"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, August 9, 2012

BILA ISAL DATANG PART 2


Isal datang ke ladang aku itu hari dengan membawa ipad atau something like an ipad. Yaa tablet pc sebenarnya. Boss dia sponsor. Kaya betul boss dia ni. Kereta toyota vios 1.6 pun bagi.

Dan aku terkejut bila isal boleh guna facebook kat ladang aku. Maknanya adalah connectivity. Selama ni aku ingat tak dak coverage. Isal prove otherwise. Tapi tu lah kat rumah aku signalnya lemah, weak connectivity. Kena pi duduk bawah sawit, baru kuat sikit signalnya. Kacau gak ni, takkan nak keluar rumah berpanas berhujan bergelap bila nak masuk internet.

Anyway bila bini aku tahu ada wireless broadband coverage, dia pun rajinlah pujuk aku suruh melanggan. Senanglah dia melayan facebook ngan kawan kawan dia. Bini aku lagi handal dan mahir main facebook berbanding aku. Aku tak tahulah sindrom apa yang terjadi kat aku, tapi sebaik sahaja aku tengok facebook aku terus jadi pening.

Information overload. Terus jadi mabuk. Pening pening. Bagi akulah blogging ni senang sikit, learning curve takdelah curam sangat. Kalau facebook, baru tengok dah pening, tak sempat nak masuk learning curve hehe.

Tak tahulah nak langgan ke idak. Godaan tinggi ni. Buat masa sekarang aku pi cybercafe untuk update blog. Sekali pergi seringgit dua ringgit bayarnya. Purata 2 kali seminggu. So kos cyber cafe lebih kurang rm16 sebulan. Tapi nak kena ambilkira minyak dan masa. Kena pula cybercafe 15km jaraknya dari rumah aku. Memang tinggi kos.

Kalau aku langgan wireless broadband, berapa ye? 100 sebulan? Lebih kurang kot. Tapi slow kan nak download? Leceh gak tu. Tensen menunggu.

Hmm aku rasa aku buat cara sekaranglah. Pi cc bila sempat. Wireless broadband memang instant, continuous connectivity tapi aku rasa aku tak perlukan ciri itu. Aku lagi suka ada masa, ada kesempatan untuk detach, membebaskan diri dari cengkaman teknologi. Ada masa untuk buat benda lain tanpa asyik memikirkan blog dan facebook.

I can live without the need to stay connected.

Yeah, I can live.

Live my life.

As an overcaffeinated goat boy.

Good day!

*Aku baru dapat tahu yang pekerja indon aku boleh layar internet, facebook kat ladang aku ni. Siap access aku punya blog lagi. IT savvy betul pekerja indon aku ni. Malu pulak aku dibuatnya. Aku sendiri guna handset nokia rm90, pekerja guna smartphone. Aiseymann..

Wednesday, August 8, 2012

SAD


Saintis saintis yang mengkaji matahari mendapati cahaya yang terbebas bilamana berlakunya pelakuran nuklear (fusion) dalam perut matahari rupa rupanya terperangkap selama 100,000 tahun sebelum berjaya mencari jalan keluar ke permukaan matahari dan akhirnya dibebaskan ke seluruh alam. Dan cahaya matahari cuma mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi sebaik sahaja ia terbebas.

Maknanya cahaya yang menyentuh kulit kita sekarang telah berusia 100,000 tahun dan 8 minit. Cahaya purba, yang jauh lebih berusia berbanding sejarah manusia.

Cahaya yang membolehkan tumbuhan membuat makanan, menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen yang menyokong kehidupan. Dan oksigen membolehkan manusia hidup di bumi.

Sesungguhnya cahaya matahari membolehkan kehidupan wujud di bumi. No sun light, no life.

Ok. Ada sebuah kampung di Itali yang terletak di sebalik banjaran gunung. Oleh kerana kedudukannya yang terlindung dalam lembah dikelilingi gunung ganang, kampung ini pada masa masa tertentu tidak mendapat cahaya matahari selama 3 bulan. Maknanya bergelaplah 24 jam selama 3 bulan. Dan kampung itu sanggup memasang deretan cermin besar yang bernilai RM400,000 semata mata untuk memantulkan cahaya matahari ke arah kampung tersebut.

They have to. Otherwise they got depressed. Very depressed to the point of suicide for some villagers.

Elektrik ada. Lampu ada. Banyak dan terang benderang bagaikan siang.

Bagai.

Tetapi keterangan dan kemeriahan semua lampu elektrik itu masih tidak dapat menggantikan cahaya matahari yang bukan sahaja menerangkan, tetapi menghidupkan dan menggembirakan.

Terang, hidup, gembira.

Tuan tuan, kekurangan cahaya matahari mewujudkan suatu simptom penyakit yang digelar Seasonal Affective Disorder (SAD). Kemurungan atau depression yang disebabkan kurangnya badan terdedah kepada cahaya matahari. Kemurungan ini mampu mendorong manusia menjadi delusional dan membunuh diri. Tak boleh buat main main ni.

Dan SAD biasa terjadi pada manusia yang duduk dalam zon empat musim (temperate) apalagi zon artik (kutub). Especially masa winter lah. Didapati suicide rate meningkat semasa musim sejuk. Kalau duduk dalam zon tropics atau arid takde risiko penyakit ni melainkan 24 jam duduk dalam bangunan, terlindung sepenuhnya daripada cahaya matahari.

Barangkali ada kes bunuh diri kat malaysia ni puncanya disebabkan tak dapat cukup cahaya matahari. Or taking drugs or whatever that impairs or shutdown the body's sunlight absorption mechanism. Pakar pakar psikologi patut menyiasat kemungkinan ini. Yelah budak budak zaman sekarang suka duduk dalam rumah dan bangunan main games, playstation, ipad bla bla bla. Kurang sangat terdedah kepada cahaya matahari tak macam budak dulu dulu kat kampung.

Budak dulu keluar ramah panjat pokok, tangkap katak dan ikan, melastik burung. Paling cikai pun main kejar kejar polis pencuri atau main ting ting. Tapi dapatlah cahaya mataharikan? Jadi ada dapat unsur terang, hidup dan gembira. Jiwa lebih stabil. Budak kampung dulu lebih mantap jiwanya, tak mudah mengaku kalah atau surrender bila ditimpa masalah. Budak sekarang lain macam. Ganas, temperamental dan mudah surrender bila susah sikit.

Aku tak tahulah tuan tuan perasan ke tidak tapi itulah yang aku nampak.

Aku sendiri kalau satu hari duduk dalam rumah je rasa rimas, tak kena, depressed. Nak kena keluar jamah cahaya matahari juga. Itu baru satu hari, bukannya gelap sangat rumah, masuk gak cahaya matahari. Anak bini pun sama. Mood diorang lebih baik, improving considerably bila dapat jamah cahaya matahari.

