Kalau aku tengah gembala kambing, aku cukup suka bawa diorang ke tempat yang banyak daun ubi liar atau pun pokok pisang liar, walau pun tempat tu jauh dan memenatkan. Seronok rasanya tengok kambing kambing tu berebut daun ubi, macam macam pesen dan lagak ngeri. Tak peduli dah kalau kalau jatuh sungai, memang berani mati kambing kambing ni kalau jumpa foraj favourite dia.
Banyak orang kata daun ubi ni ada racun yang dipanggil hidrosianida (hydrocyanide). Betullah tu. Elok dibiarkan beberapa jam lepas dipotong atau sebelum diberi kepada kambing. Mungkin bahaya pada kambing makan tanggung kot, pasal kambing aku sebat aje daun ubi ni banyak banyak segar segar, takde apa plak jadinya. Takde lagi yang pengsan, kembung, atau bermasalah bila balik kandang.
Anyway daun ubi ni ada bagusnya, ada rahsianya kenapa ianya cukup disukai kambing. Daun ubi ni ada condensed tannin tambah tambah pada pucuknya. Condensed tannin ni sejenis phenol, sebahagian natural chemical yang dirembeskan pokok pokok berdaun untuk mengurangkan risiko diserang habis habisan oleh serangga perosak dan ruminan grazer (macam bebiri dan lembu). Condensed tannin banyak terdapat pada pohon dedaun. Rumput rumput kurang atau takde condensed tannin ni.
Kehadiran condensed tannin menjadikan dedaun ni agak pahit, so menjadikan dedaun kurang disukai oleh ruminan grazer. Akan tetapi, ruminan browser macam kambing ada lain sikit pada lidahnya, lebih toleran pada dedaun yang pahit dan beracun. Jadi takde masalah ruminan browser untuk makan dedaun yang tinggi kandungan condensed tannin ni.
Apa kesan condensed tannin kepada kambing kita tuan tuan?
Yaa condensed tannin adalah natural dewormer yang selamat dan berkesan. Yang lagi bestnya cacing cacing ni tak mampu jadi kebal (develop resistance). Condensed tannin ni mengawal populasi cacing (sebenarnya perkataan yang lebih tepat ialah gastrointestinal parasite tapi leceh nak sebut, so aku refer sebagai cacing je) dengan cara menghalau bukannya membunuh.
Chemical dewormer ni membunuh, sebab tu ada risiko kewujudan resistance. Sebagai contoh albendazole membunuh dengan cara menggagalkan fungsi perut cacing, jadi cacing tu kelaparan dan akhirnya mati. Kira main kasar lah ni.
Mekanisme sebenar condensed tannin aku tak tahu, tapi cacing memang tak suka dengan bau atau bahan kimia yang ada pada condensed tannin ni. Jadi pakat ramai ramai keluar dari perut kambing. Bukan semua cacing akan lari keluar ye, sebahagian yang sensitif kepada condensed tannin. Ada juga cacing yang degil.
Jenis kamikaze punya cacing haha. Lantaklah korang bertapa dalam perut kambing tu. Sebenarnya ada guna cacing perut ni wujud, takkan Tuhan yang Maha Bijaksana cipta saja saja je. Mengikut kajian World Health Organization kehadiran cacing sangat membantu membina imuniti atau daya ketahanan badan terhadap penyakit. Manusia yang lahir dan membesar di bandar (yang kurang terdedah kepada cacing tak seperti mereka yang duduk di ladang dan kampung) didapati lebih berisiko mendapat penyakit asma, diabetes dan johne's disease.
Aku ulang – kehadiran cacing sangat membantu dalam membina daya ketahanan badan terhadap penyakit. So bagi rakan rakan pembiak, jangan anggap cacing ni sebagai musuh yang perlu sentiasa dihapuskan. Program pengawalan parasit kita kena betul, kena bagi chance untuk cacing cacing ni menjangkiti dan membiak dalam setiap ekor kambing kita.
