"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, September 16, 2012

LEMBU BRITISH VS LEMBU FRENCH


Omputih kuat makan daging merah – lembu dan kambing. Tempat diorang memang sesuai atau kondusif untuk penternakan. Cuaca empat musim di mana kurang parasit dan kandungan dry matter yang tinggi dalam foraj adalah sebahagian advantage berbanding cuaca tropika.

Kita dalam zon tropika, dimana tiada musim kemarau, so ada rumput sepanjang masa. Tetapi parasit banyak dan kandungan dry matter yang rendah dalam rumput, so kurang sesuai untuk penternakan ruminan. Kita juga adalah negara maritim, dikelilingi laut. So diet kita cenderung ke arah ikan dan hasil laut. Kita dah biasa sangat dengan ikan turun temurun. Jadi kita lebih arif, lebih pakar, lebih pandai menilai rasa ikan berbanding omputih.

Omputih pula lebih banyak makan daging berbanding ikan, turun temurun. Jadi diorang lebih arif dalam bab rasa daging, potongan terbaik, dan cara masakan yang terbaik. Antara orang Perancis dan orang British, yang lebih pandai bab daging adalah orang British.

Perancis memang sangat terkenal dengan gastronomic delights, fine cuisine, banyak restoran 3 michelin, banyak world class chef, ibukota makanan dunia. Tetapi dengan sebab ada banyak sangat pilihan cuisine, diorang tak sepandai orang British dalam bab daging.

Orang British pula terhad pilihan cuisinenya. Balik balik steak, chops dan beer. Memang sedih jadi orang British ;)), tetapi dengan sebab itulah mereka lebih pandai menilai rasa daging, dan lebih tahu cara menghasilkan daging yang terbaik.

Orang British tahu macam mana nak bela lembu terbaik, membesarkan cara terbaik, dan menghasilkan daging yang terbaik dan tersedap. Lebih daripada orang Perancis.

Now, orang Perancis ada baka lembu Limosin, Charolais, dan Blonde d'Aquitane. Memang terkenal dengan saiz dan beratnya. Maybe antara baka lembu terbesar dunia. French breeders lebih menumpukan kepada produktiviti – berapa banyak daging dapat dihasilkan. Jadi bagi diorang, membiakkan baka terbesar menjadi prioriti demi keuntungan yang lebih tinggi. Di samping itu, diorang menumpukan kepada penghasilan susu dan keju, which the French is very famous for. So tiada absolute focus untuk lembu baka pedaging. Fokus memang fokus, tapi tak sebaik British.

Orang British pula ada baka Angus, Shorthorn, Longhorn, dan Galloway. Kalau kita perhatikan kat mana mana pameran, memang lebih kecil daripada lembu baka Perancis. Kali pertama aku tengok baka Angus yang warna hitam tu, takdelah besar mana pun. Besar sikit dari lembu KK je.

Ok, British breeders prefer lembu pedaging yang kecik (small), tak agresif (docile), dan cepat matang (fast maturing)- macam sifat lembu kk je, atau kambing kacang ye tak?. Sebabnya lembu saiz kecik lebih mudah untuk digembirakan berbanding baka besar.

Gembira, happy – sememangnya mendatangkan kesan ke atas kualiti daging. Dan ruminan sangat gembira kalau dapat lepas bebas, dapat makan rumput, dapat hirup udara luar, dapat cahaya matahari.

Anyway, cepat matang pula bermakna dagingnya kurang urat (nerves), dan kurang urat menjadikan daging bertambah lembut dan sedap. Dan British breeders tahu fungsi lemak – lemak memberikan rasa kepada daging. Bila cepat matang (baka kecik cepat matanglah), daging berlemak lebih mudah dihasilkan (fatty meat).

Lean beef is not good, is not tasty. It is the fat that makes the beef keep for longer, can be matured longer, and give the taste. Kemampuan menghasilkan daging berlemak adalah penting dalam pemilihan baka pedaging bermutu tinggi – trait untuk rasa lah, bukannya trait untuk saiz.

So tuan tuan, kita ada 2 pilihanlah bila bela kambing pedaging ni, kalau kita ambil lesson di atas. Samada nak menuju kepada saiz, atau menuju kepada kesedapan daging. Selama ni kita disuruh pergi kepada kuantiti (saiz dan berat badan), tapi sebetulnya ada option untuk ke arah kualiti (kesedapan daging).

Terpulanglah.

Dan British beef adalah sangat popular di seluruh pasaran eropah, highly prized by various top chefs, for their more exquisite taste. Hmmm...

Salam.

Thursday, September 13, 2012

TRADISIONAL VS MODEN


1900 – populasi manusia 1 billion.

2012 – populasi manusia 7 billion.

Dalam sekurun sahaja, umat manusia berkembang pantas, sangat sangat pantas. Sebenarnya meletup. Tapi jangan risau bagi sesiapa yang mendokong fahaman malthus (and I am definitely not malthusian) , selepas ini pertambahan populasi manusia menjadi perlahan dan makin perlahan. Expected to stabilise at 10 billion.

