"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, November 30, 2011

TAUFIQ DARI INSTITUT SKILL TECH MELAKA

Taufiq tengah mencucuk kambing dengan penuh tawadduk hehehe....

Taufiq ni muda lagi, umur 18 tahun. Tengah buat praktikal di kandang saya selama 3 bulan. Masa depan industri ternakan sememangnya bergantung kepada anak muda seperti taufiq. Kadar kejayaan dalam perniagaan lebih tinggi bagi anak muda berbanding orang tua. Lagi muda start meniaga, kerja sendiri lagi bagus pasal orang muda ada satu aset sangat besar, iaitu masa. Kalau tersilap langkah takdelah susah sangat nak bangun balik.

Kalau anda perhatikan, taufiq mencucuk kambing di kaki hadapan. Memang polisi saya adalah untuk menyuntik hanya pada kaki depan kambing. Saya tidak pernah buat pada kaki belakang. Saya pasti hampir semua penternak pernah terjadi kes macam ini : hari ni cucuk kambing sihat, besok kambing mati. Bagi saya puncanya ialah suntikan pada peha belakang.

Kambing ni lain sikit dengan biri biri. Bebiri boleh disuntik pada peha belakang, tapi kambing tak boleh. Ini kerana struktur salur dan nodus limfa yang berbeza sedikit antara kambing dan bebiri. Kalau kita tercucuk pada nodus limfa di peha belakang kambing ni, kambing boleh terus mati walau pun sihat dan gemuk masa kita mencucuk. Jadi hati hatilah semasa menyuntik kambing kita tuan tuan. Paling selamat suntik pada kaki depan.

Saturday, November 19, 2011

GAMBAR ANAK JANTAN CERAI SUSU




Sebenarnya semua ini gambar lama, tahun sudah. Gambar terkini belum dapat post pasal kamera rosaklah!

Kandang Kedua dan Kandang Ketiga


Gambar atas ialah kandang no 3. Gambar bawah ialah kandang no 2.


Kandang memang nampak kosong pasal kambing tengah lepas meragut.
Kandang kedua dibina pada 2008. Ini kerana kandang pertama dah sesak.
Kandang ketiga dibina pada 2010. Ini kerana kandang pertama dan kedua dah sesak.

Untuk 2011, kandang ketiga sedang dibesarkan untuk menampung kelahiran anak anak kambing. Saiz kandang ketiga buat masa ini ialah 40 kaki x 72 kaki = 2880 kaki persegi. Kos pembinaan ialah RM12 sekaki persegi. Ada kandang kandang rakan rakan ternak mencecah RM30 sekaki persegi. Ada juga RM60 sekaki persegi. Nak buat kandang kambing atau istana kambing? 

Memang syok merekabentuk dan membina kandang tapi yang lebih penting ialah kambing. Harapnya bakal penternak tidak terperangkap dalam isu ini.  Jangan syok sangat membina reban cantik cantik tapi pembiakan tidak menjadi. Anak kambing takde atau sikit sangat. Hati hati ye!

Friday, November 18, 2011

Kandang Pertama

Inilah rupa kandang pertama. Dibina pada 2005. Saiz 20 kaki x 40 kaki. Jadi keluasannya 800 kaki persegi. Kos RM6000 termasuk kos bahan dan buruh. Kos sekaki persegi ialah RM 7.50 sekaki persegi. 

Sekarang kandang ni jadi kandang jantan jantan yang sudah cerai susu. 

Kepada penternak baru kalau nak buat kandang pastikan seboleh bolehnya kos  sekaki persegi kandang anda tidak melebihi RM18. Kalau lebih RM18, samada anda overbudget atau overcharged atau senang cerita anda dah 'dicekik darah'. Kandang untuk pembiakan pedaging ni cincai je, yang penting kambing cantik.

Sekarang ni saya dah tak kagum bila pergi kandang besar besar. Saya dah tak takjub dengan kehebatan binaan kandang. Biasanya penternak baru je yang terpesona. Jauh lebih penting adalah kambing kambing yang berada dalam kandang.

Kalau ada banyak anak anak kambing, itu lebih baik, baru saya kagum. Baru betul betul menternak atau membiak. Ini harap kandang je besar, cantik, tapi kambing besar je yg ada. Anak kambing takde. Maknanya kandang itu bermasalah untuk membiak.

Kandang dah senget nak runtuh, tapi banyak anak anak kambing, memang saya kagum. Barulah betul menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Kepada bakal penternak, adalah sangat molek untuk pergi kandang pembiak sebenar, barulah kita mendapat realiti, gambaran jelas industri ternakan ni.

Wednesday, November 16, 2011

BERAPA UMUR KAMBING CUKUP UMUR?

Banyak sangat penternak tidak tahu berapa sebenarnya syarat kambing cukup umur. Banyak sangat yang kata 2 tahun baru dikira cukup umur. Pernahkah kita betul betul menyiasat kebenarannya?

