Seorang
kenalan ternak (bukan rakan ternak - aku pening ngan dia ni) bawak
masuk kambing dari aussie. Macam macam pesen kambing. Dia pam kambing
dia makan pkc dan molasses. Daun sawit ada guna tapi tak cukup untuk
kambing 900 ekor yang diimport ni.
Bila
kambing berderet deret mati (banyak yang berak cair diarrhoea
serius), dia salahkan pekerja indon dan india dia. Kenapa tak jaga
kambing betul betul katanya. Dan dalam usahanya membendung kematian
kambing yang seterusnya - dia kenakan polisi penalti $50 bagi setiap
ekor kambing yang mati kepada dua orang pekerjanya.
Pehhh
tak kena gaya mamat ni. Udah la bagi gaji pekerja pada bawah tahap
minimum, potong gaji pula tu $50 bagi tiap tiap kambing yang mati.
Hari hari mati 4-5 ekor. Mampuih pekerja tu takde gaji. Negatif.
Hutang pulak dengan tauke. Dah la masuk Malaysia berhutang sana sini.
Crazy
idiot...
Kambing
900 ekor dua orang je jaga. Gilo... pekerja boleh jadi gila. Kambing
pun boleh jadi gila.
Aiiii....
apa pun bagi aku, tak berapa nak amalkan polisi denda mendenda ni.
Lebih baik bagi insentif. Kalau prestasi baik (kurang kambing mati),
bagi bonus. Kalau takde kambing mati tambah lagi special bonus. Biar
berkepuk kepuk bonus. Kalau prestasi sama je atau merudum, takde
bonus. Barulah ada semangat dan motivasi pekerjanya. Adalah perasaan
yang tauke sayang kat dia. Baru dia ada hati nak curahkan lebih
tenaga dan masa untuk usaha taukenya.
Betul
tak?
Betul
ReplyDeletetu berniaga pesen apa tu?? ilmu takde, salah pekerja plak..
ReplyDeleteHeheheheeeeeee!.Macam2 pesen.Terima kasih Prof kerana rajin tulis kat blog ni.Tak payah2 beli buku.Apa yg Prof tulis tu banyak pengajaran yang ambo dapat.Walaupun ambo pelihara kambing untuk suka2 je,tapi aturan tetap dijaga.BIAR SEDAP DIHATI SEDAP DIMATA.Insyaa Allah hujung tahun ni mungkin kambing ambo akan berjumlah 20 ekor.Dari 2 ekor induk.Ambo malas nok main nisbah2.Tulislah,ambo tak jemu untuk membacanya,cuma satu je,ambo tokde(takdak masa) nak gembala macam Prof,bawa tongkat,buahahahahaaaa.Salam
ReplyDelete