. Ingatkan dah pergi kursus 3 bulan, dah pandailah pilih kambing. Hahaha kena kelentong juga..

Tapi aku tak marah pada yang jual.. sebabnya dari kambing yang sakit nilah aku banyak belajar.

Makcik ni kecik je, in fact induk terawal aku yang paling ringan dan kurus. Aku panggil Makcik sebab nampak dia paling tua dan geriatric dalam semua geng induk awal aku. Pertama kali sampai kandang, terus jatuh sakit. Selsema meleleh leleh, kurus tahap anorexia, jalan slow macam nak tumbang dan ada kutu babi. Malam malam aku selimutkan dia dengan guni, siap buat baju khas untuk dia daripada guni lagi. Kesian tengok dia terketar ketar malam malam.

Pasang pelita dan ubat nyamuk lagi untuk dia hehehe (jangan ikut lagu ni yea...)

Dan Makcik menjadi cikgu kambing aku yang paling hebat tanpa aku sedar. Ilmu yang dicurahkannya melebihi gabungan ilmu ilmu dalam segala kursus kambing yang aku pernah pergi. Padahal dia buat perangai kambing dia je, takde pula bentang laptop buat presentation kat aku. Atau charge ringgit malaysia 1500 per kepala untuk attend kursus yang dia buat.

Ni gambar dia.



Makcik... from worse performer to excellent performer, dan kambing yang menjadi cikgu besar aku sepertimana Socrates + Plato + Aristotle kepada tamadun Greek purba.. yaaaaa..

Dan keturunan Makcik juga meluas dan menjadi dalam kawanan kambing aku walau pun pada awalnya Makcik adalah worst performer kambing aku. Aku pelik juga macamana plak boleh jadi dari tahap worst ke tahap one of the best performer. Maybe that is the beauty of sexual mating, enhanced by the vigor of hybridization, and by which we can never accurately predict the outcome.

Ada elemen probability. Tak macam cloning kan? Sebijik sebijik keluar macam induk dia. Boring betul klon klon ni. Tak best langsung!

Anyway balik kepada budak jantan umur 4.4 bulan yang beratnya 30 kilo tadi. Untuk menyedapkan hati aku yang keralatan kerana terjual dia ni, aku pun katalah kat diri sendiri. Takpa takpa maknya si Laksam ni baru first kidding, kalau nak buat bapak, tunggulah third atau fourth parity, dan berkembar. Barulah sedap sikit selection untuk buat bapak kambing.

Haa biasaklah nak sedapkan sikit hati sendiri aiiii..

Oklah tuan tuan pembiak sekalian. Itu je cerita aku kali ni. Jumpa lagi.

Salam Aidiladha!

5 comments:

  1. salam aidiladha tuan.

    lama tunggu update dan akhirnya ada pun. den tak pasti kenapa dalam bebanyak blog yang den follow.. blog tuan gak yang den tunggu selalu. banyak ilmu dapat belajar kat sini. terima kasih tuan :)

    kalau berat 30kg macam anak laksam tu. kira normal atau bagus? dengan umur dia baru cecah 4bln

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya prof..perghh 4.4bln 30kg..kalaula den yg jd pembeli tu mmg best laa.hehe..sape yg trbeli hrap contact den,kalau2 xsmbelih lg la...hihi-keratong...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari raya...kasi makan apa 4.4bln berat dah 30kg power sungguh..cecite2x

    ReplyDelete