"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 11, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : TUAN ZAHAR

Lepas pergi ladang Tuan Rijaluddin di Langkap, aku 'landing' kat ladang Tuan Zahar bin Dolah di Ayer Kuning. Dulu kerja Telekom. Sekarang dah pencen. 2 tahun sebelum pencen, dah buat persediaan usaha tani. Tanahnya dibuka kolam ikan tilapia merah, dan kandang kambing dibina. 

Bila dah pencen, baru masuk 'full swing'. Dia pindah bersama keluarga, dan mengusahakan sepenuhnya projek pertanian di situ. Sekarang dah empat tahun operasi. Pembiakan. Dan Tuan Zahar pernah bereksperimen membiakkan baka baka kambing import, baik dari zon panas kering, dan baka eksotik dari zon tropika. 

Pengalamannya? Tuan Zahar sependapat dengan aku. Usaha membiakkan kambing  pedaging berpaksikan darah tempatan, atau kacukan tempatan, adalah lebih munasabah. Lebih low input. Lebih 'viable'. Simpler. Easier. Simply Siti. 

Baik. Tuan Zahar bermula dengan 50 ekor kambing. (Lebih dinamik dari aku - aku start 5 ekor, dan sepanjang tahun pertama cuma ada 13 induk). Sekarang Tuan Zahar ada lebih 130 ekor kambing. Kandangnya tak muat. Sesak dengan kambing, kalau semua kambing naik ke kandang.

Nasib baik kawasan 4 ekar ladang Tuan Zahar ni berpagar. Jadi kambing boleh lepas bebas melepak lepak bersantai santai luar kandang sepanjang hari. Malam baru naik kandang. 

Sistem yang digunakan ialah sistem gembala. Pagi cari pelepah sawit, longgok kat bawah kandang. Kambing ada yang turun makan sarapan, ada juga yang duduk aje dalam kandang tak nak sarapan. Petang dalam pukul 2, lepas gembala. Dedak pun ada bagi juga.

Penat juga macam ni ye. Dan untuk meringankan beban, Tuan Zahar merekrut anaknya Izat yang masih bujang dan berumur 27 tahun untuk membantunya. Dulu Izat ni kerja swasta. Sekarang full time lah menternak dan bertani. 

Berbeza dengan sistem aku. Gembala juga. Tapi aku takde cut and carry. Aku takde susah payah cari rumput tambahan, atau daun sawit. Aku gembala aje. Kambing beranak dua dan ke atas, baru bagi dedak. Tak bagi foraj tambahan. Easier, I believe. 

Ok. Sedikit gambar gambar di ladangnya (Tuan Zahar takde. Meniaga. Anaknya Izat, adalah).


Ladang Tuan Zahar belakang rumah. Sonang cerita..


Kambing! Tengah sarapan daun sawit. Kambing ada di pelbagai lokasi dalam kawasan 4 ekar yang berpagar. 


Sunbathing... untuk vitamin D


Close up..acara 'mencekik' daun sawit


Kambing Tuan Zahar suka berjemur di bawah terik mentari


Bebiri pun ada.. tapi sikit. Adalah dalam 4-5 ekor yang aku nampak. 


Architecture kandang kambing Tuan Zahar dari pintu utama


Kolam ikan. Tilapia merah. Kambing biasa bermain main tepi kolam. Tak tahulah kalau ada yang terterjun..


Pejantan primer. Medium size. Of course. Practicality.  Yeahh praktikal lebih penting daripada sibuk sibuk nak mengkagumkan para pelawat dengan saiz kambing besar besar..


Suasana dalam kandang. Ada garam dalam buluh. 


Dimensi kandang. Tak muat sebenarnya untuk lebih 130 ekor. Nasib baik untuk tidur malam je. Siang kambing keluar ramai ramai lepak lepak kat luar. 


Petak mak dan ibu. Hello ladies!


Pintu depan kandang.


Kambing tu makan napier yang terendam dalam kolam ikan. Sedap yek?

Ok. Itu sahaja. Nanti ada masa aku akan melawat lagi ladang Tuan Zahar. Nak jumpa 'in person'.  Terima kasih kerana berusaha menjadi seorang pembiak! Terima kasih kerana benar benar berusaha meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara! Terima kasih kerana menyumbang kepada sekuriti makanan rakyat Malaysia umumnya, dan umat Islam khususnya. Terima kasih tuan!

