"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, June 30, 2012

THE KEY


Banyak pembiak kambing pedaging yang gagal adalah disebabkan gagal memahami betapa pentingnya kadar pembiakan dibandingkan kadar kenaikan berat badan. Bagi seorang pembiak, kadar pembiakan adalah parameter absolut, petunjuk yang sangat penting, indeks primer bagi menentukan kejayaan operasi pembiakan. Kadar kenaikan berat badan sepatutnya jadi petunjuk sekunder bagi mengukur prestasi sesebuah ladang pembiak.

Dalam kebanyakan kursus ternakan yang aku hadir, samada kursus swasta atau agensi kerajaan, aku sangat terkejut bila indeks primer yang selalu diasak ke dalam kepala penternak kambing adalah saiz dan kenaikan berat badan. Inilah padahnya bila importer dan trader diangkat menjadi penasihat polisi ternakan. Bagi importer dan trader kambing, memanglah saiz dan kadar kenaikan berat badan yang menjadi keutamaan, sebab untung diorang kat situ. Bagi importer, saiz yang besar mudah mempesonakan bakal pembeli, manakala bagi trader yang jual beli kambing, lagi cepat naik berat badan, lagi untung.

Anehnya, pakar pakar kambing yang banyak mengkaji kambing sehingga mendapat title dr dan prof pun turut terheret dalam pemikiran serupa, sibuk utamakan saiz dan kenaikan berat berbanding kadar pembiakan. Bila aku tanya pasal kidding rate, banyak dr dan prof ni tak tahu, atau mengelak, atau merapu rapu berpusing pusing hahaha. Padanlah banyak projek projek besar dan gah yang diterajui diorang ni jadi terlingkup.

Dan majoriti pembiak baru sibuk mencanangkan saiz dan kenaikan berat badan kambing di ladang mereka sebagai kayu ukur prestasi. Setiap tahun aku akan jumpa fenomena yang serupa, dan setiap tahun aku akan jumpa kegagalan demi kegagalan. Setiap tahun. Sejarah terus berulang.

Kita berada di landasan yang salah, sebab itu banyak geng pembiak kambing pedaging tumbang, banyak projek juta juta gagal tersungkur, industri kita terus malap, dan kita masih gagal menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara. Kita tersalah pilih prioriti kita.

Kita mesti balik ke landasan yang betul, prioriti mesti betul, indeks primer prestasi ladang sepatutnya ialah kadar pembiakan. So kali ini aku nak tunjukkan macam mana kadar pembiakan menentukan untung rugi dan hidup mati sesebuah operasi pembiakan.

Kadar pembiakan ialah kadar kelahiran tolak kadar kematian. Maknanya kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah akan meninggikan kadar pembiakan. Pembiak kambing pedaging yang mahir akan senantiasa cuba meninggikan kadar kelahiran dan merendahkan kadar kematian di kalangan kambingnya.

Kepada sesiapa yang dapat laporan prestasi ladang aku, bolehlah merujuk kepada laporan tersebut untuk lebih senang memahami apa yang aku cuba sampaikan. Ok, sebagai pembiak kita bergantung kepada jualan anak kambing sebagai sumber utama pendapatan. Masa mula mula aku bela kambing dulu memang aku tiada ilmu dan kemahiran, so kadar pembiakan kambing aku biasa biasa je. Tapi dalam 3 tahun kebelakangan sejajar dengan peningkatan ilmu, kadar pembiakan kambing di ladang aku berada di tahap yang lebih baik. Puratanya 2.1 per tahun. Maknanya seekor ibu kambing akan melahirkan 2.1 anak setiap tahun (setelah ditolak kadar kematian).

So potensi pendapatan aku per ibu per tahun ialah 2.1 x 519 (purata harga per ekor tahun ini) = rm 1090.

Cost of sale ialah (0.3x30x10 x 2.1)+(o.3x30x12)= 189+108 = rm297 (kena rujuk post aku 'the opex'). (0.3x30x12) tu untuk kos operasi induk. (0.3x30x10x2.1) tu untuk kos operasi membesarkan 2.1 anak hingga umur 10 bulan, purata umur jualan anak kambing di ladang aku.

Untung kasar (jualan tolak cost of sale) = 1090 – 297 = rm793. Maknanya setiap ibu/induk kambing yang aku ada boleh menghasilkan untung kasar sebanyak rm793 per tahun.

Bagi tahun 2011 aku ada 105 induk. So 105x793= rm83265. Jadi bulan bulan potensi untung kasar aku ialah rm6938.75. Jadikan je rm7000 per bulan. Untung kasar, setelah tolak opex (gaji pekerja, dedak, ubat, garam, bla bla bla) bukannya revenue per bulan. Oklah tu. (untuk 2011, aku simpan sebahagian anak betina untuk expansion, so tak sampai lah rm7000 per bulan untung kasar aku. Utk 2012, macam dah sesak je kandang, maybe jual hampir semua anak, so untung kasar naiklah)

Aku bukannya kerja sangat, 1-2 jam je kat kandang setiap hari (itu pun kalau rajin). Lain lain masa ngan keluarga. Sarapan sama sama, makan tengahari sama sama, dinner pun sama sama. Ada 'luxury' untuk peruntukkan masa ngan family. Takde terkejar kejar, atau termasuk dalam golongan 'rat race'.

So itu kalau bela kambing pedaging baka kacukan tempatan dan buat sistem semi intensif. Kalau guna baka asing dan guna semi intensif untuk kurangkan kos?

Sebelum aku jawab, adakah tuan tuan tahu berapa kadar pembiakan baka asing badan besar besar kat malaysia ni? Adakah dapat mencapai 1.8 per tahun (benchmark biasa bagi kambing pedaging?) realiti realiti realiti realitinya?

Jangan tanya kepada importer, jangan tanya kepada trader, jangan tanya kepada pakar pakar doktor doktor kambing, jangan tanya pejabat haiwan, jangan rujuk sumber internet negara luar yang berbeza cuaca, praktis dan cabarannya.

Tanya kepada pembiak tulen di malaysia kita yang menyimpan rekod. Dan rekod dibuat teliti.

0.3? 0.5? 0.8? 1.0? 1.2? 1.4? 1.5? Rasa rasanya kat mana?

Aku tak akan jawab direct. Tapi the law of nature ialah semakin besar organisma semakin lambat kadar pembiakannya, dan bila sesuatu organisma merentas zon cuaca yang berbeza dengan cuaca asalnya, dia jadi haru biru. Tak dapat mencapai potensi penuh. So income potential goes down, but cost goes up. Doesn't make sense.

Sori tuan. Kali ni aku tak jawab. Tuan tuan kena explore, kena buru sendiri. Kalau dah tahu, boleh agak calculation macam mana.

Ok, kalau bela baka kacukan tempatan tapi opex tinggi, pada rm1.50 sehari per head as opposed to my opex at rm0.30 per head per day?

