"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 17, 2015

LANGKAH DEFENSIF BERHADAPAN TIKUS

Tiada perang ke atas tikus. Yang ada ialah hidup bersamanya.
_________________

Ladang sawit ada banyak tikus. Bersepah. Dan bela kambing bawah sawit kena terima kenyataan ini. 

TERIMA. Bukannya MENENTANG. Bukannya melancarkan PERANG.

Perang ke atas tikus (dan parasit) hanya akan mengecewakan kita, dan merendahkan output pertanian kita jangka panjang. Dulu pemikiran aku sebegini. Sebarang jenis parasit yang mengancam kambing aku hendaklah dihapuskan. Dilenyapkan. Dibunuh. 

Aku sibuk guna perangkap. Aku sibuk guna racun. 

Jangka pendek nampak berkesan. Tapi jangka panjang? Tikus tetap ada. Dan berdendam. Populasinya boleh tiba tiba meletup, dan keganasannya di luar jangkaan. Habih semua barang boleh digigit gigit, termasuk jari kaki kita semasa sedang tidur. Juga kuku kambing, dan anak anak kambing. Sampai mati berlubang anak kambing dikerjakan tikus

Dan pengalaman aku berhadapan dengan tikus, menyedarkan aku - langkah defensif adalah lebih baik daripada langkah ofensif.

Defensive measures are much better much more rewarding than offensive measures that try to terminate. 

Aku tidak lagi guna racun. Aku tidak lagi guna perangkap. 

Guna kucing. Guna proksi. 

Ya. Tikus masih ada. Kadang kadang berkeliaran, tetapi dalam keadaan terkawal. Tiada gerombolan tikus. Tiada gerombolan yang mengganas. Tiada ancaman terhadap produktiviti kambing. 

Selain daripada kucing sebagai agen kawalan biologi, aku juga berjaga jaga dengan kebersihan sumber air minuman kambing aku. Walau pun tikus tidak mengganas secara fizikal, tetapi kencing dan beraknya membawa risiko leptospirosis. 

Dulu aku pernah terkena sebegini. Kambing tiba tiba banyak demam. Yang mengandung gugur. Anak kambing berderet deret mati. Mana yang hidup jadi bantut. Dewormer dah bagi. Antibiotik dah bagi. Tetapi demam dan mortaliti terus berlaku.

Puas aku bersihkan kandang. Puas aku jaga kebersihan palung makanan dan tong dedak. Puas aku tutup rapi tangki air minuman kambing. Puas aku jaga kebersihan kandang tetapi.... kenapa kambing masih demam dan mati?

Rupa rupanya aku terlepas pandang perkara yang kecil. 

Mari kita lihat apa yang aku terlepas.

Tangki air minum kambing di kandang aku. 

Aku tutup rapi. Takdak tikus / cicak / perosak boleh masuk ke dalam tangki. Tapi...

Uh oh... bibir tangki rupanya penuh dengan tahi tikus tahi cicak. Air kencing tikus juga boleh berkumpul pada bibir tangki ini. Bila penuh, utamanya bila terkena tempias hujan, air tercemar yang berkumpul pada bibir tangki ini boleh masuk ke dalam tangki. 

 Haaa .... kasi jelas sikit situasinya. Bila aku buka je penutup tangki, memang boleh nampak bersepah sepah tahi tikus pada bibir tangki. Kalau kering macam ni takpa, tapi kalau terkena tempias hujan, atau kencing tikus banyak sangat berkumpul - memang boleh masuk ke dalam tangki. Walau pun bertutup. 

Kawasan bibir tangki ni kering kerana aku dah tebuk lubang untuk menyalirkan air keluar. 

Itu lubangnya. Ada dalam tiga empat lubang aku tebuk untuk menyalirkan air tercemar yang terkumpul disini. 

Nasib baik ada lubang. Kalau takde lubang, alamatnya memanjanglah kambing terkena serangan leptospirosis. Memanjanglah kambing tergolek sana sini hari hari.

Jadi tuan puan, disinilah perkara kecil yang aku terlepas pandang. Air minum kambing boleh tercemar dengan kencing dan tahi tikus walaupun tangki bertutup rapi. Tikus memang takde access ke dalam tangki, tapi kencing dan beraknya boleh ada access ke dalam tangki air minum kambing tanpa kita sedar. 

Kita semua pembiak kambing kena hati hati dengan perkara sebegini. Leptopirosis sebenarnya ancaman besar kepada prestasi kita. Jangan disebabkan perkara kecil sebegini, punah ranap operasi kita.

Ceritanya kecil, tapi impaknya besar.

Jangan pandang rendah Cik Ti!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - The Breeders Exchange is now up and running!



Saturday, May 16, 2015

ADAKAH AGROBANK PEMBUNUH?

Semalam, seorang rakan penternak yang ingin memohon pinjaman Agrobank mendapat maklumbalas yang permohonannya boleh diluluskan dengan syarat - bercagar, dan operasi ternakan hendaklah operasi trading atau penggemukan. Bukan pembiakan.

