Banyak
pembiak kambing pedaging yang gagal adalah disebabkan gagal memahami
betapa pentingnya kadar pembiakan dibandingkan kadar kenaikan berat
badan. Bagi seorang pembiak, kadar pembiakan adalah parameter
absolut, petunjuk yang sangat penting, indeks primer bagi menentukan
kejayaan operasi pembiakan. Kadar kenaikan berat badan sepatutnya
jadi petunjuk sekunder bagi mengukur prestasi sesebuah ladang
pembiak.
Dalam
kebanyakan kursus ternakan yang aku hadir, samada kursus swasta atau
agensi kerajaan, aku sangat terkejut bila indeks primer yang selalu
diasak ke dalam kepala penternak kambing adalah saiz dan kenaikan
berat badan. Inilah padahnya bila importer dan trader diangkat
menjadi penasihat polisi ternakan. Bagi importer dan trader kambing,
memanglah saiz dan kadar kenaikan berat badan yang menjadi keutamaan,
sebab untung diorang kat situ. Bagi importer, saiz yang besar mudah
mempesonakan bakal pembeli, manakala bagi trader yang jual beli
kambing, lagi cepat naik berat badan, lagi untung.
Anehnya,
pakar pakar kambing yang banyak mengkaji kambing sehingga mendapat
title dr dan prof pun turut terheret dalam pemikiran serupa, sibuk
utamakan saiz dan kenaikan berat berbanding kadar pembiakan. Bila aku
tanya pasal kidding rate, banyak dr dan prof ni tak tahu, atau
mengelak, atau merapu rapu berpusing pusing hahaha. Padanlah banyak
projek projek besar dan gah yang diterajui diorang ni jadi
terlingkup.
Dan
majoriti pembiak baru sibuk mencanangkan saiz dan kenaikan berat
badan kambing di ladang mereka sebagai kayu ukur prestasi. Setiap
tahun aku akan jumpa fenomena yang serupa, dan setiap tahun aku akan
jumpa kegagalan demi kegagalan. Setiap tahun. Sejarah terus
berulang.
Kita
berada di landasan yang salah, sebab itu banyak geng pembiak kambing
pedaging tumbang, banyak projek juta juta gagal tersungkur, industri
kita terus malap, dan kita masih gagal menyahut cabaran meningkatkan
pengeluaran daging kambing dalam negara. Kita tersalah pilih prioriti
kita.
Kita
mesti balik ke landasan yang betul, prioriti mesti betul, indeks
primer prestasi ladang sepatutnya ialah kadar pembiakan. So kali ini
aku nak tunjukkan macam mana kadar pembiakan menentukan untung rugi
dan hidup mati sesebuah operasi pembiakan.
Kadar
pembiakan ialah kadar kelahiran tolak kadar kematian. Maknanya kadar
kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah akan meninggikan
kadar pembiakan. Pembiak kambing pedaging yang mahir akan senantiasa
cuba meninggikan kadar kelahiran dan merendahkan kadar kematian di
kalangan kambingnya.
Kepada
sesiapa yang dapat laporan prestasi ladang aku, bolehlah merujuk
kepada laporan tersebut untuk lebih senang memahami apa yang aku cuba
sampaikan. Ok, sebagai pembiak kita bergantung kepada jualan anak
kambing sebagai sumber utama pendapatan. Masa mula mula aku bela
kambing dulu memang aku tiada ilmu dan kemahiran, so kadar pembiakan
kambing aku biasa biasa je. Tapi dalam 3 tahun kebelakangan sejajar
dengan peningkatan ilmu, kadar pembiakan kambing di ladang aku berada
di tahap yang lebih baik. Puratanya 2.1 per tahun. Maknanya seekor
ibu kambing akan melahirkan 2.1 anak setiap tahun (setelah ditolak
kadar kematian).
So
potensi pendapatan aku per ibu per tahun ialah 2.1 x 519 (purata
harga per ekor tahun ini) = rm 1090.
Cost
of sale ialah (0.3x30x10 x 2.1)+(o.3x30x12)= 189+108 = rm297 (kena rujuk post aku
'the opex'). (0.3x30x12) tu untuk kos operasi induk. (0.3x30x10x2.1) tu untuk kos
operasi membesarkan 2.1 anak hingga umur 10 bulan, purata umur jualan
anak kambing di ladang aku.
Untung
kasar (jualan tolak cost of sale) = 1090 – 297 = rm793. Maknanya
setiap ibu/induk kambing yang aku ada boleh menghasilkan untung kasar
sebanyak rm793 per tahun.
Bagi
tahun 2011 aku ada 105 induk. So 105x793= rm83265. Jadi bulan bulan
potensi untung kasar aku ialah
rm6938.75. Jadikan je rm7000 per bulan. Untung kasar, setelah tolak
opex (gaji pekerja, dedak, ubat, garam, bla bla bla) bukannya revenue
per bulan. Oklah tu. (untuk 2011, aku simpan sebahagian anak betina
untuk expansion, so tak sampai lah rm7000 per bulan untung kasar aku.
