"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, April 24, 2014

TODAY

Hari ini Khamis. Pagi pagi aku dah tergopoh gapah ke ladang. Tak sempat breakfast dengan bini seperti kebiasaan. Tak sempat minum minuman berkafein seperti kebiasaan. 

Customer dah sampai kat ladang. Dalam  hujan lebat. Patutnya dia ambik hari Sabtu. Dia jadikan awal ke hari Jumaat. Kemudian dia awalkan pula ke hari Khamis. Kemudian awalkan ke awal awal pagi Khamis. Hari ini. Kelam kabut aku dibuatnya.

Ahli keluarga Naib Canselor UPSI. Tanjung Malim. 80km dari ladang aku. Out of normal range. Biasanya 'retail customer' punya 'catchment area' dalam radius 50km. Tapi kadang kadang memang jadi macam ini. 

Berdasarkan perbualan aku dengan mereka, rupanya sebelum ini diorang duduk di Bandar Baru Bangi. Seksyen 3. Masa tu jadi Dekan Pendidikan kat UPM. Baru je pindah Tanjung Malim. Bulan 1 baru ni. Ntah ntah geng kelas mengaji mak aku. Selalu juga mak aku pi surau Assobah Seksyen 3 tu. 

Anyway, VC baru UPSI ni sedang berkira kira nak laksanakan sistem sekolah pondok ke dalam UPSI. Haa baguih baguih. Aku sokong sangat. Walau pun aku sendiri kabur menatang apa sebenarnya sistem sekolah pondok ni hahaha. Apa pun, yang aku pasti, program ini akan menambahbaik kualiti guru guru yang dihasilkan. Dan bila guru cemerlang, pastinya murid cemerlang seterusnya umat cemerlang bertambah. Baik baik baik. ...

Ada gambar kambing yang diorder mereka sedang dilapah.

_______________________________


Petang ini semasa post ini ditulis, patut dah sampai geng student master UM ke ladang aku. Seperti kebiasaan. Lama betul dah bertahun tahun diorang ni buat research. Tak habih habih. 

Personally, aku fikir, kalau ikut fikiran aku, dah lama aku  komersialkan produk top secret diorang ni. Takdak dah research research ni. Bagus sebenarnya apa yang diorang eksperimenkan ke atas kambing kambing aku. Aku rekemen tuan puan untuk cuba dan saksikan perubahan yang terjadi (aku tak beromong kosong atau claim bukan bukan dasat dasat - this thing really works tapi masalahnya tak dikomersialkan lagi).  Dan yang lebih bagusnya, keberkesanan produk tersebut cuma memerlukan 1/3 atau 1/4 daripada dos yang diorang rekemen.

It works, with less. 

Such is the amazing power of our local herbs. Powerful, at low doses. 

Well. Good luck to them. 
_______________________________

Pagi ini hujan lebat. Kawasan ladang dan kawasan ragut basah penuh air berlopak lopak. Tetapi kambing tetap dilepaskan meragut. Cuma lewat sedikit tunggu hujan reda. Dan kambing kambing sendiri tak sabar sabar untuk turun dari kandang dan mengharungi cabaran meragut dalam kebasahan. 

Siapa kata kambing takut air?



Tuesday, April 22, 2014

THE PURSUIT FOR IMPERFECTION

Memburu ketidaksempurnaan.



Masa awal awal aku menjadi pembiak kambing, dimana aku jaga semua kambing seorang diri, aku pentingkan kesempurnaan. Aku memburu kesempurnaan.

Aku kelam kabut bilamana ada kambing sakit walau pun sakit tu adalah ringan. Pantas aku bagi ubat. Kandang aku bersih hari hari sapu. Semua tahi kambing yang melekat celah celah lantai aku cungkil bersih. Aku pastikan semua kambing dinyahcacing setiap 3 bulan walaupun kambing nampak segar bugar sihat walafiat. Dan bilamana ada orang nak melawat, aku pastikan suasana ladang dalam keadaan tiptop nampak cantik berseri.

Hasilnya, ladang aku cantik. Kambing aku bulat bulat. Gemuk gemuk. Kilat kilat. Jauh lebih cantik dan sedap betul mata memandang berbanding kambing aku sekarang.

Tetapi... kadar kelahiran maksimum per tahun cuma 1.6 (100 ibu dapat 160 anak per tahun). Tak dapat mencapai prestasi textbook kambing yang biasanya 1.8 per tahun (100 ibu dapat 180 anak per tahun). Dan aku kepenatan. Asyik pantau kambing. Asyik risau kambing.

Kesempurnaan adalah beban yang sangat memberatkan.

Kini aku tidak lagi sibuk sibuk nak nyahcacing setiap 3 bulan. Tidak lagi kelam kabut nak bagi ubat itu ubat ini. Tidak lagi kacau bilau nak sapu kandang bersih bersih hari hari.

Aku membenarkan kekotoran. Aku membenarkan kecacingan. Aku membenarkan kesakitan. Aku membenarkan kematian. Aku membenarkan kambing aku menjadi lebih kurus.

Aku membenarkan... ketidaksempurnaan.

Anehnya prestasi kelahiran, dan keuntungan meningkat. Aku dapat kadar kelahiran 2.3 per tahun secara konsisten setiap tahun. (100 ibu dapat 230 anak per tahun). Melebihi textbook kambing.

Akhirnya aku faham. Sesungguhnya aku bukan Tuhan. Aku bukan Maha Pencipta. Aku bukan Maha Bijaksana. Aku bukan Maha Sempurna.