Pinjaman maksimum yang dibenarkan ialah $200,000. Masa senggang yang diberikan adalah 6 bulan, sebelum bayaran ansuran penuh bermula. Alasan yang diberikan, kenapa Agrobank tidak mahu lagi membiayai usaha biak, ialah Agrobank mengalami non performing loan yang tinggi di kalangan penternak kambing.

Mulanya aku terkejut, dan aku sangat ralat apabila mengetahui polisi terbaru Agrobank. Aku takut usaha pembiakan, justeru usaha peningkatan pengeluaran makanan akan menguncup teruk. Seteruk teruknya. Aku mula terfikir Agrobank bukan lagi bank yang mesra petani, tetapi sama sahaja dengan bank komersial yang lain - mengejar keuntungan maksimum.

Aku mula membayangkan yang Malaysia akan semakin dalam semakin terbelit semakin tersepit semakin bergantung kepada negara negara luar untuk sumber makanan. 

Aku bayangkan yang kita akan terus berada dalam zaman gelap industri kambing. 

Dan Agrobank menjadi penyumbang kepada kegelapan tersebut. Pembunuh cahaya kebebasan.

Pada mulanya....

Kemudian aku terfikir, kalau aku dalam kasut Agrobank, adakah aku akan melakukan perkara yang sama?
____________________

Aku pernah pinjam Agrobank semasa baru memulakan operasi pembiakan kambing. Dibawah skim SUTKS. Aku dah tak ingat apa maksud dia, tapi lebih kurang macam Siswazah Tani. Syarat utama skim ini ialah program sangkutan/amali terlebih dahulu dengan ladang kambing selama 3 bulan dimana elaun dibayar. 

Tiada cagaran diperlukan. Masa senggang ialah setahun sebelum ansuran penuh bermula. Dan aku pinjam $30,000.

Salah satu sebab kenapa permohonan pinjaman aku diluluskan ialah apabila pegawai kredit/pinjaman tersebut datang beberapa kali ke ladang dan menilai personaliti aku sebagai 'mental' atau.... somewhere close to 'deranged'.

Aku sanggup tinggalkan semua keselesaan hidup di bandar, dan bertapa sorang sorang bawah sawit tanpa sebarang kemudahan.

Maknanya... sanggup berkorban.

Dan dia bagitahu aku, berdasarkan observasinya, peminjam yang berjaya membayar balik Agrobank ada mentaliti 'gila', atau apa yang orang kata 'biar betul mamat ni?'

Profiling.

Aku fikir Agrobank patut upgrade semua pegawai kredit dia bagaimana mengenalpasti personaliti yang tinggi darjah kebarangkalian untuk berjaya sebagai petani dan penternak. Yep, itu salah satu cara.

Dan ini adalah untuk pinjaman skala kecil. Bagi pinjaman skala besar, yang aku nampak Agrobank berdasarkan sejarahnya, mudah (terpaksa - boleh agak sapa yang paksa) tunduk kepada tekanan politik. NFC anyone?

Barangkali struktur Agrobank boleh dikocak untuk membuahkan pengurusan yang lebih merdeka dan berani berkata tidak kepada ahlul politik.
__________________

Salah satu sebab kenapa wujud kegagalan yang tinggi dalam usaha pembiakan ialah - ilmu pertanian dan penternakan yang sangat rendah. Ditambah pula dengan penyebaran ilmu yang salah oleh orang yang bukan ahli.

Kenyataan yang genetik sangat dipengaruhi zon cuaca pun ramai yang tak lepas tak faham. Betul tak?

Sekolah sekolah tiada kurikulum konsisten untuk pertanian. Sekolah sekolah dan kolej kolej pertanian pun baru sahaja dibuka. Elok sangat kalau ada sekolah pertanian yang spesifik dari tadika, sampai sekolah rendah sekolah menengah kolej universiti - haaa... baru tinggi peluang nak hasilkan genius agriculture. 

Dan bagi sapa sapa yang perasan, dulu dalam industri kambing ni, semenjak dasar pandang ke Australia  (yang berbeza cuaca dengan Malaysia) diperkenalkan - semakin merudum industri ni. Self sufficiency level makin jatuh. Maknanya semakin banyak usaha biak yang gagal. 

Patutnya dasar pandang ke Australia ni dah lama dilupuskan. Tapi atas kepentingan pihak pihak tertentu, kita masih rancak masih bergantung kepada kafir Australia, dan hasilnya kita masih membunuh para pembiak. Hmmm... 

Sebab tu Agrobank terkejut dan terkejut tengok kadar kegagalan yang tinggi bagi usaha pembiakan. Dasar pandang ke luar. Sepatutnya dasar pandang ke dalam. 
____________________

Kos untuk membiakkan  seekor kambing pedaging (cost of production) dibawah sistem gembala yang efisien biasanya antara $70 - $120.

Kos untuk jual beli seekor kambing pedaging import biasanya $550 - $650.

Kambing kambing pedaging ini, samada biakan gembala atau import, akan dijual pada harga 1 dinar ($700 - $750).