Sebenarnya opex rm1.50 ni extreme end bagi operasi pembiakan kambing pedaging. Kurang cekap. Tapi takpe kita calculate. First andaian opex rm1.50 ni ialah high input tapi dalam masa yang sama ialah high output. So kadar mortaliti akan menurun ketara, dan kidding rate might go up, dan anak kambing capai berat 30kg masa umur 6 bulan. Jangan datang kat aku kata anak kambing tak dapat 30kg umur 6 bulan dengan opex rm1.50 per ekor per hari. Wajib bagi mereka capai 30kg berat badan umur 6 bulan. Wajibal ghunnah dengan opex rm1.50. Manakala kadar pembiakan kita ambil 2.3.

Potential revenue? 2.3x 519 = rm1193.70.
Cost of sale? (1.5x30x6)+ (1.5x30x12) = 270 + 540 = rm810.
Untung kasar? 1193.70 – 810 = rm383.70.

Maknanya setiap induk berpotensi memberi untung kasar rm383.70 kepada kita per tahun.

So masih ada untung walaupun opex tinggi tak masuk akal dengan syarat bela baka tempatan. Pasalnya kewujudan darah tempatan akan meninggikan kadar kelahiran seterusnya kadar pembiakan. Baka tropics walau pun bersaiz kecil tapi kelebihannya terletak pada keupayaan pembiakannya yang jauh lebih pantas bila dibandingkan dengan baka bersaiz besar atau baka daripada zon cuaca berlainan.

Kalau betul betul baka kacang, maka kadar kelahirannya boleh mencapai 2.95 per tahun. Neat huh? Tapi banyak antara kita yang tak nampak kelebihan darah sendiri.


Anyway apa yang aku nak tunjukkan ialah kadar pembiakan yang tinggi menjadi kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah operasi pembiakan kambing pedaging. Lagi tinggi kadar pembiakan, lagi tinggi potential income. Inilah yang sepatutnya menjadi kayu ukur utama sebuah ladang pembiak. Yelah ada anak baru ada potential income. Kalau anak 1 je per tahun, mana nak dapat extra income sedangkan kos operasi sama?

Sekiranya tuan tuan betul betul merenung dalam dalam apa yang aku cakap ni, pasti tuan tuan nampak apa yang aku cuba sampaikan. Pasti tuan tuan boleh nampak di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing pedaging.

The key.

Salam.

MISTERI MATI BERTURUT TURUT TERJAWAB


Adapun sebelum ini aku pernah post pasal sebuah petak misteri di kandang aku di mana berturut turut anak kambing mati bila diletakkan dalam petak tersebut. Rupa rupanya bukan disebabkan gangguan ghaib, atau ada kuman tetapi disebabkan ini.

Berpuluh penyengat bersarang kat sini. Tengah korek tahi kambing baru perasan.

Closeup

Yaa sarang penyengat. Lebah bukan, tebuan pun bukan, tapi penyengat. Sakit ni kalau kena lagi teruk dari lebah. Jangan tanya aku lebih lebih pasal binatang ni pasal aku tak arif. Patutlah banyak anak kambing aku yang mati dalam petak misteri tu. Habih dikerjakan penyengat.

Kambing ni kalo kena sengat kita boleh guna anti inflammatory agent. NSAID boleh, steroid based pun boleh. Kot. Hahaha aku rasa rasa je. Nak lebih yakin tanyalah vet.

Ada kawan aku kambingnya mati 20 ekor dikerjakan lebah. Lebah tengah migrasi, tengah cari sarang baru, ntah apa mimpi dilanggarnya kandang kambing kawan aku ni. Habih tergolek kambing kambing dia. Kesian sungguh kambing dan tuan punya kambing. Mujurlah dia tak putus asa, masih lagi biakkan kambing hingga sekarang.

Sarang penyengat tu aku sembur ngan ridsect cockroach control. Sama class dengan baygon. (Dulu baygon ni racun kelas III sekarang class IV pula – dah menurun pula toxicity dia). Berkesan juga. Nasib baik aku tak disengat.

Oklah tuan tuan. Jumpa lagi.  

ALICE IN NOWHERE LAND


Kambing ni memang nakal betul. Tempat yang kita nak dia pergi, dia tak pergi. Tempat yang kita tak nak dia pergi, dia rajin pula pergi. Memang menghanginkan satu badan, makan halia 10 kilo pun tak boleh hilang hangin badan ni.

Termasuklah anak dara sekor ni. No tag 674. Namanya Alice anak kepada Elisha. Apa mimpi dia ntah pergi terjun masuk dalam telaga buta ni masa tengah meragut. Gembala aku tak boleh buat apa apa, pasal nak selamatkan dia ni memang ambil masa. Takut gerombolan kambing yang tengah meragut hilang ntah ke mana.

So aku lah yang menjadi mr bomba. Dan aku enlist bini aku sebagai operation advisor dan anak anak aku sebagai peniup semangat hehe.

My wife and my kids giving a pose beside the abandoned well, shortly before commencing the rescue operation.

The depth of the well

This is Alice, trying to do an 'alice in wonderland' only to end up as 'alice in nowhere land'. Fortunately I managed to succesfully fished out this naughty Alice!

Operasi menyelamat ni tak sampai 10 minit pun, tanpa perlu aku masuk ke dalam telaga. Dulu masa pertama kali ada kambing terjatuh ke dalam telaga buta ni, aku siap masuk ke dalam. Kali ni tak mahulah, pasal badan aku dah berat tak ringan macam dulu. Karang kambing naik ke atas, aku pula yang tertinggal kat bawah, mampuihh.. tak pasal pasal kena dail 994.  

Sunday, June 24, 2012

KENAPA IMUNITI 'NAMPAK' RENDAH MASA MENGAWAN DAN BERANAK

Baru landing kat LCCT sepang dari sibu, sarawak. Sepupu lelaki aku kahwin ngan orang sana. So aku join sekali untuk meramaikan rombongan pengantin lelaki. 36 ahli rombongan. Duduk homestay, takde akses internet, so aku duduk diam diam. Anak sulung aku mengamuk sakan dalam kapal terbang 20 minit sebelum touch down kat airport sibu hahaha pening dibuatnya.

Malam pertama kat homestay dua dua anak aku susah nak tidur, mengamuk lagi. Aduh laa memang kena banyak bersabar bila ada anak ni. Kambing 300 ekor pun aku boleh tidur lena, tapi anak 2 orang belum tentu boleh tidur lena hehehe baru aku tahu hebat tak hebat mak bapak aku jaga kitorang lapan beradik. Aku doakan mereka berdua sentiasa dirahmati Tuhan, dipelihara kesihatannnya dan diampunkan dosanya. Terima kasih lah mak abah atas pengorbanan yang dilakukan sepanjang membesarkan kitorang.

