Maha
Suci Tuhan yang memberi nikmat, dan menariknya bila bila masa.
Turbulent.
Chaotic.
Minggu
dukacita buat aku.
Ladang
aku diserang secara kasar dan secara halus.
Barangsiapa
yang mengambil apa yang bukan haknya, baik secara paksa mahu pun diam
diam, ketahuilah itu hanyalah kesenangan yang sementara.
Barangsiapa
yang berdamping dengan syaitan demi memenuhi hasad di hati,
ketahuilah itu semua hanyalah tipu daya syaitan yang akhirnya
membinasakan diri. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik pelindung
dan sekaya kaya pemberi nikmat.
Aku
tahu aku kena bersyukur melalui ujian ini, kerana aku tahu wujud
ramai rakan pembiak seangkatan yang mengalami ujian lebih getir dan
lebih pahit. Apa yang dialami mereka menjadi salah satu sumber kekuatan dan kesabaran buat
aku.
Buat
rakan pembiak yang memberi sokongan, terima kasih banyak banyak di
atas sokongan tuan tuan.
Dan
di sebalik berita buruk yang datang bertimpa timpa, datang juga
berita baik bertalu talu. Jadi aku akan fokus kepada apa yang baik,
tak mahu mengenang apa yang pahit.
Semoga
Tuhan memberi kekuatan kepada kita yang mahu mengikut jalan para
anbiya'.
Salam
hormat.
Turut berduka cita. Semoga menjadi kafarah, menjadi penyebab naik pangkat di sisi Allah.
ReplyDeleteThanks abdul shahiid. Semoga usaha tuan diberkati Tuhan.
DeleteSemoga tabah menghadapi ujian n dugaanNya..InsyaAllah akan beroleh ganjaran dari ujian trsebut..
ReplyDeleteIsal, thanks for your support. You are tremendously loyal reader and supporter. Thanks again!
DeleteSemoga sifu tabah menghadapi ujian dan dugaan Nya..pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. semoga tuan lebih berjaya, In Shaa Allah...amiin
ReplyDeleteThanks firdaus. Tapi, kita belum pernah jumpa kan?
Delete"Allah menguji kita degan ujian yang mampu kita tanggung"
ReplyDeleteIndeed. The Great Lord has been gentle with me.
DeleteSalam, Sdr. Alwi, apa sebenarnya yang terjadi? PAtutlah dah lama tak update blog. Walau apapun, setiap musibah yang menimpa ada hikmah besar di sebaliknya. Banyak2 bersabar, tabah dan sentiasa ingat... hasbunallahi wanikmal wakiil...
ReplyDeleteTQ dr tajul. Saya percaya ujian yang dilalui tuan lebih besar dari ujian yang saya lalui.
Deletebersabarlah prof. mungkin ada hikmah di sebalik musibah yg menimpa.selawatlah banyak2 untuk mendapat ketenangan. moga terus tabah.
ReplyDeleteBang Naim juga melalui jalan yang lebih berliku dari saya. Pengalaman bang naim menjadi inspirasi buat saya. TQ!
DeleteAskm wt Alwi.
ReplyDeleteAku suka bila ada masalah, kita fikir cara konkrit utk elak masalah sama berulang. Jadi jurutera sekejap.
Fikir, mesti ada solution utk selesai sekali dan seterusnya. Cara yg bijak dan releven.
paling bijak, serang pada puncanya.
Bersabar itu separuh dari iman.
sekali lagi, fikir dan fikir!
Zul, memang patut ko jadi manager. Problem solver. TQ!
DeleteTruly sorry to hear about your disaster. I hope the family made it through safely. In following the path of the anbiya', it is comforting to note that if the dunia had any worth at all, no one of the anbiya' would have been assassinated.
ReplyDeleteThis disaster happened to be a blessing in disguise, it brings me closer to my God.
DeleteDalam zaman moden ni, masih ada manusia melakukan sihir, syirik, dosa yang paling besar. Menyampah dan benci dengan manusia begini.
ReplyDeleteHarap alwi bersabar, ahli tasawuf pernah berpesan pada saya, jika Allah tunjuk dunia, ramai manusia mengejarnya, sekumpulan kecil yang tinggal di hadapan Allah. Apabila ditunjukkan syurga ramai juga yang mengejarnya. Hanya segelintir tinggal di hadapan Allah, memandang dan mengharapkan semata-mata Allah.
Mari kita redha dengan sedikit ujian dunia. Walaupun hati sakit, sabar banyak-banyak. Ujian dunia..untuk akhirat jua.
Thanks RK. (Raha Kamal kan? yeah I think so)
Deletebetul pandangan ahli tasawuf tu. Kita bukan kejar syurga sebenarnya. Peringkat iman yang lebih tinggi ialah mengejar Tuhan, tenggelam dalam keasyikan bercinta denganNya.
Delete