Aku adalah manusia. Aku hanyalah makhlukNya yang lemah serba serbi. Aku adalah Maha Lemah. Aku adalah Maha Daif. Aku adalah Maha Cacat Cela. Dan sesungguhnya bagi manusia..

Kesempurnaan ialah ketidaksempurnaan.

Perfection is imperfection.

Aku tidak lagi memburu kesempurnaan.

Aku buru... ketidaksempurnaan.


Salam pembiak!

MEMBUNUH 80,000 EKOR KAMBING

Pulau Galapagos. Tropik. Jauh di barat benua Amerika Selatan.

Terasing jauh daripada lain lain tamadun, Pulau Galapagos memiliki flora dan fauna sangat unik dan tidak boleh dijumpai di tempat lain. Masalah bermula bila lanun dan kelasi kapal dagang mula singgah pada 1700 dan meninggalkan kambing dan babi dengan tujuan ianya membiak dan boleh dijadikan sumber makanan bilamana mereka singgah pada kemudian hari.

Mulanya kambing lambat membiak di Pulau Galapagos. Tetapi bermula 1990an, fenomena ElNino membawa perubahan kepada corak tumbuhan (vegetation pattern). Dan perubahan corak tumbuhan ini membawa kepada ledakan populasi kambing.

Meledak seledak ledaknya.

Daripada hanya ratusan ekor, menjadi puluhan ribu dalam masa yang singkat. Ekosistem Galapagos ranap. Hutan jadi padang rumput. Pelbagai spesis unik Galapagos di ambang kepupusan.

Maka kerajaan Galapagos mengambil tindakan drastik untuk membunuh setiap ekor kambing feral ini. Semuanya. Bermula 2006. Dan berakhir 2012. Jumlah belanja yang dikeluarkan untuk program pembunuhan besar besaran ini ialah sekitar 6 juta dollar.

Ada 3 langkah digunakan. Yang pertama melatih para pribumi Galapagos untuk menjadi pemburu. Ground hunting. Hampir 54,000 ekor kambing dibunuh. Langkah kedua ialah menggunakan serangan udara dengan mengupah pemburu mahir dari New Zealand. Dan langkah ketiga ialah menggunakan kambing betina Judas (pembelot) - hormon dilumurkan pada kambing betina yang dijadikan umpan, dan kambing jantan yang tertarik masuk ke perangkap ini akan dibunuh.

Sistematik. Efektif. Semua kambing liar dibunuh. Hampir 80,000 ekor.
____________________________

Yang aku nampak, pertamanya, corak tumbuhan yang ada dalam sesuatu kawasan sangat sangat mempengaruhi keupayaan pembiakan kambing. Bilamana kambing dapat makan benda yang betul, dan dalam kuantiti yang betul, maka kadar pembiakan kambing akan menjadi 'phenomenal'.

Kawasan yang sama, luas yang sama, cuma tumbuhan aje yang berbeza. Dan bilamana kambing ada capaian kepada kuantiti dedaun yang lebih banyak sepertimana yang terjadi di Galapagos - memang meletup letup jadinya bilangan kambing.

(Ada tak mana mana pasukan saintis yang mengkaji corak tumbuhan yang wujud sebelum dan selepas ElNino di Galapagos? Aku sangat berminat nak tahu jenis jenis tumbuhan yang wujud ketika itu).

Dan apa yang aku nampak, keduanya, ialah... bunuh? Bunuh semata mata?

Takde ke jual ke mana mana negara yang hauskan bekalan kambing? Ruginya kerajaan Galapagos tak contact importer importer kambing kat Malaysia ni. Kalau puak puak ni tahu, sekejap aje lesap karkas kambing liar yang menimbun nimbun tu.

Well, maybe next time.

Salam!

(Kambing Galapagos sepesen kambing kacang kita).







Sunday, April 20, 2014

DONGENG NEGERI NAPIER BERDENGUNG

Dongeng. Yang tak berapa dongeng.

Kisah di sebuah negeri bunian yang panas lembap cuacanya, dimana rumput napier tumbuh pantas dan memiliki dry matter 10%. Negeri Napier Berdengung.

Adapun Negeri Napier Berdengung berdepan sebuah cabaran unik lagi genting dimana hasil mahsul ternakan tidak cukup untuk memenuhi keperluan para penduduk negeri. Utamanya untuk upacara upacara keagamaan penduduk majoriti yang memiliki kepercayaan monoteisme atau Satu Tuhan.

Justeru kerajaan Negeri Napier Berdengung menubuhkan sebuah pejabat khas untuk mengawal selia isu isu ternakan dan mengkoordinasikan usaha usaha memakmurkan para penternak dan ternakan di negeri tersebut. Dinamakan pejabat ini Pejabat MelipatGandakan Ternakan.

Adapun sebenarnya suatu ketika dahulu, situasi sara diri bab daging maging ini tidaklah segenting sekarang kerana dulu dulunya projek projek pawah ternakan di Negeri Napier Berdengung adalah berteraskan darah tempatan yang mudah membiak, dan kurangnya unsur unsur seleweng. Tetapi kerana pendekatan dasar pandang ke sebuah negeri panas kering di hujung dunia yang bernama Autaliar yang penduduknya Anti Tuhan , situasi Negeri Napier Berdengung bertambah buruk.

Dan keadaan menjadi jadi buruknya apabila seorang lelaki berjaya sampai ke pangkat puncak dalam Pejabat Melipatgandakan Ternakan Negeri Napier Berdengung.

