"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, February 28, 2012

MENGGELEGAK RAMAI RAMAI!

Kes ni baru lagi. 3 orang penternak lembu susu di negeri sembilan dapat lembu bantuan. Sorang dapat 2 ekor lembu drpd XYZ. Sebelum ni secara kolektifnya, 3 penternak  ni memang dah ada dekat 100 ekor lembu susu. Maknanya  dah established.

Nak dijadikan cerita, 3 hari lepas dapat lembu bantuan, kawanan 100 ekor lembu susu ni tumbang sekor demi sekor. Habih semua tumbang dalam seminggu. Rupa rupanya XYZ kasi lembu yang ada penyakit kuku dan mulut.

Kasihan penternak lembu susu 3 orang ni. Periuk nasi diorang habis rosak, hancur berkecai setelah sekian lama berjerih payah. Macam mana nak tanggung makan anak bini? Bukannya salah diorang. Salah XYZ yang sepatutnya melindungi dan memajukan golongan penternak macam kita ni.  

Penternak ni mati terbunuh akibat diberi pelukan dan ciuman beracun oleh kayu kayu reput dalam XYZ. Dan golongan kayu kayu reput ni sedang giat bercambah biak dalam XYZ. 

3 orang ni dah mula prosiding saman 1 juta ke atas pengarah XYZ NS (dah jadi bekas pengarah kot.. ntah ntah yg palsukan dokumen kenaikan pangkat tu?)

Aku menggelegak baca kisah penganiayaan terhadap  3 penternak ni. 

Itu cerita lembu. Cerita kambing pun serupa. Kisah benar bukannya aku reka reka. Bukan NS je, 1Malaysia. Banyak rakan rakan pembiak kambing ni yang tumbang setelah mendapat kambing bantuan. Bukan jadi makmur tapi jadi terlungkup oleh kerana kambing kambing bantuan ni ada penyakit berjangkit.

Aku pun dapat kambing bantuan walau pun tak apply. Dan aku buat blood test sebaik sahaja dapat kambing bantuan yang tak ikut spec ni. Kecik kecik belas belas kilo, lembik lembik. Aku hairan kenapa induk induk boer cross ni tak ikut breeder protocol. Ikut spec berat sepatutnya 32kg ke atas, tapi yang sampai kat tangan aku kecik kecik muda muda. XYZ bayar 1200 seekor kepada pembekal, tapi kenapa jadi macam ini? Kambing 17kg yang sakit, yang lembik nilainya rm1200? Sekilo rm70?

Dapat result blood test, aku terpaksa jual. Ni aku nak bagitahu tuan tuan. Semua kambing bantuan jenis boer import australia ni hanya buat 1 jenis ujian darah, untuk brucellosis sahaja. Lagi 3 - 4 penyakit yang wajib dibuat saringan, memang tak buat. Skandal betul..

Berderet deret member pembiak aku yang tumbang setelah mendapat kambing bantuan. Macam penternak lembu susu di atas. Banyak geng kita mati terbunuh akibat diberi pelukan dan ciuman beracun oleh kayu kayu reput dalam XYZ. Dan golongan kayu kayu reput ni sedang giat bercambah biak dalam XYZ.

Aku lebih menggelegak sebab kali ni bukan geng lembu je yang kena tapi aku sendiri terkena dan rakan rakan seangkatan.

Tapi kalau aku menggelegak sorang sorang, takat boleh buat nescafe atau teh tarik je. Geng geng kayu reput dan importer tamak ni pakat gelak ramai ramai lepas tu tidur lena macam biasa sambil bertilamkan wang ringgit hasil penderitaan penternak.

Sekarang aku join persatuan pembiak kambing malaysia (PPKM) yang ditubuhkan secara rasmi pada 31 Jan 2012. Baru lagi dan tiada kaitan dengan persatuan penternak kambing malaysia (ni pun ringkasan namanya ppkm juga, cuma aku tak tahu cerita diorang sekarang ni). Dalam blog aku ni PPKM merujuk Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Terbuka hanya kepada pembiak kambing.

Boleh menggelegak ramai ramai. Bila banyak yang menggelegak, dia jadi macam geyser kat yellowstone amerika sana nun! Memancut mancut nampak dari jauh, baru tak senang duduk geng kayu reput dan importer tamak ni, keluar jugak peluh jantan kat dahi tu, tidur pun dah tak berapa lena.

