Ada pun kajian ini aku terjumpa 6 tahun yang dulu. Sape yang mengkaji aku dah lupa. Tetapi ianya dibuat di negara bawah laut Belanda aka Holland. Belanda ni walau pun seluas Pahang je, tapi produktiviti agro dan agro based industry dia memang dasat betul. Tak padan dengan negaranya yang kecik banget. Pelabuhan rotterdam pun pelabuhan no 1 dalam dunia, paling sibuk dan menjadi pintu masuk ke benua eropah.
Kajian tadi dilakukan ke atas lembu susu, yang bernama dan tidak bernama. Tak silap aku kajian dilakukan selama 4 ke 5 tahun. Didapati lembu susu yang ada nama lebih tinggi penghasilan susunya antara 3% ke 4% semasa tempoh laktasi berbanding lembu susu yang tiada nama.
Inikan senang punya cerita. Bagi nama dan produktiviti lebih tinggi. Maka aku pun sibuklah bagi nama nama kat kambing aku dengan harapan produktiviti kambing kambing aku lebih tinggi. Selalu juga bertekak dengan bini aku nama apa yang sesuai. Pasalnya kitorang belum ada anak masa tu – baru kahwin, so aku engage bini aku jadi mandur kandang sementara aku jadi gembala. Jadi bini banyak masa kat kambing kambing, senang nak bagi nama kat anak anak kambing ni.
Tapi bila kambing dah banyak, pening jadinya nak bagi nama tiap tiap ekor. Tak lalu dah. Bini aku pun malas dah nak campur tangan. Kena pula dah ada anak sendiri. Dan anak perempuan aku tak boleh naik kandang kambing, jadi gatal gatal satu badan. So bini aku dah tak jenguk kandang kambing walau pun sebelah rumah. Aku pun jadi tak bersemangat nak bagi nama.
Pasang tag aje jadilah. Bagi nama kat betina je. Itu pun kalau dah beranak. Dan jujurnya aku sendiri tak pasti samada memberi nama kepada setiap kambing meninggikan produktiviti atau tidak. Aku kan buat kambing pedaging, bukannya lembu susu.
Kajian kat belanda tu ke atas lembu susu je, yang sedang laktasi. Takde pula dibuat ke atas lembu pedaging atau pun kambing susu atau pun kambing pedaging. Tapi yang pasti bagi aku, bila bagi nama kat kambing ni memang memudahkan kita kenalpasti kambing kita.
Dan kajian tu menyatakan sekiranya kita beri nama yang 'feminine' atau tinggi darjah keperempuanannya – hahaha amende ayat aku ni, ia lebih baik untuk lembu susu tersebut. Slightly higher productivity, tinggi sikit tapi tak banyak berbanding yang ada nama. Macam nama yang berkaitan bunga bunga. Talk about flower power!
Dan kajian tu mendapati nama yang paling popular untuk lembu susu di belanda (dan juga amerika) ialah nama sejenis bunga yang dipanggil daisy. Bersepah bersepah cik mek daisy kat dua negara ni. Tak tau pula aku kenapa daisy yang popular.
Aku pun tak kenal mana satu bunga daisy ni. Tapi yang aku tahu mungkin elok bagi nama bunga kat kambing betina kita, mana tahu tinggi produktivitinya. Kita pun ada macam macam bunga – orkid, anggerik, ros, rosemary, bunga raya, nyonya, taik ayam (bunga juga kan?) dan macam macam lagi. Kena jadi pakar bunga, pakar botani, atau landscaper baru lagi senang nak bagi nama kat kambing kita ni.
Pemberian nama membentuk immediate attachment dengan subjek kita. Closer bond, which can be advantageous yet bring disadvantage. Kekurangannya ialah kita jadi susah nak berpisah dengan kambing kita bila sampai masanya, samada masa nak jual atau pun masa nak sembelih.
Dulu aku selalu juga bertekak ngan bini aku (tak le sampai bergaduh weh) bila aku nak jual kambing, dia pula tak nak. Sayanglah, penat jaga tengok dia membesar dari kecil, simpanlah dulu, etc. Padahal nak pakai duit ni, tak jual mana nak cekau duit. Orang perempuan memang sayang betul ngan kambing, itulah jadinya bila bagi dia jaga, kena pula ada nama kambing kambing ni.
So untuk sekarang, kambing jantan aku tak bagi nama. Senang masa nak jual atau sembelih, takde rasa sedih sangat. Kambing betina pun sama, kecuali masa dia beranak kali pertama. Baru aku bagi call sign. Bila kita bela kambing pedaging ni, hakikatnya kita selalu berdepan saat saat perpisahan, so kita kena kurangkan rasa sedih tu dengan mengambil langkah langkah yang patut. Tak macam bela kambing susu atau lembu susu.
Mungkin ini salah satu sebab lagi rasul rasul semuanya jadi gembala kambing. Belajar menghadapi saat saat menyakitkan masa berpisah, masa kematian, mengorbankan sebilangan tertentu untuk survival gerompok utama. Belajar mengendalikan perasaan sedih ini dengan binatang ternak sebelum betul betul menjadi pemimpin ummah.
Ok lah tuan tuan. Itu saja kali ni. I am signing off! Roger and out!
*3% lebih kuantiti susu yang dihasilkan sebenarnya banyak tu. Bukan susah pun, bagi nama je kat lembu. Gosok hari hari sebut nama dia. Tapi tu lah, takde pula kajian ke atas kambing pedaging. Aku sendiri pun tak pasti, tak konklusif bila aku buat sendiri kat ladang aku. Mungkin kurang sesuai untuk kambing pedaging, mana lalu nak sebut gosok gosok sebut nama bila kambing beratus ekor? Pengalaman tuan tuan macam mana?
salam alaika prof..aku bg nama tp skadar utk rekod jela.sng ingt sbb jumlh cket lg.kalu ratus2 mcm prof tu xdapek dh nk ingt..nk bg nama pun haru jgk tu..
ReplyDeletemcm prof katela..dh bg nama,gosok2 lg timbul plak prasaan syg brlebihan so agk touching time nk jual nnti.so aku jrg la gosok2 nih.hehe..kmbing susu mgkin boleh prof.hehe