....... makanya aku suka sangat jual kambing produksi aku sendiri kerana jelas ianya jauh lebih menguntungkan. Bukan itu sahaja, cabaran pengeluaran makanan dalam negara dapat disambut, dan semakin dekat usaha membebaskan diri dari kebergantungan. 

Kita dapat menyumbang kepada sekuriti makanan umat Islam.

Tapi aku fikir Agrobank.... terlepas pandang akan beberhasilan sistem gembala untuk pembiakan kambing pedaging. Mereka terlalu cemas dengan Non Performing Loan mereka. Dan majoriti penyebab NPL itu bukanlah golongan pengembala yang mengutamakan genetik tempatan, tetapi golongan penternak yang terpana dengan genetik luar. Juga ahlul politik yang bahlul menternak.

So please Mr Agrobank, choose the route of a saviour instead of the way of a killer. I still believe in your ability to make wise decisions for the future safety of our land.

Do accommodate for anyone who wish to breed.

Thanks!

Agrobank - Keep Banking For Food, ......please....








Thursday, May 14, 2015

COFFEE WITH KASAN RAZI - JUAL LEMBU MACAM JUAL AISKRIM

Sesi minum kopi bersama lelaki yang menjual lembu bagai menjual aiskrim. Mari kita dengar pengalamannya.

Kasan Razi muda lagi. Baru 32 tahun umurnya. Sekolah cuma sampai Tingkat 3. Sebelum dikerah ayahnya untuk membantu menjaga lembu yang dibiakkan ketika itu. 

Maka Kasan Razi bukan baru dalam industri ternakan. Bukan lagi newbie. Tetapi orang yang 'seasoned'. Orang yang ahli.

Dari umur belasan tahun sudah biasa dengan lembu. Dan berbeza dengan ayahnya, Kasan berani ambil risiko untuk berjual beli lembu. Kasan akan pergi ke negeri negeri Pantai Timur untuk mengumpulkan lembu lembu sebelum membawanya balik ke Sabak Bernam untuk dijual.

Di Pahang misalnya, misi mencari dan mengumpul lembu biasanya mengambil masa seminggu. Selesai urusan permit, Kasan akan membawa lembu tersebut balik ke kawasan sekitar daerah Sabak Bernam.

Kawasan sekitar. Aku tak kata kandang. Perasan tak? 

Yep. Kasan terus menjual lembu lembu yang masih berada atas lori. Kepada rakan rakan penternak yang dikenalinya.Kat Pahang pusing, kat Sabak Bernam pun pusing.

Betul betul macam mamat Pakistan jual aiskrim. 

Dimana sahaja lori berenti, dimana sahaja Kasan makan minum, dimana sahaja yang difikirkan sesuai - Kasan beranikan diri untuk menjual lembu. 

Kasan tak tunggu pembeli datang kandang. Kasan bawa lembu kepada pembeli.

..... teknik pemasaran yang sangat agresif. Direct marketing.

Ini cara yang dipilih Kasan. Latihan pemasaran yang 'torturous' dan 'terrifying'. Aku tak fikir kita semua akan sanggup menebalkan muka ke tahap ini.

Ya. Ini pengalaman berguna yang membina ketahanan mental dan fizikal Kasan. Syabas aku ucapkan kepada Kasan kerana berani melalui pengalaman sebegitu.

Ok. Berkat membiakkan lembu semenjak sekian lama (aku kata biakkan, aku tak kata trading - ayahnya breeder super tegar), famili Kasan ada sawit 300 ekar, kebun pisang 25 ekar, lembu 160 ekor (the core wealth generator!), dan kambing 60 ekor.

Kasan kini tidak lagi trading lembu. Cuma fokus untuk biakkan lembu yang ada, dan memberanikan diri untuk terjun ke bidang baru - kambing susu. Dah lebih dua tahun Kasan menternak kambing susu. 

Dan yang bagusnya, Kasan Razi kini sebahagian pasukan pembiak yang berusaha keras membebaskan negara ini dari kebergantungan. Yang menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Bukannya yang mengambil jalan mudah dengan mengimport semata mata. 

Syabas kepada Kasan Razi yang memilih untuk berjuang mencapai kebebasan!

Lets fight for freedom!!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)


Tuesday, May 12, 2015

NAIKKAN GAJI MINIMUM JPV (DAN SEMUA AHLI KERAJAAN)

Aku ada pi JPV Tapah baru baru ni. Jumpa Bob dan Erni. Rupanya Bob adalah pembaca blog aku. Rajin menelaah dan mengkaji. Erni pula sebelum ni Bahagian Kesihatan Ladang Infoternak Sg Siput. Semua binatang kat situ dalam pemantauan dia. 

Erni dan Bob. Thanks for reading!
_______________________________

Masa Bob dok cerita pasal blog aku (dan Bob dan Erni tidak menyentuh isu ini), aku ditimpa sebiji buah fikir, dimana buah fikir itu berpandangan yang gaji minimum kakitangan JPV (dan semua kakitangan Kerajaan) sepatutnya ditahap 3 dinar per bulan. Berdasarkan harga semasa, lebih kurang $700 satu dinar. Jadi ianya $2100 sebulan. 