Lelaki ini pada awal kemunculannya, telah mengisytiharkan dengan penuh bergaya lagi penuh keyakinan - sesungguhnya sampai bila bila pun Negeri Napier Berdengung tidak akan dapat mencapai sasaran sara diri.

Sampai bila bila..

Tercengang cengang para pembiak dan penternak tempatan Negeri Napier Berdengung mendengar 'kehebatan' wawasan lelaki yang bakal menentukan halatuju hal ehwal ternakan dan periuk nasi mereka. Tergeleng geleng kepala mereka menyaksikan tiada kesungguhan dan keyakinan oleh pelaksana dasar, sedangkan lelaki ini sepatutnya senada seirama dengan melodi pembuat Dasar Sekuriti Makanan Negeri Napier Berdengung.

Lelaki yang sama juga, pada kemudian hari, telah bertempik sekuat kuatnya - adalah lebih baik semua peserta, baik baru dan lama, industri ternakan Negeri Napier Berdengung, menjadi pengimport ternakan. Lebih afdhal lebih mudah lebih menguntungkan berbanding menjadi penternak dan pembiak yang berjerih payah berjurai jurai peluhnya mengeluarkan makanan.

Sekali lagi tercengang cengang semua pembiak dan penternak ruminan Negeri Napier Berdengung mendengar dongeng lelaki ini. Tergosok gosok mata mereka semua yang terus terusan berkelip kelip lantaran ketidakpercayaan terhadap agenda pelaksana dasar yang jelas berlawanan dengan agenda pembuat dasar..

Dan lelaki yang sama juga, setelah membenarkan kuasa para pengimport pengimport ternakan dari Autaliar menjadi besar dan semakin besar melebihi para penternak tempatan Negeri Napier Berdengung ; membenarkan salah seorang pengimport ini menjadi raksasa yang terlalu besar sehinggakan tidak mampu lagi dikawal. Lelaki ini membenarkan kewujudan satu pengimport yang jelas diketahui menganut kepercayaan Politeisme atau Banyak Tuhan, menjadi kuasa monopoli dalam pasaran. Dan sang pengimport ini bebas memanipulasi harga untuk kepentingannya.

Dan lelaki yang sama juga, seringkali mengelak permintaan para pembiak tempatan Negeri Napier Berdengung untuk berdialog dengannya. Tetapi lelaki ini cepat dalam menunaikan hajat para pengimport untuk sesi minum teh bersamanya. Lelaki ini, tidak gemar bekerjasama dengan para pembiak dan penternak yang ingin menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran ternakan dalam Negeri Napier Berdengung, sebaliknya tuntas bekerjasama dengan para pengimport yang mahu mencipta kebergantungan kepada negeri negeri Anti Tuhan dan Banyak Tuhan.

Makanya wujud situasi sangat genting dan tersimpul simpul dalam ekosistem ternakan Negeri Napier Berdengung sekarang ini ; bekalan ternakan yang tidak cukup cukup dan harga ternakan yang menindas rakyat. Inilah harga yang perlu dibayar oleh semua penternak, pembiak, dan rakyat dalam Negeri Napier Berdengung diatas..

'kebijaksanaan' seorang lelaki.

Yang diharapkan menjadi nakhoda yang mampu membawa kapal dan anak kapalnya ke sebuah pulau yang indah penuh dengan makanan, tetapi rupanya karam tenggelam dalam lautan yang gersang tanpa makanan.

Inilah dongeng yang tak berapa dongeng Negeri Napier Berdengung.


Sekian...

Tenggelamnya kapal visi dan maruah Negeri Napier Berdengung... 

Wednesday, April 16, 2014

SAKSIKAN KEBENARAN DAN KEHEBATAN KALIMAH TUHANKU

Al Anbiya' (The Prophets) : 33, (terjemahannya)

"And it is He who created the night and the day and the sun and the moon; all (heavenly bodies) in an orbit are swimming. "

Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
__________________________________

Space IS NOT space.

Space IS..... molasses... an incredibly huge ocean of molasses.
__________________________________

2012.

Sebuah pasukan kosmologis Barat sedang mengukur ketumpatan bintang bintang di tengah galaksi berbanding bintang bintang di pinggir galaksi. Bukan itu sahaja, mereka juga mengukur ketumpatan planet planet, awan gas dan nebula nebula, malah juga ruang kosong yang wujud dalam kosmos.

Kalkulasi mereka sampai kepada purata ketumpatan alam semesta. Mengejutkan, sangat mengejutkan - mereka dapati apa yang disangka selama ini dimana angkasa adalah angkasa atau hanyalah ruang kosong - rupa rupanya semua objek kosmos adalah tenggelam dan bergerak dalam ketumpatan serupa yang dimiliki oleh molasses.

Kita semua, planet semua, bintang semua, galaksi semua, makhluk kosmos semua - TENGGELAM dan TERAPUNG APUNG bagaikan BERENANG dalam lautan yang sangat luas.

Cumanya lautan ini bukannya bersifat seperti air laut, tetapi likat seperti molasses.

Kita semua penternak kambing dan lembu tahu apa itu molasses. Gula merah yang cair dan likat. Bayangkan kita campak sebiji guli kayu ke dalam molasses. Begitulah gayanya planet Bumi kita terapung apung dalam alam semesta.

BERENANG RENANG...

Pasukan saintis yang menemukan situasi ini namakan medan 'molasses' ini sebagai Higgs Field. Mereka menang Nobel Prize dalam Fizik tahun sudah.
_________________________

Kita sangka udara dan apa yang disekeliling kita adalah kosong. Kita sangka apa yang kita hirup ke dalam paru paru kita adalah udara kosong, kita sangka kereta jet roket kita membelah ruang kosong tetapi.....

hakikatnya, kita tenggelam sepenuh penuhnya dalam bahan aneh seperti molasses.

