"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, April 15, 2012

MESYUARAT MESYUARAT

Salam tuan tuan,

Aku baru sampai bangi yang menjadi kediaman mak bapak aku. Barulah aku boleh akses internet. Kalau dok ladang kambing aku kat perak ni, memang takde harapan update blog. Semalam isal ngan awang dari keratong pahang melawat ladang. Memang aku respek dengan semangat yang ditunjukkan oleh member muda seperkambingan. Keratong ke bidor jauh tu, berapa ratus km aku pun tak tahu, tapi confirm panas buntut tu. Semangat semangat!

Yang aku heran tu bila balik semula ke keratong, 5 jam aje diorang ni bawak keta. Fuhh.. mahu  160km sejam bawak ni, dasat dasat. Kalau aku takat 80km sejam je, tak berani bawak laju laju ni. Dah hilang semangat merempit masa muda muda dulu. 

Itu hari fairul dan faizal umm baraqah kat klang pun datang melawat. 2 jam jugaklah baru sampai ladang aku. Terima kasih lah geng geng muda yang sudi melawat kandang kambing aku yang cincai dan daif nih. Esok ada masa aku melawat kandang korang pula. 

Anyway, besok ada meeting kat pejabat PM kat putrajaya. EPU (Unit Perancang Ekonomi) panggil kitorang Persatuan Pembiak Kambing Malaysia untuk berdialog dan mendapatkan input. Kementerian Pertanian ada, Kementerian Kewangan ada, Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada, Mardi pun ada. So aku kena pi lah mesyuarat tersebut. Takpa lah aku dok diam diam, biarlah pengerusi PPKM Hj Zainal Ghani yang buat presentation. Aku mana pandai, mana reti bab bab ni. Kalau makan karipap ngan minum teh bolehlah hehehe

Kalau tak silap aku, besok keluar lagi press statement PPKM, kat utusan malaysia plak. 

Oklah tuan tuan. Banyak benda lagi nak dibuat ni. Esok kalau sempat aku update lah pasal meeting ngan EPU nih. 

Mbekkk!!!




2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan alwi..tq ats lynan msra n brkongsi pnglmn brsma kami brdue.rase mcm xnk blik pulak.haha..aku bwak slow je tp sbb lorong knan je yg kosong trpksela msuk lorong tue..keadaan mmakse la kirenye.hehe..

    Awang blik2 trus angkut laptop bt presentation mlm tu jgak kt mmber2 trnakan d kratong.kire sume kagumla dgn alwi nih.jd idola la kirenye.haha..

    ReplyDelete
  2. Kita sama sama upgrade kita punya knowledge dan expertise.

    Awang buat presentation? Hebat, guna laptop lagi. Memang celik IT sungguh. Aku pun tergagap gagap lagi.

    Bulan depan boleh mintak awang buat presentation kat PEMANDU pula hehe, berkenaan senario penternakan di pahang.

    Memang kagum ngan semangat yang ditunjukkan oleh korang berdua ni. Fairul dan faizal umm baraqah juga. Harapnya kita berterusan belajar sama sama.

    OKlah nak pi meeting epu pula.

    ReplyDelete