Yep. Aku fikir gaji minimum penjawat awam tak boleh bawah 3 dinar sebulan. Lebih takpa. 

Mesti banyak yang tak setuju. Mesti ada yang kata, kakitangan kerajaan yang ada la ni pun tak cekap tak efisyen suka curi tulang - nak bagi gaji lebih plak. Mengarut apa?

Dulu dulu aku pun berfikiran sebegini. Tapi kalau dikaji sejarah, dan sosioekonomi negara negara yang high wages vs low wages, tanpa emosi, secara objektif - the better the wages the better the productivity the better the prosperity.

Contohnya zaman Renaissance di Eropah, yang bermula selepas black plague. Bila banyak populasi yang mati akibat wabak tikus, rakyat yang tinggal sedikit itu diberikan gaji yang tinggi demi memenuhi kekosongan jawatan yang banyak berlaku. Spending power rakyat meningkat, dan serentak dengan itu aktiviti ekonomi dan peluang bisnes.

Ekonomi Eropah semakin makmur, dan bermulalah zaman kebangkitan.

Daripada Zaman Gelap ribuan tahun, ke Zaman Pencerahan dalam masa yang singkat, apabila...... gaji/pendapatan rakyat tinggi. 

The higher the spending power, the better opportunity for business, and thus better opportunity for riches. 

Zaman kegemilangan tamadun Islam (Umayyad, Abbasid, Ottoman) pun sama. Sebelum masuk Golden Age, semuanya bermula dengan gaji/pendapatan rakyat yang tinggi. Sebenarnya semua tamadun hebat non agrarian dalam sejarah pun sama. 

Ya. Rakyat berpendapatan tinggi adalah 'prequisite' utama untuk masuk ke landasan kemakmuran. 

Hmmm.... Daripada dok sibuk sibuk buat projek kondo lembu kambing ratusan juta yang faedahnya langsung tak sampai kepada sasaran, baik naikkan gaji geng JPV, dan kerajaan. Beribu ribu kakitangan dapat manfaat, boleh beli lebih banyak lembu kambing untuk aqiqah dan qurban, justeru lebih menguntungkan penternak. 

Di samping itu mengurangkan masalah rasuah. Pasal gaji tinggi. Dah takdak rasa 'economic insecurity'. Perasaan insekuriti ni yang mendorong kepada banyak salah laku dan amalan rasuah.

Itu yang aku pikir. Mesti ramai tak setuju....

*Dalam jurnal Work, Employment and Society yang mengkaji 19,000 responden dari 18 negara Eropah - lebih tinggi gaji dan manfaat kebajikan untuk rakyat, LEBIH RAJIN rakyat, bukannya semakin malas......

Norway dan Sweden, negara Eropah yang paling tinggi faedah kebajikan berbanding negara lain - memiliki rakyat yang paling banyak berpandangan positif terhadap negara mereka, paling kurang amalan rasuah, paling kurang perasaan 'job insecurity', dan.... paling kurang obesiti dan masalah kesihatan.

Penyelidik berpendapat, negara yang membuatkan rakyatnya rasa selamat dan gembira - akan memiliki lebih ramai rakyat yang bersedia memberi balik (giving back) kepada tanah tumpah air mereka.

How's that for a thinking?

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)



COFFEE WITH OBLONG BURGER : THE INSPIRATION

Di belakang Oblong Burger (selepas ini Oblong) ialah seorang wanita yang bertubuh kecil, tapi bateri tenaganya melebihi ultra alkaline, mungkin setaraf.... reaktor nuklear.

Orait. Baru baru ni aku pi kilang Oblong di Napoh, utara Kedah. Perjumpaan kali kedua geng kambing selepas kali pertama di ladang aku. Masa kali pertama tu, sibuk nak melayan Komuniti Penternak Kambing Temerloh, tak sempat nak berdialog lebih mendalam. 

Jadi kali kedua ni buat kat kilang Oblong, bertaaruf secara lebih santai, dan bermesyuarat dengan agenda agenda yang khusus. Aku tak akan cerita secara detail apa agenda mesyuarat, cuma objektifnya adalah untuk menguatkan pergerakan pembiak menggunakan genetik tempatan dalam usaha menceraikan diri dari kebergantungan kepada golongan kafir bagi upacara qurban dan aqiqah.

Ya, menguatkan. To strengthten. 

Ok. Balik kepada cerita Oblong. Aku percaya Oblong adalah salah satu dari tiga major player dalam industri makanan sejuk beku. Ada Ramly, ada Oblong, ada Saudi. Yang lain lain tu small players.

Dan Oblong menumpukan pada kualiti dimana 90% kandungannya adalah daging, manakala pesaing pesaingnya, kandungan daging boleh jatuh serendah 30%. Fokus pada kualiti ini adalah satu sebab untuk 'rapid rise' Oblong dalam industri walau pun modal awalnya ciput. Yep dalam masa singkat Oblong boleh memecahkan 'stranglehold' pemain pemain utama industri. Semuanya berpaksikan pada kualiti.