Ledakan umat manusia dalam masa 100 tahun sahaja adalah disebabkan 2 advances (teknologi) – sanitation and modern medicine. Sanitation ni merujuk kepada sistem kumbahan najis (toilet lah) yang cekap justeru membolehkan pertumbuhan bandar bandar yang semakin padat, dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan penyakit dengan drastik. Bandar yang padat membolehkan lebih banyak ruang wujud untuk pertanian, so lebih banyak food supply. Bila wujud abundant food supply (food security), manusia lebih pantas membiak.

Modern medicine ni pula teknologi perubatan, spesifiknya vaksin dan antibiotik yang boleh dihasilkan dalam kuantiti besar. Jadi penyakit boleh dikawal dengan lebih berkesan. Actually sangat berkesan. Kadar kematian jatuh menjunam tak macam zaman dulu, dan purata jangka hayat manusia semakin meningkat.

Bukan ke food security penyumbang utama kepada population growth?

Well, food security adalah syarat utama untuk manusia membiak. Kalau makanan tak cukup (not secure) maka manusia tidak akan berfikir dan tidak mampu untuk membiak, sebaliknya sibuk mencari makanan dan menghabiskan sebahagian besar tenaga untuk mencari makanan. Tak dak energy allocation untuk membiak.

Syarat utama. Manusia membiak, tapi slow. Macam keretapi enjin wap. Peledak utama population growth adalah sanitasi dan ubat moden. Ada dua benda ni, dia jadi macam bullet train. Main point aku ialah penyakit (disease) yang banyak mengorbankan manusia. Sebaik sahaja ada sanitasi dan ubat moden(vaksin, antibiotik), banyak penyakit dapat dielakkan. Dan bila muncul penyakit dapat dikawal. Itu pasal umat manusia meletup populasinya.

Dan ini membawa aku kepada kambing dan usaha membiakkan mereka. Cara mana yang kita nak guna? Tradisional dan organik? Moden dan konvensional?

Kalau tradisional, tak berapalah nak guna ubatan zaman moden ni, macam antibiotik, vaksin, dan chemical dewormer. Lagi suka guna herbal, atau alamiah. Mana yang ekstrem sikit, dedak pun tak mahu guna. Manakala mana mana penternak yang suka style modern, tak kisah pun guna ubat canggih canggih ni.

Bagi aku, syarat utama adalah cukup makan (enough feed). Syarat utama yang mesti dipenuhi sebelum pembiakan kambing menjadi. Basic rule ni pun ramai yang tak lepas termasuk aku hehe. Lepas daripada tu, nak guna kaedah organik atau konvensional, terpulang.

Tetapi, berdasarkan pengalaman aku, food security + modern medicine = pembiakan kambing yang lebih pantas berbanding food security + traditional medicine. Jangan salah faham ye, dua dua pun membiak juga, tapi yang lebih pantas dan lower input adalah food security + modern medicine. Sepertimana yang terjadi kepada ledakan populasi manusia sekarang.
Marah pula geng geng jual ubat herba ni.

Rileklah, pada pandangan aku traditional medicine sesuai sangatlah untuk penternak kecil. Kambing 20 – 30 ekor bolehlah, cantiklah tu guna. Pasalnya food security takde masalah, so risk of disease kurang. Tapi bagi mereka yang nak ke peringkat seterusnya, seriously lebih prefer modern medicine. That will include me.

Dulu masa aku mula mula jadi pembiak kambing, biasalahkan, tinggi dan penuh idealisme. Organiklah, guna ubat kampunglah, tak nak guna dedaklah – memang tinggi traditionalism aku. Masa kambing sikit. Bila dah banyak, traditionalisme bertukar kepada modernisme.

Sebabnya antibiotic really works, concentrate also really works, and chemical dewormer really really works. My life is much more easier with them. My farm is easier to manage, and more productive.

Chemical dewormer and antibiotic are very powerful tools, and as always with power, it is easily abused. Yang ni aku nak caution, yang ni aku tak suka, yang ni aku nak elakkan dalam husbandry aku. Banyak penternak salah guna bila nampak keberkesanannya.

Cerita SpiderMan “with great power, comes great responsibility” - Peter Parker

Haa yang ni nak kena pandai. Bila power di tangan kita, mesti ada rasa tanggungjawab, jangan guna sesuka hati. Kejap kejap cucuk, asyik asyik cucuk, dah lah salah ubat plak tu. Memang abuse of power. Kena ada ilmulah, baru praktis kita ada keadilan, baru jadi seimbang, baru jadi low input husbandry.

Contohnya kambing makan tanggung. Bagi makan dedak dan rumput kaw kaw punya. Bulat bukan main kambingnya. Tapi inject ivermectin atau administer albendazole setiap 1 - 2 bulan. “Nak bagi kambing tambah bulat, gemuk berkilat kilat, biar orang yang datang jadi geram tengok” kata penternak x ni. Ni dah jadi abuse of power lah. Not a responsible breeder. Kambing makan tanggung apa pula nak bagi ubat cacing setiap 1 – 2 bulan. Setahun sekali dah cukup. Tak guna pun takpa.

