"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, June 20, 2012

SMALL UPDATE


Sori, sori lama tak update. Sekarang ni musim jerebu, orang dok bakar sana sini, cina cina kat chuichak yang buat sawah semuanya sibuk bakar bendang, maka indeks pencemaran udara tinggi di tempat aku. Anak aku yang dua orang ni demam selsema dan batuk tak sudah sudah. Merengek setiap masa. So aku takde masa nak pi cc update blog.

Dalam masa yang sama, cuaca panas kering ni telah menyusutkan sumber air di kawasan aku dengan dramatik. Semua surface water habih kering. Telaga, parit, kolam, anak sungai termasuk tubewell 30 kaki kat tempat aku kehabisan air. So aku terpaksa rely pada tubewell 95 kaki dalam kat belakang rumah aku. Masalahnya 2 inci je diameter tubewell ni, so air slow. Kos petrol tinggi untuk pump air tubewell ni. Takpelah janji ada air walau pun kos tinggi. Dan aku selalu berdoa agar Tuhan turunkan hujan.

Selain anak yang merengek demam, aku juga takde masa nak update blog kerana sekarang kambing aku masuk puncak beranak. Alhamdullillah bagi bulan jun 2012 ni, setakat 20hb aku telah mendapat 53 kelahiran. Aku sibuk bukan kerana nak membidankan, atau nak menyusukan, atau nak bagi ubat itu ini, tetapi aku sibuk kerana infra aku tak bersedia. Petak beranak aku tak cukup. Takde tempat nak parking budak budak baru ni.

Anyway, bila kambing masuk puncak beranak, berdasarkan rekod aku, maknanya musim hujan akan tiba. Sekarang time aku menaip pagi ni, hujan baru turun. Nampak lebat juga. Memang binatang ni bijak juga pasal ramalan cuaca ni. Kita manusia terpaksa hantar satelit ke angkasa untuk mengkaji cuaca dan menggunakan super komputer untuk meramal cuaca, tapi binatang binatang ni lagi canggih komputer cuacanya dari kita hahaha.

So itu je small update dari aku buat sementara. Aku tengah draft posting untuk menjawab soalan soalan fairul umm baraqah yang panjang lebar segitiga segiempat pentagon heksagon ni. Poning den dibuatnya. Tungguuu...

21 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Tq tuan. Semoga bermanfaat jawapan2 tu. Alhamdulillah hasil nasihat dan tunjuk ajar setakat ni semua kambing aku sihat2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pujian milik Tuhan, ko memang nampak bersemangat memburu ilmu. Teruskan!

      Delete
  2. akhirnya brakhirnye pnntian utk mnggu post trbru prof.alwi..wlpun sngkt tp ttp brmkna.hehe..brkaitan infra adekh prof mmrlukn suntikn dana sbb ade hamba Allah yg brmnat utk melabur dlm projek prof.alwi.bkan aku,tp sseorg yg aku knali..

    aku trbca jwpn komen prof pd fairul brknaan ruang kndg per ekor.jd ruang trbaik 1:16 aku skrg 1:17 dgn jmlah 45ekor kmbg.sblum cpai nisbah 1:10 jd limit aku pd 60 ekor jela dgnsaiz kndg 48x16..nmpknye aku jge akn mnglami mslh petak beranak akn dtg dn overcrowded.kne bsarkn lg kndg nmpknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 48x16=786kaki persegi. Kalau ikut nisbah ko 1:17 memang muat 45 ekor jela ya.

      Kalau aku pula, 40x20=800. Kalau ambil nisbah rumah banglo 1:16 muat 50 ekor je. Hmm..optimum boleh 1:12 66 ekor.

      Itu kalau tak bergantung pada penggunaan ubat cocci. Kalau tak boleh push 1:10. Ubat tu harga berapa ya? Ada sesiapa tahu. Hehe

      Delete
    2. tula Tuan Fairul..kne upgrade lg kndg nmpknya.buah sawit plak tgh byk skrg so mmg projek manager aku@awang xdan nk bt kndg..upah org jela nmpknya..

      1st time dgr psal Cocci..n search Google dptla mklmat cket.ptutla kne asing anak n yg dewasa sbb ni ke prof.alwi?risiko jngkitn pd anak kmbg lbih tnggi dr dwasa..jd kalu kndg sesak nila risiko nye..

      Delete
    3. Coccidiosis tak boleh dipandang ringan. Kematian besar besaran anak kambing pasti berlaku pada kandang yang terlalu sesak. Kalau kandang sesak dan guna coccidostat atau cocci treatment, boleh lagi kita elakkan ribut kematian tu.

      Pembiakan tak boleh guna model kandang terlalu sesak. Sesak sikit sikit boleh.

      Delete
  3. Satu nasihat aku, kalau boleh seorang buat seorang. Jangan ambil rakan kongsi. Aku dah rasa. Nasib anda mungkin berbeza tapi kalau boleh jangan.