Guna selective deworming (baik herbal atau chemical) untuk mana mana kambing yang terlebih beban cacing, atau bagi saja kambing kita selalu makan daun ubi. Atau pun dedaun lain (bukan daun ubi je yang ada condensed tannin). Kita nak kehadiran cacing cacing ni tapi dalam jumlah yang terkawal dan tidak merugikan kita.
Aku nak buat statement yang agak kontra ni.
Kepada pembiak kambing, kita mesti bersedia 'korbankan' kambing kita kepada cacing cacing ni. JANGAN cuba senantiasa selamatkan setiap ekor kambing daripada cacing cacing ni. Secara peribadinya aku percaya cacing cacing ni akan kurang mengganas bila dapat korban (dapat bahagian dia).
Sebab tu aku tak galakkan mass deworming. Mass deworming ni usaha melindungi setiap ekor kambing daripada serangan cacing cacing ni. Masalahnya yang ramai pembiak tak tahu ialah setiap 3 bulan mass deworming dah dikira berat, mencetuskan risiko tinggi untuk mewujudkan pemberontakan cacing di kemudian hari. Apalagi 2 bulan sekali, sebulan sekali pun ada.
Pehh.. iye memang kambing cantik gemuk bulat bulat berkilat, prestasi ladang (pembiakan dan kenaikan berat badan) memang tip top, tapi sekejap je. Sekali datang pemberontakan, habih terduduk kita. Tak boleh bangun macam kena gout atau deep vein thrombosis. Aku bukan cakap saja saja ni. Memang dah ada kes pun, baik local mahu pun global. Boleh tanya parasitologis kat malaysia ni pengalaman diorang menguruskan kandang kandang yang dilanda pemberontakan ni.
Yang membawa kepada kenapa perlunya darah tempatan, darah pribumi, darah kita dalam setiap usaha pertanian dan penternakan. Darah tuan tuan, darah saya, darah nenek moyang, darah kita sememangnya telah wujud kerintangan dan ketahanan terhadap parasit dan patogen tropika yang berada di sekeliling kita. Jadi ini memudahkan pengurusan dan merendahkan input kita.
Yelah kambing tempatan kita boleh jarakkan pemberian ubat cacing 8 – 12 bulan sekali atau pun bagi bila nampak sakit, walau pun makan lepas bawah sawit, walau pun musim hujan. Tak perlu deworm setiap 3 bulan, dah berapa jimat kos ubat cacing tu kan? Ini pengalaman aku. Pasalnya darah kita ni dah ada inbuilt protection and resistance terhadap ancaman yang wujud dalam persekitaran kita.
Kalau kambing eksotik, nak lepas ragut pun tak berani. Apalagi musim hujan. Diorang ni nak kena banyak yang terkorban barulah slow slow kerintangan dan ketahanan dibina terhadap parasit dan patogen tropika kita ni.
Anyway, balik kepada daun ubi. Sebenarnya daun ubi ni tak banyak mana condensed tannin dia. So dia boleh kawal populasi cacing sekiranya beban cacing adalah sederhana. Kalau terlebih beban kena guna daun lain atau herbal dewormer atau chemical dewormer.
Eh kenapa camtu pula, tadi cerita macam promising?
Ok pokok ubi (dan pokok pisang) ada mekanisme lain untuk melindungi dirinya daripada dimakan habis habis oleh serangga perosak atau ruminan – dia cepat tumbuh – fast growing/fast replacement rate. So tak perlu kandungan condensed tannin yang tinggi.
Dedaun lain yang tinggi condensed tannin ni macam mimosa pudica (semalu – banyak orang kata duri semalu tak elok buat kambing, boleh buat puru, tapi aku tengok kambing elok je sebat) atau pun sericea lespedeza (nama melayu aku pun tak tahu, tapi aku biasa jumpa kat tempat aku, selalunya kawasan sawit baru tanam). Yaa mana mana daun yang biri biri dan lembu tak suka, biasanya condensed tannin tinggi, ada deworming properties yang baik untuk kambing.