Dan besar tak besar Oblong ni, cukai GST dia aje lebih $800,000. Pandai pandailah agak agak revenue dan profit. Tapi sebelum jadi besar ke tahap ini, kebangkitan Oblong boleh dijadikan inspirasi dan semangat buat kita semua. 

Yaaa... semua usahawan akan melalui saat saat sukar dan 'tunnel of darkness' sebelum menuai hasil kejayaan. Begitu juga dengan Oblong. Mari kita kenal dulu siapa tauke Oblong.

Aku kata dah, tauke Oblong ni kecik comey je orangnya. Yang bertudung hitam baju hitam tu. Nampak je kecik, tapi bateri tenaga badan dia sama macam yang digunapakai Terminator T 800 Arnold Schwarzenegger. Iridium nuclear energy cell. Tak berenti kerja. Tak boleh tak kerja. Kerja kerja kerja....

Aku panggil dia Kak Ta.

Yang lelaki baju hitam kurus kurus sikit sebelah dia tu business partner. Aku panggil Pak Usop. Yang ni pun klasifikasi bateri tenaga sama macam Kak Ta. Iridium nuclear energy cell. Kerja memanjang....

Oh dan yang lain lain tu..... hmmmm semuanya penternak dan pembiak kambing, yang sama kepercayaan dengan aku, dan berkongsi hasrat yang sama. As to who are them..... slowly, maybe pretty soon, we will come to know them.

Dan kepada geng geng kambing yang tak dapat datang (setiap negeri ada geng pembiak), don't worry, our next meeting will be held in your place. Bergilir. Yeahh we'll come to you ! :)

Orait. Balik kepada Kak Ta. Sebenarnya awal awal bisnes ni, Kak Ta buat dengan suami dia (kini allahyarham). Belakang rumah. Guna tangan. Yep manual. Dan Kak Ta sebenarnya bini kedua. 

Madunya.... lumpuh. Anak empat. Dan Kak Ta menjaga madunya bagaikan keluarga sendiri. 

Hmmm... starting a business while caring for a disabled with four kids - thats no small task. Its Herculean. Its high pressure. Its ...exhaustive.

Dan walau pun ianya sangat sukar lagi berat, Kak Ta beranikan mencuba. Dibantu dan didorong suami yang penyayang (dan semasa Kak Ta bercerita sifat arwah suaminya - ia membuatkan aku kembali merenung peranan aku sebagai seorang suami), Kak Ta rasa susah senang senantiasa dikongsi bersama, dan beban yang berat tersebut menjadi ringan.

Yaa Kak Ta rasa sangat selamat bersama suaminya. Dan ..... menjadi sangat bergantung kepadanya. Highly dependant. Totally dependant.

Tetapi kebergantungan disebut diuji Tuhan apabila suaminya terlibat dalam kemalangan maut jalan raya di Johor semasa sedang sibuk berusaha mengembangkan perniagaan. Kebergantungan tersebut dihilangkan secara mendadak.

Pada masa kehilangan besar ini, Kak Ta telah pun ada satu anak, dan mengandung lima bulan. Dan Kak Ta menjaga madunya yang lumpuh, dan anak anak madunya. 

Dan dalam akaun cuma ada..... belas belas ribu. 

Adakah Kak Ta 'breakdown' menangis berpanjangan mengenangkan nasib diri? Tidak sama sekali. 

Hari kedua setelah suaminya pergi menghadap Tuhan, Kak Ta telah mula berhempas pulas bekerja demi anak anak. Oblong tetap diteruskan walau dalam kepayahan, walau dalam keadaan trauma, walau dalam keadaan mengalir air mata.

Ketika ini bisnes Oblong masih dikira kecil. Pemprosesan pun masih manual. Belum ada automated machine assembly. Lori pun belum ada. Semua delivery ke pelbagai negeri adalah melalui bas ekspres. Yep, bas ekspres. Satu shipment yang biasanya bernilai $10,000 pun ikut bas ekspres. (Aku takat ambik dan hantar kambing tiga empat ekor pun dah  bising nak hiluxlah nak lorilah chetttt.... tak patut tak patut).

Dan adalah biasa bagi Oblong ketika dalam proses pengembangan, untuk 'direject' permohonan pinjamannya atas alasan bisnes terlalu kecil. Biasa. Lazim. Walau pun berpotensi.

Disinilah peranan Pak Usop sebagai pegawai agensi kerajaan yang prihatin, tuntas memberikan pertolongan kepada Oblong. Hingga sanggup mendahulukan wang sendiri demi melihat program pengembangan bisnes anak anak buahnya berjaya (bukan Oblong aje yang dia selia weh!)

Pak Usop ni aku boleh describe dia sebagai 'problem solver'. Kalau agensi kerajaan ada projek projek yang tersangkut dan perlu disiapkan segera - Pak Usop is the man to go to. Yep, this guy is driven. Amazing determination. Sanggup berada di tapak projek hari hari, korban masa dengan keluarga, korban masa cuti. Janji projek siap.