Matlamat qurban dan akikah dicapai dengan binatang yang baik, sihat, dan berisi tetapi dari segi umur kebanyakan ulama berijtihad. Pandangannya berbeza.

Bagi mazhab hanbali, maliki dan hanafi : memadai kambing yang telah mencapai umur 6 bulan dan masuk bulan ke tujuh. Maksudnya ialah kambing cukup umur bila umurnya 6 bulan 1 hari = 181 hari.

Bagi mazhab shafie : memadai kambing yang umurnya setahun masuk tahun kedua. Maksudnya kambing cukup umur bila umurnya setahun 1 hari = 366 hari.

(kalau ikut tahun islam lagi cepat kan?)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Memadai kambing biri biri yang berusia lapan ke sembilan bulan untuk dibuat qurban" (Riwayat Ibn Majah dan Imam Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Jangan sembelih qurban kecuali yang berusia setahun. Jika menjadi kesukaran kepada kamu, maka sembelihlah kambing biri biri (yang berusia lapan ke sembilan bulan). (Riwayat Muslim drpd Jabir RA).

Hmmm.. Takdepun  Nabi atau ulama yang kata kena tunggu umur 2 tahun.

Kalau ikut keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan, dan bicara mufti Perak yang saya dengar di Radio Perak FM : kambing cukup umur bila umurnya setahun sehari. Maknanya masuk tahun kedua. Bila takde rekod barulah tengok gigi.

Nampak tak ? Ini satu lagi sebab saya menyeru kepada semua rakan rakan ternak untuk simpan rekod kelahiran dan kematian kerana sangat membantu dalam penentuan syarat cukup umur kambing. Sekiranya berpandukan gigi, kalau anda nak tahu, kambing berdarah tempatan lambat tanggal gigi. Ada yang dah berumur setahun setengah tapi tak tanggal tanggal sepasang gigipun.  Agaknya dari sinilah terbitnya pandangan yang kata kambing cukup umur 2 tahun, sebab baru tanggal gigi umur tu.

Jadi jangan pening pening nak tunggu tanggal/salin gigi, simpanlah rekod kelahiran sebaik mungkin untuk membantu kita nanti.

Ya satu lagi perkara yang ingin saya kongsi. Sebenarnya kambing betina cukup umur boleh dibuat aqiqah. Kenapa ada yang berkeras kata kambing jantan aje yang boleh dibuat aqiqah?

Dan lebih afdal melakukan qurban 1 individu = 1 nyawa ternakan. Kambing lebih afdal dari lembu untuk dibuat qurban dan aqiqah. Bagi setiap keluarga Islam yang mampu buatlah qurban bagi setiap individu dalam keluarga setiap tahun.

Terima kasih.



NILAI SEMASA KAMBING

Salam para pengunjung,

Kepada para penternak, agak agaknya berapa sebenarnya harga seekor kambing cukup umur?

Jawapannya, berdasarkan harga semasa 1 Dinar Emas.

Macam ni, 1 ekor kambing cukup umur = 1 dinar  =  RM802 (pada 17 Nov 2011). Itulah formula yang diguna pakai di negara negara arab. Di zaman Nabi Muhammad SAW, seekor kambing nilainya bersamaan 1 dinar manakala seekor ayam nilainya 1 dirham. Hingga sekarang setelah hampir 1400 tahun, formula yang sama masih berjalan.

Realitinya saya sendiri belum berani nak jual kambing cukup umur pada harga tersebut di tempat saya. Terkebil kebil mata bakal pembeli kalau dengar harga tersebut. Tapi kalau di Lembah Klang, selatan johor, atau di bandar bandar besar tak menjadi masalah. Betul tak?

GAMBAR KAMBING SEMASA LEPAS MERAGUT




GAMBAR SEBAHAGIAN KAMBING BETINA SAYA SEMASA LEPAS MERAGUT. ADA GEMBALA,  DARI MULA LEPAS SAMPAI BALIK KANDANG. KALAU TAKDE GEMBALA, JAWABNYA HABIS DIMAKAN ANJING LIAR. 9.30 PAGI DAH LEPAS SEMASA EMBUN MASIH ADA, SEMASA CACING DAN PARASIT MASIH BERKELIARAN.  SAYA TAK DEWORM KAMBING SETIAP 3 ATAU 4 BULAN ATAU 6 BULAN. SAYA BAGI BILA KAMBING SAKIT JE. SAYA TAK RISAU PASAL DAH 4 TAHUN BUAT MACAM NI (LEPAS SEBELAH PAGI). LAGI PUN KAMBING SAYA ADA  DARAH PRIBUMI, DARAH  TEMPATAN,  DARAH KITA. DARAH KITA ADALAH TERBAIK UNTUK CUACA KITA!