Dan kesedaran ini melipatgandakan penemuan penemuan saintifik dalam bidang kosmos. Misalnya gelombang graviti (gravitational waves) dan sifatnya yang merupakan penemuan terbesar dalam kurun ini, dan membolehkan para kosmologis 'backtrack' sejarah alam semesta dengan lebih mudah.

Semua ini sebenarnya menghala kepada multiple universes, dan tujuh lapisan alam semesta - sepertimana yang aku hipotesiskan, tetapi telah lama dinyatakan dalam AlQuran.

Sesungguhnya apa yang Tuhan sebutkan dalam KalamNya adalah benar benar belaka.

Kita sahaja yang baru tahu, dan tercengang cengang menyaksikan kebenarannya.


Allah Sang Pencipta!

Yep. Kita semua makhluk kosmos tenggelam dalam 'cecair likat' ini. Terapung apung beredar berenang renang. Alam semesta dipenuhi bahan aneh ini. Tepat seperti yang Tuhan firmankan dalam An Anbiya:33.

Tuesday, April 15, 2014

WHAT CRISIS ???

"Conjure a crisis, and emerges as a hero"

Aku tak merujuk kepada Ismail Sabri, Pak Menteri Tani, tetapi orang orang sekelilingnya. Ada antara mereka yang bercita cita tinggi dalam politik, mahukan tiket ekspres dalam karier politik, dan mereka ini berpegang kepada mantra di atas.

Cipta krisis yang nampak sangat mencemaskan, tapi sebenarnya mudah diselesaikan, berikan jawapan dan jaminan segera lagi meyakinkan - poof! terus nampak sebagai hero atau penyelamat yang boleh diharap. Dependable hero. Dapatlah kuasa. Dapatlah pengaruh. Dapatlah 'some degree of political points'.

Kenampakan sebagai hero yang ada kuasa dan pengaruh adalah penting untuk mengharungi lautan politik yang penuh gelora dan badai. Tunjukkan diri sebagai 'solution provider', tunjukkan diri sebagai boleh diharap, - hadiahnya - cepatlah naik ranking dalam politik.

And politics is the next step in life for the more ambitious ketua ketua jabatan kerajaan.
_________________________

Krisis bekalan lembu hidup? Krisis bekalan daging lembu segar?

It's more like a bubble than a crisis. And a bubble, when it burst, is more devastating than a crisis. Death everywhere.

Bagi sesiapa yang telah lama dalam industri ternakan, akan perasan kitaran ganas ini. Gelembung demi gelembung dicipta (biasanya bila ketua jabatan bertukar), semua orang jadi excited, semua orang melabur, alih alih belum sempat menikmati pulangan - bedebum! langit runtuh. Ramai tergolek kelemasan.

Realitinya polisi ternakan kita sekarang semuanya short term. Takde sapa yang nak ambik pandangan jangka panjang atau visi. Sebabnya hadiah (nama, legasi, kuasa dan pengaruh) untuk pemikiran jangka panjang (vision) tak boleh dikaut ketika menjawat pangkat tertinggi dalam jabatan dan unit unit penetapan polisi.

Penat penat merangka polisi jangka panjang, dan penat penat menyelia langkah langkah jangka panjang, alih alih orang lepas aku yang dapat nama?, yang dapat legasi? - ah tak boleh tak boleh. Mana boleh macam ni.. totally unacceptable.

Sebab itu kita tengok bubble demi bubble tercipta. Sebab itu kita boleh nampak kesan buruk yang wujud bila bubble pecah.

Personal ambition orang orang keliling menteri.

Dan sebenarnya menteri lebih banyak menghabiskan masa mengurus kerenah orang orang sekelilingnya berbanding menguruskan kebajikan petani penternak nelayan.
__________________________

Selain personal ambition para pembuat polisi yang menyelia kita golongan petani penternak nelayan, apa yang aku nampak, dalam 'krisis' bekalan lembu hidup ni, sepertimana aku dah cerita dalam post post terdahulu, ialah kebergantungan kita kepada negara negara bukan Islam dalam bab makananan.

Mana ada orang kafir akan senang lenang rilek je tengok orang Islam? Tuhan kata dah kan?, Nabi pun kata dah kan? Orang kafir tak akan senang lenang selagi kita tak ikut cara hidup dia.

Pasti dan pasti, sebagaimana yang diberitakan Allah dan RasulNya, orang kafir senantiasa memerah otak siang dan malam mencari cari jalan untuk menekan menindas umat Islam agar kita hilang kepercayaan kepada Allah dan RasulNya. Dan kebergantungan umat Islam kepada orang kafir dalam bab sumber makanan adalah satu peluang keemasan yang sangat dinanti nantikan.

.... kita biarkan orang kafir menguasai perut kita umat Islam, kita biarkan orang kafir menguasai sumber binatang untuk upacara keagamaan kita (korban dan aqiqah), kita biarkan orang kafir bergelak ketawa melihat kebergantungan kita kepada mereka...

Sebab itu kita terus berulangkali tenggelam dalam krisis demi krisis. Kita bayar dengan harga tinggi. Kita bayar dengan maruah kita. Manakah harga diri kita? Manakah harga iman kita?

Itu no dua. Yang no tiga pula. Bila dah bergantung kepada orang kafir, kita benarkan pula sang pengimport yang kafir juga, menjadi terlalu besar dan monopoli pasaran import dari negara negara kafir.