Dalam PPKM ni ada kepala kambing boer, ada kepala kambing jamna, kena kat aku kepala kambing kampung.  Tapi  tak kisah la selagi berdiri pada paksi yang sama iaitu sebagai pembiak kambing yang terancam hasil polisi karut marut kayu reput dalam XYZ ni.

Jadi tuan tuan, rakan rakan pembiak sekalian,

Jangan apply untuk kambing bantuan, jangan apply untuk lembu bantuan, tapi apply jadi ahli Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Yaa itulah yang sepatutnya kita lakukan tuan tuan.  Tak kisah walaupun kita baru start atau ada kambing sikit. Kita bergabung dalam PPKM, banyak yang kita boleh belajar, dan wujud harapan untuk mengubah suasana industri ke arah yang lebih cerah.

Mari menggelegak ramai ramai!

(Aku baru kena saman polis, lesen memandu mati. Memang tengah emosional la ni, posting kali ni memang kena tempias angin kuskus aku..)

19 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Sabar banyak2 ya. Rasanya badan yang sama jadi gajah putih di kawasan saya ni. Jambatan Pengangkutan Vokasional kan. Hehe

    Kalau tak kerana kakitangan yang lesu insyaallah dah ramai berjaya jadi penternak. Sekurang2nya boleh berdiri sendiri. Alhamdulillah, saya pernah minta bantuan tapi tak dapat. Inilah hikmahnya.

    Saya memang kasihan dengan kerajaan, gaji setiap tahun minta naik tapi yang menyedihkan servis macam sampah. Yang lebih kelakar, kakitangan awam bukan ramai sokong kerajaan pun tapi kerajaan juga dapat saham. Kalau ganti kerajaan baru, staff parasit ini masih ada lagi, ramai beragama islam pada nama pulak tu. Kasihan2. Masuk kandang kambing mana pun macam tu lah jadinya

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr sumber xrasmi yg wa bru trime..JPV akn ubah sistem bantuan kmbing drpd BOER kpd KAMPUNG!!haha..xpola wpun lambt tndakan tu..skurg2nye ade prubahan..jd wa nk mohon kmbing bntuan tue..hehe

      Delete
    2. wah, macam bagus je ni. macam nak mintak jugak. tapi kalau saya la mintak bantuan, saya nak option kambing kampung jugak. walaupun dia nak bagi boer. haha.

      Delete
  2. mane2 pun same je bro alwi n Fairul..bnde ni dh berakar umbi dr pringkt bawah smpaila ke atas.nk cuci blik mmg pyah tp xmustahil..pkai cloroxla tp nye kalu stkat Ekonomi Handalan mmg xjalan.haha..

    Bang cmner nk apply PPKM tu?ade cwngan stiap negeri x?..aku nk apply laa..rmai dh pntrnak yg bru nk mnceburi bdang pntrnakan nih..tkut salah langkah je..kalu ade prstuan ni snang..ape2 info trus bg diorg utk rujukan..

    ReplyDelete
  3. Dulu dengarnya ada Kambing Malaya Network (KMN) tapi tiba2 senyap macam tu je. Blog pun dah tak update. Apa cite agaknya. Bangsa lain berpesatuan untuk bela nasib ahli, tapi penyakit dalam persatuan Melayu ni nak rebut pangkat dan kuasa.

    Saya doakan Persatuan PEmbiak Kambing akan fokus pada memperjuangkan nasib pembiak dan diterajui oleh orang yang layak dan ikhlas.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com
    http://hargalembukorban2011.blogspot.com
    http://hargakambingboer.blogspot.com
    http://what-is-aqiqah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok jemaah pengurusan dulu sebelum join mana mana persatuan kambing ni.. Kalau importer/trader yang jadi management persatuan, memang aku menyimpang jauh jauh.

      Kalau berpersatuan demi mendapatkan kontrak dari kerajaan pun aku tak suka.

      So setakat ni persatuan pembiak kambing malaysia je yang nampak ok.. anyway masih terlalu awal buat kesimpulan.. nantilah dulu tengok mcm mana..