Salam pembiak!

Post lain hari ini : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/05/melawat-terjah-rakan-pembiak-rijaluddin.html



MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : RIJALUDDIN

Ahad semalam, aku pergi melawat ladang kambing. Banyak juga yang aku terjah. Dan aku dapat banyak ilmu baru, dan... refresh ilmu lama. Aku akan cerita setiap ladang yang aku pergi. Satu per satu. Pelan pelan. Rilek rilek.

Semalam juga banyak rakan perternak yang telepon aku. Bertukar tukar maklumat ternakan. Jadi kepala aku sarat sangat dengan isu dan cerita kambing. Susah nak pilih mana satu cerita yang nak diketengahkan dulu. Takpe. Tenang tenang. Slow and steady.

Baik. Ladang pertama aku pergi - aku tak mahu cerita siapa dan di mana. Yeah.. pasalnya dia ni main main bela kambing. Tak serius. Lagi lama bela dari aku, tapi aiii.... Memang akan ada golongan penternak yang macam ini. Nak bela binatang, tapi langsung tak komited nak jaga. Kebajikan ternakan tak dipedulikan. Ternakan dijadikan seperti hamba abdi. Output nak tinggi tapi input tak mahu keluar. 

Cruelty to animals. Mujurlah sikit aje bilangan ternakannya.. 

Baik. Itu yang pertama. Ladang kedua aku pergi terletak dalam ladang sawit Felcra. Attaduri. Milik  Tuan Rijaluddin. Lebih kepada lembu. Tempatan. Bebiri dan ayam kampung sebagai projek sampingan. Tuan Rijaluddin sebenarnya kontraktor, dan orang rumahnya ada buka gerai menjual buah di pekan Langkap. Laki bini meniaga.

Ada dalam 3 tahun ladang lembu Tuan Rijaluddin dah beroperasi di sini. Sebelum tu dekat Kampar, dimana lembunya ada lebih 100 ekor. Tapi banyak yang mati. Sebab... lembu berteduh bawah kandang kambing. Asyik kena kencing dan tahi kambing. Aku takde pula tanya penyakit apa yang datang. Tapi tinggal 70 ekor. 

Tuan Rijaluddin buat keputusan pindahkan operasi ke sini. Sekarang lembu dah membiak. Dah lebih 100 ekor, dan banyak anak anak lembu dah dijual. Dalam masa yang sama kandang kambing dibuat. Ada dalam 40-60 ekor tapi Tuan Rijaludin jual semuanya. Sebab Felcra tanam semula. Banyak sawit muda muda, dan peserta tanam pisang celah celah sawit, dan kambing suka kacau. Jadi bila Felcra bising bising, terpaksalah jual. 

Tapi sekarang dah tinggi sikit pokok sawit. Pisang pun takde. Tuan Rijaludin masukkan bebiri pula ganti kambing. Katanya nak biakkan baka kibasy.  Lembu, bebiri, dan ayam kampung. Sebelah menyebelah. 

Tuan Rijaluddin takde masa aku datang. Dia ni umurnya dalam 40 lebih. Pertama kali jumpa dia masa aku kursus kambing di MJ Fatonah. Sekarang dia aktif juga dalam Pertubuhan Peladang. 

Ok. Gambar gambar di ladangnya. 


Kandang ayam, kandang bebiri, kandang lembu - semuanya sebaris dan bercantum. Yang hujung tu kandang ayam kampung. Yang ada palung biru tu kandang bebiri. 


Kandang bebiri di tengah tengah. Buek sendiri ajo kandangnya. Lawo tak lawo belakang kira. Bebiri buat masa ni ada 20 ekor kot. Baru masuk. Empat bulan yang sudah.  Makan tanggung. Rumput + dedaun. Pucuk ubi pun bagi. 


Aku tak banyak tahu pasal bebiri. Langsung tak expert. Geng bebiri tahu sangatlah baka apa tu.


Ekor panjang..


Hai cik mek molek!! Dah sarapan? Kalau belum, I nak belanja!


Ekor anak yang 'double color'


Dia perasap bawah kandang. Aku tak pernah perasap kandang aku..