Kesimpulannya tuan tuan,
Lepaskan aje kambing kita, biar dia makan sendiri daun daun yang dia suka, walau pun kita nampak bahaya. Jangan biarkan diri kita dilingkari pelbagai mitos yang tak betul dan merepek repek. Biarlah kambing jadi kambing. Bila kita buat camtu insya allah dia jadi sihat, jadi happy dan akhirnya memberi pulangan kepada tuannya.
Salam.
Terbaikkkk punye info.pnuh dgn ilmu yg brgne..condensed tannin ye..mmg slalu perati kmbing nih suke sgt mkn mimosa pudica tu.smpi luke jgakla mlutnye..skrg dh tau puncanye..tq tuan guru..
ReplyDeleteAda pun info sebegini lebih mudah dicerna oleh pembiak pembiak muda. Kalau pembiak 'season' biasanya terkebil kebil susah nak menerima.
ReplyDeleteBtw, dah masuk kandang ka biri biri tu?
Dh tuan guru..tmpang dkt kndg kwn dlu.kndg aku selasa ni g beli atap.rabu siaplaa..kndg rahmat(ade dlm entry aku) nk bela biri2 je skrg..die nk jual kmbing kmpung die..ayah die xlarat dh nk bela kmbg kmpung nih..nakal sgt.haha..
ReplyDeleteBebiri aku branak pulak sekor dlm lori.hehe..hlang jap penat menangkap n mengangkut bebiri nih..perghh..
Alhamdulillah rezeki rezeki. Nasib baik tak jauh ye.
ReplyDeletealhamdulillah..syukur..jarak dlm 200km tuan guru.gerak kol8pagi kol 7mlm smpi rmah.perghh.1st time tangkap n angkut kmbing,mmg letih..tp pnglman tu yg mnyoronokkan..hbis taik trpalit kt baju n bdan.haha..
Deletedlm lori asyik usha je biri2 kt blkang..tkut ade yg trbelit tali(aku ikat kt tiang lori).adela 2ekor trbelit dh nyawa2 kmbing..nseb baikla pnjg umur.sykur2..
200km jauh tu. aku ingat kat kampung sebelah. fuhh takpa takpa kambing australia lagi jauh yek!
ReplyDeleteJanji semua ok, selamat sampai kandang.
Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah, semua makin kaya dengan ilmu. (Ada orang tu makin kaya dengan kambing daan makin nipis poket).. Hehe. Duit kahwin mesti dah cukup ni tengah taksub dengan kambing.
ReplyDeleteAku dah mula bagi makan daun pisang dan pucuk ubi. Nak bagi sistem imunisasi kambing lebih baik dan rintangan semulajadi cacing dalam badan kambing. Hari2 aku kejar kambing ni makan rumput supaya senaman cukup. Senak perut kejar makhluk berekor ni.
Nampaknya, kambing2 makin gembira dan bertenaga. Diet kari masih teruskan. Kambing aku pun dah tak heran bau kari ni.
Insyaallah kita lihat perkembangan.
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
duit kawen nmpknye kne cri yg lainla.smua dh dlaburkn ke atas awek kambing.haha..entahla prasaan mntrnak binatang ni lain rupenye.kseronokan tu bgtu brbeza brbnding ape yg dperolehi sblum nih.mgkin sbb tu alwi snggup brhijrah dr kota ke kmpung utk mntrnak kmbing.hehe..