Utk 2012, macam dah sesak je kandang, maybe jual hampir semua anak, so untung kasar naiklah)
Aku
bukannya kerja sangat, 1-2 jam je kat kandang setiap hari (itu pun
kalau rajin). Lain lain masa ngan keluarga. Sarapan sama sama, makan
tengahari sama sama, dinner pun sama sama. Ada 'luxury' untuk
peruntukkan masa ngan family. Takde terkejar kejar, atau termasuk
dalam golongan 'rat race'.
So
itu kalau bela kambing pedaging baka kacukan tempatan dan buat sistem
semi intensif. Kalau guna baka asing dan guna semi intensif untuk
kurangkan kos?
Sebelum
aku jawab, adakah tuan tuan tahu berapa kadar pembiakan baka asing
badan besar besar kat malaysia ni? Adakah dapat mencapai 1.8 per
tahun (benchmark biasa bagi kambing pedaging?) realiti realiti
realiti realitinya?
Jangan
tanya kepada importer, jangan tanya kepada trader, jangan tanya
kepada pakar pakar doktor doktor kambing, jangan tanya pejabat
haiwan, jangan rujuk sumber internet negara luar yang berbeza cuaca,
praktis dan cabarannya.
Tanya
kepada pembiak tulen di malaysia kita yang menyimpan rekod.
Dan rekod dibuat teliti.
0.3?
0.5? 0.8? 1.0? 1.2? 1.4? 1.5? Rasa rasanya kat mana?
Aku
tak akan jawab direct. Tapi the law of nature ialah semakin besar
organisma semakin lambat kadar pembiakannya, dan bila sesuatu
organisma merentas zon cuaca yang berbeza dengan cuaca asalnya, dia
jadi haru biru. Tak dapat mencapai potensi penuh. So income potential
goes down, but cost goes up. Doesn't make sense.
Sori
tuan. Kali ni aku tak jawab. Tuan tuan kena explore, kena buru
sendiri. Kalau dah tahu, boleh agak calculation macam mana.
Ok,
kalau bela baka kacukan tempatan tapi opex tinggi, pada rm1.50 sehari
per head as opposed to my opex at rm0.30 per head per day?
Sebenarnya
opex rm1.50 ni extreme end bagi operasi pembiakan kambing pedaging.
Kurang cekap. Tapi takpe kita calculate. First andaian opex rm1.50 ni
ialah high input tapi dalam masa yang sama ialah high output. So
kadar mortaliti akan menurun ketara, dan kidding rate might go up,
dan anak kambing capai berat 30kg masa umur 6 bulan. Jangan datang
kat aku kata anak kambing tak dapat 30kg umur 6 bulan dengan opex
rm1.50 per ekor per hari. Wajib bagi mereka capai 30kg berat badan
umur 6 bulan. Wajibal ghunnah dengan opex rm1.50. Manakala kadar
pembiakan kita ambil 2.3.
Potential
revenue? 2.3x 519 = rm1193.70.
Cost
of sale? (1.5x30x6)+ (1.5x30x12) = 270 + 540 = rm810.
Untung
kasar? 1193.70 – 810 = rm383.70.
Maknanya
setiap induk berpotensi memberi untung kasar rm383.70 kepada kita per
tahun.
So
masih ada untung walaupun opex tinggi tak masuk akal dengan syarat
bela baka tempatan. Pasalnya kewujudan darah tempatan akan
meninggikan kadar kelahiran seterusnya kadar pembiakan. Baka tropics
walau pun bersaiz kecil tapi kelebihannya terletak pada keupayaan
pembiakannya yang jauh lebih pantas bila dibandingkan dengan baka
bersaiz besar atau baka daripada zon cuaca berlainan.
Kalau
betul betul baka kacang, maka kadar kelahirannya boleh mencapai 2.95
per tahun. Neat huh? Tapi banyak antara kita yang tak nampak
kelebihan darah sendiri.
Anyway apa yang aku nak tunjukkan ialah kadar pembiakan yang tinggi menjadi kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah operasi pembiakan kambing pedaging. Lagi tinggi kadar pembiakan, lagi tinggi potential income. Inilah yang sepatutnya menjadi kayu ukur utama sebuah ladang pembiak. Yelah ada anak baru ada potential income. Kalau anak 1 je per tahun, mana nak dapat extra income sedangkan kos operasi sama?
Sekiranya
tuan tuan betul betul merenung dalam dalam apa yang aku cakap ni,
pasti tuan tuan nampak apa yang aku cuba sampaikan. Pasti tuan tuan
boleh nampak di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing
pedaging.
The
key.
Salam.
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteTq tuan atas ilmu bermanfaat ini
Baru2 ni aku dapat tahu orang amerika dan australia dah hasilkan kaedah kenalpasti keadaan badan yang ideal. Untuk manusia kira BMI tapi kambing pakai Body conditioning scoring. Ideal3 kepada 3.5 markah.