      Delete
  4. Salam..,,

    Saya dengan sepenuh hati menyokong penubuhan persatuan bagi menguatkan lagi pembiak2 seperti kite yang sering teraniaya ni... Bagi info skit camner nak daftar jadi ahli... x sabar nak daftar ni... selama ni jadi silent reader jer dan sy percaya ramai lagi silent reader di luar sana.. jadi pasti ramai yang akan menyokong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum Wrmbth,
      Ni Nazry Tok Janggut ke? Update Blog Boh, lama tak dengar cerita

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com

      Delete
    2. heheheh.. wat mase ni sebok sampai x dan nak update.. tapi sy jengok2 jugak blog2 yang lain untuk menimba ilmu... insyallah bila berkesempatan nanti sy mula update balik..

      Delete
    3. Tahniah tuan, update sikit perkembangan tokjanggut. Saya selalu jenguk2 blog tok janggut tu. Hehe. Biasa la, rakan seperkambingan. Kita ni hidup sendiri, nak harap bantuan rasanya semua kambing dah mati dulu sebelum tiba.

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com

      Delete
  5. Prstuan dh ade.tp mcm bro alwi katela..tkut mnyimpang dr arah tjuan asal.xmncpai mtlamat.so kte tnggu jela ppkm ni cmner..pergh bro alwi ade silent reader..nseb bek x secret admirer.haru jgak nnti.haha...

    Btw..otai alwi ade meetin ppkm ini hr..tnggu update dr beliau...kalau beliau brade d kl la..kalu kt kndg..tnggu jela mggu dopan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum Wrmbth,
      Kita kena doakan dan usaha sekali, tak boleh tunggu dan lihat sahaja. Bereh Boh. Hehe. Sama2 kongsi ilmu.

      Rasa2nya kalau aku tak ditipu masa awal menternak dan meniaga tak pandai2 nak hidup sendiri ni. Pengalaman lalu memberi pelajaran berharga dan mahal.

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com

      Delete
    2. sbgi org bru dlm bdg nih..aku skong dr blkang.xleh mnonjol sgt..sbb pnglman pun xbyk.bg la otai2 yang mnentukn hala tuju pesatuan..

      pnglman bro fairul tu mmg elok djadikn pngjaran n sbgi pnduan kpd pntrnak yg baru..bro fairul bgus sbb brjya bngkir smula..bimbang ade yg jatuh xbngun2 dah..itu yg rsau tue.haha

      Delete
    3. Betul2. Pengalaman saya pun ciput je.Semoga orang lama kambing menjadi tiang yang kukuh untuk kami batu bata ni membina bangunan yang kukuh.

      Berblog macam sekarang ni alhamdulillah banyak bagi maklumat baru. En Feral jangan buat kesilapan sama macam kami. Sekarang ni banyak kandang tutup, mula2 tu tak ketara sangat.

      Semoga Allah swt bukakan jalan untuk maju dalam arena penternakan kambing dan lembu. Janji rezeki halal.

      Jemput2 speaking ENglis dalam blog cikai
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com
      Banyak juga istilah penternakan dalam bahasa inggeris yang tak tahu. HEhe

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com

      Delete
  6. rasenye bro fairul nih dh kire kukuh dah.blog smpai 4bijik tu.haha..tp bro xde Fesbuk ke?skunk lbih mudah jual kmbing mlalui FB tu.tmbah2 yg duk area bandar cm bro Fairul..kalu duk kmpung cam aku nih..kena kenal2 org jela.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya ni cukup takut dengan facebook. Insyaallah saya cuba. Tapi untuk meniaga jelah.


      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com

      Delete
    2. biasela stiap prkra ade baik n buruknye..FB nih dr sgi marketing bgus coz Free of Charge n pngguna rmai so mmg sswaiii..lgpun aku compare hrge bro fairul antra trendah ikut brat n pakej dsdiakn.rugi kalu x diexpose semaksima mgkin.hehe..

      Delete
    3. Insyaallah, niat dihati nak mudahkan aqiqah untuk orang islam. Wallahu'alam.

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com
      http://hargalembukorban2011.blogspot.com
      http://hargakambingboer.blogspot.com
      http://what-is-aqiqah.blogspot.com

      Delete
  7. saya pun pernah dengar pasal dapat kambing sakit ni. di sungai petani, ada datuk ke YB mana entah, suruh bro sorang ni uruskan kambing dia, alih2 kambing dia semuanya bermasalah. penyakit mata la, kurus la, takut saya dengar masa tu. Alhamdulillah, kambing tempat saya beli semuanya sihat-sihat.

    sifu Alwi, macam mana nak join? ce citer.. persatuan penternak kambing senyap, kambing network senyap. hoho...

    ReplyDelete