BENGKEL DI VRI IPOH

Saya telah dijemput menghadiri Bengkel pengurusan kesihatan ruminan kecil dan EM dalam pengurusan ladang 2011. Bengkel sehari ini diadakan di Institut Penyelidikan Haiwan atau Veterinary Research Institute (VRI) di Ipoh pada 15 November 2011. Saya gembira dapat bertemu dan bertukar maklumat dengan penternak lain. Saya juga mendapat maklumat lebih jelas berkenaan aktiviti VRI dan pengetahuan berkenaan aplikasi effective microbe untuk ternakan. Terima kasih kepada pihak VRI kerana menjemput saya.

Harapnya nanti ada pula Bengkel Pengurusan Rekod Ternakan. Ada ke? Pasal saya menghadapi kesukaran untuk bertukar maklumat produktiviti ladang dengan penternak lain. Banyak penternak tiada rekod ladang termasuklah ladang besar besar yang gah namanya. Situasi ini sangat mengejutkan dan menyedihkan. Para pembuat polisi penternakan dan penyelidik pula terpaksa berkiblatkan negara luar bila membuat keputusan kerana kekurangan nyata rekod tempatan. Itu yang jadi kelam kabut industri ternakan sekarang. 

 Kita dalam industri ternakan patut ada satu set standard indikator produktiviti ladang. Asasnya ialah kadar kelahiran, kadar kematian, dan kenaikan berat badan. Kebanyakan orang terlalu menumpukan pada saiz dan berat badan. Banyak sangat rekod pasal berat badan dan nutrisi pemakanan. Tapi bila masuk bab kelahiran dan kematian yang merupakan indikator primer "survivability" pembiak, takde rekod. Susah betul nak cari.

Kalau semua penternak mula menyimpan rekod kelahiran dan kematian secara teliti dan membuat analisis maka bermulalah reformasi industri ternakan malaysia. Saya menyeru kepada rakan ternakan sekalian marilah kita menyimpan rekod ternakan kita. Marilah kita bersama sama memulakan langkah kecil ini kerana walaupun perjalanan masih jauh tapi  sekurang kurangnya kita sudah bermula.

Sunday, November 13, 2011

SECEBIS LAPORAN TERNAKAN 9 NOV 2011

 
Salam para pembaca,

Sedikit update berkenaan pembiakan kambing saya. Untuk tahun 2011 ini setakat 9 november saya telah mendapat 213 ekor anak daripada 101 ekor ibu kambing. (Jangan kira dulu kadar kelahiran kambing saya, kerana kadar kelahiran sebenarnya dikira per tahun untuk ketepatan. Jadi ada 52 hari lagi untuk melihat perkembangan selanjutnya).

Ada sesiapa pembiak kambing boer atau jamnapari sudi berkongsi maklumat ternakan mereka? Kalau pengimport atau trader saya tak mahu dengar. Banyak sangat kelentongnya, banyak sangat cakap besarnya. Bila minta rekod ternakan, mula menggelabah tukar topik lain. Bukannya minta rekod kewangan.

48% adalah anak jantan dan 52% adalah anak betina. Banyak pula anak betina tahun ini. Tahun sudah 58% jantan 42% betina. Tapi takpe, tunggu tahun ni habis, tengok macam mana.

Hmm.. memandangkan kapasiti kandang saya terhad, saya nak lebih banyak anak jantan. Jadi kepada pembiak yang rekod ternakannya secara konsisten banyak kelahiran anak jantan hubungi saya. Saya sedang mencari kambing pejantan.

PEMERHATIAN PENTING ALWI GOAT FARM:
(1 pejantan:60-70 betina) membawa kepada kelahiran lebih banyak anak jantan.
(1 pejantan:20-40 betina) membawa kepada kelahiran lebih banyak anak betina.

Pelik juga ye. Walau bagaimana pun ini adalah situasi ladang saya dan pemerhatian saya sendiri. Ladang penternak lain mungkin berbeza.

Pejantan primer saya umurnya sekarang 4.2 tahun. Belum pernah direhatkan. 76 induk untuk dia tahun sudah. Tiada sebarang suntikan vitamin atau hormon tambahan. Tiada makanan special untuk dia. Barangkali ada penternak yang terkejut tengok nisbah pejantan kpd betina ladang saya.

"Banyak sangat betina tu.. mana larat pejantan tu".
"kalau ikut teori kan 1 pejantan kepada 20 hingga 30 ekor betina".

Sebenarnya pejantan yang cergas dan lasak mampu melayan banyak betina. Untuk cergas dan lasak hanya ada satu cara :

KENA BANYAK BERJALAN. LAGI JAUH LAGI BAGUS.

Berjalan? Ya.
Berlari? Tidak.
Berjogging? Tidak.
Jaga makan? Tidak.