Boleh tak kita kerja empat tahun berterusan tanpa ambil satu hari cuti? Haaa... ini tahap Pak Usop. Absolutely driven.

Kini Oblong bukan sahaja ada bisnes makanan sejuk beku, tapi juga minuman RO, udang, dan .... kambing. Yep Oblong juga pembiak kambing. Pasai tu dia jadi tuan rumah meeting geng kambing hari ni. 

Orait kita tengok gambar gambar yang aku ambil sempena perjumpaan kali ni.


Hygienic meat processing area. Mesin mesin ni semuanya order dari Jerman. Yang ada corong tu kalau tak silap aku $1.2 juta seketul. 



Pre meeting. Dok tunggu abe imran House of Goats yang tak sampai sampai, maka keputusan sebulat suara dicapai untuk mencekik dulu. 



Lunch yang disediakan khas untuk geng kambing. Yang bersalad tu paling special - oblong marinade dalam special sauce yang dimasak oleh special chef Oblong.



Oh la la tasty .... lauk pertama yang habis, dan refilled.


Mesyuarat agung pergerakan memartabatkan genetik tropik (aku ada gambar lain yang lebih jelas tapi aku tak nak agenda mesyuarat tersebar. Pasalnya agenda tulis atas meja. Terang benderang semua boleh nampak). Jadi aku pilih gambar selfie Pak Usop untuk kali ni. 



Special chef Oblong memberi ceramah khas kepada bakal bakal chef. By the way, kepada sapa sapa yang berminat untuk berniaga kiosk, boleh contact Oblong untuk keterangan lanjut (modal minimum, promosi jangan risau - semuanya datang dalam pakej termasuk latihan memasak). 



Coffee with Oblong. Kopi disediakan khas atas permintaan aku. Mengada ngada aku ni. Tapi..... thanks for the extra attention dear Kak Ta dan Pak Usop! (Aku dah pikir tajuk blog ni sebelum datang ke sini lagi - it's coffee. It has to be coffee so the title will not derail. :) :) :)



Minum petang adalah pulut beserta mempelam harumanis. Aku makan dua pinggan sampai jem jeng kreng perut aku. Nasib baik tandas tandas Oblong semuanya gred A buahaha..



Assembly untuk RO drinking water. Sebahagian je ni. Ada panjang berjela lagi assembly nya. Kilang Oblong terletak dalam kawasan seluas 22 ekar. Ada banyak ruang untuk expansion. Oh ya sebelum aku terlupa. Oblong juga adalah antara sponsor MAHA baru baru ni.

Yep. Sponsor.


Kandang kambing yang ada dalam kawasan kilang. Hmmm... bela kambing dalam kilang. Nice. Oblong ada lagi ladang kambing di lokasi lain. 






Aku seorang je yang datang perjumpaan ni dengan bawak anak bini. Yang lain datang bujang. Dan baby tu anak ketiga aku. Namanya Qurratul Ain. Aku ingatkan Mohd Faisal Basri dari blog Gembala Kambing nak datang (pasai dia yang pilihkan nama anak aku ni), rupanya dia ada hal pula. Takpa lain kali kut. Buat tempat dia plak lepas ni kikiki..

Ok. Terima kasih kepada Kak Ta dan Pak Usop yang sudi menjadi tuan rumah kepada perjumpaan geng kambing. I will certainly remember your very warm welcome and generous hospitality to all of us. 

Dan aku akan ingat kisah Kak Ta yang berhempas pulas sebelum sampai ke tahap ini. Ianya menjadi inspirasi buat aku sebab apa yang alami sebenarnya tidak seberat apa yang Kak Ta alami. Aku belum pernah kehilangan dahan tempat bergantung. And I know I will dread when the moment come.

Kepada semua rakan rakan pembiak, yang berhasrat membebaskan diri dari kebergantungan, dimana sahaja tuan puan berada, pada gunung ganang lembah jelapang sawit getah padang rumput - mari kita semua bergerak bersama sama untuk membebaskan diri!

Mari kita percaya yang kita mampu membebaskan diri dari kebergantungan!
Mari kita berjuang untuk kebebasan!
Mari kita membiak demi kebebasan!

Lets believe we can achieve freedom!
Lets fight for that freedom!
Lets breed for freedom!

Terima kasih semua!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)










Thursday, May 7, 2015

FROZEN LAWAN FRESH

Berhampiran tempat aku ada sebuah pusat perlindungan dan pemuliharaan harimau. Mana mana harimau yang sakit, cedera, dan tidak mampu dijaga akan dihantar ke sini. Buat masa ini ada lebih kurang 40 ekor.

Dulu para harimau ini diberi makan daging beku yang diimport. Ianya murah. Ianya mudah.

Masalahnya tok tok belang lambang kegagahan ini lambat pulih dari kecederaan, dan banyak yang sakit sakit. Ngauman mereka ini...... anemik. Tiada vitaliti. Tiada cukup ke'harimau'an.