Sibu ni setahu aku pusat gangster kat sarawak, entah entah satu malaysia. Majoriti kaum cina. Memang patutlah banyak triad. Anyway Pasar Besar Sibu adalah pasar segar terbesar di sarawak, siap car park 5 tingkat. Ada hotel lagi. Banyak penduduk pendalaman bawa hasil mahsul kampung diorang ke pasar besar ni, tidur 3 – 4 hari kat sini bagi menghabiskan hasil jualan sebelum pulang ke kampung masing masing. Kebanyakannya menggunakan sungai sebagai cara pengangkutan utama dan lebih pantas berbanding jalan raya. Sungai Rejang yang merupakan sungai terpanjang borneo sememangnya menjadi jantung kepada banyak bandar bandar di bahagian 3 sarawak ni.

Aku dok cari juga ulat sagu gemuk bulat tu, tengok kat tv macam best je ulat sagu digoreng. Tapi mak aku cakap ada fatwa dikeluarkan mengharamkan konsumpsi ulat sagu ni. Aiseymann..

So sepanjang aku duduk sini, aku tak sempat nak siapkan draft aku kepada fairul hehe. Bila masa nak buat asyik berjalan je. Sori sori sabar sabar. So aku buat yang mana sempat dulu lah.

Ok, dalam komen komen kat 2 post aku sebelum ni, fairul ada nyatakan kerisauannya pasal kadar hormon pembiakan semasa baru beranak yang merendahkan imuniti kambing betina.

Sebenarnya bukan kambing je, tapi setahu aku semua mamalia akan mengalami situasi serupa termasuk yang jantan. Pasti bersebab kenapa Tuhan jadikan macam itu. Kita cerita pasal kambing jantan dulu. Semasa 'rut' atau puncak mengawan, kambing jantan akan mengalami perembesan hormon testosteron yang tinggi dalam darah. Lagi tinggi testosteron, lagi kuat bau, lagi kuat hamis, lagi 'attractive' kambing jantan buat yang betina.

Dalam masa yang sama, lebih tinggi testosteron dalam darah, lebih banyak cacing bermaharajalela dalam badan ketika ini. Perkara ini kita boleh kaji dengan membuat fecal egg counts. Aku cuba juga cari cari kalau ada research local atau international pasal ni, tapi tak jumpa jumpa.

Now, kenapa jantan yang menarik di mata betina adalah jantan yang paling tinggi testosteron tetapi dalam masa yang sama nampak seperti imuniti terhadap cacing semakin rendah?

Sebabnya jantan tersebut telah membuktikan yang dia resilient(tinggi daya juang) terhadap keganasan cacing cacing semasa dalam puncak mengawan. Resistance (daya rintang) dan resilience (daya tahan atau daya juang) adalah 2 perkara yang berbeza tetapi menjadi ciri pelengkap dalam sistem imun.

Resistance merujuk kepada betapa susahnya parasit nak memecahkan benteng pertahanan sistem imun, manakala resilience merujuk kepada betapa tahannya perumah (host) bila benteng pertahanan telah dipecahkan. Ada kambing yang tinggi resistancenya tapi rendah pula resiliencenya. Ada kambing yang rendah resistancenya tapi tinggi pula resiliencenya. Dan ada kambing yang tinggi kedua dua resistance dan resiliencenya, lantas membentuk sistem imun yang terbaik.

Dan kambing jantan sebeginilah (yang tinggi resistance dan resiliencenya) yang menjadi idaman kepada kambing betina (kehamisan itu menjadi petunjuk sesuai buat mereka). Kambing betina mahu pejantan yang memiliki sistem imun terbaik agar sifat itu boleh diwariskan kepada keturunannya. Kadar survival sebarang jenis spesis akan meningkat jika spesis tersebut memiliki imuniti yang tinggi, betul tak?

So itulah gunanya atau sebabnya kenapa populasi cacing meningkat ketara semasa kambing jantan masuk puncak mengawan, agar kambing betina boleh mengenalpasti mana satu jantan yang resilient kepada onslaught cacing cacing ni. Ianya sebahagian natural selection untuk memastikan survival of species. Memanglah risiko kambing jantan untuk mati atau sakit adalah tinggi semasa puncak mengawan, tapi aku nak tekankan kat sini ianya adalah proses semulajadi.

Kita sebagai pembiak nak buat apa?

Well, keutamaan kita adalah keuntungan, realitinya kita tak ambil kisah langsung pun pada survival ternakan kita secara long term. Cuma bagi pembiak berpengalaman yang ingin menjadikan sifat tahan lasak sebagai satu paksi dalam program pembiakannya, maka dia tidak akan guna dewormer kepada pejantan pejantannya atau pun kambing betinanya. Bila tak guna dewormer, baru nampak ciri resistance dan resilience ni. (WARNING : Aku tak galakkan pembiak baru full time untuk ambil jalan ini, too much risk, yang penting kita survive dulu, kita ada untung dulu. Besok dah stabil barulah bereksperimen).

Macam mana dengan kambing betina?

Lebih kurang sama reason dia. Masa mengawan atau beranak, disebabkan perembesan hormon pembiakan, memang cacing cacing multiply, cacing cacing ambil kesempatan  . Pelik juga kan? Tapi itu semua memudahkan ciri resiliency lebih mudah dikenalpasti, jadi lebih senang nak pastikan betina yang benar benar lasak jadi ibu, agar sifat imuniti yang tinggi sentiasa diwariskan dalam species tersebut. (Sekali lagi aku tegaskan, lebih baik guna dewormer bagi pembiak baru full time – kalau tak guna memanglah kita dapat ciri resistance dan resilience dalam kita punya herd, tapi realitinya kita belum bersedia menghadapi kadar kematian yang tinggi, profitability is still the overriding factor).

Kesimpulannya kita jangan risau sangat bab bab ni. Bagi pejantan yang masuk puncak mengawan, bagi lebih banyak dedak high protein (soybean meal based atau campuran fishmeal) kerana high protein diet membantu sistem imun. Atau pun boleh guna formulasi UM yang sedang diuji kat kandang aku hehe. Memang terbukti tiada simptom kecacingan walau pun meragut paddock yang sama hari demi hari. Selsema pun takde, urinary calculi pun takde. Top class juga formulation UM ni. Tapi aku belum start jual lagi.

Bagi kambing betina guna dewormer preferably prepartum (memang kena ada rekod, baru kita boleh forecast bila nak bagi). Tapi realitinya aku sendiri tak amalkan pun. Sibuk betul sekarang ni. Kalau nak guna dedak high protein boleh juga tapi tulah kena tahan ongkosnya pak hehehe.

Jadi kepada fairul, aku harap aku dah mula menjawap sedikit persoalan ko ni (tapi ada berderet lagi soalan, isk.. isk..). Dan kepada orang kaya isal aku dah membentangkan apa yang aku tahu dalam masa tak sampai 10 minggu (well, tak sampai pun 24 jam lepas aku baca komen korang ni), dan aku menunggu hasil kajian korang pula.

Salam hormat.

Wednesday, June 20, 2012

SMALL UPDATE


Sori, sori lama tak update. Sekarang ni musim jerebu, orang dok bakar sana sini, cina cina kat chuichak yang buat sawah semuanya sibuk bakar bendang, maka indeks pencemaran udara tinggi di tempat aku. Anak aku yang dua orang ni demam selsema dan batuk tak sudah sudah. Merengek setiap masa. So aku takde masa nak pi cc update blog.