Kafir atas kafir. Double power. Double damage. Pening kita umat Islam Malaysia ni! Haduh laa... Kafir sahaja yang habih takluk semua rantaian makanan. Parah parah... memang benar kita sekarang dalam situasi paling kelam dalam sejarah industri...

Itu no tiga. Yang keeempat, polisi jangka panjang demi memastikan dasar sekuriti makanan negara tercapai, mesti melibatkan program pembiakan. Mesti melibatkan golongan pembiak. Bukan semata mata kelas petani penternak nelayan.

Kelas pembiak mesti dibezakan, kerana inilah kelas yang sebenar benarnya teras dalam memastikan kejayaan dasar sekuriti makanan.

Sayangnya input daripada para pembiak selalu diketepikan. Dalam high level meeting peringkat federal, input pengimport diutamakan. Ada aje puak puak ni dalam meeting, walhal takdak kaitan pun dengan tajuk meeting. Input pembiak? Terangguk angguk semua yang hadir, yes sana yes sini, tapi taknak laksanakan.


Seperti kebiasaan, 'voice of reason' diketepikan, in favor of 'voice of greed and quick profit'. Itulah hakikatnya tuan puan. Cabaran kita sebagai pembiak yang pastinya berfikiran jangka panjang, dan cabaran kita sebagai pembiak dalam suasana industri yang gelap sekarang ini - adalah untuk terus menjadi 'voice of reason', atau 'voice of caution', terapung apung sendirian, dalam lautan yang dipenuhi gegak gempita 'voice of instant profit'.

So inilah analisa aku bilamana Berita Harian dan Kementerian Pertanian tengah 'kepoh isu krisis bekalan lembu hidup dan daging segar'.

Ianya bukan krisis.

Ianya adalah gelembung. Yang lebih bahaya daripada krisis, dan pastinya gelembung itu akan pecah sepertimana yang terjadi sebelum ini, dan..

Ramai yang akan terperangkap dalam kebinasaan..

Kembalilah kita semua menghayati kata kata Allah dan RasulNya..



Monday, April 14, 2014

STAINLESS STEEL DETERMINATION

Khas buat pembiak veteran.

Cerita sambung sambung nanti dulu. On hold sekejap.

Baik. Aku sebenarnya sering teringat akan penternak penternak kambing veteran yang aku pernah lawat ladang mereka. Yang buat sendiri kerja perkambingan. Yang jaga sendiri kambing kambing mereka.

Yang setiap hari ke ladang memeriksa kambing kambing di kandang. Yang gembala sendiri kambing kambing mereka dibawah terik mentari. Yang cut and carry rumput rumput dan foraj setiap hari penuh sekereta selori untuk kambing kambing mereka. Yang berhempas pulas merawat sendiri kambing kambing mereka. Yang menangisi pemergian setiap anak kambing.

Yang berjuang setiap hari tanpa putus asa.

Mereka adalah exemplary.

Macam tuan Es Emdi dari Lalah River Goat Farm. Macam puan Nooraini di Sungai Buloh. Macam tuan haji Rahim dan isteri dari Berkatjaya Farm. Macam tuan TAJ di Sg Ramal.

Aku seringkali teringatkan tuan Es Emdi yang habiskan masa 2 jam sebelah pagi dan 2 jam sebelah petang setiap hari di kandang kambing. Aku seringkali teringatkan puan Nooraini yang berpanas terik setiap hari mengembala kambingnya bersama pekerjanya. Aku seringkali teringatkan Hj Rahim dan isteri yang berpenat lelah mencari sendiri pelepah sawit penuh satu van setiap hari, dan yang berusaha sesungguh sungguhnya memastikan survival setiap kambing kambing . Aku seringkali teringatkan tuan TAJ yang membangunkan sendiri ladangnya dengan 'bare hand', dan sanggup menggali kolam tengah tengah malam buta.

Aku sering teringatkan mereka. Setiap hari.

Semangat dan ketekunan mereka menjadi ingatan dan inspirasi buat aku. Their drive, their discipline.... are powerful example for young breeders.

Aku tahu aku malas. Aku malas cari rumput. Aku malas bagi rawatan kat kambing kambing. Aku malas cuci kandang. Aku tahu nak senang aje.

Sebetulnya anugerah penternak jaya negeri tak boleh bagi kat penternak macam aku yang malas serba serbi ni. Aku rasa malu dengan pembiak pembiak berusia ni. Patut bagi kat penternak penternak kambing veteran ni. Mereka inilah yang memiliki semangat besi waja.

Stainless steel determination.

And unrelenting drive.

Terima kasih kepada semua pembiak kambing berusia di seluruh Malaysia.

Andalah semangat.
Andalah inspirasi.
Andalah contoh.


Terima kasih semua!

Sunday, April 13, 2014

INTENSIVE MINERAL SUPPLEMENTATION FOR PARASITICALLY CHALLENGED PASTURE

Peh... tajuk luar biasa. Macam tajuk kertas kajian universiti, padahal aku nak tulis cincai aje. Baik, sambung cerita semalam. Cerita ringkas aje. Takde masa ah..

Kalau Hariz Nordin dari Lembah Kaprima Hulu Seladang ada 'nutritionally challenged pasture', Imran dan Ilham House of Goats pula memiliki 'parasitically challenged pasture'. Memang mencabar sungguh kedua dua kes.