Dan bila diet mereka ditukar kepada kambing segar, dimana kambing kambing ini disembelih dan dipotong empat, dan diberi beserta kulit dan bulunya – transformasi berlaku. Harimau yang cedera cepat pulih, dan kekuatan mereka berada di tahap yang sepatutnya. Mereka tidak lagi anemik. Ngauman mereka bergema dan menakutkan.

Betapa berbezanya kualiti makanan sejuk beku dibandingkan makanan segar.

Ya makanan frozen memang boleh mengenyangkan bahkan menggemukkan. Tetapi ianya kurang vitaliti. Ianya kurang memberikan kekuatan. Ianya lambat menambahkan kekuatan. Healing factor rendah.

Berbeza dengan makanan segar. Penuh vitaliti. Cepat memulihkan kekuatan. Pantas menambahkan kekuatan. Healing factor dia tinggi.

Itu sebabnya kenapa makanan tempatan mesti diutamakan. Kesegarannya lebih terjamin. Vitalitinya tinggi. Healing factor pun tinggi. Mereka tidak perlukan jarak perjalanan yang jauh sebelum sampai ke mulut kita. Justeru kurang tempoh dibekukan.

Itu sebabnya kenapa.... qurban mesti kambing hidup. Ternakan yang hidup. Al an'am yang hidup. Ruminan yang hidup.

Tuhan mahu kita makan daging yang segar. Hangat. Yang penuh vitaliti. Yang memberikan kekuatan. Yang memelihara kesuburan anak anak Adam dan Hawa. Agar anak cucu Adam terus membiak, dan penuh dengan kekuatan.

Lebih lebih lagi kepada mereka yang lidah dan hatinya bersaksikan Tuhan yang Satu.

Tuhan mahu melindungi kita.

Marilah kita utamakan 'produce' yang segar dan tempatan! Terbaik untuk kita!

*Macam mana pula dengan vitaliti aged meat? Ianya tidak beku, tapi sejuk. Ada yang disejukkan dua minggu, ada yang sampai dua bulan. Sedap memang sedap, tapi aku pikir bila kembali kepada apa yang Tuhan perintahkan dalam ibadah qurban, dan alam semula jadi – jelas Tuhan mahu kita mempercepatkan pengagihannya. Binatang pun suka makan yang segar segar.

Yep. Kualiti vitaliti aged meat di tengah tengah. Sedap dan menggemukkan. Tapi tak boleh lawan yang segar. Yang segar tetap yang terbaik.

Frozen food - mudah, cepat dimasak, dan mengenyangkan. Tetapi rendah 'healing factor'.


Local produce @ makanan tempatan - 'healing factor' tertinggi. Makanan paling sempurna untuk anak anak Adam yang tinggal di Bumi ini.

Wallahua'lam.

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

Wednesday, May 6, 2015

PELAWAT - YE OLDE MCKK

Rakan lama batch  9195  singgah sebentar di ladang aku. Terima kasih old boys!


Semua sebaya. Dari kiri Izhar, Ujang, Wyre, Maneye, dan Pak E.


Ganti aku pula. 


Pandai pandailah tuan puan pembaca cari aku yang mana satu. Masa aku kat MCKK dulu, aku kurus kering, lembik, pendek (boleh dikatakan bantut!), hidung tersumbat memanjang - ada sindrom low growth hormones. Macam Lionel Messi juga. 

Aku pikir kita semua lelaki yang lebih ..... menarik pada umur sekarang berbanding masa umur belasan tahun yang dahulu. Fitter, stronger, calmer and wiser.

Ya, sekarang aku tahu kenapa orang pompuan lebih suka lelaki yang lebih tua dari mereka. Mereka rasa lebih selamat dengan lelaki sebegitu. Yep, semua perempuan berperasaan sebegini, melainkan Rozita Che Wan :)  

Salah satu idea yang timbul semasa lawatan geng oldies ni ialah kemungkinan integrasi ladang buaya bersama kambing. Mana mana kambing yang nampak macam pendek umur tu, atau dah kiok, dari dilupuskan begitu sahaja, lebih baik diberi makan kepada Sang Buaya. 

Haaa ada juga faedah kewangan. Buaya boleh jual daging dan kulitnya, betul tak? 

Orait. Thank you 9195 guys! Jumpa lagi!

Fiat Sapientia Virtus!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)


Tuesday, May 5, 2015

PELAWAT - AN IRRESISTIBLE OFFER

Aku belanjakan $60,000 untuk kandang kayu berkapasiti 400 ekor. Biasanya umur kandang kayu ni dalam 10 tahun. Lebih lebih pun 15 tahun. Mana mana kandang yang guna material lebih baik, barangkali boleh tahan lebih lama, namun kosnya pasti meningkat.

Takpa kita ambik jangka hayat kandang 10 tahun. Jadi $60,000 bagi 10 tahun = $6,000 per tahun. Maknanya sebulan lebih kurang $500 sebagai belanja kapital atau susut nilai. 