Dalam masa yang sama, cuaca panas kering ni telah menyusutkan sumber air di kawasan aku dengan dramatik. Semua surface water habih kering. Telaga, parit, kolam, anak sungai termasuk tubewell 30 kaki kat tempat aku kehabisan air. So aku terpaksa rely pada tubewell 95 kaki dalam kat belakang rumah aku. Masalahnya 2 inci je diameter tubewell ni, so air slow. Kos petrol tinggi untuk pump air tubewell ni. Takpelah janji ada air walau pun kos tinggi. Dan aku selalu berdoa agar Tuhan turunkan hujan.

Selain anak yang merengek demam, aku juga takde masa nak update blog kerana sekarang kambing aku masuk puncak beranak. Alhamdullillah bagi bulan jun 2012 ni, setakat 20hb aku telah mendapat 53 kelahiran. Aku sibuk bukan kerana nak membidankan, atau nak menyusukan, atau nak bagi ubat itu ini, tetapi aku sibuk kerana infra aku tak bersedia. Petak beranak aku tak cukup. Takde tempat nak parking budak budak baru ni.

Anyway, bila kambing masuk puncak beranak, berdasarkan rekod aku, maknanya musim hujan akan tiba. Sekarang time aku menaip pagi ni, hujan baru turun. Nampak lebat juga. Memang binatang ni bijak juga pasal ramalan cuaca ni. Kita manusia terpaksa hantar satelit ke angkasa untuk mengkaji cuaca dan menggunakan super komputer untuk meramal cuaca, tapi binatang binatang ni lagi canggih komputer cuacanya dari kita hahaha.

So itu je small update dari aku buat sementara. Aku tengah draft posting untuk menjawab soalan soalan fairul umm baraqah yang panjang lebar segitiga segiempat pentagon heksagon ni. Poning den dibuatnya. Tungguuu...

Monday, June 11, 2012

THE OPEX


Kali ni masuk bab yang sensitif sikit, jarang disentuh orang. Banyak blog atau web presence pasal kambing ni lebih ke arah menjual kambing dan servis yang berkaitan. Jarang jarang nak mendedahkan operasi di sebalik tabir. Pendedahan aku ni boleh dijadikan panduan bagi bakal pembiak atau pembiak baru atau pembiak yang sedang terumbang ambing dalam dilema. Senang nak buat keputusan.

Realiti, bukan dalam buku penternakan, bukan dalam kursus ternakan. Realiti yang tak digilap, 'unpolished', tidak ditokok tambah. Dari seorang real time breeder yang tidak bersandarkan modal juta juta.

Sebelum itu, aku mesti bagitahu yang aku ada sindrom asperger, sejenis autisme. Aku ada masalah komunikasi, masalah bersosial dan dalam masa yang sama orang autisme ni ada sifat obses. Tak jemu jemu buat sesuatu perkara yang membosankan, walau pun berulang alik dan dipandang aneh oleh masyarakat.

Aku simpan rekod semua pergerakan duit. Setiap keluar masuk duit hari hari aku rekodkan. Obses. Aku pergi bayar duit masuk tandas 20 sen pun simpan rekod, beli mamee 30 sen untuk anak aku pun masuk rekod, pendek kata sebarang transaction duit memang aku rekodkan. Sampai bini aku naik rimas, macam haji bakhil katanya. Hahaha.. bukan kedekutlah, aku cuma nak tahu ke mana duit bergerak setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Jadi aku betul betul tahu, takde main agak agak, tahu untung rugi operasi kambing aku dan juga belanjawan keluarga aku.

Termasuklah opex.

Opex ni operating expense atau variable cost atau belanja operasi atau kos berubah. Dalam operasi pembiakan kambing, opex meliputi item item major macam gaji pekerja, dedak, ubat ubatan, garam galian, minyak mesin chopper, penjagaan pastura etc. Kos buat kandang itu dikira capital cost, tak masuklah dalam opex. Susut nilai kandang atau bayar loan bulan bulan aku rasa tak masuk opex. Itu kena peruntukkan dalam bahagian capital expenditure (capex). Kalau aku salah, tolong betulkan ye..

Banyak pembiak kambing yang gagal tang opex ni lah. Capex semua bersemangat berkobar kobar, yelah baru menceburkan diri, syok betul merekabentuk dan membina kandang ni, beli kambing cantik cantik bulat bulat sana sini, tak peduli sangat keluar duit lebih lebih. Sekali dah mula operasi, especially masuk tahun kedua, tengok opex tinggi mencanak, tu yang ramai pembiak mula berpeluh peluh demam. Kalau dah biasa buat bisnes, memang biasalah berhadapan saat saat kerugian, takdelah risau sangat. Tapi bagi mereka yang first time jadi usahawan, pembiak full time plak tu – takde income lain, pehh resah gelisah tak boleh tidur malam dibuatnya, memang terasa dalam terowong gelap tak nampak cahaya, rasa nak give up aje.

Takut.

Aku tahulah pasal aku dah rasa. Dan aku share sebahagian pengalaman aku. Ok, aku membiakkan kambing cara semi intensif. Bermula kecik kecik, 4 tahun yang pertama takde kuli, semua kerja buat sendiri. Bila bini beranak sulung baru aku ambil pekerja secara rasmi. Kritikal juga masa tu, baru sehari pekerja bekerja, besoknya bini aku dah beranak. Kalut juga, tapi keadaan memaksa.

Peh lari dari tajuk lagi aku ni, tak masuk masuk bab opex. Ok ok. Opex ni bagi aku kunci kepada kejayaan operasi pembiakan pedaging. Lebih rendah opex, lebih tinggi kemungkinan kejayaan operasi kita. Aku tak kata mutlak ye, tapi dari observation aku, kalau nak selamat nak berjaya membiakkan kambing pedaging, sentiasa cari cara merendahkan opex. Kalau penggemukan lain sikit sebab yang dikejar pemaksimuman keuntungan, manakala pembiakan peminimuman kos. Hahaha amende ayat aku guna ni, kelakar sungguh. Belasah je lah, janji boleh faham.

Operasi aku ada dua dua – pembiakan dan penggemukan. Metodnya aku kejar pembiakan yang prolifik untuk merendahkan opex DAN penggemukan yang berkualiti (tak hirau sangat pasal opex tapi profit). Banyak yang aku boldkan tu nak kena slow sikit masa baca, kena cerna betul betul jangan main speed reading je. Lain pembiak lainlah keutamaannya. Ni style aku buat masa ni lah.

Orait untuk tahun ini di ladang aku, secara puratanya gaji pekerja + bonus + kos permit + dedak + upah cari rumput + garam galian + ubat ubatan + minyak + tag telinga + bla bla bla = 2277 sebulan untuk 320 ekor kambing. Nak bagi senang kira, bagi mencabar sikit, takpa aku jadikan opex aku 2500 sebulan dan kambing 300 ekor je. So ketung ketang rm8.33 seekor kambing per bulan. Sehari ialah 28 sen.

