Ketika
mula mula aku dapat tahu yang blog aku sedang dipantau oleh agensi
agensi tertentu, aku jadi saspen. Bukannya satu agensi tapi beberapa
agensi. Maknanya mungkin blog aku dah terlebih cili. So aku cut down
kuantiti cili, aku tone down inflammatory remarks, dan aku tarik
balik beberapa posting.
Kalau
aku bukan ahli persatuan pembiak, sememangnya aku akan berterusan
mengunyah dan menghamburkan cili cili. Sahih aku jadikan cili api
macam makan chewing gum. Tetapi aku dah jadi ahli persatuan, dan ini
membuatkan aku cool down.
Ye
blog aku ni dah kurang sambal. Tak best la pula. Macam makan keropok
lekor takde sos. Atau KFC cheezy wedges tapi cheese nya takde.
Mmm
tapikan.. ada juga baiknya bila agensi agensi ni dok baca blog aku
ni, dan blog blog yang disambungkan dengan blog aku. Maknanya apa yang kita tulis sampailah kat meja diorang ni. Tak
yah susah susah buat surat atau emel rasmi, nak jumpa pegawai tu
pegawai ni, atau ditendang macam bola ke sana sini. Haa senang punya
cerita, takde lalu orang tengah, so cerita kita tak ditapis tapis.
Barulah
orang atasan jabatan kerajaan ni dapat gambaran sebenar situasi di
bawah. Real life information. Live feed. Direct telecast from breeders to
regulators.
Tuan
tuan pembiak, masa aku pi meeting dengan agensi agensi ni, aku
perasan satu benda - wujud jurang maklumat yang sangat luas antara
pegawai bawahan dengan pegawai atasan. Pegawai pegawai bawahan tengah
pening dok cerita bubur dah hangus hangit dalam industri - kena tukar
polisi, tetapi pegawai atasan kata elok je industri, nasi beriani
kambing harum mewangi, mana ada bubur hangit hangit ni.
Berapa
tan punya makeup dah dibubuh oleh orang tengah? Atau pegawai atasan
tertidur lena atas kerusi empuk dalam bilik hawa dingin ketika
laporan prestasi dibentangkan?
180
darjah terbalik dia punya cerita. Unbelievable. It doesn't make sense.
Tak
boleh jadi, tak boleh jadi. Kita kena sampaikan cerita sebenar, kita
tak akan biar kebenaran dipijak pijak disembunyikan. Dah terlalu lama
kebenaran diselindung ditimbus. Dah sampai masanya kita keluarkan
kebenaran dan pamerkan ia. Makanya blog blog dan facebook group yang
kita dok buat ni adalah suatu wadah yang berkesan untuk kita
sampaikan cerita sebenar industri kepada jabatan kerajaan, walaupun
mereka rasa tak selesa duduk, punggung dicucuk cucuk dengan tulisan
tajam kita.
Tuan
puan pembiak kambing, sebagaimana ada jabatan kerajaan yang tak suka
kita punya blog dan facebook group - ada juga jabatan kerajaan yang
excited dengan kemunculan pembiak kambing jenis baru, yang berbeza
dengan generasi sebelum ini. Jabatan kerajaan ini suka memerhatikan
apa yang kita tulis, apa yang kita bincangkan, dan menilai dengan
teliti pandangan kita semua. Ye, ada. Mereka sedang perhati kita, dan
memberi sokongan senyap senyap kepada kita.
Jadi
aku menggalakkan tuan puan pembiak kambing ambil kesempatan ini,
tatkala kita sedang dipantau mereka; kita buat blog atau join
facebook group; atau tulis pandangan, pengalaman, cadangan kita.
Sampaikan hasrat dan cerita sebenar kita kepada mereka ini.
Sape
sape pembiak kambing yang nak buat blog, boleh link dengan blog blog
sedia ada ni, yang jadi ahli persatuan pembiak. Jangan link pula
dengan blog blog yang dah expired lama dulu atau blog yang bukan
pembiak kambing.
Kalau
nak masuk facebook group, boleh join yang isal keratong agro buat tu.
Aku tak reti pula facebook ni, jadi aku stick dengan blogging je. Aku
tahu yang facebook group tu pun dah ada agensi agensi kerajaan dok
perhati. Ada suka, ada tak suka. Ada yang melatah melenting, ada yang
kagum menyokong.
Pedulikan,
janji cerita kita didengar, atau dibaca.
Kebenaran
mesti disampaikan.
Salam!
*Alangkah baiknya kalau para pegawai atasan ni dapat mencontohi khalifah umar abdul aziz. Menyamar jadi orang biasa pegi ladang ladang kecik, baru boleh dapatkan feedback terbaik, baru boleh jadi pemimpin luar biasa, baru boleh mengubah industri. Toksahlah asyik datang ladang besar besar, siap bawak entourage segala jenis pengiring dan pegawai.
Datang sorang sorang, jangan perkenalkan diri sebagai pegawai besar, dan dengarlah luahan hati tulus ikhlas seorang pembiak kecil. Tanyalah panjang lebar harapan dan cadangan mereka.