Akan tetapi, itu adalah peluang keemasan dalam masa yang sama. Suatu hari nanti, Hariz boleh mengeluarkan baka kambing yang 'genetically adaptable to nutritionally deficient pasture', manakala Imran pula boleh mengeluarkan baka kambing 'genetically resistant to flukes and other tropical parasites'. Kedua duanya adalah sangat bernilai tinggi, dan mampu menyelamatkan umat manusia akan datang.

Aku berpandangan, dan aku tahu aku boleh salah (I may be wrong), membiakkan kambing yang bersaiz sederhana dan ke bawah adalah lebih sesuai dengan tempat bercabaran sebegini. Ini kerana organisma yang tulang belakangnya lebih pendek (kambing kecil memiliki tulang belakang yang lebih pendek berbanding kambing saiz besar) adalah kurang menarik bagi parasit untuk berumahtangga.

Lebih panjang tulang belakang atau vertebra, lebih mudah lebih menarik parasit untuk menceroboh.

Walaupun kecil, biasanya ruminan kecil akan 'makeup' kelemahan tersebut dengan kadar pembiakan yang lebih pantas.

Selain itu, kambing kecil memiliki keperluan mineral tumbesaran yang lebih rendah, justeru memudahkan pengurusan. Contohnya, rangka tulangnya tak besar. Jadi keperluan kalsium untuk membesar dan maintain ketumpatan tulang adalah lebih rendah berbanding kambing rangka besar. Mungkin dengan pastura sedia ada, dah cukup untuk 'cover' keperluan kalsium harian.

Itu satu. Dan, aku fikir, program suplemen mineral yang intensif membolehkan kita menambahbaik prestasi kambing kecil, atau, membolehkan kita menggunakan kambing bersaiz lebih besar untuk program pembiakan di tempat bercabaran sebegini.

(Realitinya kambing bersaiz besar masih kuat wow factor kepada para pelawat dan pelanggan. Susah betul nak anjak paradigma ni. Jadi kita sebagai penternak yang nakkan keuntungan - current market perception more important than production realities - kono nampakkan kambing kita pesen besar besar sikit, ada gaya boer, jangan kecik molek ajo).

Salah satu sebab kenapa taburan kambing lebih meluas berbanding bebiri seantero dunia, ialah kemampuan kambing membiak dalam kawasan yang tinggi kepekatan parasit. Ini kerana tabiat kambing yang suka meragut (browsing) bukannya seperti bebiri yang grazing - membolehkan lebih banyak dedaun yang pahit pahit dikonsumi. Maknanya kambing ada intake tannin yang tinggi. Dan parasit tidak suka kepekatan tannin yang tinggi dalam darah perumah. They hate it.

Tannin pula, salah satu komponen utamanya ialah copper @ kuprum @ tembaga. (Ada lagi banyak komponen lain, tapi cerita pasal copper dulu).

Haa... maknanya kandungan copper yang tinggi dalam darah kambing membantu dalam pengawalan populasi parasit. Sebab itu, program pemberian mineral intensif seperti copper sulphate, mahupun copper oxide wire particle, boleh membantu bagi kawanan kambing yang meragut dalam 'parasitically challenged pasture'.

Dan yang lebih baik, ialah ketidakmampuan parasit membina kerintangan terhadap mineral supplementation seperti copper. Kalau chemical dewormer, parasit boleh dan akan membina kerintangan, tetapi dalam kes tannin, atau, copper supplementation, parasit tiada upaya.

Tetapi, kita kena consider pula, biasanya program mineral supplementation hanya berkesan untuk populasi rendah dan sederhana parasit. Kalau dah tinggi konsentrasi parasitnya - samada kena guna herbal atau chemical dewormer.

Ok. Kalau copper boleh membantu, kan senang aje kalau bagi kambing makan PKC/PKE banyak banyak? PKC/PKE kan sarat dengan copper?


BERSAMBUNG..

Saturday, April 12, 2014

KOMEN HARIZ NORDIN BERKENAAN MINERAL INTAKE KAMBING

Edited comment bro Hariz dari Setiu. Full comment boleh check di facebook pada post Pelawat Jumaat Semalam.

"salam prof, thanks sbb terima kunjungan separa terjah..hahaha....ni pn baru sampai ganu drp KL...

tak sangka plk blh highlight psl dolomite & calcium tu, kaedah mineral ad lib bukan cara baru, dh lama dh diperkenalkan oleh Pat Coleby.. cuma kalau tanya saya, rasa nyer blm sampai tahap nk bg testimoni kut, sbb baru je guna kaedah ni selama 9 bln..

tak tau secara kebetulan atau mmg berkesan, mastitis mmg selalu je ada kt saya ni dulu, abis cara dh cuba mcm mana nk elak, ttp kena juga, ada juga beberapa ekor sblm ni yg baru je beranak sehari dua dh kena milk fever...

tp lepas bg kaedah ni.. dlm 9 bln baru je sekor yg kena mastitis... kalau bg dedak yg tggi phosphorus mcm rice bran, kita dpt tgk lg byk dia jilat calcium carbonate ni utk balance kan ratio calcium:phosphorus, tp kalau pakai sistem gembala,sikit je yg dia consume..

kambing ni sebenarnya tau apa benda yg badan yg dia perlukan...kalau ikut sistem pat coleby, mineral yg patut bg ad lib copper sulfate, dolomite, calcium carbonate, sulfur, garam kasar, seaweed (mahal sgt, plg murah rm7/kg,dan kambing suka makan mcm mkn pallet,jd saya ganti dgn nutrisacc drp KMvet sbb ada yeast)...

apa2 pun..sistem ni masih didalam percubaan,sbb kata pat coleby kambing makan masa plg cepat 6 bln - setahun utk kambing stabil dgn kaedah ini..