Kandang lembu. Kosong. Lembu dua tiga hari sekali baru balik untuk jilat garam. Kebanyakan masa dihabiskan di luar kandang. Makan. Dan termenung sambil ruminate. 


Ayam kampung. Pusingan pertama. Harga jualan ayam kampung untuk sekilo berat hidup = $20. Ahhh! Lebih kurang harga berat hidup kambing. Kalau jual borong sekilo $18. Ambik masa 3 bulan untuk digemukkan sebelum dijual.

Ada satu benda yang pelik. Takrifan ayam kampung ialah = baka ayam kampung. SAHAJA. Sistem apa yang kita gunakan untuk menggemukkan ayam - tidak diambilkira. Baik berkurung atau lepas, organik tak organik, fidlot tak fidlot, kampung style atau bandar style - tetap ayam kampung. Hmmmm..... betul ke ni? Minta pencerahan daripada geng penternak ayam.


Pelita minyak diesel. Minyak tanah susah nak cari kat daerah ni. Kalau adapun, mahal sangat. Seliter $3.50. Lima biji lampu diesel ni akan dipasang setiap malam untuk ayam ayam kampung di atas. Untuk penghangat dan penghalau nyamuk. Tapikan.... asap jelaganya macam mana pula? Bahaya tak untuk ayam ayam?


Ada juga tanam cili api sikit sikit. 

Ok.  Terima kasih kepada Tuan Rijaluddin yang membenarkan aku melawat ladangnya. Terima kasih juga kepada Tuan Rijaluddin kerana usaha usaha pembiakannya yang berpaksikan darah tempatan. Terima kasih juga kerana berusaha meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara!

TQ!

Post lain hari ini : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2014/05/melawat-terjah-rakan-pembiak-tuan-zahar.html

Saturday, May 10, 2014

.. DAN MASUKKAN KATAK HIDUP KE DALAM SUSU..

Bila nak minum susu mentah tersebut, keluarkan aje katak yang tenggelam timbul dalam susu tersebut.
______________________

Di Russia dan negara negara Scandinavia (Finland, Norway, Sweden,... ), ada satu amalan tradisi dalam memelihara kesegaran dan kualiti susu mentah tanpa perlu menggunakan pasteurization, atau tanpa sebarang pengawet, atau tanpa sebarang teknologi. Sebelum wujudnya teknologi penyejukan. 

Masukkan aje seekor katak hidup ke dalam sebuah balang susu. Biarkan ia berenang renang menendang nendang dalam susu tersebut.

Russian Brown Frog.

Para saintis yang mengkaji amalan tradisi ini semuanya terkejut katak lagi ke'katak'an dengan kekuatan antimikrob dan antiparasit  yang dikeluarkan oleh sang katak. Semua jenis bakteria berbahaya yang biasanya cepat merosakkan susu seperti E coli, salmonella, dan staphylococcus - semuanya - tidak mampu membiak dengan kehadiran sang katak hidup. 

Rupa rupanya kulit katak mengeluarkan antimikrob dan antiparasit secara semulajadi. Dengan syarat - kataknya mestilah hidup. 

Eh! Kat Malaysia ni takde ke katak atau kodok yang sesuai? Mana tahu......  ke kita semua geli geleman?
______________________

Umat manusia, dan golongan penternak, sebenarnya sedang berhadapan ancaman bakteria yang resistant terhadap antibiotik ciptaan kita. Dah banyak muncul 'super bug' akibat salahguna, atau terlebih guna, dan juga disebabkan kebergantungan kepada antibiotik yang disintesiskan daripada kulat. 

Makanya, umat katak menyediakan suatu alternatif sumber antibiotik yang baru. Cumanya, sampai sekarang, saintis masih tak faham faham mekanisme antimikrob kulit katak. Dah banyak kajian yang cuba menemukan dan mengasingkan bahan aktif dalam kulit katak, tapi semuanya gagal. Tak macam kulat, yang mudah ditemui dan diasingkan bahan aktifnya. 

Agaknya, kita semua kena berfikir luar kotak dalam usaha memecahkan rahsia antimikrob dan antiparasit kulit sang katak..

Hi! I'm in your milk! 

Hello! I'm Ian Toad. Watch how I 'Thorpe' this milk, baby!

Selamat berfikir!