Pernah ke ladang tuan puan kita semua yang kecik kecik ni menerima lawatan sebegitu?
*Alangkah baiknya kalau para pegawai atasan ni dapat mencontohi khalifah umar abdul aziz. Menyamar jadi orang biasa pegi ladang ladang kecik, baru boleh dapatkan feedback terbaik, baru boleh jadi pemimpin luar biasa, baru boleh mengubah industri. Toksahlah asyik datang ladang besar besar, siap bawak entourage segala jenis pengiring dan pegawai.
Datang sorang sorang, jangan perkenalkan diri sebagai pegawai besar, dan dengarlah luahan hati tulus ikhlas seorang pembiak kecil. Tanyalah panjang lebar harapan dan cadangan mereka.
Pernah ke ladang tuan puan kita semua yang kecik kecik ni menerima lawatan sebegitu?
perghh..suspen ni.dh mcm CIA or Mossad mmerhatikn target2 dia la ni yer.tp xpe kt Malaysia dh xde ISA,hehe..kalu mmerhati n mngmbil kira pndgn kira bguslah jgn mmrhati n msuk snrai blacklist pulak.xdpt plak msin chopper nnti.haha..
ReplyDeleteKalo kndg kecik,jgn mmpi jpv nk amik prhatian.klo kndg besar2,senang2 dpt kmbing free.pstu highlight kt atasan,buat laporan prestasi,yg pnternak "bimbingan" dia dh berjaya.bukan je mamat khalid je pndai buat wayang,diorg pun pndai...
ReplyDeletetiada cili tak syoik makan sup.
ReplyDeleteari tu ckp nak cari berlian kebenaran, skrg berlian dah jumpa, mau buang pula?
teruskan usaha.
bukan setakat tulis campur cili, tapi yang penting bukti ada depan mata.
tak caya, pegilah Bidor kita bersua muka, tengok sapa punya BAKA!
teruskan usaha. Kami sokong dan kami akan PILIH kebenaran.
tak suka gangnam! PEACE.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletepergh!!! sedang dipantau, ini sudah bagus. peluang. KASI CUCI LA... hahaha. saya nak kumpul link2 yang aktif untuk tahun semasa la. yang oversea ok, yg tempatan ni nak kena tapis. hahaha.
ReplyDeletekepada yang memantau, mai pantau ni sekali, Projek Kambing Muda hahaha.
bagi saya la, skrang ni tak bleh nak main sorok sorok lagi..tak de faedah..biar depa rasa 'panas' sikit, kerusi empok kasi panas..biar depa tahu macam mana perjuangan kita dengan cangkul dan pacat..dulu kita selalu sesat dalam semak, skrang ni kasi tebas itu 'lalang'..kasi tanam rumput napier hehehe..
ReplyDeleteSelagi hidup berjiwa hamba,pasti tetap terjajah abadi..
ReplyDeleteMy spігit mоѵeԁ awaу about 3 decaԁes ahеad
ReplyDeleteof mу physіque eхpеriencеԁ the courage to lаѕt of all conсluԁe
thiѕ saga, anԁ I did get hold of I ωas a
lοt betteг bееn given in
the tοwn I ultimаtеly found to
аnd aѕ fоr the ideal fогtune Ӏ ωаs attempting to get,
Ι іdentified what Joseρh Ϲamρbell wrote ωаs геal: “Youг wholе
phуsical methοd is awаrе that this
is the way to be аliѵe in thіs ωοrlԁ and the wаy to
givе the rаthег most efficient that you
hаve tо feаturе. Εaгnіng pizza is entertainіng, not thаt
comρlіcаted, and a beаutifully inventive
wау to impreѕs buddіes anԁ friends аnd fаmily wіth your сooking eхpertіѕe - fuгthermorе make tаѕtу mealѕ that plеаse ԁon't break the finances. "In modern society, I signify 50 % the time various people young and old have not ever been by yourself, really by yourself, without any some kind of distraction.
Here is my site ... pizza stones for big green egg
apa kes la cerita pizza kt sini ni.. yang ni ke dok usya2 blog prof alwi ni. hahaha
DeleteBro Alwi,
ReplyDeleteBiarlah ia bercili dan pedas pada orang yang makan cili, demi masa depan.
Seperti juga pilihanraya, kita pangkah sebab nak kan pemimpin yang dapat membantu kita di masa hadapan. Kenapa tidak dengan orang di dalam kerajaan.
Sebabkan mereka ini sukar dubuang, kita biarkan mereka begitu sahaja.
SUDAH LAMA MEREKA INI 'TIDOR' dan ADA TU MENGAUT KEUNTUNGAN DARI SUSAH PAYAH ORANG.....INI DINAMAKAN KURANG AJAR DAN 'MAKAN SUAP'..
Kalau parti politik boleh buat pelbagai, kenapa tidak KITA, demi masa depan industri.
Salam. Saya penternak yg baru bermula.lebih kurang 10 bulan..mcm mana nak sertai persatuan pembiak? Tq.
ReplyDelete