Dan mungkin explanation dia macam ni. Maybe I am wrong, maybe not. Hipotesis aku. Kalau nak lebih yakin tuan tuan kena siasat jugalah.

Zon artik samada di kutub utara atau kutub selatan adalah mencabar bagi manusia dan kehidupan lain. Sejuk satu hal, tapi yang lebih tak tahan ialah musim sejuk yang berlangsung selama 6 bulan. Kalau kat kutub selatan, langsung tak nampak matahari selama 6 bulan. Total darkness. Manusia memang tak mampu hidup di situ. Saintis saintis yang buat penyelidikan di situ pun duduk masa musim panas je. Masa ada mentari je.

Tapi ada juga mamalia yang boleh hidup kat benua antartika (kutub selatan) ni. Rilek je dia hidup kat situ. Seronok betul. Penguin, ikan paus, anjing laut, singa laut, etc. Didapati hati atau liver diorang ni mempunyai concentration Vitamin A dan D yang sangat tinggi, mencecah multi million IU's. Kalau dibandingkan dengan kapasiti hati manusia, jauh berbeza ni. Bukan tahap overdose, tapi megadose.

Maknanya mamalia antartika ni mempunyai storan Vitamin A dan D untuk membantu mereka survive dalam persekitaran ekstrim ni. Bukan setakat survive tapi thriving, boleh membiak dan mereka gembira duduk situ. Dengan syarat cukup vitamin A dan D. Sumbernya ialah ikan ikan yang makan udang udang kecil yang makan plankton. Dan plankton ini meletus pembiakannya ketika musim panas, ketika ada cahaya matahari. Plankton inilah yang menyerap dan menyimpan vitamin A dan D yang terhasil ketika cahaya mentari menyinari permukaan laut.

Cahaya matahari membolehkan kehidupan berlangsung di benua antartika yang ekstrim. Dan vitamin A dan D memainkan peranan penting dalam memelihara fisiologi dan psikologi makhluk makhluk yang hidup dalam persekitaran sangat mencabar ni.

Maknanya vitamin A dan D ni instrumental dalam memelihara mental dan perasaan manusia. Dan aku tak diajar peranan vitamin ini masa kat sekolah. Yang diajar vitamin A ni untuk mata terang dan vitamin D untuk elak sakit tulang.

Dan vitamin A dan D mudah didapati. Biarkan badan dijamah cahaya mentari yang menyegarkan, menghidupkan dan menggembirakan.

Tapikan ada pula satu golongan manusia yang anti cahaya matahari. Golongan yang suka pakai sunscreen and sunblock. Sibuklah sapu lotion SPF (sun protection factor) 15, SPF 45 dan apa kejadah lagi ntah ke kulit diorang sebelum keluar rumah. Kononnya cahaya matahari boleh merosakkan kulit dan meninggikan risiko kanser kulit. 15 minit terdedah pun bahaya katanya. Takut sangat dengan cahaya matahari. Nak sangat kulit cantik putih mulus.

Bagi aku lah kan golongan macam ini adalah golongan yang menafikan nikmat Tuhan. Bukan takat tak bersyukur je, tapi menafikan. Macam tak suka je duduk kat bumi. Kalau takut sangat dengan cahaya matahari ni, jangan duduk kat bumi. Duduklah kat mana mana planet lain yang tak sampai cahaya matahari.

Kita patut eksport golongan sunscreen dan sunblock ni ke Kuiper Belt, lingkaran asteroid di penghujung solar system. Biar diorang duduk kat situ. Mengada ngada betul takut sangat cahaya matahari.

Baru diorang tahu.

Anyway, masuk cerita kambing pula. Kalau kambing bela sistem intensif, dia tak keluar kandang, duduk je dalam kandang. Jadi kurang dijamah cahaya matahari. Memang boleh jadi depression dan mengganggu prestasi pembiakan. Melainkan kandang direka sebaik mungkin yang membolehkan cahaya matahari sampai ke seluruh kandang.

Kalau macam tu, oklah. Kambing pun lagi happy, lagi produktif.

Ada kawan aku buat kandang besar besar tapi gelap. Dah la bawah sawit. Kelam dan muram aje kandang dia. Kena pasang lampu kalimantang siang siang tengahari baru boleh nampak. Kandang paling gelap pernah aku jumpa.

Dan usaha pembiakannya memang gagal. Setelah 3 tahun tinggal 15 ekor, walaupun masa dia start dulu lebih 100 ekor dia beli. Katanya nak lagi cepat besar, cepat banyak kambingnya dari aku. Capex dia jauh lebih besar dari aku dulu. Siap pagar cantik cantik 8 ekar. Memang ratus ribu punya capex.

Sekarang takde dah, malas nak membiak. Kandang luas luas muat 250 ekor tinggal 15 ekor.

So kepada pembiak baru hati hati. Always keep abreast with information, and from the right source. Dapatkan ilmu membiak dari pembiak tulen, barulah tinggi sikit chances nak berjaya.

Kambing sebagaimana manusia perlukan cahaya matahari bukan sahaja untuk memelihara fizikal tetapi juga emosinya. Badan dan perasaan yang stabil akan memudahkan usaha pembiakan mereka ni. In fact aku rasa ruminan macam kambing dan lembu perlukan cahaya matahari dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding keperluan manusia disebabkan sifat merayau mereka. Dalam habitat semulajadi mereka, memang mereka sangat terdedah kepada cahaya matahari.

Yaa kita sebenarnya sangat sangat perlukan cahaya matahari.

Menerangkan hidup kita, membuatkan kita rasa hidup dan bertenaga, serta menggembirakan kita. Membantu menghilangkan kemurungan dan kesedihan (sad) dan mengelakkan seasonal affective disorder (SAD).

Thanks O My Great Lord the Intelligent, for creating the sun!

Correction : Dalam post “ARB” sebelum ini, ARB sebenarnya adalah projek khas MardiTech. Oleh itu ianya bukanlah syarikat sendirian berhad atau pun berhad.

Tuesday, August 7, 2012

ARB


ARB ni Advanced Reproduction Technology Sdn Bhd. Ke Berhad? Aku dah lupa. ARB ni anak syarikat MardiTech which in turn is owned by MARDI. Kot? Ah lantaklah macam mana pun, yang aku tahu ARB ni ada bau bau deodoran ngan Mardi.

Semalam chief ARB tepon aku, katanya nak evaluate ladang aku sebagai multiplier farm (ladang pengganda). Evaluate je, bukannya shortlisted atau pun selected. Anyway cerita sikit pasal ARB ni yang aku tahulah. ARB ni kat Kluang Johor. Tapi bukannya Institut Haiwan Kluang, lain tu. Misi ARB adalah membangunkan usaha pembiakan baka kambing boer di Malaysia dan ARB adalah ladang nukleus dengan kapasiti semasa 1500 ekor boer. Setup cost kalau tak silap aku antara 5 – 7 juta.