28 sen per ekor per hari.

Nak senang kira takpa kita naikkan jadi 30 sen seekor sehari. So sebulan jadi rm9 bagi setiap ekor kambing.

Biasanya aku akan jual kambing pada purata umurnya 9.6 bulan dan pada harga rm519.75. Ahh pening decimal decimal ni. Takpa kita bagi mencabar sikit (aku tak nak gilap gilap bagi berkilau), so purata umur kambing semasa dijual ialah 10 bulan dan pada harga rm500.

Gross profit margin ialah rm500 – rm90 = rm410 per ekor.

Oklah tu.

Aku buat sistem semi intensif dan aku guna baka kambing yang ada darah tempatan, ada darah pribumi, ada darah kita. Kalau buat sistem intensif dan menggunakan darah asing, aku tak yakin dapat mencapai figure macam di atas. Realistically bagi sistem intensif, lowest opex yang setara situasinya dengan aku, yang aku tahu ialah 70 sen sehari per ekor. Majoritinya 90 sen ke 110 sen sehari per ekor. Kita boleh kira sendiri siapa yang lebih tinggi survival chance bila memulakan operasi pembiakan pedaging.

Boleh ke opex ni lebih rendah?

Boleh sangat. Pasalnya yang pertama gaji pekerja aku tinggi. Sebulan gaji asas dia 900, campur bonus dapatlah 1200, belum campur lain lain, itu kerja 6 jam je dengan aku. Dia ada masa buat kerja lain, ada additional source of income. Yang kedua kos dedak boleh dikurangkan dengan ketara sebabnya aku guna dedak mahal. Dah la guna dedak mahal, aku ada buat creep feeding dan penggemukan dan joint research dengan UM. Kalau aku tak buat penggemukan dan tak buat research, maka opex aku jatuh kepada 16 sen per ekor per hari.

Yang pentingnya aku nak tunjuk kat sini ialah sebenarnya boleh untung bila membiakkan kambing pedaging ni kalau kena caranya. Ada sifat buru ilmu, ada disiplin tinggi, ada sedekah konsisten insya allah boleh.

Cuma ada satu dilema terutamanya kepada pembiak kecil full time yang takde modal besar. Dilemanya ialah kambing betina, nak jual atau nak simpan. Nak simpan betina, tak cukup pula income. Nak jual betina, tahap tu juga income, bila pulak nak expansion? Betul tak? Itulah yang terjadi kat aku. Dilema dilema.. pening oiii

Bagi operasi pembiak pedaging sistem intensif, memang jelaslah lebih tinggi opex. Tapi masih ada peluang untung dengan syarat jual semua anak yang dilahirkan. Jangan simpan. Bila simpan tu yang pecah bumbung kita punya opex. Takut tengok.

Aku punya recommendation, kalau boleh buat semi intensif, buat. Jangan ragu ragu apalagi kalau baka kambing adalah baka tempatan. Kalau tempat takde, memang kena buat intensif, jangan biakkan dulu. Belajar buat trading dulu, gemukkan kambing lepas tu jual. Profit kurang sikit, tapi survival chance lagi tinggilah.

So itulah pandangan aku serba sedikit berkenaan operating expense bagi operasi pembiakan kambing pedaging. Harapnya tuan tuan rakan rakan pembiak boleh juga sama sama kongsi pengalaman dan pandangan. Ok minta diri.

Salam.

Thursday, June 7, 2012

OMEGA 3 : APA YANG KITA TAK TAHU

Dalam posting sebelum ini Garam Jilat Bervitamin : Perlukah? Aku terlupa nak tambah beberapa perkara. Yang pertama vitamin ADEK yang fat soluble ni memerlukan kehadiran lemak tepu, baru boleh diserap ke dalam badan dengan cepat dan efisien. Yang kedua vitamin ADEK yang datang dalam bentuk bersama lemak tepu, oxidation rate dia sangat lambat, jadi kesegaran dn kualitinya lebih terjamin. Kalau dia datang sebagai serbuk, pil atau dalam bentuk selain daripada minyak (lemak tepu), maka aku ragui keberkesanan dan kualitinya.

Yang ketiga bagi monogastrik, sumber vitamin AEK yang terbaik adalah daripada organ dalaman binatang berdarah, terutamanya hati (liver). Hati adalah pusat stor simpanan nutrien terbesar dalam badan. Bukan sahaja iron, vitamin fat soluble, tetapi bermacam macam jenis lagi nutrien. Hati sememangnya makanan istimewa yang sangat dihargai nenek moyang kita. Kalau kita nak ambil suplemen vitamin yang organik, maka carilah yang diproses daripada hati (dalam bentuk minyak – tak kisahlah minyak hati ikan ke, minyak hati kambing lembu ke, minyak hati burung unta ke..)

Manakala sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari. Percuma dan terbaik. Bila kulit terlebih serap vit D, dia akan hantar ke hati untuk disimpan. Kalau kita jarang keluar rumah, jarang kena cahaya matahari, jawabnya kita kena selalu makan belacan atau budu atau cencaluk. Pasalnya udang udang halus dan ikan bilis yang dijadikan ramuan belacan budu cencaluk ni adalah sangat kaya dengan vitamin vitamin. Kena pula diperam tak dimasak. Concentration vitamin dan enzim adalah sangat tinggi. Memang pandai lagi bijaksana nenek moyang kita. Terima kasih aku ucapkan kepada tok nenek kita kerana telah mewariskan cencaluk budu belacan kepada generasi aku.


Budu, cencaluk, dan belacan yang kaya dengan essential amino acids, vitamin, dan enzim dalam bentuk yang sangat mudah diserap badan kita. Makanan 'power booster', jauh lebih power daripada kopi power atau kopi tegak atau kopi jantan. One of the best antioxidants on planet Earth. 

Vitamin ADEK sangat penting dalam fisiologi mamalia kerana badan kita direka untuk menyimpan secara besar besaran stok ADEK ni, bagi kegunaan pelbagai proses dalam badan. Badan kita sanggup dan bersedia menyimpan vitamin ADEK di merata badan – kulit, lemak, hati, darah. Berbeza dengan vitamin B dan C yang segera dibuang bila berlebihan, hari hari. Tapi kalau vitamin ADEK berlebihan, badan tak buang, dia simpan. Bila ada kecemasan, dia gunakanlah stok yang ada, tahan berbulan bulan. Masalahnya manusia sekarang tak cukup makan vitamin ADEK ni, berbeza dengan nenek moyang kita. Kita punya reserve vit ADEK rendah sangat, berbanding nenek moyang kita dulu yang reservenya mungkin 10 kali ganda lebih tinggi dari kita.