Friday, May 9, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : RZ BERKATJAYA FARM

Driven.

Intensely driven.
________________

Salam sejahtera semua rakan pembiak kambing!

Semalam, balik dari Putrajaya atas urusan permit pekerja (gagal!), aku sempat singgah sebuah ladang kambing di Sungai Buloh. RZ Berkatjaya. Diuruskan pasangan suami isteri warga emas >60 tahun. Tuan Haji Rahim dan Puan Hajah Zabedah. 

Ini kali kedua aku melawat. Dalam hujan. Kali pertama melawat pun hujan juga. Dan semalam aku sampai hampir sangat maghrib. Sampai sampai terus berborak lebih kurang, makan pengat pisang (yang pisangnya dibaja tahi kambing, dan satu pokok memiliki dua tandan) dan minum kopi o, dan solat berjemaah bersama Tuan Haji Rahim. 

Baik. Hj Rahim dan Hjh Zabedah pernah melawat ladang aku. Sekali. Maka kedudukan markah 1 (rz berkatjaya) vs 2 (alwigoatfarm). Kiranya aku mendahului sebab aku dah lebih lawat. (Isal Keratong Agro 4 atau 5, alwigoatfarm 0 - ahhhhhh...... aku kena melawat ladang ko isal.... wajib mat arid lissukuunn).

RZ Berkatjaya dah 7 tahun operasi. Membiakkan kambing. Dalam kawasan penduduk yang medium density dimana keliling adalah rumah jiran. Ada lebih 250 ekor kambing, dan kandang tambahan sedang dibina - marvellous!

RZ Berkatjaya tidak bersandarkan jualan livestock sahaja, tetapi membangunkan pemasaran susu dan tahi kambing. Juga buat servis sembelih, lapah, dan memasak daging kambing. (Banyak kerja tu, banyak guna tenaga. Hari hari pukul 4 ke 5 pagi dah bangun start kerja. Tapi biasalah banyak kerja banyaklah jualan dan untungnya). 

Gambar gambar  lawatan aku semalam.

Petak besar mak dan anak. Kandang RZ Berkatjaya besar sebenarnya. Aku tak dapat nak ambik gambar sepenuhnya sebab dah gelap sangat. Sistem yang diamalkan ialah sistem intensif (berkurung).  Makanan ialah campuran dedak + napier + silaj batang jagung. Napier penuh depan rumah, tapi tak cukup. Kena topup roughage - beli silaj dalam pek 25kg dari Kampung Gajah, Perak. 

Hj Rahim sanggup dapatkan bekalan silaj dari tempat yang jauh (>150km dari ladangnya) kerana isu konsistensi dari segi kualiti dan kuantiti. Dan ketahuilah para penternak sekalian! Bukan senang nak cari pembekal makanan ternakan yang reliable dan berkualiti! 

Hello auntie kambing! Sori ye saya datang ambik gambar aje. Bukan nak bagi makan..

RZ Berkatjaya menggunakan EM dalam makanan dan persekitaran ladang demi mengawal indeks 'bau kambing dalam udara'. Maklumlah keliling rumah jiran. Sapa sapa yang bela kambing dekat rumah jiran, elok sangatlah guna EM.

Anak anak jantan yang dah cerai susu. Banyak juga bilangannya..

Tuan Haji Rahim dan Puan Hajah Zabedah... driven.. intensely driven. Penternak kambing yang sangat berdisiplin dan patut sangat menjadi contoh kepada penternak generasi muda.

Ada 3 ekor bebiri dorper yang sedang dieksperimen untuk dibiakkan. Beli dari Tuan Haji Nasir Samat. Semosa Farm. 

Lagi kambing..

Jebat. Pejantan primer RZ Berkatjaya. 

Tu dia botol susu berderet deret... Sistem pemberian susu untuk anak anak kambing yang tak cukup intake susu. 

Kandang baru sedang dibina. Luas oooo kandang RZ Berkatjaya. Lagi besar dari kandang aku.

Antara penghuni kandang baru

Aku geram betul tengok mata anak kambing tu. Macam pakai eye shadow..

Pam air untuk mencuci lantai kandang dan lantai simen bawah kandang. 

Antara petak beranak..

Pasteurizer susu kambing. Made in US. $2200 seketul. Mak datuk!