So konsep yang digunakan ialah nukleus to multiplier to satellite. 3 peringkat.

Nucleus farm ni ada satu je. ARB lah. Dan ARB telah ada 7 atau 8 ladang multiplier di seluruh Malaysia. Tahun ni dia nak cari 7 lagi ladang multiplier (geram betul aku tulis multiplier ni, dari tadi asyik silap taip aje). Setiap ladang multiplier akan dapat 250 induk boer dan beberapa pejantan boer dari ARB. Kemudian setiap ladang multiplier akan cari 5 ladang satelit, dan bagi setiap ladang satelit 50 induk/dara boer hasil daripada pembiakan 250 ekor induk boer yang telah diberi ARB.

Maknanya ladang multiplier tak perlu bayar tunai 250 ekor induk boer tu. Tapi bayar dengan anak kambing yang dihasilkan, dan bukannya kepada ARB tetapi kepada ladang satelit. ARB bangunkan multiplier dan multiplier bangunkan satelit. A proven concept dalam membangunkan usaha pembiakan. (Kalau gagal, bukannya konsep yang bermasalah tapi pengurusanlah, seperti biasa.)

Anyway chief baru ARB ni tak pernah sampai lagi ladang aku tapi aku selalu jumpa. Manakala chief yang sebelum ni pernah sampai 2 kali ke ladang aku. Aku pun tak pernah sampai lagi ARB kat kluang ni hehehe. Jangan marah chief, nanti ada masa aku pi lah.

Dulu masa aku mula mula dengar program ARB 3 - 4 tahun yang dulu, ada juga aku siasat siasat macam mana nak turut serta. Tapi masa tu aku tak kenal top management atau chief chief ni. Yang aku kenal general staff kat ARB tu. So diorang kata “Awi, kalau ko ada dato' atau tan sri belakang ko, back up ko, senanglah sikit mohon jadi ladang pengganda, dapatlah 250 ekor boer”. Peh kena ada tan sri ka? Rasa nak je jawab “tan sri memang takdelah, tapi kalau tiang seri kandang adalah, tak boleh jugak ke?” Hehehe

So antara syarat nak jadi ladang pengganda ialah kambing 200 ekor ke atas dan menyimpan rekod ternakan yang teratur. Selain dari itu, ada kapasiti untuk menampung 250 ekor induk dan anak anaknya. Obviously kena ada modal besarlah. Bukan senang tu nak menguruskan 250 induk. Aku sekarang 100 lebih induk kambing pun boleh tahan peningnya, banyak kerja yang tertunggak. Kalau 250 induk?

Tertonggeng tonggeng aku karang

Realitinya aku takde kapasiti nak menampung 250 induk buat masa ini, walau pun aku baru siap expansion boleh muat 300 ekor lagi (la ni ada 340 ekor). Kalau aku dah parking 250 induk boer kat kandang baru, mana pula aku nak parking yang aku ada sekarang. Tujuan asal expansion adalah untuk menampung perkembangan baka sedia ada.

Tulah dulu nak sangat, sekarang ada peluang, entahlah.

Kepada sesiapa yang habis membaca entri dalam blog aku ni, akan tahu yang aku ni quite reluctant dengan boer ni. Unless crosses punya type. Haa yang tu aku receptive sikit.

Atau maybe ARB boleh loan kat aku pejantan pejantan best yang dia ada. Boleh ke chief? Ok gak idea tu. Nanti bincang baliklah. Pasal aku rasa offer jadi untuk multiplier farm ni di luar jangkauan aku. Out of reach. Tak cukup keupayaan dan sumber. Kalau satelit boleh consider lagi.

Hmmm... kepada rakan rakan pembiak kambing yang mahu diberi peluang menjadi ladang multiplier atau ladang satelit boleh la panjang panjangkan cerita kat aku. Tapi syarat utamanya kena jadi ahli Persatuan Pembiak Kambing Malaysia dan menyimpan rekod ternakan serta mempunyai capacity dan capability yang cukup. Tak jadi ahli, tak dapek den nak nolong.

Chief dulu lain syaratnya, chief sekarang lain syaratnya.

Ok, salam hormat.

BILA ISAL DATANG..


Jumaat sudah isal keratong agro datang melawat kandang kambing aku buat kali kedua. Straight from thailand. Memang kuat pinggang si isal ni. Tak tahulah jamu thai mana yang dia telan.

Dan dia datang exactly at 7.56 pagi. Aku rasa isal ni memegang rekod sebagai pelawat terawal ke kandang aku. Aku tengah pam air dan masih dalam keadaan mamai atau sluggish. Piston piston dalam badan aku masih belum mencapai optimum operating temperature. Memang terasa slow dan berat badan aku ni termasuk juga otak aku.

Isal datang untuk buat selection kambing yang nak dibawa ke kandang dia di keratong nanti. Pilih aje yang dara dara, nak timbang nanti lah. Tak larat siot.

Anyway bulan puasa ni aku ada satu ritual yang aku buat setiap pagi. Aku suka cuci tingkap kereta aku. Cuci bersih bersih bagi nampak terang benderang kilat kilat cermin kereta aku. Guna kain ngan air je, takde shampoo pun. Tapi aku tak cuci badan kereta pun. Tingkap je. Setiap hari buat. Obses.

Melainkan masa isal datang itu hari. So aku termiss ritual aku. Rasa macam tak best pula. Ini yang masalah ada asperger syndrome ni. Ada obsession tertentu yang mengarut aje.

Anyway cerita pasal asperger syndrome yang aku alami ni, ramai yang tak nampak, tak tahu dan tak perasan bila berinteraksi dengan aku. Hakikatnya asperger syndrome membuatkan aku socially inept, takut dan tak selesa bila bergaul dengan manusia lain.

Sebagai contoh aku tak pandai membaca ekspresi wajah dan body language. Kalau orang tu menyindir, aku tak tahu dan tak perasan yang dia menyindir. Aku lambat tangkap intention sebenar orang tu bila bercakap ngan aku. Kalau cakap berselindung dan berlapik, memang aku tak faham. Kena cakap betul betul direct, barulah aku faham.

Tu yang jadi masalah besar bila berinteraksi dengan manusia lain. Communication skill aku adalah inferior and always managed to land me in trouble or awkward situation. Pasal tu aku lari jauh jauh dari orang, duduk dalam ladang. Bini aku pun mula mula kahwin, susah nak memahami aku yang pelik daripada orang lain ni. Eccentric.

Susah nak nampak atau detect asperger syndrome ni atau jenis jenis mild autism yang lain. Macam dyslexic juga. Susah oo bila kita susah nak faham orang lain dan orang lain pun susah nak faham kita.

Ada cure ke untuk autisme?