Mungkin tahap vitamin ADEK dalam darah boleh dijadikan 'underlying explanation' betapa besarnya perbezaan tahap kesihatan nenek moyang kita berbanding kita zaman moden ni. Sama juga halnya dengan kambing kita. Mamalia ruminan. Tinggi tahap vit ADEK dalam darah, maka tinggilah taraf kesihatannya – cergas, lasak, subur, tinggi resistance dan resilience kepada parasit dan penyakit. Tapi kenalah dapatkan dari sumber yang betul, benar dan reliable. Bukan main membuta aje kita beli suplemen vitamin untuk kambing kita.

Ok, masuk ceritera aku hari ini. Peh jauh gila terbabas ni, sampai ke siam depan opis si isal hahaha, jenuh nak patah balik ke bidor nih.. kalau isal guna kereta syarikat bawak 170km per jam balik keratong, maka aku kena naik bugatti veyron ss bawak 340km per jam.

Inilah dia Bugatti veyron ss yang aku mesti bawak untuk mengatasi kelajuan isal yang menaiki kereta syarikat hehehe :) 16 silinder, 8000cc, 4 turbo, 10 radiator, top speed 430km/jam

Ok, kali ni aku nak cerita pasal omega 3, aku nak highlight beberapa perkara yang jarang diketahui umum. Kebenaran memang susah dicari, banyak kebenaran yang disorok dan disembunyikan. Hanya mereka yang 'persistent' dapat menyelongkar kepalsuan yang melilit kebenaran dan bila berjumpa kebenaran, ianya suatu yang mengejutkan, kerana kebenaran itu mudah (very simple).

Orait, omega 3 ni sejenis asid lemak (fatty acid). Semua makanan kita ada karbohidrat, protein dan lemak. Bahan asas karbohidrat adalah gabungan glukosa, bahan asas protein adalah gabungan asid amino, dan bahan asas lemak adalah gabungan asid lemak. Gabungan ni adalah campuran bahan bahan asas tadi pada pelbagai nisbah.

Asid lemak ni biasanya dikategorikan kepada 3 bahagian : asid lemak tepu (saturated fatty acids), asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids), dan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acids). Antara contoh polyunsaturated fatty acids ni ialah omega 6 dan omega 3. Omega 6 ada lagi beberapa jenis asid lemak politaktepu bawah dia, begitu juga omega 3.

Contoh makanan yang tinggi lemak tepu adalah daging merah, susu, hati, otak, telur, minyak kelapa, minyak sawit dan minyak daripada haiwan macam minyak sapi, mentega, keju.

Contoh makanan yang tinggi lemak monotaktepu biasanya minyak daripada buah dan kekacang macam minyak zaitun, minyak avocado, minyak jarak, minyak kacang tanah.

Contoh makanan yang tinggi lemak politaktepu macam biji flax, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak rapeseed, minyak canola.

Pening pening. Ada ka sapa sapa yang berminat nak baca explanation aku ni? Betul ada ka?

Kita sambung. Yang dikatakan baik untuk kesihatan dan memulihkan kerosakan badan ialah apabila nisbah omega 3 kepada omega 6 lebih tinggi dalam makanan kita. Maknanya semua makanan ada lemak, ada asid lemak politaktepu, ada omega 6, ada omega 3. Cuma nisbah yang berbeza. Generally, lagi tinggi omega 3 berbanding omega 6 yang kita consume, lagi baiklah untuk kita.

Kata kunci ialah nisbah.

Makanan zaman nenek moyang kita yang segar, alami dan simple didapati mengandungi nisbah omega 3 : omega 6 yang jauh lebih tinggi berbanding makanan zaman kita yang highly processed. Dulu nisbah omega 3: omega6 mencapai 6:1 hingga 20:1 tapi zaman sekarang jadi 2:1, 1:1, 1:6, 1:20 malah ada yang langsung takdak omega 3. Lagi banyak proses, lagi tinggi omega 6, dan semakin rendah omega 3. Lagi tak alamiah penghasilan sesuatu sumber makanan, lagi rendah nisbah omega 3 : omega 6. Lagi banyak proses dan lagi tak alamiah adalah 2 perkara yang berbeza.

Penghasilan makanan yang lari dari tabie digabungkan pula dengan pemprosesan yang banyak mewujudkan makanan yang 'alien' dan merosakkan badan kita, sesuatu yang nenek moyang kita tak pernah jumpa dan consume zaman diorang, tetapi berleluasa pada zaman kita.

Ok, banyak research sekarang kata omega 3 ni bagus untuk kesihatan. Betul, aku tak menafikan. Banyak kajian terkini menyatakan yang nisbah omega 3 kepada omega 6 yang tinggi ada kebarangkalian tinggi menghindari kanser, diabetes, strok, sakit jantung dan bermacam macam lagi. Pendek kata, penemuan sangat hebat (great discovery) dalam dunia kesihatan. Lebih kurang macam Einstein dan teori relativitinya. Dan dalam masa yang sama membuka peluang keemasan kepada syarikat farmasi dan sekutu sekutunya. Berlumba lumba menghasilkan produk komersial yang kaya omega 3 dan sibuk mencanangkan kehebatan produk mereka ke seluruh dunia.

Masalahnya, diorang yang tamak ni mengambil kesempatan atas kita punya ignorance. Banyak produk dan kempen mereka yang misleading, bermuslihat, berniat jahat. Tapi kita tak perasan pasal mereka menggunakan pakar pakar nutrition atau dietician atau doktor yang berpihak kepada mereka. Its dirty business, greed driven without regard for the consequence.

Ok, berapa banyak daripada kita yang tahu omega 3 ni asid lemak politaktepu, yang mudah rosak (rancid) bila terdedah kepada haba walau pun sedikit (mudah rosak bila dimasak)?

Berapa banyak daripada kita yang tahu asid lemak tepu yang kita ditakut takutkan akan bahayanya adalah stabil pada suhu tinggi (tak mudah rosak bila dimasak)?

Berapa banyak daripada kita yang tahu omega 3 ni tak mudah rosak bila dimasak apabila datang bersama lemak tepu yang tinggi? Tak mudah oxidised bila wujud bersama sama lemak tepu?

Yaaa asid lemak politaktepu menghasilkan banyak free radicals (oxidation agents) – merosakkan sel, menjadi plak dalam salur darah, mengganggu fungsi organ dan hormon, yang merbahaya kepada badan apabila terdedah kepada suhu tinggi. Melainkan jika wujud lemak tepu (saturated fat) kerana ianya melindungi molekul omega 3 daripada suhu tinggi semasa dimasak.

Sebenarnya melalui autopsi yang dijalankan ke atas pesakit yang mati akibat sakit jantung dan strok, mendapati jenis lemak yang menyumbat saluran darah ni kebanyakannya lemak politaktepu yang sudah rancid, sudah rosak. Bukannya lemak tepu yang kita selalu ditakut takutkan jangan makan. Jantung kita sendiri naturally diselaputi lemak tepu sebab itu sumber terbaik tenaga bagi dia. Yang buat dia kondem pasal banyak sangat lemak politaktepu, enjin diesel bubuh petrol, habih la.

Tuan tuan saksikanlah berapa banyak kepalsuan yang melingkari hidup kita.

