*Pandangan alwigoatfarm
tidak mencerminkan pandangan rasmi persatuan pembiak. Alwigoatfarm
hanyalah ahli biasa yang busybody, overopiniated dan mengalami
masalah terlebih caffeine.
Salam hormat rakan rakan
pembiak sekalian.
Sabtu sudah baru
berlangsung AGM ke 2 persatuan pembiak kambing malaysia. Terima kasih
diucapkan kepada ahli ahli sedia ada dan yang baru mendaftar. Terima
kasih kerana memberi sokongan dan menunjukkan minat bekerjasama.
Ok. Terus masuk apa yang
aku nak sampaikan. Aku nampak ada antara ahli ahli yang masih keliru
tentang tujuan dan pencapaian persatuan pembiak. Masa meeting itu
hari, aku tak fikir tuan pengerusi sempat memberitahu sepenuhnya apa
yang telah dilakukan oleh persatuan.
Jadi aku nak minta maaf
terlebih dahulu kerana tidak update pergerakan persatuan kepada ahli
ahli semua. Aku minta maaf banyak banyak. Bukan apa tuan tuan, kalau
aku cerita pasal persatuan, takut aku terbabas cerita benda lain.
Emosional sikit bab bab ni.
Baiklah. Persatuan
pembiak ialah gabungan pembiak kambing seluruh malaysia. Kita ni baru
sangat dan belum dikenali. Ada pun persatuan pembiak bukanlah ilham
jpv atau kementerian pertanian sepertimana persatuan penternak
ruminan negeri atau majlis ternakan negara (lebih kepada lembu). Kita
independent, bukannya jpv yang tubuhkan kita, dan kita tak
guna fasiliti jpv buat mesyuarat. Di samping itu kita mengkhusus
kambing sahaja (dan bebiri), justeru objektif kita lebih 'kuat',
takdelah tenggelam dek geng lembu.
Itu satu. Keduanya
matlamat primer kita ialah mencipta iklim yang kondusif kepada usaha
pembiakan kambing - polisi. Jadi kita akan senantiasa berusaha
mempengaruhi policymakers agar mengeluarkan polisi polisi
penternakan yang menggalakkan usaha pembiakan tempatan. Bukannya
polisi yang samar samar dan jelas menyebelahi para pengimport
tertentu.
Nak kena bagi jelas sikit
kat ahli ahli - kita bukan meminta minta dana atau subsidi atau
peruntukan atau kontrak dari agensi kerajaan termasuk jpv. Dalam mana
mana meeting kita dengan agensi kerajaan, kita sangat jelas dengan
pendirian kita - kita tidak meminta peruntukan. Macam tak best kan?
But that actually
works for our cause. Impressively. Kalau kita sibuk dok mintak
itu ini tiap tiap kali meeting, sahih agensi agensi kerajaan ni lari
dan mengelak nak berjumpa kita.
Ok. Persatuan pembiak
bukanlah jenis yang 'public' dan 'political' - kita tak deal
dengan menteri menteri dan sekutunya. Kita target meja meja penasihat
kepada pak menteri. Jadi kita banyak bergerak di belakang tabir. Tu
yang nampak macam senyap aje, tapi sebenarnya kita buat kerja. Press
statement sekali sekala adalah kita buat, tapi secara peribadinya
aku rasa tak keluar suratkhabar pun takpe.
Tuan tuan, tuan pengerusi
dah bagitau kat aku, kita tak boleh menampakkan yang persatuan
pembiak adalah influential kerana nanti ada entiti entiti
tertentu yang tak senang duduk dan cuba melambat lambatkan usaha
kita.
Aduh laa, payah aku nak
cerita. Aku tahu ada antara rakan rakan pembiak yang tertanya tanya
apa yang kita dah buat semenjak penubuhan kita. Jadi ada antara tuan
tuan pembiak yang hesitant, teragak agak, tak yakin nak join
kita. Mmm... macam mana aku nak cerita ni ye? Ok. Ketahuilah yang
persatuan pembiak kambing malaysia adalah on friendly terms
dengan EPU dan Pemandu. Mereka ni adalah central agencies yang
buat recommendation kepada Treasury bila dan berapa
banyak nak allocate funding kepada kementerian dan agensi
agensi kerajaan.
Ramai yang tak perasan ni
tapi mana mana pembiak yang dah season boleh perasan apa yang mula
terjadi dalam industri. Ada subtle change, ramai yang tak
perasan. Ok ok aku tak boleh cerita lebih. Privately boleh
tapi publicly tak boleh. Karang aku kena jentik lagi dengan
tuan pengerusi.
Apa apa pun tuan puan
pembiak sekalian, persatuan pembiak is gaining traction. Our
foothold is getting firmer, and our allies is numbering up. Central
agencies are sympathetic to our cause, and some ministry has iniated
joint effort with us.
Yes. I feel persatuan
pembiak is getting stronger.
Dan sesungguhnya, tuan
puan pembiak kambing yang menjadi ahli persatuan pembiak, ketahuilah
bahawa anda lah rakan sekutu persatuan yang terbaik dan terkuat.
Tanpa sokongan dan kerjasama dan keyakinan ahli ahli, persatuan tidak
akan memiliki kekuatan. You are what makes us strong.
Terima kasih sekali lagi
kepada ahli ahli persatuan yang menghadiri AGM persatuan pembiak
kambing malaysia tempoh hari.
"We don't wait for
change, we make change happens". TQ everybody!
*Minta maaf ahli ahli
sekalian, aku tak boleh cerita lebih lebih, aku tak boleh emosional
macam dulu dulu. Blog aku ni dalam perhatian agensi agensi kerajaan.
Rajin pula diorang ni baca padahal apa yang aku tulis bukan tuju kat
depa ni. Blog aku ni adalah untuk pembiak kambing aje, yang mana
bukan geng pembiak kambing atau yang tak berkenaan tu toksahlah baca.
Buat pening kepala, buat sakit hati hangpa aje weh!