Monday, August 6, 2012

EGYPT : THE SHORT LESSON


Archeologists yang menggali kubur Firaun Firaun di Valley of the Kings sering terjumpa setempayan besar madu lebah di sebelah sarcophagus maharaja maharaja mesir ini. Kesemua madu lebah ini telah berusia lebih 3000 tahun. Anehnya madu ini masih boleh dimakan. Setelah dibuat ujian makmal, didapati tiada sebarang unsur bakteria atau virus yang bersarang dalam madu lebah itu, walaupun berusia ribuan tahun.

Madu lebah adalah satu satunya makanan dalam dunia yang tidak akan basi, tidak akan rosak, tidak akan ada expiry date, dan tidak memerlukan sebarang teknologi pengawetan atau penyejukan. Madu lebah bersifat antibakterial dan antivirus yang cukup kuat. Madu lebah juga adalah salah satu makanan dalam syurga selain daripada daging, susu dan buah buahan.

Maka madu lebah eloklah dijadikan suplemen kesihatan yang diambil hari hari. Akan tetapi aku sendiri ada masalah bila makan madu lebah hari hari. Badan jadi panas dan bibir pecah pecah. Allergic reaction kot. Satu lagi sebab aku beli madu lebah yang jual kat supermarket ni. So tak tahulah ori ke tidak. Mungkin makan yang cetak rompak punya jadi adalah undesirable side effect and special effects.

Ok. Egypt atau Mesir terletak dalam zon cuaca panas dan kering, atau arid macam australia dan south africa. Besar dan luas. Ada 84 juta penduduk. Dan 98% rakyatnya menghuni lembangan Sungai Nil yang merupakan 5% keluasan Mesir. Lagi 95% adalah padang pasir, wasteland. Tanpa Sungai Nil, Mesir adalah kawasan yang sangat tandus dan tiada peluang menjadi peradaban (civilization).

98% rakyat menghuni 5% kawasan? Maknanya 82 juta orang bersesak sesak, macam sardin dalam tin pula. Sayangnya, kawasan yang subur macam Sungai Nil ni patutnya dijadikan kawasan pertanian je, tak patut dijadikan penempatan.

Kalau australia pula penduduk sama macam Malaysia 30 juta orang je tapi luas mak aih. Memang patutlah kambing lembu lebih banyak. Kena pula panas dan kering, kurang sesuai untuk pertanian tapi cantiklah untuk penternakan. Sama macam Egypt.

The fact is, lembangan Sungai Nil adalah tanah paling subur dalam dunia. The most fertile flood plain in the planet. Hmm flood plain ni maknanya sering dilanda banjir secara bermusim. Dan banjir ini menyuburkan tanah dengan cara mengganti nutrien nutrien dan memberi peluang untuk tanah berehat. Secara berkala. Setiap tahun. So flood plain ni sesuai sangatlah untuk tanaman jangka pendek tetapi tak sesuai pula untuk tanaman jangka panjang.

Unfortunately, lembangan sungai Nil hanyalah 5% kawasan Mesir. 95% adalah desert and wasteland. Tak sesuai untuk pertanian tetapi sesuai sangat untuk penternakan.

Didapati kambing kambing di kawasan desert and wasteland ni memiliki saiz yang lebih besar dan mortaliti lebih rendah berbanding saudaranya yang diternak di kawasan lembangan Sungai Nil. Sebabnya parasit banyak sangat di kawasan subur tetapi parasit kurang di kawasan tandus (panas dan kering).

Walau pun rumput rumput nampak subur, gemuk, tebal menghijau di kawasan lembangan Sungai Nil tetapi konsentrasi parasit yang terlalu tinggi menyukarkan usaha pembiakan kambing (atau ruminan lain). Berbeza pula dengan kawasan padang pasir. Rumput nampak kurang tetapi parasit pun rendah konsentrasinya. Senang pula usaha membiakkan kambing di sini.

Lesson : Kita di Malaysia yang tropika ni (panas dan lembap) memang kena beratkan usaha pengawalan parasit di kalangan ruminan kita. Memanglah rumput banyak subur menghijau jadi tak perlu risau makanan tetapi parasit ni pula yang menjadi bebanan utama kepada pembiak pembiak di Malaysia.

So aku propose budget research untuk parasite control ditingkatkan (atau lebih baik dilipat gandakan). Penting ni pasal parasite problem ni memang unik kat negara negara tropika tak macam negara negara panas dan kering. Kita kena ikut jalan lain sikit daripada diorang ni.

Tapi tulah Malaysia kita ni kan, kurang kesedaran memburu ilmu, tak berapa nak menyelidik. Cuba bayangkan, cuma 0.2% aje peruntukan utk research daripada GDP Malaysia ni. Amerika pula membelanjakan 2% GDP untuk research. Pasal tu jauh sangat jurang teknologi. Semua negara maju sanggup belanja tinggi untuk research.

Kali ni China yang berhasrat mengejar dan meninggalkan Amerika giat menambahkan usaha penyelidikan. Belanjawan researchnya lebih 3% GDP. Jadi langkah China untuk mengejar status negara maju semakin pantas. Kita? Habis kat pilihanraya kot? 10% GDP apa?

Anyway cerita pasal Egypt belum habis lagi.

Egypt sebelum Arab Spring ni sebenarnya makin mundur dan mundur di bawah pemerintahan diktator. Dictatorship ni salah satu sistem perintah yang tinggi corruption levelnya. Bila rasuah berleluasa, semua polisi negara tak berjalan sempurna, tak sampai target. Yelah peruntukan tak sampai ke tangan yang sepatutnya, gagallah semua program pembangunan.

Termasuklah polisi pembangunan pertanian Egypt. 

Realitinya Egypt adalah pengimport gandum terbesar dunia. The world's biggest grain importer. Dan pembekal utamanya adalah United States of America. US membekalkan gandum sebanyak 3 juta tan pada 2010. 3,000,000 tan. Banyaknya. Masalahnya Egypt takde duit nak bayar. Terpaksa bergantung kepada US untuk menukarkan pembelian sebagai bantuan (aid), dengan kebenaran US Congress. Dan US Congress dipenuhi pengaruh Zionis. Dan 500,000 tentera Egypt bergantung kepada persenjataan, spare part, kepakaran dan bantuan Amerika.

Maka Egypt di bawah Hosni Mubarak adalah boneka yang tunduk sepenuhnya kepada kemahuan Amerika dan Zionis. Maunya idak, kalau melawan, tak dapatlah makan roti gandum. Kelaparanlah dia, konconya dan sekalian rakyatnya. Bila rakyat lapar, berlakulah uprising, hilanglah kuasa dan kekayaannya. Maka lebih baik dia tunduk kepada master nya, yang mengumpan umpan roti gandum di depan matanya. Like a dog puppy, wagging his tail incessantly, wishing to please his master just to get that pieces of bread.

Inilah jadinya bila kita memandang ringan pembangunan sektor makanan negara, dan bila rasuah menghalang niat baik saki baki polisi yang bagus tujuannya. Kita macam mana? Takkan nak jadi macam Egypt?