Close up pasteurizer

Susu kambing keluaran RZ Berkatjaya. Terima kasih kepada puan hajah Zabedah yang hadiahkan aku dua botol susu. Anak bongsu aku suka sangat!

Tuan Haji Rahim, dan Puan Hajah Zabedah yang umurnya 62 tahun... eh sorrii! 26 tahun haa....... amacam geng penternak mudo? rasa rasa boleh lawan ko kudrat pasangan warga platinum ni?

Selamat membiakkan kambing!! Jumpa lagi!

Thursday, May 8, 2014

SEMALAM DI LADANG

Assalamualaikum para pembiak kambing sekalian! Secebis cerita dari ladang semalam.

Boer Mardi dok kebas lagi dedak Diego. Diego cuba halau marah marah tapi boer ni buat tak tahu aje. Silap silap mau terkena penendang Diego si Boer ni. 

Datang lagi sekoq menyibuk! Habih berterabur dedak dibuatnya. Aku cuma bagi rangsum  3kg dedak kambing kat Diego per hari. Kalau dah 3 ekor kongsi, jawabnya Diego dapat sekilo aje lah. Nasib baik jenis lepas grazing si Diego ni.

Azuan. 27 tahun. Kerja kat Sumitomo Shah Alam. Baru kahwin minggu sudah. Orang rumah dia kerja doktor kat Terengganu. Kambing ni untuk aqiqah anak buah dia. Lepas aqiqah merangkap doa selamat, kenduri kahwin belah dia (lelaki) pula. 

Inai di jari masih merah. Kalau bini dia doktor, si Azuan pun doktor juga. Doktor bedah kambing!

Skill.. skill.. skill babeh!!

Ada anak kambing patah kaki dok bawah kolong rumah. Macam mana plak boleh terlepas dari kandang nih? Haru sungguh... takpa takpa mana tau 'sun, fresh air, and green grass' dapat mempercepatkan pemulihan dia...

Ayam jantan aku tu 'gila' sikit. Bipolar disorder kot. Selalu patuk anjing, kucing, dan orang. Semua dia tak nak geng. Tapi mau pulak dia berkawan dengan anak monyet ni. Siap main main lagi. Dan anak monyet ni pula mampu berkawan baik dengan semua jenis binatang dalam ladang. 

He's trapped!

Hello little guy! Don't panic. I am going to free you. Stay calm.

Palung makan dalam petak adalah 'bad bad bad' idea. Anak kambing suka panjat masuk dan duduk kat palung. Jangan ikut kesilapan aku. Buat palung makan kat luar petak. 

Ok. Selamat membiak!

JIRAN AKU TANAM BAYAM

Jiran aku Cina. Kiri kanan. Yang belah kiri tengah projek tanam sayur bayam. Kecik aje plotnya. 3 langkah kaki aku  x 19 langkah kaki aku (hehehe aku tak pandai nak agak agak ukur, sorry aa...)

Sebenarnya plot yang dia tanam tu asalnya sidewalk. Tar! Boleh dibongkahnya, berulang alik buang tar ntah kat mana, lepas tu bawak balik tanah. Berulang alik juga. 

2 minggu je tanam. Dah tuai pun hasilnya. Separuh yang ditanam. Pagi pagi tadi dia cabut, pergi pasar basah pukul 6.30 pagi, 7.30 pagi dah abis jual pun. Dapatlah $78. Ada lagi separuh yang boleh dituai dan dijual.

Macam lumayan juga ye...


Takde guna racun. Baja ada guna. 

Lubang lubang tu bukan disebabkan ulat. Tapi disebabkan hujan kuat. 

Ulat apa ni? Gemuk semacam..

Itu sahaja. Terima kasih!

FIZIK LANGIT LAPISAN PERTAMA

Fizik Langit Lapisan Pertama


Tuhan beritakan kepada kita yang manusia dijadikan daripada tanah. Jin daripada api. Malaikat daripada cahaya. Dan apa yang Tuhan khabarkan ini sebenarnya sangat berguna untuk para saintis pengkaji alam.

Baik. Tanah adalah kategori atom. Partikel.

Api adalah proton. Lebih kecil dan ringan daripada atom. Subpartikel.

Dan cahaya adalah photon. Bukan atom. Tiada berat. Masih dikategorikan sebagai subpartikel.