Minyak jagung sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak bunga matahari sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak kacang soya sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak canola sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.
Minyak zaitun sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Karut.


Semua minyak sayuran diatas yang tinggi lemak politaktepu, yang dicanang canang kehebatannya untuk kesihatan, sebenarnya mudah rosak bila terdedah kepada suhu tinggi. Bukannya bermanfaat sebaliknya memudaratkan kesihatan.


Minyak jagung yang diwarwarkan sebagai minyak masak yang lebih sihat. Very misleading, bukannya menyihatkan tetapi memudaratkan. Sama jugalah minyak sayuran lain (soya,sunflower,canola,rapeseed) yang tinggi kandungan asid lemak politaktepu. Mudah rosak apabila dimasak. Menyesakkan arteri kita dengan cara menjadi plak dalam salur darah.

Eh nabi kita kan guna minyak zaitun?

Haa kalau nak tahu nabi kita guna minyak zaitun sebagai minyak rambut, dan minyak zaitun mentah mentah tak dimasak beserta cuka buah bila makan bersama buah buahan dan sayur sayuran. Bila nak masak masak, nabi kita guna minyak sapi, minyak haiwan, lemak tepu.

Nabi kita makan lemak tepu. Sepertimana keturunan nenek moyang kita di seluruh muka bumi sebelum ini. Barulah dapat kebaikan nisbah omega 3 kepada omega 6 yang tinggi,  yang terpelihara daripada kerosakan.

Minyak sapi sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Minyak ikan paus sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Mentega sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Minyak haiwan sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Terbaik
Minyak kelapa sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Baik
Minyak sawit sesuai dijadikan minyak masak demi hidup yang lebih sihat? Baik

Janji minyak yang kandungan lemak tepunya adalah majoriti, barulah struktur molekul asid lemak politaktepu tidak rosak apabila dimasak. Only then we receive the goodness of omega 3. Sepertimana yang nenek moyang kita buat dah beribu ribu tahun.


Minyak sapi, minyak yang tinggi kandungan lemak tepunya, sangat stabil pada suhu tinggi, justeru asid lemak omega 3 terlindung daripada dimusnahkan ketika dimasak. Minyak kelapa dan minyak sawit juga mempunyai sifat yang sama. 

Itu makanan dimasak, kalau makanan mentah, apa pula yang kaya omega 3?

Salah satu makanan tertinggi nisbah omega 3:6 ialah biji flax(flax seed). Pokok flax ni biasanya ditanam untuk mendapatkan flax fiber yang diproses menjadi linen, pakaian bermutu tinggi. Mumia mumia zaman Mesir dulu biasanya dibalut dengan linen, bagi tahan lama mumia tu. Mekanismenya aku pun tak tahu.

Masalah flax seed atau flax seed oil ialah betapa mudahnya ia menjadi rancid walau pun dibuat cara cold pressed extraction kemudian disimpan dalam botol kaca opaque. Lagi pantas oxidation rate dia berbanding vitamin sintetik yang aku cerita sebelum ni. Lagi pun nenek moyang kita tak biasa pun saja saja makan flax seed atau miyaknya, yang penting adalah nisbah omega 3 lebih tinggi daripada omega 6, itu dah cukup baik. Tak payah risau sangat nak setinggi boleh intake omega 3.

Now, binatang ternakan kita yang diternak secara alami dapat membekalkan kita dengan nisbah omega 3:6 yang cukup cantik. Untuk ruminan kambing, pucuk pucuk adalah sumber omega 3 yang terbaik, berkesan lagi murah. (Remember : semua makanan natural ada karbohidrat, protein, dan lemak – so lemak tepu, monotaktepu, politaktepu pun ada).

Pucuk. Maknanya kambing yang boleh bebas meragut mengandungi nisbah omega 3:6 yang baik untuk dirinya dan kita yang makan dagingnya. Tak payah susah susah tambah flax seed dalam dedak dia macam ayam telur moden sekarang.

Telur kaya omega 3 yang kita dok makan sekarang diperolehi dengan cara menambah flax seed ke dalam makanan dia. Pasalnya telur komersial biasa sekarang terlalu rendah omega 3, mungkin takdak pun omega 3. Rumput pun tak dapat, asyik makan dedak aje dari kecik. Manakala ayam kampung organik dapat omega 3 yang tinggi bila dia dapat makan serangga. Makan rumput pun dapat omega 3, tapi lagi terbaik kalau dapat makan serangga. Serangga ni makanan semulajadi ayam, tak kisahlah ulat ka, cengkerik ka, dan ianya sumber terkaya omega 3 bagi beburung.

Sebab itu cara terbaik menghasilkan makanan yang penuh nilai kesihatan adalah cara yang alami, yang tabie, yang fitrah kepada tanaman atau ternakan tersebut. Kalau kita dapat makanan sebegini, cantiklah, apa pula sibuk nak beli suplemen itu ini, mahal mahal plak tu.


Dan kita sebagai pembiak kambing, jika kita benarkan kambing itu mengikut tabienya, kita akan dapat menghasilkan antara makanan terbaik di dunia. Daging merah yang cantik nisbah omega 3:6nya. Memandangkan daging merah ni tinggi juga lemak tepunya, maka omega 3 ni tak mudah rosak walaupun daging merah itu dimasak.


Jika haiwan diternak secara alami, ia akan menghasilkan daging merah yang tinggi nisbah omega 3:6, antara makanan terbaik dunia. 

Tuan tuan yang dihormati,

Dalam zaman kita yang penuh informasi hingga ke tahap 'information overload', terlalu sukar bagi kita untuk nampak kebenaran kerana berlapis lapis kepalsuan yang melingkarinya. Kita dok ingat kita dah jumpa kebenaran tapi rupanya ia adalah selapis kepalsuan.

Cara yang paling mudah untuk nampak kebenaran adalah kembali kepada Allah dan RasulNya. Kita selusuri balik kata kata Tuhan dan cara hidup utusanNya, nescaya kita nampak kebenaran. Dan betapa mudahnya kebenaran bila kita mengetahuinya.

Peh panjang lebar posting aku kali ni. Bukan blog dah ni, macam tesis aje. Aku tak yakin ada orang yang sanggup baca panjang lebar ni, serabut kepala jadinya hahaha. Sorilah tuan tuan pembaca yek.

Salam hormat!

Monday, June 4, 2012

BERTEMBUNG HANTU CARIK KAFAN


Masa awal awal aku bela kambing, aku dok sorang sorang jauh dari orang lain. Siang menghadap kambing, malam menghadap diri sendiri. Kawan memang susah nak cari, pasalnya aku belum biasa dengan geng indonesia ni. Letrik memang takde, nak beli genset duit pun takde masa tu, so aku mengharapkan cahaya lilin je lah bila malam menjelang.