Deleteilmu pun dh byk dpt dr Tuan Guru Alwi.spnjg aku selongkar smue blog2 kambing xprnah lg jmpe ilmu n fakta yg unik mcm nih..truskn brkongsi ilmu tuan guru utk anak2 murid yg klaparan ilmu nih..
rkan sekelas aku sdr fairul,sme2 kite praktikkn ilmu yg dplajari smuge brjye lulus dgn cemerlang.haha
Hari hari kejar kambing? Yaa kambing sihat kita pun sihat. Masa aku takda kuli dulu, hari hari gembala sorang sorang, memang sentiasa sihat dan bertenaga untuk buat kerja berat non stop. Alhamdulillah. Susah betul nak demam. Kalau demam pun larat lagi buat kerja. Memang kita manusia direka Tuhan untuk bergerak dan berjalan. Berjalan sememangnya tip kesihatan terbaik.
DeleteKesuburan kambing akan meningkat seiring peningkatan berjalan. Dia jadi fit and happy. Baik untuk betina mahu pun pejantan. Pejantan WAJIB fit bagi memelihara kejantanannya, untuk low input husbandry.
Btw, exp serbuk kari interesting. Boleh ambil gambar kambing sekarang, dan 2 bulan kemudian? Post dalam blog nanti.
Eksperimen kari baru masuk minggu ke2. Tapi subjek eksperimen memang kambing kurus. Apa yang berubah setakat ni, tinja cantik (keras dan bulat2). Saiz badan belum nampak perubahan lagi.
Deleteaku pun dh bereksperimen dgn kari neh..alhamdulillah nmpk kurg cket selsema kmbing tu..cume mslh pnyakit mate pulak brleluase skrg..biase sembur pinkeye tu je..ade rwatan alternatf x tuan2??...
Deletebtw..awang dh dpt gelaran Dr.Awang dr kwn2 die hsil ubat2 tradisional yg mmg xprnh org buat..haha..tq ats info tuan2 seperkambingan..
Ko persapkan kandang ke? Kalao kandang berasap ada kemungkinan pink eye tu
Deletesalam. saya zainal, umur 23 tahun, baru ada 15 ekor kambing kampung, seekor pejantan feral (minat ngan tanduk dia). kandang di sebelah rumah di kedah. blog dalam pembinaan. http://projekkambingmuda.blogspot.com/.
ReplyDeletesaya amat berminat dengan penternakan kambing sejak beberapa tahun dulu, sekarang baru berpeluang untuk ternak. saya minat kambing kampung sebab dia hardcore dan colour dia variety. feral plak sebab hardcore gak, dan saya nak hasilkan pejantan feral kampung yang hardcore untuk projek kambing saya di masa akan datang.
saya amat tertarik dengan pos ni, natural dewormer. saya pernah bagi masukkan bawang putih dalam air untuk cacing juga, dan beri makan daun jambu batu untuk cirit birit. saya amat setuju dengan statement sifu Alwi, darah tempatan adalah terbaik. sistem ragutan lepas juga memang best, dapat tengok kambing berlari-lari dengan riang, main tanduk2, berdiri 2 kaki makan pucuk muda... saya guna feral sebab nak dapatkan tanduknya yang macho itu. induk saya induk kampung atau kacukan. hehe.
harap sifu Alwi dan senior Fairul & Feral KK dapat beri tunjuk ajar. email saya jutawanjenal@yahoo.com atau 0194513061.
terima kasih.
Aku dah lama bergelut dengan feral. Lebih gemar tanduk pendek je. Pernah kena rempuhan feral dengan tanduk gergasi ni, nanti bila ko jual kambing tu untuk sembelihan memang merana la orang nak sembelih.
DeleteSekarang ni aku diizinkan Allah untuk mampu sembelih kambing seberat +-40kg seorang diri. Kalau pakai feral dulu, hehe. Memang pengalaman getir. Mungkin ko nak cuba kot.
terima kasih sifu semua.. atas info ini... sangat membantu saya... nak tanya.. buah peria, daun betik boleh bagi kambing ke tu.. alasan sebab pahit, cacing takut.. hehehe
ReplyDelete