Semua negara maju mengambil berat sektor penghasilan makanan mereka, apalagi makanan ruji. Masing masing melaburkan wang yang banyak untuk research, dan selalu bersedia dengan subsidi. It's food security. No food, no power.

Kerajaan yang bijak, yang mahu terus berkuasa, akan memastikan pengeluaran makanan dalam negara cukup untuk rakyatnya, akan memastikan harga makanan tidak membebankan rakyat. Self sufficient and affordable to all levels of citizen. Barulah rakyat tak bising bising sok sek sok sek nak tumbangkan kerajaan.

Egypt sekarang menghadapi masa yang sangat sukar. Siapa yang jadi pemimpin sekarang memang tersepit, berat kepala tak boleh nak tidur. Macam macam masalah yang membelit. Antara keperluan rakyat atau kehendak rakyat (necessity or want), Amerika dan Zionis. 

Berat berat.

Semoga kita tidak akan sampai ke dalam situasi Egypt.

Salam.

Wednesday, August 1, 2012

CAFFEINE JUNKIE


Aku tengah sibuk sekarang ni samada betul betul sibuk atau pun saja saja buat nampak sibuk. Masuk bulan puasa lagi sibuk dan nampak sibuk. Dan masa puasa ni aku tak dapat caffeine fix seperti kebiasaannya. So otak aku berada dalam situasi low cycle, low voltage, synaps synaps dan neuron neuron gagal bersambung dan misfiring, justeru output otak aku rendah lantas mengehadkan kreativiti aku.

Yang betulnya otak aku tengah lembap, kan senang cerita. Masuk cerita synaps neuron low cycle plak hehehe. Saja nak bagi alasan yang lebih sedap didengar. Bunyi saintifik sikit dak? Macam george bush dan geng neocon jugak la, guna istilah collateral damage nak bagi nampak less traumatic, padahal pembunuhan yang disengajakan, yang tak perlu.

Bengong george w bush ni.

Anyway otak aku masih dalam slow setting, susah betul idea nak ditransmisikan ke jari jari menaip. Idea ada dan banyak tapi tak boleh bergerak. Macam kereta yang engine dah start, tapi tak masuk masuk gear. Gearbox rosak, transmission failure, so kereta tak jalan jalan. Adakah ini yang dinamakan writer's block?

I need my caffeine.
I really crave for the caffeine.
I am a caffeine addict.
I am caffeine dependant.
I am a caffeine guzzler.
Damn it, I am a caffeine junkie.

And I prefer my caffeine from 100% arabian coffee beans.

Dang.

Biasanya aku akan minum 3 mug sehari. Kalau tak minum kepala jadi pening, mengantuk je. Lemah satu badan, susah nak buat kerja. Otak pun gear 1 je. Itu nasib baik masuk juga gear 1, kalau tak masuk masuk gear? Mau jadi beku macam frozen food kat supermarket haha..

So bila ada simptom macam ni, bagi aku caffeine ni sebangsa dengan dadah juga. Macam daun ketum. Tapi caffeine ni dikira dadah yang 'legal', ada permit. Pasalnya bukan sikit manusia yang minum kopi dan nescafe ni, mau berbilion bilion juga ni. Dah banyak sangat yang minum, terpaksalah dibenarkan.

Tapi kan ada kebaikan yang jarang diketahui pasal caffeine. Ada antioxidant, itu claim biasa pengeluar kopi ni. Yang lebih bermakna ialah yang ini:

Caffeine didapati memberi lebih tenaga kepada sperma.

Sperma ni sel paling kecik dalam tubuh kita. Dan tugasnya sangat berat, super heavy duty cabarannya. Dia kena berenang tahap ultra marathon mencari ovum yang merupakan sel paling besar dalam tubuh manusia. Dah la kena berenang tahap ironman, dia kena buat tanpa menggunakan satnav atau gps atau checkpoint atau papan tanda arah. Berenang dalam persekitaran yang acidic, yang menyesakkan, yang mengelirukan, dan yang membunuh dia. Berlumba lumba dengan jutaan sperma lain sebagai pesaing. Dan bila jumpa ovum, dalam keadaan yang sangat penat, terpaksa menggagahkan diri mengerah segala kudrat yang berbaki untuk menembusi ovum yang sangat liat, selektif dan defensif.

Tenaga yang digunakan umpama menggali terowong SMART. Atau Larian Mendaki Menara KL 100x tanpa henti.

Betapa gagahnya sperma kita. Kalah Hercules atau Badang.

Makanya perlumbaan sperma mencari ovum adalah salah satu nature's greatest spectacle, fenomena alam yang menakjubkan, perlumbaan berat sebelah yang paling mencabar dan berbahaya pernah wujud dalam dunia ini. Perlumbaan terhebat alam semesta semenjak bermulanya Big Bang sehinggalah kiamat. Belum pernah ada satu persaingan di mana ratusan juta pesaing dihapuskan, exterminated. Hanya ada satu pemenang. One victor who live, the rest are loser who will be killed.

Perlumbaan ini jauh lebih hebat, brutal dan dramatik daripada gabungan pertandingan One in A Million, Akademi Fantasia, Mentor, The Apprentice, American Idol, Amazing Race atau sebarang jenis reality show yang wujud dan bakal diwujudkan.

Hell, it's even greater than all conquest of mankind in history put together.

The Ultimate Death Race.

So menjadi sperma ni memang sangat penat, banyak menggunakan tenaga dan mesti bersedia untuk mati syahid.

I don't wanna be a sperm.

Macamana caffeine menolong? Well, penjana tenaga sperma ni adalah mitokondria yang terletak dalam ekornya. Dan caffeine didapati membuatkan mitokondria on 'turbo mode', excitable. Jadi sperma boleh berenang lebih jauh dan pantas. Kiranya lebih banyak sperma boleh sampai ke ovum, therefore increasing the chance of ovum penetration.

Pendek cerita, caffeine meningkatkan kesuburan lelaki.

Dan caffeine semata mata, tanpa perlu ginseng, oligofruktosa, tongkat ali, habbatus sauda atau campuran lain. Aku pun pelik juga ada sesetengah manufacturer sibuk tambah itu ini ke dalam kopi diorang, kononnya menambah 'power'. Harga pun kasi up la sikit. Betul ke claim diorang ni?

Caffeine by itself is good enough fertility booster, without the need to add those exotic sounding ingredients.

Haa itulah gunanya mengambil caffeine, meningkatkan kesuburan kita. Dan fakta ini mengurangkan rasa bersalah aku bila terlebih minum caffeine hahaha saja nak sedapkan hati sendiri.

Anyway kalau terlebih minum caffeine, aku tak tahu pula kesannya kepada sperma. Takdak pula jumpa research pasal ni. Dan aku pun tak tahu apa kesan caffeine kepada golongan perempuan dan ovum mereka.