ReplyDeleteMacam apa yang tuan cakap, kidding rate prime factor kejayaan, jadi kaitan kidding rate tinggi dengan berat badan memang ada kan? Sebab kalau berat ideal kebarangkalian terjadi dystoxia rendah. Dengan ilmu kurang macam aku ni, kemahiran visual macam ni boleh kurangkan risiko kematian kambing melalui pencegahan awal.
Banyak info berguna dalam artikel ni jadi masa nak hadam juga lamalah. Kitakan monogastrik. Haha
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
Susah nak jumpa real info macam ni, betul tak?
DeleteBerat badan yang ideal dan high fitness level menyumbang kepada kadar kelahiran lebih tinggi dan lower mortality.
Bodyscore 3 to 3.5 is ideal.
Betul tuan. Aku dah biasa semeblih kambing jadi apa yang ada dalam BCS memang dah biasa perhatikan. MArkah 3 tu memang Otot dengan tisu optimum, Kalau dapat 4-5 dah obese and overweight.
DeleteJadi maksudnya kambing gemuk2 ni pelanggan rudi beli sebab markah 4 dan 5 ni tiada lagi pertambahan otot tapi semua jadi lemak. Kambing betina ko warna coklat yang aku sembelih tu ingat lagi tak? yang berat 50kg tu. lemak banyak super. itu memang dah BCS 4.5.
Aku iingat ko pernah cakap kambing tu anak dia tak banyak, dan dari sumber BCS ni, lemak banyak merendahkan kecekapan reproduktif kambing. BEtulkan saya kalau silap tuan.
Betina 50kg tu dah lama tak beranak. First kidding ok, lepas tu tak beranak ranak. Makan rumput je tu, siap exercise lagi, boleh obese gak. Maknanya genetiklah tu.
Deletemenyentuh bab genetik..aku rase mmg btul la prof kata dulu kambing manja akan mewariskan genetiknya pd anaknya.sbb aku ada sekor ibu yg agak manja(satu2 nya kambing yg agak manja dlm kandang)..jd anak nya skrg pun mmg manja dgn org.xkira la sapa2..aku nk tgok adekah utk generasi ke-3 juga akan manja.hehe...
DeleteMEmang betul kambing tu banyak lemak. Masa nak panggang hari tu lemak memang kena buang sebab akan ganggu rasa kambing panggang.
DeleteSekarang ni kalau orang datang kandang semua nak pilih yang paling gemuk, tapi semua tak sedar gemuk tu sebab komposisi lemak saja yang berbeza. Daging sama je banyak. Memang ramai menilai sesuatu dari luar. Sampai kiamat tak boleh ubah
Assalamualaikum prof..aku nye anak kambing batch pertama mmg sgt kecil and ringan.berat purata usia 6bulan sekitar 8-11kg.Paling berat sekor je yang bapaknya Robert dlm 13kg..yang lain2 semua baka bapak dari kandang asal(sebelum beli)..normal kah berat ini untuk baka kacukan kampung prof?aku ingt bapak asal dia mmg baka kampung jgak..
ReplyDeletePengalaman biasa untuk semua yang baru membiak. Saiz kecik takpa lagi, maknanya hidup. Ada geng yang sebahagian besar kelahiran mati, kan lagi haru.
ReplyDeleteHaha. Ko kene kurangkan merayap malam. Mak ayah kambing kena banyak duduk rumah. Balik dah lambat, kualiti anak pun rendah. Tarbiatul awlad. Haha
Deletemak ayah dia angkut anak2 skali rewang mlam2.haha..aku ada 3ekor ibu dara yg nk beranak.3ekor ni klahiran pertama tahun lepas keguguran..Insyaallah kali ni beranak dgn jayanya..n ni sume baka RObert.msti kaki dangdut jgak.like father like son.haha
DeleteAku rasa pengalaman atas ni, iaitu tuan kerja 1-2 jam sehari selepas melalui 5-6 tahun yang sukar betul? Bukan tiba2 saja macam tu. Hehe. Selepas ko pakai pekerja indon kan?
ReplyDeletebersusah0-susah dulu brsenang2 kmudian..aku kne kerja lbih keras lg utk jd mcm prof.alwi.pasni boleh kite main golf ye prof.hahaha..jgn xcaya pulak tokey kambing main golf..
DeleteYelah, takkan terus senang pula kan?
DeleteTertonggeng tonggeng dahulu, duduk rehat minum nescafe kemudian hehehe
Dah lama baca entri blog ni. Kalau ada pembaca baru, baca2 boleh salah faham ni. Hehe. Tak pasal2 kene marah. Aku sarankan ko letak disclaimer bawah tu. Dp at your own risk
DeleteBahu aku sengal2 lg nih kesan menebas napier..lame xexercise bile dh keje nih.tp seronok tgok kmbing tu makan.ada kepuasan dlm diri..
DeleteProf..ape yg prof post tu aku share dlm FB ye.ilmu brmanfaat mcm ni jrg dapat dlm buku..cume trader2 n importer2 xbrape nak LIKE pulak.hehe..