Aku dulu budak bandar. Membesar di bandar baru bangi, selangor. Dah terbiasa dengan kesenangan hidup di kawasan bandar. Tapi semenjak buat keputusan bela kambing, memang terbalik dunia aku. Dari rumah teres 2 tingkat, jadi rumah kayu lama yang berusia lebih 20 tahun. Dari menghadap red alert, warcraft, championship manager kat komputer, aku menghadap kambing dan sawit. Dari jamban duduk, jadi jamban cangkung bawah pokok sawit. Terpaksa berperang dengan nyamuk, lalat dan pacat masa nak buang air besar. Dari malam yang terang benderang dan ramai orang, jadi malam yang gelap, sunyi dan menakutkan.

Lampu takde, kawan takde, memang saspen tahap burj dubai malam malam. Bila dengar bunyi lain macam kat luar, nak check bukak tingkap rumah pun menggigil gigil. Macam macam bayangan yang ter'projected' dalam kepala aku. Nilah padahnya banyak sangat tengok cerita hantu cerita seram seram. Terkumat kamit baca doa dan ayat ayat quran yang aku ingat sebaik sahaja maghrib bermula. Nasib baik ada itik dan kucing malam malam, takdelah boring atau takut sangat.

Tapi itik dan kucing ni pun tak lama. Itik mati, kucing hilang. Tinggal sorang sorang. Mencabar betul bila terpaksa berhadapan situasi kesunyian dan ketakutan. Memang kambinglah yang jadi kawan dan lawan bercakap. Aku rasa aku dah boleh keluarkan siri bercakap dengan kambing, macam siri bercakap dengan jin karangan tamar jalis yang popular tu. Tak taulah kalau ada yang sanggup beli novel aku hahaha.

Anyway ada satu peristiwa yang betul betul menakutkan aku, membuatkan aku susah nak tidur beberapa malam. Adapun pada suatu malam yang tenang dan sunyi, setelah aku mula biasa dengan suasana hidup sorang sorang nih, aku dikejutkan dengan satu suara yang pelik tengah malam buta. Hilaian yang menakutkan. Aku dah biasa dengar bunyi mengilai ni, baik siang atau malam, jadi aku dah tak heran macam macam bunyi pelik. Tapi kali ini hilaiannya jelas, kuat dan menimbulkan ketakutan kepada aku.

Aku tak berani bukak selimut, tak bergerak pun. Pejam mata kuat kuat, soksek baca ayat mana yang aku ingat, tarik selimut tutup habih kepala. Sampai tertidur. Dalam dok takut takut boleh gak aku tidur. Pasalnya letih kepenatan jaga kambing. Malam kedua datang lagi bunyi pelik yang kuat ni. Betul betul rasa macam bunyi tu kat balkoni rumah kayu lama yang aku duduk ni. Kali ni aku beranikan diri.

Aku readykan diri untuk terkejut, tangan sebelah pegang torchlight, tangan sebelah lagi pegang parang. Aku bukak pintu cepat cepat, pejamkan sebelah mata, ingat nampaklah langsuir rambut panjang atau hantu penanggal (kepala terbang bersama isi perut, badan takdak). Kalau nampak aku nak terus libas aje. Tapi takde apa pula. Kosong. Tercengang aku kat balkoni tu. Lepas tu bunyi pelik tiba tiba berkumandang. Aku suluh suluh kat tanah keliling rumah tak nampak apa. Aku suluh kat atas pokok sawit. Tu diaaaaa.....

Inilah dia hantu carik kafan yang berjaya mengecutkan perut aku untuk satu malam..



Omputih panggil Spotted Wood Owl. Bahasa Rome (latin), Strix Leptogrammica. Aku tahu nama dia pun sebab aku pergi Zoo Melaka 2 hari sudah ngan anak bini aku. Pehh mengancam betul nama melayu dia. Takdak nama lain ka? Tapi mungkin tuk nenek kita panggil dia hantu carik kafan pasal bunyi yang dia keluarkan tengah tengah malam bukan bunyi biasa, memang saspens betul dibuatnya.

Saspen saspen... Kelakar pun ye bila mengenangkan situasi pengecutan sistem pencernaan aku masa pertama kali bertembung hantu carik kafan ni.. Aduh la bikin malu sungguh..

Anyway semenjak aku bertapa dalam sawit ni, aku belum nampak lagi secara fizikal hantu atau makhluk halus. Kawan kawan indon aku banyak yang nampak, tapi aku tak nampak apa apa. Bunyi ye ada dengar.

Salah satu hantu yang kawan indon aku nampak ialah hantu cina. Sebelum sampai ladang kambing aku, memang kena lalu jirat cina. Luas dan dah lama. Sapa sapa yang pernah sampai, tahulah pasal memang jirat cina sebelah kiri jalan sebelum sampai kandang aku. Indon yang merantau kat malaysia ni biasanya suka main nombor ekor. Dan bila dah kaki nombor, macam macam sanggup buat, termasuklah memuja hantu walau pun amalan tu syirik.

Nama kawan indon aku ni eddy. Berani memang tak takut hantu. Dalam usahanya nak menang nombor ekor, pasal dia kata nak cepat balik indon, dia pergi 'menurun' di sebuah kubur cina bersama 3 member. Dalam tengah khusyuk operasi menurun tengah malam buta, muncul hantu cina. Habih berterabur lari 3 member dia ni. Tapi eddy tak lari. Dia beranikan diri minta nombor. Dan dia nampak nombor tu muncul kat kulit telur yang dia bawak. Besoknya dia beli nombor tu dan surprisingly dia menang no 1. Dapat rm23,000.

Yang aku nak cerita ni pasal hantu cina yang dia jumpa. Bukannya terloncat loncat pakai baju zaman dulu macam dalam filem cina yang biasa kita tengok. Tapi hantu cina yang dia nampak ni smart habih, pakai kot siap bowtie. Yang tak bestnya, kepala dia kat tangan bukan kat atas leher. Tu yang berterabur kawan kawan si eddy ni lari. Hahaha....

Hmm.. main nombor ni sebenarnya tak berkat. Lagi membawa kehancuran ada. Bukannya menambah kebaikan dan kekayaan. Setan kasi menang sekejap pasal nak sedapkan hati, nak yakinkan manusia lain betapa bermanfaatnya berjudi ni walhal itu semua kepalsuan yang tak bertahan lama.

Kaya amendenya, ramai yang jatuh miskin, rumahtangga porak peranda, anak bini tak cukup makan. Mana ada jalan senang, mana ada jalan pintas kalau nak jadi kaya. Kena ada ilmu, disiplin dan sentiasa bersedekah. Inilah surefire way nak jadi kaya, ada pulak nak mintak kat hantu. Karut marut sungguh!

Aku terkejut sebenarnya bila duduk kampung ni. Dulu kat bangi mana ada kedai nombor ekor, aku tak pernah nampak orang berjudi. Sampai kat sini memang culture shock, tengok pak lebai dah pergi haji pun ada beli nombor ekor. Bila ditanya, pak lebai ni cakap mana ada haram, kerajaan dah benarkan kedai nombor ni beroperasi. Maknanya halallah. Pehh memang kalut ni..

Banyak yang kita nak kena renung balik dalam dalam ni... undi di tangan kita hehehe..

Salam.