Yang pasti aku tengah dok timbang untuk mencampurkan sesudu nescafe ke dalam dedak kambing pejantan aku. Nak tengok hasilnya macam mana nanti. Tapi kalau dia jadi caffeine junkie macam aku juga, habih la hahaha

Salam.


Monday, July 16, 2012

THE FUNCTION


Adalah sangat membantu sekiranya kita tahu fungsi seorang penternak yang memilih untuk menjadi pembiak. Dalam banyak banyak jenis penternak, pembiaklah memikul tugas paling mencabar. Di pundaknyalah tergantung harapan rakyat untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Tetapi kita jarang dihargai. Pandangan kita sering diperlekehkan, kebajikan kita selalu diabaikan, dan kita kerap ditipu dan ditindas. Apalagi kita seorang pembiak kecil. Sememangnya mencabar tugas kita. Lebih baik kita masuk persatuan, sekurang kurangnya nasib kita terbela. Kepada mana mana pembiak kambing yang terbaca blog aku ni, boleh la join Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Boleh emel aku untuk maklumat lanjut dan borang keahlian.

Kita teruskan cerita. Jadi apakah fungsi seorang pembiak?

Assist those who are weak.

Bantu mana yang lemah.

Inilah fungsi kita, kenalpasti dan bantu mana mana kambing yang lemah. Bantu mereka untuk meneruskan kehidupan. Dalam kehidupan semulajadi atau liar, yang lemah ni akan mati. Yang kuat akan terus hidup. Natural selection favor survival of the fittest.

Tetapi sebaik sahaja kambing ini jadi ternakan kita, realitinya law of nature ini tidak lagi terpakai. Survival of the fittest bertukar menjadi survival of the weakest. Kita akan gunakan segala resource dan input yang termampu untuk membantu mereka yang lemah ini meneruskan kehidupan agar dapat memberi keuntungan kepada kita.

Dalam sesuatu gerompok ternakan, terbahagi kepada 3 golongan – 10% elite performer, 70% median performer, 20% low performer. Dan biasanya kita peruntukkan 80% masa rawatan kita kepada 20% yang low performer atau lemah ni. Normal.

Yang tak normalnya bila kita sibuk menghabiskan masa kita dengan 10% elite performer. Patutnya jangan kacau, sibuk sibuk nak bagi ubat atau dedak lebih atau perhatian lebih kepada kambing elit. Biarkan je diorang ni mendapat input yang sama seperti median performer.

Fungsi kita bukannya membantu kambing yang kuat tetapi membantu kambing yang lemah.

Adakah patut kita menakai (cull) kambing yang low performer ni?

Tak perlu bagi pembiak yang belum mencapai full running capacity. Lagi pun kita bela kambing pedaging, bukannya nak buat baka. Dan dengan kecanggihan rawatan dan makanan yang available kepada seorang pembiak sekarang, kita masih boleh mendapat hasil yang berpatutan daripada kambing low performer ni. Tinggikan sikit input kita, kita masih dapat output yang masih menguntungkan kita (kambing pedaging kacukan tempatan, lain lain baka hmmm I don't know).

Boleh ke kita meninggikan peratusan kambing elit dalam gerompok kita?

Bilangan boleh tapi peratusan tetap sama. 10%:70%:20% tetap tak lari. Akan sentiasa ada kambing yang low performer dalam gerompok kita. Sebabnya? Ok, katakan kita kahwinkan pejantan elit dan induk elit, adakah semua anaknya elit juga? Tak. 10% je anak dia yang elit, 70% median, 20% low.

Ia akan terus berulang. Itulah sifat pembiakan seksual atau 'mating', tak seperti pembiakan aseksual yang menghasilkan klon, sebijik macam induk asal.

Kita tak boleh kata ini kecacatan pembiakan seksual, pasti bersebab kenapa Tuhan jadikan macam tu. Kita dok kata kambing tu low performer berdasarkan kehendak kita (contohnya aspek kenaikan berat badan). Tapi mana tahu tiba tiba ada wabak penyakit baru yang menyerang kambing, yang kambing elit habih semua vulnerable tapi yang kambing low performer ni ada daya tahan pula. Mana tahu kan?

Hmm aku rasa itu ajelah kot cerita aku kali ni. Salam hormat.

Wednesday, July 11, 2012

CIK MEK DAISY


Ada pun kajian ini aku terjumpa 6 tahun yang dulu. Sape yang mengkaji aku dah lupa. Tetapi ianya dibuat di negara bawah laut Belanda aka Holland. Belanda ni walau pun seluas Pahang je, tapi produktiviti agro dan agro based industry dia memang dasat betul. Tak padan dengan negaranya yang kecik banget. Pelabuhan rotterdam pun pelabuhan no 1 dalam dunia, paling sibuk dan menjadi pintu masuk ke benua eropah.

Kajian tadi dilakukan ke atas lembu susu, yang bernama dan tidak bernama. Tak silap aku kajian dilakukan selama 4 ke 5 tahun. Didapati lembu susu yang ada nama lebih tinggi penghasilan susunya antara 3% ke 4% semasa tempoh laktasi berbanding lembu susu yang tiada nama.

Inikan senang punya cerita. Bagi nama dan produktiviti lebih tinggi. Maka aku pun sibuklah bagi nama nama kat kambing aku dengan harapan produktiviti kambing kambing aku lebih tinggi. Selalu juga bertekak dengan bini aku nama apa yang sesuai. Pasalnya kitorang belum ada anak masa tu – baru kahwin, so aku engage bini aku jadi mandur kandang sementara aku jadi gembala. Jadi bini banyak masa kat kambing kambing, senang nak bagi nama kat anak anak kambing ni.

Tapi bila kambing dah banyak, pening jadinya nak bagi nama tiap tiap ekor. Tak lalu dah. Bini aku pun malas dah nak campur tangan. Kena pula dah ada anak sendiri. Dan anak perempuan aku tak boleh naik kandang kambing, jadi gatal gatal satu badan. So bini aku dah tak jenguk kandang kambing walau pun sebelah rumah. Aku pun jadi tak bersemangat nak bagi nama.

Pasang tag aje jadilah. Bagi nama kat betina je. Itu pun kalau dah beranak. Dan jujurnya aku sendiri tak pasti samada memberi nama kepada setiap kambing meninggikan produktiviti atau tidak. Aku kan buat kambing pedaging, bukannya lembu susu.

Kajian kat belanda tu ke atas lembu susu je, yang sedang laktasi. Takde pula dibuat ke atas lembu pedaging atau pun kambing susu atau pun kambing pedaging. Tapi yang pasti bagi aku, bila bagi nama kat kambing ni memang memudahkan kita kenalpasti kambing kita.

Dan kajian tu menyatakan sekiranya kita beri nama yang 'feminine' atau tinggi darjah keperempuanannya – hahaha amende ayat aku ni, ia lebih baik untuk lembu susu tersebut. Slightly higher productivity, tinggi sikit tapi tak banyak berbanding yang ada nama. Macam nama yang berkaitan bunga bunga. Talk about flower power!