Partikel dan subpartikel, semua ini adalah dalam visible universe. Visible matter. Jirim terang. Lapisan pertama langit dalam alam semesta. Maknanya manusia, jin dan malaikat berkongsi lapisan pertama. Malangnya, kita baru tahu yang lapisan kita - dengan segala planet planet, bintang bintang, galaksi galaksi - cumalah 4% daripada kandungan alam semesta.

Dan kita juga baru tahu, yang alam semesta ada lagi 26% dark matter (jirim gelap) yang misteri lagi ghaib . Dan kita juga baru tahu, yang alam semesta ada 70% dark energy (tenaga gelap) yang jauh lebih misteri dan jauh lebih ghaib berbanding dark matter.

Dan dark matter ini sebenarnya ada partikel dan subpartikel masing masing yang kita langsung tak tahu, yang sangat berbeza dengan partikel dan subpartikel kita, dan.... wujud bersama sama betul betul di tengah tengah kita.

Berlapis lapis.

Maknanya ada pelbagai makhluk yang hidup dalam pelbagai dimensi, di tengah tengah kita, ghaib dari pandangan kita. Kita juga ghaib dari pandangan mereka.

Kita tak nampak jin. Kita lagi tak nampak malaikat. Kita lagi lagi tak nampak penghuni langit lapisan kedua hinggalah lapisan ke tujuh. Melainkan.... diizinkan Tuhan.

..... betapa banyaknya pandangan kita yang terlindung. Betapa banyak nya keghaiban yang mengelilingi kita. Betapa hebatnya kuasa Sang Pencipta yang mencipta apa yang lahir dan apa yang ghaib.

Betapa lemahnya kita anak cucu Adam dan Hawa..


Selamat berfikir!

Halo biru yang mengelilingi galaksi adalah dark matter. Sebenarnya tak boleh nampak kerana dark matter terlalu sukar dikesan. Ini adalah gambaran sahaja. Tetapi kita tahu dark matter wujud dan penuh memenuhi galaksi dan membentuk pelbagai lapis. 

THE MIGHT OF GOD

The Might Of God


Aku sebenarnya tak minat fizik. Langsung tak minat. Kimia pun tak minat langsung. Yang aku minat sejarah dan biologi.

Tapi semenjak dengar ceramah ustad yang menggantikan Ustad 'Bollywood' yang tak dapat hadir, berkenaan pengembaraan menakjubkan baginda Muhammad SAW dalam Israk Mikraj - aku berminat dengan kosmologi dan sains fizik. Dan juga apa yang terbentang dalam AlQuran.

Aku tak akan mengkaji sampai ke tahap formula ataupun nas itu nas ini, tapi cukuplah sampai ke tahap pengetahuan am.

Dan aku fikir, kembara ilmu aku tidak sia sia. Kerana aku semakin takjub dengan kebesaran dan keperkasaan Tuhanku. Aku tidak menyangka sampai begitu hebatnya ilmu dan kekuatan Tuhanku. Dan aku terasa sungguh kerdil berhadapan dan menyaksikan tanda tanda keagunganNya.

Aku tidak menyangka yang alam semesta (universe) begitu luas dan masih tidak nampak penghujung walau pun kita memiliki pelbagai instrumen sains yang super canggih dan super sensitif.

Aku tidak menyangka yang alam semesta kita sebenarnya adalah salah satu dari sekian banyak alam alam alam alam semesta.

Aku tidak menyangka langsung, yang kita duduk dalam multiple universe.

Aku juga tidak menyangka yang alam semesta kita ada tujuh lapis. Dan kita manusia, jin, dan malaikat sebenarnya adalah penghuni lapisan pertama. Ada enam lagi lapis yang kita tidak tahu siapa penghuninya.

Sungguh aku tidak menyangka yang kita ada enam lagi shadow universe.

Aku juga tidak menyangka yang alam ghaib yang kita sangat hairankan lagi sangat takutkan selama ini (seperti alam bunian, alam jin, alam malaikat) hanyalah sebahagian dari lapisan pertama alam semesta.

Dan lagi setiap enam lapis alam semesta, atau lagi enam lapis shadow universe, rupa rupanya mereka memiliki alam ghaib masing masing.

