Salam tuan tuan,
Biasanya para penternak kambing ni lepas kambing sebelah petang, bilamana kawasan ragut dah kering, bebas embun pasal nak mengelakkan kembung dan macam macam penyakit. Masa aku berkursus kambing dulu, memang dinasihatkan lepas kambing belah petang.
Tapi biasalah aku, anti establishment, sceptical, selalu mempersoalkan dan suka buat eksperimen (aku memang tak boleh masuk askar, sah sah asyik kena pelempang dengan encik sarjan, udahnya asyik menjawab…..)
Lagi satu sebab yang buatkan aku nak cuba lepas sebelah pagi, kat kawasan aku ni bila sampai musim hujan, dia suka turun belah petang. Hujan sikit sikit kambing aku tak kisah, dia makan elok je. Kena hujan lebat sangat macam dalam sinetron indonesia tu, tu dia kambing aku memecut balik, aku risau plak tak cukup makan. Maka aku pun cuba cuba lepas kambing sebelah pagi, antara 9.30am hingga 10.00am.
Tuan tuan, tempat aku ni bawah sawit, banyak kawasan yang lembap, berpaya, basah, lecak. Kalau musim hujan, memang berair betul kawasan aku. Secara teorinya, situasi sebegini membahayakan kesihatan kambing. Udah la bawah sawit, lembap, hujan lagi, lepas kambing sebelah pagi plak tu… memang mula mula aku lepas kambing sebelah pagi, terasa sungguh cuaknya… maunya idak semua orang cakap bahaya lepas kambing pagi pagi ni… kembunglah, cacinglah, purulah dan macam macam lagi penyakit…
Kambing aku ni plak, memang cukup suka pucuk ubi liar dan daun pisang liar. Macam tak cukup mulut diorang ni makan. Yang aku perhatikan, kambing aku kurang suka rumput rumput termasuklah napier atau guinea. Diorang ni lagi suka dedaun daripada rumput.
Biasanya kalau aku halau diorang ke tempat yang banyak napier, banyak yang buat buat tak nampak rumput tu, malah ada yang merempit laju menonong je. Kadang kadang geram betul aku dengan kambing ni, eksen tak mahu makan napier yang cantik cantik menggoda. Penat aje halau ke situ… kambing punya kambing….
Tuan tuan, orang kata banyak sangat pucuk ubi bahaya boleh buat kembung… rumput basah sangat pun bahaya boleh buat kembung…. Tak elok lepas kambing bilamana hujan baru selesai nanti kambing kembung….
Pengalaman aku...
Kambing aku makan sepuas puasnya pucuk ubi liar dalam keadaan hujan lebat pada waktu pagi….
Takdak sekor pun kembung….
Realitinya kambing aku mati kembung seekor dua setiap tahun kerana terlebih dedak. Takdak seekor pun kembung kerana terlebih makan rumput basah basah…
Memang kembung bukan penyakit utama kambing, terutamanya bagi kambing jenis lepas. Kita tak perlu risau. Tapi bagi mereka yang bagi dedak pada kambing dewasa memang kena hati hati. Kambing dewasa yang terlebih dedak memang mudah kena kembung bilamana wujud situasi penukaran makanan.(Perhatikan ayat aku betul betul tuan..)
Anak kambing yang terlebih dedak tak kembung?
Pengalaman aku… takdak anak kambing yang mati kembung pasal terlebih dedak.Perut diorang ni lain macam sikit tak sama dengan yang dewasa.
Kalau kambing dah kembung apa ubatnya?
Senang je tuan tuan tak payah ubat mahal mahal. Kita guna sodium/natrium bikarbonat 100%. Garam bentuk tepung warna putih untuk menaikkan kek. Banyak jual kat kedai runcit, memang murah. Ambil satu sudu teh (sikit je guna) + air 100ml. Bagi minum kat kambing yang kembung tu.
Memang murah dan berkesan. Kejap je dah keluar kentutnya.
Tapi nak kena tahu lah, kena pandai bezakan kambing yang kembung atau tidak. Kembung ni bukan la tu juga dia jadi. Ambik masa nak menampakkan simptom kembung. Kalau ada perubahan dari rumput ke dedak biasanya akan jadi.
Kalau kambing dah tumbang tercungap cungap?
Jangan guna sodium bikarbonat, terus guna trokar. (masa awal awal bela kambing dulu, memang aku pernah guna teknik ni, tapi sekarang tidak lagi… pasal aku dah boleh kenalpasti kambing tu kembung ke tidak di peringkat awal)
So tuan tuan jangan risau pasal kambing kembung kalau kita tahu maklumat yang sebenarnya. Ada lagi rahsia pasal kembung yang belum aku paparkan yang tak banyak orang tahu, terhad kepada pembiak yang mahir. Kalau nak tahu, daftarlah menjadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia, kita boleh berjumpa nanti, kita boleh cerita lebih panjang…
Salam.
Satu lg info berguna dpt hr nih..pkai sodium bikrbonat(NaCO3) utk rwat kkembungan..kurg kos dh tu..aku pun mmg dh trpngruh dgn stigma mngtakn kmbing xleh lpas pagi2 tkut kembung mnum air embun..hehe..khe try n error gak skali nih..
ReplyDeleteGuna eno Halia pun boleh. Hehe. tapi mahal sikitla
ReplyDeleteUMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
http://hargalembukorban2011.blogspot.com
http://hargakambinboer.blogspot.com
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDelete1 hari berapa kali kambing dilepaskan untuk meragut? Berapa jam tiap sesi. Terima kasih banyak
aku lepas kambing pagi. Sekali kena serang anjing tukang sabit buah sawit.
ReplyDelete8 ekor dalam masa 2 minggu.
Skrg, lepas petang sebab tukang sabit balik tgh. Masih hati-2
salam.. nak tnya kalau anak kambing asyik mengembek je, knpa ya?tak henti2
ReplyDeletetrokar utk atasi kembung tu ape???
ReplyDeleteTq dng info yg berguna... Sodium bikrbonat ni berguna jugk lh utk kmbing yg kmbung perut ni... Trima kasih sudi berkongsi ilmu
ReplyDelete