    Lagipun kalau dah boleh buat sendiri buat apa nak orang lain

    ReplyDelete
  4. cdgn utk atasi mslh modal Tuan Fairul.dr pnjam kt Bank baik cr rakan kongsi ye x.mgkin ada Pro n Con
    tp itu cdngan shj.trpulang pd prof.alwi.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, abik dengan bank, dengan orang lagi mcm2 perangai. Pengalaman lampau mengajar

      Delete
    2. Bank mslahnya payah nk dpt pinjaman Tuan Fairul.tu jer.hehe..bgusla pnglman lampau jdikn pengjaran mse akn dtg..

      Assakinah Agrofarm kt Hulu Langat nk ttup kndang dh..antara Penternak terawal mnternak kambing nih..

      Delete
  5. Hehe, itu yang aku nak kata. Jauhi bank. Aku dah lama engok dalam mudah.my dia nak jual kandang. Haji SUhaimi tu dulu ada offer nak join venture dgn Alwi.Tp xtaula apa citenye. Mungkin nak fokus pada bisnes arowana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul la die nk fokus pd bisness ikan hiasan die tue..tp btul la bela kambing ni mmg mmerlukan ilmu pengetahuan dan kesabaran yg agak tinggi brbanding binatang ternakan lain..mgkin tula hikmahnya Nabi dlu masa kecil bela biri-biri..

      Delete
    2. KO rasa logik tak, kaum2 berjaya n semua pandai bela kambing? Australia dan amerika memang maju bela kambing jadi berjaya jugalah negara mereka. Hehe.

      Tuan Feral, perhalusi lagi kenapa kambing jantan ko malas nak mengawan. Boleh jadi ko manjakan dan terlebih makan. Hehe. Ini fakta yang aku baca. Kambing jantan gemuk malas mengawan

      Delete
    3. boleh jd jga teori Tuan Fairul tu.tp perlu dikira kluasan tanah utk padang ragut Aussie n US teramatlah luasnya.tu yg boleh dpt 1 ekor lembu 1 hektar@2.5ekar.kita mmg xda tanah mcm tu.tp itu bkan alasan ye x.kne adapt la dgn keadaan d sini.hehe

      RObert@pejantan aku mmg rajin mngawan Tuan Fairul,xde istilah manja dlm kndg aku.smpi skrg pun kalu nmpk orang xkirala sape2 sume kambing2 tu lari.cuma aku nk ade persaingan sihat utk hak mengawan.supaya hormon testosteron die sntiasa membuak-buak.haha

      Delete
    4. Bangsa pastoralis akan sentiasa menakluk bangsa farmer. Bangsa pastoralis lebih agresif dan bersedia ambil risiko lebih tinggi untuk menyebarkan fahaman atau mendapatkan sumber.

      Daging merah sentiasa menaikkan tahap testosteron justeru sifat kejantanan (competing for dominance) lebih terserlah. Bangsa pastoralis kan banyak makan daging merah.

      Boleh check balik sejarah ketamadunan dan particular diet tamadun masing masing.

      Delete
    5. Semua jantan memang kena ada competition, baru terbit kejantananannya. Takde persaingan memang slow sikit (aku tak kata malas ye! - jangan salah faham)mengawan. Sorang sorang dia mengawan juga, ada lawan dia jadi lebih bersemangat mengawan.

      Delete
    6. iye prof.alwi..inila yg cube aku smpaikn.sbb aku perhatikn dgn kehadiran pejantan lain barula kmbing jantan lama aku agresif cket..kalu xde pejantan lain dia ok,boleh mngawan jgak cuma kurg agresif..

      Delete
    7. Persaingan sihat bahagian ni pun ada. Haha

      Delete
  6. menarik fakta ko tu. Meh la share sumber boleh kongsi2 ilmu. Hmm, nak persaingan sihat ya. Kira ko buat KPI pejantan la ni. Hehe. Kambing betina ko mula mengawan umur berapa bulan?

    Negara holland terletak bawah paras laut tapi salah satu pengeksport hasil pertanian terbesar dan korea selatan pun dah mula import teknologi diorang. AKu tengok dalam rancangan agrojurnal TV1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang susah, yang penuh mencabar, kat situlah lahirnya bintang, betul tak?

      Nabi kita pun lahir membawa cahaya ketika negeri arab dalam zaman sangat gelap.

      Tak silap aku, holland import hampir 90% pkc malaysia, 7 tahun yang dululah, sekarang aku tak tahu.

      Delete
    2. Fairul aku xtau kmbing btina aku start mgndung ble.sbb aku kn bru mmbela kmbing nih.kne tnggu klahiran dr hsil kndg aku dlu.skrg pling tua pun bru 7bulan..

      Holland mmg ngara pertanian trmaju wlpun saiz ngara kecil tp teknologi mmg jauh ke depan.Aku ingt maybe PKC still export lg cuma skrg local consumption mngkat la dr dlu.rmai dh org bt trnakan sistm.Feedlot espcially lembu..cme harga PKC mngkat seiiring dgn pngkatan harga Minyak Sawit(CPO)..aku igt skrg dlm RM400 setan..

      Delete