Dan... kena ingat, $60,000 ini dikeluarkan terlebih dahulu. Bukan untuk kambing yang mendatangkan pulangan, tapi untuk rumah kambing yang menelan pulangan.

Jadi sesiapa yang dapat sewa kandang, tak kisahlah punca sebenar kandang itu disewakan, mendapat satu kelebihan yang sangat besar. Kita tak perlu keluarkan belanja modal yang sangat besar, sebaliknya dapat kerahkan segala modal yang ada untuk merekrut kambing kambing berkualiti yang mendatangkan duit. 

Ya, sesiapa yang menyewa kandang sebenarnya sangat kompetitif, dan membuat keputusan bisnes yang sangat baik. Mereka bermula pada landasan yang sangat baik.

Yep, landasan bullet train. Bukan lagi landasan keretapi... arang batu. 

Dan, baru baru ini aku dilawati seorang bakal penternak yang berbelah bahagi bila mendapat sebuah tawaran. Beliau mendapat tawaran untuk menyewa sebuah kandang, yang cantik dan kukuh dan luas, yang siap dengan segala infra termasuk rumah pekerja, yang memiliki kawasan ragut cukup luas, yang memiliki lokasi super strategik berhampiran bandaraya, dan......

sewanya cuma $300 sebulan....

that's an amazingly gravity defying offer...

bagaikan neelofa dalam miniskirt yang dikurierkan terus masuk ke dalam rumah kita...

damn irresistible...

Aku sendiri macam tak percaya bila dengar tawaran sebegini. Bagi seorang penternak berpengalaman, ini adalah peluang yang tak boleh dilepaskan. Tetapi bagi seorang orang baru, memanglah dia teragak agak tidak yakin tiada pengalaman.

Jadi dipendekkan cerita, aku katakan kepada dia, kalau tak nak tawaran tu, pass kat aku  je kikikiki buehehe.. jangan marah ye.

Ok. Kepada pelawat tersebut - Just Do It!

Yep. This is the guy with that very sexy offer. Just go for it bro!

Dalam waktu yang sama, aku dilawati oleh Tuan 'Musafir Kelana', admin group wasap Penternak Ruminan Perak. Beliau bela kambing di Titi Gantung. 

Orait. Thank you guys!!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

Monday, May 4, 2015

PELAWAT - THE CHARITY MAN!

Atas permintaan khas dan terbaru tuan punya badan, aku menarik balik identiti pelawat ini. Dan juga gambarnya. Sorry guys!

Hamba Allah. Lebih muda dari aku. Buat masa ini pemilik dua cawangan tadika islam. Beliau berminat dengan ternakan kambing setelah puas beristikharah di rumah, dan di Mekah. 

Personaliti dan gaya bercakap Hamba Allah ini seiras bah kan persis dengan adik aku Adip, jurutera Proton Shah Alam. Bezanya Hamba Allah ini dulunya adalah jurutera MAS, dan kapal terbang pertama yang diselenggaranya ialah MH 370. 

Beliau tinggalkan kerjaya di MAS yang bergaji $13,000 sebulan untuk terjun dalam education business. Kini dua tadika islam yang dimilikinya menghasilkan revenue $50,000 sebulan.

Dan anehnya.... mengkagumkan sebenarnya, setelah ditolak belanja operasi $30,000 sebulan, beliau ada baki $20,000 sebulan sebagai keuntungan untuk diri sendiri. Tetapi beliau cuma peruntukkan $2,000 sebagai keuntungan tadika nya, dan $18,000 lagi? Semuanya didermakan kepada sebuah pusat tahfiz.

.............

Masya Allah, ini benar benar usaha mencontohi Abdul Rahman Auf, sahabat kepada Junjungan kita Muhammad SAW. Hamba Allah ini tidak pentingkan keuntungan perniagaan untuk kesenangan dan kemewahan dirinya, sebaliknya keuntungan perniagaan disalurkan kepada penjanaan ummah. Syabas aku ucapkan kepada beliau. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana menemukan aku dengan dia.

Ya, Hamba Allah ini juga adalah sekretariat Majlis Perundingan Persatuan Islam Malaysia, dimana ada 73 NGO yang berdaftar dibawahnya. Yaaaa beliau aktif.... sangat aktif dalam kerja sukarelawan, dan beliau telah melakukan kerja kerja sukarelawan semenjak sekian lama dan merata rata pelusuk dunia.

Buat masa ini, beliau sedang tumpukan humanitarian work di Assam, India.

Syabas sekali lagi aku ucapkan kepada Hamba Allah. Aku sangat bangga lagi bertuah dapat  bertemu dengan dirinya, dan semoga usahanya untuk berjinak dengan kambing dipermudahkan dan diberkati Yang Maha Pemurah!

Terima kasih Hamba Allah kerana melawat alwigoatfarm!

Hamba Allah. Wanna be goat breeder, in sha Allah! Kepada semua rakan rakan penternak, dan yang mengenali diri beliau, mari kita ucapkan selamat datang ke dunia kambing! Welcome bro!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)