**..alhamdulillah skang dh bertambah lasak skit dan lebih produktif lps pakai sistem gembala...cuma setiap 3 bln kena cek kelopak mata utk deworm induk yg anemia..induk aje, pejantan dikecualikan...

ohh,utk harga dolomite dgn calcium carbonate aritu saya silap... dolomite rm12/50kg dan calcium carbonate(limestone) rm6/50 kg.. beli direct drp pengilang di simpang pulai... kalau beli kt kedai calcium carbonate lbh kurang rm2/kg..mahal !!
___________________________________

Terima kasih kepada Hariz di atas komen yang sangat informatif, dan mencelikkan mata.

Intensive mineral supplement.

Aku rate program sebegini sebagai 'something with low input, but have large magnitude on output' terutamanya kepada program pembiakan kambing pedaging yang menggunakan sistem gembala.

Berbaloi untuk dicuba. Worth a shot.

Secara teknikalnya, aku tidak menggunakan sebarang jenis mineral supplement seperti yang disenaraikan di atas. Aku cuma guna garam KNZ yang ada sedikit copper @ kuprum @ tembaga, dan ada unsur unsur surih yang asas @ mikromineral.

Tapi buat masa ini, aku sedang cuba garam jilat dari Thailand yang ada unsur kalsium dalam kuantiti yang lebih besar berbanding KNZ. Unsur lain lain sama.

Kambing tak berapa suka garam jilat Thailand, sebabnya penambahan kalsium mentawarkan kemasinan garam jilat, jadi garam jilat Thailand ni memang ambik masa nak dihabiskan. Kambing jadi slow jilat garam. Very slow.

Tetapi, ada 'noticeable overall improvement' dari segi kesihatan kambing. Ini kerana aku guna suplemen dedak untuk kambing yang beranak dua dan ke atas, dan aku tahu, kambing yang makan dedak apalagi jangkamasa lebih 3 bulan - akan ada isu nisbah kalsium kacau bilau dalam darah. Jadi garam jilat Thailand yang ada kalsium ni, walau pun tak sedap, membantu kesihatan kambing kambing aku.

Kambing yang 100% makan meragut sepatutnya tiada isu nisbah kalsium kacau bilau TETAPI selalu sangat wujud isu kekurangan tenaga apalagi bagi baka baka bukan tempatan atau terbitan tempatan.

Dan kekurangan tenaga ini biasanya disebabkan oleh serangan parasit dalaman yang serius.


BERSAMBUNG... 

Friday, April 11, 2014

PELAWAT JUMAAT SEMALAM

Ada dua. Satu pelawat terjah. Satu lagi separa terjah buahaha.

Baik. Yang terjah ni adalah kawan lama aku dari Bandar Baru Bangi. Jiran. Namanya Asharuddin. MCKK old boy. Datang sebaik selesai solat Jumaat. Kali ketiga melawat ladang aku.

Orangnya memang jenis rendah diri. Pasalnya bila aku tanya sekarang jadi apa dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dia tak nak jawab. Tapi aku rasakan dia very senior official dalam Suruhanjaya, berdasarkan dia datang dengan driver yang pakai baju rasmi, dan naik kereta mewah versi terkini, dan dia dah pun berpindah ke kawasan perumahan yang 'plush' dalam Bandar Baru Bangi.

Well, good luck to him. Anyway, tuan Asharuddin adalah peminat kambing muda. Dan dia sendiri boleh sembelih, lapah, dan cincang kambing. Lebih handal daripada aku bab bab ni.

Dan dia juga 'religious' orangnya. Semua anak anaknya dihantar bersekolah ke sekolah agama. Baik sekolah rendah (sekolah agama Al Amin), mahu pun sekolah menengah (private religious school).

Aku juga berharap suatu hari nanti aku berkemampuan hantar anak anak aku ke sekolah agama, pasalnya aku pening tengok budak budak sekolah menengah sekarang. Dan aku rasa bukan aku seorang, tapi banyak rakyat yang jenis 'concern' memang risau dengan perkembangan sistem pendidikan kat Malaysia sekarang ni, betul tak?

Aku sempat ambik gambar dia dengan kambing.


___________________________________

Pelawat kedua ialah bro Hariz dari Setiu, Terengganu. Lembah Kaprima Hulu Seladang, to be exact. Kali kedua datang. Dulu datang dengan ayahnya. Kali ini dengan bininya dan anaknya yang umur 7 bulan. Babies! Jarang jarang ladang aku terima kehadiran bayi. Boleh kira dengan jari berapa kali bayi bayi datang melawat setiap tahun.



Hariz sekarang ada dekat 500 ekor kambing, dan biasa berhubung dengan aku. Hariz ada banyak maklumat 'fascinating' pasal kambing kambing dia, dan aku berharap dapat terus mendengar ceritanya, tapi masa yang suntuk menghalang pertukaran cerita.

Aku nak kongsi satu benda yang bagus dengan tuan puan penternak berdasarkan apa yang Hariz kongsikan dengan aku.

Sebenarnya, Hariz melalui cabaran lebih besar lebih getir dalam membiakkan kambingnya berbanding aku. Dari segi financing takde masalah (aku yang masalah hahaha), tapi dari segi magnitud masalah kesihatan dan pembiakan kambing - it's huge, much larger much complex than me. Tetapi seperti biasa, masalah akan cepat mendewasakan kita dan meningkatkan kemahiran pembiakan kita. Lagi besar masalah lagi mahir kita dibuatnya.