Dan aku sangat tidak menyangka yang setiap universe dalam multiple universe memiliki pelbagai lapisan masing masing. Dan setiap lapis memiliki alam ghaib masing masing.

Dan aku sangat sangat tidak menyangka yang multiple universes itu tidak nampak kesudahannya... mereka alam semesta demi alam semesta terus berterusan dicipta dan dicipta.. dan setiap alam semesta itu dipenuhi pelbagai ragam makhluk..

Dan aku sangat sangat tidak menyangka yang saiz alam semesta kita, yang kita sangkakan begitu luas tidak berpenghujung, jika dibandingkan dengan saudara saudaranya, hanyalah bagaikan setitik air dalam lautan yang sangat luas..

Aku sama sekali tidak menyangka... yang keinginan main main aku untuk mengetahui lebih lanjut akan Isra' Mikraj membawa aku ke tahap ini.

Sungguh aku tidak menduga sampai begitu hebat sekali kekuatan dan keperkasaan Tuhanku. Padanlah semua jemaah malaikat dan makhluk kosmos tunduk ketakutan terhadap Tuhanku.


Betapa kerdilnya para manusia yang hinggap di Bumi yang terapung diam sendirian... dan bagaimana ada antara kita yang berani mengatakan Tuhan tidak wujud?..



READERSHIP INCREASE

Blog dan facebook aku sedang mengalami peningkatan pembaca. Lebih sekali ganda. More than double. Terima kasih kepada semua pembaca. 

Aku harap semua rakan blog yang link dengan blog aku juga menerima tempias kenaikan trafik. Aku juga sangat mengharapkan mana mana rakan penternak kambing, terutamanya yang berhasrat menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara, agar membuat blog juga. Bagitau aku. Nanti kita boleh link sama sama. 

Terima kasih sekali lagi kepada para pembaca sekalian!

Hello! Terima kasih kerana membaca blog alwigoatfarm! Jumpa lagi!

Selamat membiakkan kami!

Wednesday, May 7, 2014

KENAPA TIADA SIAPA MENGKAJI MISTERI BAYANG BAYANG?

KENAPA TIADA SIAPA MENGKAJI MISTERI BAYANG BAYANG?

Epal jatuh. Newton (yang autistik) perhatikan. Lahir Theory of Gravity. New Age of Science.

Epal jatuh, dan buah jatuh, dan apa sahaja yang jatuh adalah perkara normal. Sangat normal. Sangat biasa. Tapi bila betul betul benar benar dikaji tertonggeng tonggeng - kesannya sangat besar kepada peradaban manusia. Bukan itu sahaja, tanda tanda kebesaran Tuhan semakin terserlah. Dan pengembaraan umat manusia mencari Tuhan semakin hebat.

Baik. Sapa sapa yang ada asas fizik akan tahu Newton punya Theory of Gravity melahirkan pula Theory of Relativity, dan juga Theory of General Relativity. Kedua duanya menerangkan sifat sifat atom dan cahaya, dan ditemui oleh Einstein (yang juga autistik). Dan kita umat manusia masuk zaman nuklear dan zaman pengembaraan angkasa.

Kita... semakin kembali, semakin menghampiri, semakin mengenali pengembaraan asal DAN tempat asal Ayah dan Mak kita, Nabi Adam AS dan Hawa AS. Dan sesungguhnya mereka berdua DITURUNKAN ke muka bumi. Bukannya DICIPTA di muka bumi.

Baik. Teori Newton dan Einstein cukup dan mampu menerangkan dengan baik akan sifat sifat atom, dan juga dunia yang kita duduk. Dunia yang kita nampak... dengan mata kasar kita.

Tetapi bila kita masuk ke dalam alam yang lebih kecil daripada atom, maknanya dunia partikel - dunia elektron, neutrino, boson, dan seterusnya... undang undang Newton dan Einstein tidak terpakai.

Langsung tak boleh. Langsung tak compatible. Langsung... harubiru.

Wujud suatu hukum fizik yang baru untuk menerangkan sifat partikel yang sangat sangat kecil ini - Teori Mekanik Kuantum. Dan teori ini sangat pelik, sangat sangat berbeza dengan hukum fizik dunia kita, dan sangat sangat menghairankan para saintis.