Dan kajian tu mendapati nama yang paling popular untuk lembu susu di belanda (dan juga amerika) ialah nama sejenis bunga yang dipanggil daisy. Bersepah bersepah cik mek daisy kat dua negara ni. Tak tau pula aku kenapa daisy yang popular.

Aku pun tak kenal mana satu bunga daisy ni. Tapi yang aku tahu mungkin elok bagi nama bunga kat kambing betina kita, mana tahu tinggi produktivitinya. Kita pun ada macam macam bunga – orkid, anggerik, ros, rosemary, bunga raya, nyonya, taik ayam (bunga juga kan?) dan macam macam lagi. Kena jadi pakar bunga, pakar botani, atau landscaper baru lagi senang nak bagi nama kat kambing kita ni.

Pemberian nama membentuk immediate attachment dengan subjek kita. Closer bond, which can be advantageous yet bring disadvantage. Kekurangannya ialah kita jadi susah nak berpisah dengan kambing kita bila sampai masanya, samada masa nak jual atau pun masa nak sembelih.

Dulu aku selalu juga bertekak ngan bini aku (tak le sampai bergaduh weh) bila aku nak jual kambing, dia pula tak nak. Sayanglah, penat jaga tengok dia membesar dari kecil, simpanlah dulu, etc. Padahal nak pakai duit ni, tak jual mana nak cekau duit. Orang perempuan memang sayang betul ngan kambing, itulah jadinya bila bagi dia jaga, kena pula ada nama kambing kambing ni.

So untuk sekarang, kambing jantan aku tak bagi nama. Senang masa nak jual atau sembelih, takde rasa sedih sangat. Kambing betina pun sama, kecuali masa dia beranak kali pertama. Baru aku bagi call sign. Bila kita bela kambing pedaging ni, hakikatnya kita selalu berdepan saat saat perpisahan, so kita kena kurangkan rasa sedih tu dengan mengambil langkah langkah yang patut. Tak macam bela kambing susu atau lembu susu.

Mungkin ini salah satu sebab lagi rasul rasul semuanya jadi gembala kambing. Belajar menghadapi saat saat menyakitkan masa berpisah, masa kematian, mengorbankan sebilangan tertentu untuk survival gerompok utama. Belajar mengendalikan perasaan sedih ini dengan binatang ternak sebelum betul betul menjadi pemimpin ummah.

Ok lah tuan tuan. Itu saja kali ni. I am signing off! Roger and out!

*3% lebih kuantiti susu yang dihasilkan sebenarnya banyak tu. Bukan susah pun, bagi nama je kat lembu. Gosok hari hari sebut nama dia. Tapi tu lah, takde pula kajian ke atas kambing pedaging. Aku sendiri pun tak pasti, tak konklusif bila aku buat sendiri kat ladang aku. Mungkin kurang sesuai untuk kambing pedaging, mana lalu nak sebut gosok gosok sebut nama bila kambing beratus ekor? Pengalaman tuan tuan macam mana?

Wednesday, July 4, 2012

THE KEY PART II


Rujuk post sebelum ini 'the key'. Bila kita tahu kadar kelahiran, mortaliti, dan pembiakan ianya memudahkan kita mengira dan meramal potensi untung rugi operasi pembiakan kita. Situasi sebenar, dalam negara kita, dalam cuaca tropika kita, dengan cabaran cabaran uniknya. Barulah kita nampak realitinya. Sekarang ni kabur banyak jerebu industri kita ni, pasalnya banyak penternak tak simpan rekod, jadi semua keputusan dibuat dalam keadaan kabur, agak agak, dibantu cahaya lampu suluh negara luar yang terang malap malap. Tu yang banyak accident, tinggi mortaliti di kalangan pembiak dalam negara kita.

Dan bila masing masing simpan rekod, baik yang bela baka boer, jamna, kacang, anglo, kacukan, saanen, bawah sawit, intensif, semi intensif, atas bukit, lembah berpaya, tepi pantai, atas gunung bla bla bla– semuanya bandingkan rekod masing masing, maka kita kita akan mendapat keseragaman, yang membolehkan kita menerbitkan piawaian untuk industri kita. Barulah terang benderang, ada spotlight 20,000 watt dalam industri kita. Barulah keputusan dan polisi dibuat dalam keadaan terang dan jelas. Barulah jadi betul. Barulah kita bergerak ke arah 'self sufficiency'.

So, dalam operasi aku sekarang, setiap ekor ibu atau induk akan menghasilkan potensi untung kasar (dah tolak opex) sebanyak rm793 setahun. Parameter utama (bukan andaian ye – ni current situation ladang aku) yang digunakan ialah harga jualan rm18 per kilo, buat sistem semi intensif, ada penggemukan, seorang pekerja, dan bilangan kambing 300 – 400 ekor.

Kos seekor ibu ialah rm300 – aku beli 13 ibu tahun pertama operasi. Lepas tu takde beli dah. Masa tu memang murah, udahnya kena kelentong terbeli kambing sakit sakit. Biasak la kan, penternak baru memang kena goreng sampai hangitlah jawabnya.

So kos awal per ekor rm300, tapi potensi pulangan untung kasar setiap tahun ialah rm793. Oklah tu kan? 

Tapi kalau beli induk harga ribu ribu, pulak tu opex tinggi, kadar pembiakan rendah, habih tergolek kita dibuatnya, mana boleh recover initial cost. Even kalau opex kita rendah, bila bela baka yang bersaiz besar besar ni (darah asing atau bukan), kenyataannya adalah kadar pembiakan yang sangat rendah, tak menepati objektif dan requirement seorang pembiak kambing pedaging. Kalau tak percaya, boleh guna formula yang aku dah bagi untuk calculate, gantikan je nilai kadar kelahiran tu.

Tapi kalau beli baka kacukan tempatan dengan opex tinggi rm1.50 per ekor per hari, masih ada untung iaitu rm383.70 per tahun. Cumanya lambatlah nak recover initial outlay kita. Yang pentingnya bagi operasi pembiakan kambing pedaging, kita mesti cari baka yang sesuai dengan objektif kita sebagai pembiak kambing pedaging. Beli baka saiz sederhana, opex pun sederhana, barulah dapat menjual harga sederhana, harga sesuai untuk kambing pedaging. Barulah namanya jadi pembiak kambing pedaging.

Developmental cost untuk anak kambing yang nak dijadikan induk?

Ok, berdasarkan rekod ternakan aku (boleh rujuk parity record dalam laporan prestasi ladang aku kepada sape sape yang dah dapat), kambing betina aku first kidding pada purata 13.9 bulan. Kira rasmilah jadi ibu masa tu. So 0.3x30x13.9 = rm125.10. (Ni makan rumput je ye, kalau bagi suplemen walau pun kos tinggi sikit tapi cepat jadi ibu, so ada timbal balik). 