Buat masa ini, aku fikir Hariz sudah masuk fasa stabiliti dalam operasi pembiakan kambingnya. Dan aku doakan yang terbaik buat operasinya.

Ok ok ok point tak cerita lagi. Ni dia. Hariz sekarang guna dolomite untuk kambing kambingnya. Dan berita baiknya - kes mastitis atau bengkak ambing menyusut dengan drastik. Cuma seekor kambing je yang terkena mastitis semenjak program suplemen dolomite digunakan.

Mmmmm... neat right?

Aku rasa maklumat ni sangat berguna untuk semua para sahabat pembiak dan penternak kambing, kena pula jenis yang fokus susu. Dan sebarang pertanyaan pasal dolomite, hendaklah diajukan kepada bro Hariz. Jangan tanya aku plak, aku takde experience guna dolomite. Karang menyeleweng jawapan yang aku bagi. Habih tersesat semua orang.

Hariz juga gunakan mineral kalsium secara free choice, atau adlibitum untuk semua kambing kambingnya. Untuk atasi masalah ketidakseimbangan mineral pada pasturanya. Yep, bukan semua tanah sesuai untuk pembiakan jangka panjang. Ini memang cabaran besar bagi bro Hariz.

Banyak lagi bro Hariz bertukar maklumat dengan aku. Very insightful.

Dan aku dapat rasakan, dengan 'unique set of challenges' yang dihadapi Hariz, akan memberi peluang kepada Hariz menjadi 'master breeder' suatu hari nanti. Good luck!

*Aku dapat rasakan kesegaran dalam industri dengan semakin ramai kemunculan breeder breeder muda yang berpaksikan pada pemburuan ilmu, berbeza dengan apa yang aku rasakan pada awal awal aku menceburkan diri dalam bidang ini.

Harapnya momentum kesegaran ini akan berterusan dan menjadi semakin besar.

Youth IS the future.

Salam!




Thursday, April 10, 2014

PARIS HILTON ESCORT AKU GEMBALA

Setelah berbulan bulan tidak mengembala, semalam aku jadi gembala. Dalam dok sakit perut masuk angin kuskus, aku teruskan juga gembala. Dan semalam aku ada escort service. Tidak lain tidak bukan daripada Paris Hilton sendiri. Yeahh anjing junior aku...

Bersekali dengan Temon, anjing senior.

Gambar gambar masa aku gembala semalam.

Yang all black tu Temon, dan yang hitam kuning tu Paris Hilton. Tengah kejar tupai yang menyorok dalam batang buruk. 



Setiap parit yang dulunya kering kini penuh dengan air. Pacat pun banyaaaakkkk...



Paris Hilton baru keluar parit. Entah kenapa dia terjun masuk ke dalam parit. Nak mandi wajib agaknya.


Budak dua ekor ni tak boleh tengok aku senang baca paper. Mintak perhatian...



Paris Hilton sedang buat special spa treatment, dengan mineral mineral lumpur khas daripada bekas tayar lori sawit, dan air hujan dari langit, bersekali dengan berudu berudu katak.



Sebahagian kambing sedang tenang meragut



Salam gembala!

Wednesday, April 9, 2014

KUNCINYA PADA PEJANTAN

Aku nak ucap terima kasih kepada House of Goats yang bersusah payah datang melawat dari Kelantan. Dan aku minta maaf atas ketidaksempurnaan layanan aku kepada mereka. Harap dapat berjumpa lagi. Ada banyak cerita menarik mereka yang aku nak dengar.

Anyway, Imran kata dalam post terbarunya, membina sebuah kawanan kambing yang superior (tahan parasit) adalah perlahan justeru memerlukan banyak kesabaran, dan sumber.

It's slow. It's sluggish.

Benar. Tapi aku percaya, ada shortcut.

Masih makan masa, tapi jumlah masa yang diambil untuk menghasilkan sebuah 'core' atau teras yang stabil dan rintang parasit - berkurang banyak.

Kita jangan deworm jantan, apalagi jantan yang berpotensi dijadikan pejantan, walaupun nampak ada tanda tanda kecacingan serius. Biarkan pejantan itu mati akibat kecacingan, atau pun sekiranya kita guna dewormer juga untuk selamatkan pejantan yang kecacingan - terus downgrade jangan benarkan jadi bapak lagi.

Daya tahan dan daya juang terhadap parasit sebenarnya banyak dipengaruhi oleh bapa. Dan realitinya, semua mamalia tahu, dan ada mekanisme tersendiri bagi mengesan mana mana pejantan yang memiliki kualiti tersebut.
They know. We do not know.

Dan kalau kita tahu pun, kita tahu sangat sedikit.

Jadi sebaik baiknya kita jangan kacau. Afdalnya, jangan campurtangan tanpa usul periksa. Mudahnya, jangan percaya bulat bulat semua kambing kena buat mass deworm setiap 3 bulan.

Betina, atau anak umur kurang setahun takpe lagi nak buat mass deworm, tapi bagi pejantan - JANGAN DEWORM.

Let them die fighting.

Itulah yang alaminya.

Itulah kejantanan.

Itulah pembiakan. Itulah cara hidup mereka. Turun temurun.

Jantan mesti berjuang. Jantan mesti jadi pahlawan. Jantan mesti gagah perkasa. Jantan mesti ada kekuatan dan stamina. Jantan mesti berani mati.

Itulah rahsia membina sebuah kawanan kambing yang tahan lasak.

Pejantan. Beri ruang untuk jantan paling perkasa muncul.

STRENGTH AND HONOR!!