Dan Teori Mekanik Kuantum ini tidak boleh menyerap hukum graviti yang diperkenalkan Newton. Kerana sebaik sahaja formula graviti diperkenalkan, Teori Kuantum ini akan jatuh rosak berderai.

Masalahnya, graviti menguasai seluruh alam semesta. Graviti pasti mempengaruhi semua objek dalam alam semesta. Kenapa ianya tidak selari? Mana boleh dua hukum fizik yang sangat berbeza berlari serentak?

Dan disinilah para saintis tengah pening kepala mencari titik atau rahsia keseimbangan antara dua hukum tersebut. Apalagi yang perlu diburu, apalagi yang perlu dicari, apalagi yang perlu diperhatikan? Demi mengharmonikan kedua dua hukum tersebut. Demi mencari Unification Theory.

Ok. Salah satu undang undang Teori Mekanik Kuantum menyatakan elektron boleh sahaja berada dimana mana dalam alam semesta. DIMANA MANA dan ianya telah dibuktikan dengan 'Double Slit Experiment'. Sahih. Haa maknanya mudah, implikasinya mudah... tetapi sangat mengejutkan.

Ada salinan kita dimana mana dalam alam semesta. Barangkali beberapa salinan, barangkali jutaan salinan, barangkali salinan yang tak habis habis. Maknanya ada Awi si pengembala kambing yang sedang menulis blog, dan dalam masa yang sama ada Awi si pengembala kambing yang sedang memandikan anak anaknya, dan dalam masa yang sama ada Awi si penyanyi yang sedang berjoget pop yeh yeh, dan dalam masa yang sama ada Awi sang peneropong langit malam, dan dalam masa yang sama...... so on and so on.... berterusan.

Semua salinan ini bergerak SERENTAK, tetapi mata kita hanya, dan hanya, dan hanya, mampu memerhatikan SATU salinan. Yang sedang berada di hadapan kita. Itulah dunia kita.

Para saintis bertelagah pendapat berkenaan akan punca dan bagaimana menerangkan hal ini sebaik baiknya. Ada yang kata graviti mainkan peranan, dan ada juga yang kata dunia multiverse mainkan peranan, dan pelbagai cubaan penerangan lagi.

Maka ada antara mereka yang membina apparatus sains raksasa seperti Large Hadron Collider yang memakan belanja berbillion dollar dalam usaha mereka lebih memahami alam subpartikel. Dan ada antara mereka yang lebih 'ambitious', mahu membina eksperimen super raksasa di luar angkasa.

Tetapi aku fikir, sepertimana epal jatuh yang sangat normal, barangkali bayang bayang yang juga sangat sangat sangat sangat normal, dapat menemukan rahsia Teori Mekanik Kuantum dan Teori Graviti.

Ianya lebih mudah, dan lebih murah untuk dikaji. Dan aku hipotesiskan, kajian terhadap bayang bayang akan membuktikan kewujudan enam lagi lapis alam semesta sepertimana yang telah Tuhan beritakan dalam AlQuran, dan... seterusnya melancarkan umat manusia ke suatu zaman baru dalam sains dan teknologi.

Aku sangat berharap saintis Islam akan mendahului dalam perkara sebegini.

Saksikan ayat ayat Tuhan berkenaan bayang bayang :

Ar Ra'd (The Thunder): 15 (terjemahan)

And to Allah prostrates whoever is within the heavens and the earth, willingly or by compulsion, and their shadows [as well] in the mornings and the afternoons.

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
_________________________________________

An Nahl (The Bee): 48 (terjemahan)

Have they not considered what things Allah has created? Their shadows incline to the right and to the left, prostrating to Allah , while they are humble.

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
___________________________________

Al Furqan: 45 (terjemahan)

Have you not considered your Lord - how He extends the shadow, and if He willed, He could have made it stationary? Then We made the sun for it an indication.

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;


Selamat membiakkan kambing! Selamat memburu ilmu! Selamat tenggelam dalam kebesaran Tuhan Maha Perkasa!

Epal jatuh. Perkara normal. Tapi bila dikaji, manusia memasuki zaman baru pengetahuan.


Bayang bayang. Lebih normal daripada epal yang jatuh. Bolehkah kajian terhadap bayang bayang melancarkan umat manusia ke dalam zaman emas pengetahuan?