Lagi banyak berjalan, lagi cergas, lagi lasak, lagi subur, lagi susah jatuh sakit. Kalau sakit, cepat sembuh. Bukan untuk kambing je, manusia pun sama. Jadi banyakkan berjalan (bukan berjogging atau berlari) untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Kambing makan tanggung (intensif) walau nampak gemuk lagi bulat sebenarnya tidak cergas. Bila tak cergas, kesuburannya berkurang. Kegemukan memang terbukti mengurangkan fertiliti. Dah berlambak kajian yang menemukan hubungan negatif antara kegemukan dan fertiliti. Termengah mengah kambing makan tanggung ni bila ikut kambing yang dah biasa lepas. Ada yang sampai pengsan.

Kalau dapat turun ke tanah sebentar untuk berjalan jalan sekitar kandang dan menghirup udara luar serta mandi cahaya matahari pasti dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kegembiraan kambing seterusnya membantu dalam meningkatkan produktiviti ternakan.

Pandangan peribadi saya ialah sistem intensif (makan tanggung) tidak sesuai untuk mereka yang cuba membiak, tapi lebih sesuai untuk mereka yang cuba menggemukkan. Fikir dalam dalam. Betul tak? Sebenarnya untuk pembiakan kita tak nak kambing kita gemuk. Kita nak dia cergas dan lasak. Di negara negara yang maju industri ternakannya, mana ada pembiak kambing/lembu pedaging yang buat sistem intensif? Kalau penggemukan baru guna sistem intensif. Kos sistem makan tanggung untuk pembiakan terlalu tinggi. Kena pula harga dedak melambung. Tapi kalau penggemukan tak kisah pasal jangka pendek.

Ada banyak lagi data ternakan yang belum saya tunjukkan, Kepada penternak yang telah mendapat kiriman rekod ternakan saya atau melihatnya, harapnya kita dapat bertukar maklumat dan sama sama memperbaiki rekod ternakan kita.




Wednesday, November 9, 2011

Berat Lahir Anak Kambing. Lagi Berat Lagi Bagus?

Salam para pengunjung,

Jawapan ringkas kepada tajuk di atas ialah TIDAK.

Memang aneh tengok banyak penternak kambing berbangga dengan berat lahir anak kambing mereka. Lagi berat lagi bangga. Makin berat makin berpotensi dijadikan bapak kambing atau pejantan. Hmm.... ye ke?

Berdasarkan rekod ternakan yang saya simpan dan analisis setelah 6 tahun membiakkan kambing, saya buat kesimpulan yang saya mahukan anak kambing saya lahir dalam julat berat yang normal yakni 2kg hingga 3.5kg. Saya tidak mahu berat lahir mereka terkeluar daripada julat ini.

Bagi saya berat lahir anak kambing tidak boleh dijadikan petunjuk utama produktiviti ladang. Berat cerai susu ketika umur mereka 4 bulan adalah lebih sesuai dijadikan petunjuk primer ( bagi mereka yang obses dengan saiz ternakan mereka). Saya sendiri lebih pentingkan fertiliti dan fekunditi yakni kadar kelahiran dan survival sebagai petunjuk primer produktiviti ternakan.

Berat lahir yang keterlaluan sebenarnya akan membawa kepada masalah di kemudian hari. Pejantan yang berat lahirnya mengkagumkan akan mewariskan "sindrom janin besar" kepada keturunannya. Induk akan mengalami pelbagai komplikasi semasa mengandung dan beranak dan sepanjang tempoh menyusu. 

Semasa mengandung janin besar perlukan lebih banyak ruang dalam perut kambing. Jadi kapasiti rumen berkurang, dan keupayaan menyimpan, memproses dan mencerna makanan terhad. Ini meningkatkan risiko kekurangan zat makanan seterusnya keguguran.

Semasa beranak pula janin besar membahayakan induk. Anak boleh lemas kerana saiz yang besar melambatkan kelahiran, rahim induk boleh terkeluar kerana tekanan melampau, pendarahan berlebihan, seterusnya meningkatkan risiko kematian. Kalau tak mati, kerosakan rahim yang kekal menyebabkan induk itu tidak lagi produktif. Kalau tak mati, tak cacat rahimnya, stress yang melampau masa beranak mengambil masa yang lama untuk pulih. Penat kita menunggu nanti.

Tak percaya? sape sape yang dah ada bini dan anak tahulah. Boleh tanya doktor2 dan misi2 yang menguruskan wad bersalin pengalaman diorang. 

Kajian terkini pula menunjukkan mereka yang berat lahir berlebihan berkemungkinan lebih tinggi untuk mengalami masalah metabolisme dan fertiliti bila dewasa.  

Jadi kepada pembiak kambing berhati hatilah jangan termasuk perangkap ini kerana ia bakal membahayakan prestasi ternakan anda suatu hari nanti.

Salam.