Nampak tak? Ada kos bila simpan anak betina untuk dijadikan induk. Tapi dalam kes aku developmental cost rendah, iaitu rm125.10. Masih jauh lebih murah berbanding kalau aku beli induk baru. In fact masih murah berbanding kos beli induk asal aku yang rm300 tu. Tapi bila kita simpan kambing untuk expansion, kita hilang potential income, memang buat dilema. Inilah salah satu keputusan sukar yang pasti dihadapi seorang pembiak. Apatah lagi pembiak sepenuh masa yang tiada income lain. 

Tapi bila kita dah mencapai kapasiti penuh (samada kandang penuh atau capai target bilangan induk), kita akan jual semua anak yang dihasilkan. Kita simpan sedikit je utk replacement program. Masa ni memang best, cashflow memang cantik. Betul betul untung. Memang rasa berbaloi jadi seorang pembiak. Inilah jalan yang biasa dilalui seorang pembiak kecil kecilan tanpa modal besar. 

Now, bagi seorang pembiak baru yang nak menceburkan diri sepenuh masa (takde income lain, betul betul harapkan pembiakan kambing), ada satu tip aku boleh bagi. Kita kena kurangkan masa menunggu penghasilan anak. Berdasarkan rekod aku (kacukan tempatan ye, baka lain aku tak tahu), induk betina mula masuk fasa tinggi produktiviti bila mencecah umur 22 bulan. Masa ni dia dah pernah beranak, dah pandai jaga anak, beranak lebih banyak, susu lebih banyak, kurang masalah. Lagi produktif masa umur dia cecah 30 bulan, maknanya 2.5 tahun.

Makanya aku menggalakkan pembiak baru yang nak buat sepenuh masa (tak dak income lain) untuk membeli induk kacukan tempatan yang berusia 22 ke 30 bulan. Takpe bayar mahal sikit 600 ke 800 pun. Sebabnya pulangan lebih cepat, dah profitable tahun pertama lagi (well, kalau rajin buru ilmu, berdisiplin, dan rajin bersedekahlah - takdak 3 benda ni tak jadi juga). Aku tak berapa galakkan beli dara melainkan untuk pembiak yang boleh menunggu atau ada income lain. 

Tapi ada orang kata betina ni produktiviti dia sampai umur 4 tahun je, lepas tu kena replace? Nanti rugilah kalau beli yang umur 2.5 tahun, umur 4 tahun dah retire, so 1.5 tahun je masa penghasilan?

Kelakar juga ni, tapi kenyataan ni datang daripada importer dan trader, atau daripada mereka yang kurang pengalaman. Kambing betina mana ada menopause, selagi ada jantan dia akan terus mengawan dan beranak. Cuma produktiviti dia jadi slower seiring peningkatan usia. Kenyataannya bagi kambing yang dibela cara intensif, purata jangka hayat ialah 6 ke 10 tahun, manakala semi intensif atau ekstensif mencapai 12 ke 20 tahun. It's down to fitness level and happiness level. Lagi fit dan happy, lagi sihat, lagi produktif, lebih panjang umur.

Now, barangkali ada penternak yang akan mengatakan, kalau kambing si alwigoatfarm ni kadar pembiakan dia 2.1 per tahun, kambing aku lagi hebat pasal setiap 6 bulan beranak, dan bila beranak kembar pula tu, so aku dapat 4 anak per tahun.

Hello, janganlah tengok 10 induk terbaik yang ada di ladang tu, buat rekod baik baik semua sekali, observe untuk setahun penuh, kirakan semuanya, kira berapa kelahiran tahun tersebut, kira berapa ibu tahun tersebut, barulah realistik. Dalam satu satu masa mana mungkin semua induk peak performance, mesti ada low performer, mesti ada median performer, mesti ada elite performer. Dan ada yang baru first kidding, ada yang fourth kidding, ada yang 12th kidding. Itu semua mesti diambilkira. Adalah pelbagai sebab untuk kenapa performance level macam tu. 

Tuan tuan, sebaik sahaja aku mendengar seorang penternak describe prestasi ladang dia dengan menyatakan kambing dia beranak 6 bulan sekali (ada juga yang claim 5 bulan sekali hahaha), aku terus reject dia sebagai knowledgeable breeder, unworthy to be a mentor. Lantaklah kambing beratus ekor pun, lantaklah berderet deret orang masuk kursus dia pun, lantaklah macam mana hebat pun infra ladang dia, lantaklah macam mana mashyur pun dia. Bila ketam mengajar anak berjalan, habih semua anak murid tunggang langgang tergolek terlingkup. Sorilah aku terbakar plak ni. Geram pun ye dengan penternak macam ni. 

Ada plak kadar kelahiran 6 bulan sekali? Bila masa dikira macam ni? Pening sampai tahap migrain kalau nak kira kadar pembiakan berdasarkan cakap cakap aje. Bayangkan ada 100 ekor kambing. Cuba cerita kat aku, macam mana nak kira, macam mana nak forecast kalau kata kambing beranak 6 bulan sekali? Ada yang beranak satu, ada yang dua, ada yang tiga, ada yang mandul, ada yang dara, ada yang sakit.. haa macam mana nak dapatkan gambaran dan perkiraan yang tepat, yang reliable, which can be forecasted several years ahead?

Sori sori aku tetiba naik angin, ntah kenapa rasa 'highly flammable' betul bila sampai bab bab ni. Dah lama terpendam kot.

So, cara terbaik nak mengukur prestasi ladang ialah dengan menyimpan rekod kelahiran dan kematian dengan teliti. Dari situ boleh kira kidding rate per year, boleh juga terbitkan parity record. Tak payah guna pun software husbandry. Sebat aje open office punya spreadsheet. Free. Barulah bercakap bersandarkan fakta dan kebenaran. Ini cakap bukan main besar, berdegar degar tapi bila kita mintak rekod, huh hampeh macam macam alasan. 

Ok, bagi pembiak kambing yang duduk di klang, macam fairul, ada dua advantage besar kat situ. Pertama supply dedak boleh dapat murah kat port klang. Yang kedua harga jualan kambing lebih mahal. Bukannya purata rm520 macam kat ladang aku sekarang. So kalau kena caranya, walau pun ada kekangan kawasan, masih boleh untung sebagai pembiak kambing. 

Bagi aku, selagi kadar pembiakan tinggi, tak jadi masalah besar kalau opex tinggi. Masih boleh untung. Geng kita yang banyak tergolek pasal kadar pembiakan rendah sangat. Tak cukup anak anak kambing untuk dijual, takdelah income. Demand cantik, bukannya tak boleh jual. Lebih menjurus kepada macamana nak meningkatkan supply, bukannya macamana nak meningkatkan demand. 

So itu sajalah aku nak berkongsi kali ini tuan tuan. Jumpa lagi.