Bila tak ada rasa tanggungjawab dalam menggunakan ubat moden ni, tu yang jadi widespread resistance. Dan salah satu sebab aku mengamalkan low input husbandry (selective deworming, antibiotic as necesssary, no milk replacer) adalah untuk mengelakkan kesan buruk penyalahgunaan ubat moden. Demi memanjangkan jangka hayat produktiviti ladang aku.

Ubat moden memang berkesan dalam mempercepatkan pertumbuhan populasi kambing, dan juga manusia.

Jangan salah guna.

Salam.

*Aku bukan hard core advocate ubat moden, sebab ada masanya aku guna ubat kampung dan ubat herba.

*Herbal dewormer (bawang putih, neem, wormwood, st john's wort, pinang, sirih, condensed tannin, etc) walau pun takde resistance risk, tapi protective period dia pendek sangat, tak macam chemical dewormer. Kena lebih banyak buat research. Maybe kena tubuhkan “Institut Parasit Ruminan Malaysia”...

Wednesday, September 12, 2012

MARDI KENA DIPECAHKAN


Aku lebih percaya dengan research and development berbanding pemberian subsidi atau pawah. Jauh lebih percaya walau pun R n D ni lambat nak nampak pulangannya. Gagal pun boleh. Tapi yang aku pasti ada rate of success dan itu berkait rapat dengan saiz peruntukan untuk R n D.

Lagi banyak dana dicurahkan, lagi banyak research boleh buat, lagi tinggi rate of success.

Bilamana masuk bab pertanian, institut penyelidikan yang tersohor kat tanah air kita ni ialah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia. Macam macam bidang pertanian diselidiknya termasuklah ternakan. Hampir semua jenis ternakan pula tu. Rumput (pastura) pun dia selidik. Makanan ternakan pun dia selidik. Terlalu banyak bidang, susah nak fokus.

Bila kita jadi F1 racing driver, kita kena ada absolute focus. Kena masuk dalam 'zen zone', di mana kita lupa semua benda kecuali apa yang kita tumpukan. Dan yang membezakan world champion dengan driver yang tak menang menang ialah sejauh mana dia terapung dalam zen zone. Lagi dalam zen zone, lagi dalam fokus, lagi tinggi kemungkinan nak berjaya.

Fokus. Dan fokus hanya boleh dicapai bila tenang, tak berserabut macam macam nak buat, macam macam nak fikir. MARDI sekarang terlalu banyak beban dan tanggungjawab, banyak sangat research, actually jadi slow, and slower, and slower.... Dah jatuh rate of success dia dalam bidang penyelidikan pertanian. Itulah persepsi aku sekarang (orang lain sama juga kot?)

Now, Veterinary Research Institute (VRI) milik JPV, dan aku tahu yang dia pun ada buat penyelidikan ternakan. Tapi aku rasa budget dia tak sebesar MARDI, dan tumpuannya lebih kepada penyakit penyakit ternakan. Yang buat tak bestnya, tertakluk kepada JPV federal. So tak cukup autoriti, tak cukup independence macam MARDI.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pun ada unit penyelidikan ternakan. Kat Keratong, tu kambing punya research. In fact MPOB juga ada Energy and Protein Centre, fasiliti penyelidikan makanan ternakan yang sangat advance, melebihi fasiliti MARDI aku rasa. Tapi underutilised, senyap je. Well, mungkin industri ayam je lah yang banyak terlibat kot. Takpa nanti aku check balik.

UPM, UM dan U U lain pun ada buat research kambing, cuma peruntukanlah tak sebesar MARDI, dan sekali lagi, tak cukup autoriti dan independence.

Hakikatnya, di malaysia apa yang aku nampak, rate of research dalam agriculture, kambing khasnya is way too slow. Rasa macam tengok siput babi panjat pokok serai belakang rumah aku. Berjam jam tengok siput babi tu jalan inci demi inci. Exciting betul.. ;)

Untuk itu aku propose suatu badan penyelidikan khas yang independent, atau Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik kat MARDI tu diasingkan, dinaik taraf ke Institut. Contohnya 'Institut Penyelidikan Kambing Malaysia', atau nak lagi best 'Institut Penyelidikan Kambing Hibrid Malaysia'. Pecahkan lagi kepada 'Institut Penyelidikan Makanan Ternakan Malaysia', atau 'Institut Kemajuan Pastura Malaysia'.

Bila buat macam ni, baru terbit fokus. Ada misi spesifik. Makanya lebih banyak mission specific research boleh dibuat, dan lebih tinggi rate of success, dan pastinya faster rate of research. Semua negara maju bidang agriculture buat macam tu. Contohnya China yang termaju industri padinya dalam dunia. Dia ada 'China National Hybrid Rice Research and Development Institute' – betul betul fokus kepada padi hibrid, tak dak benda lain.

Pasal tu rate of progress dalam research padi hibrid di sana jadi outstanding. Wujud absolute focus. Director General tak perlu jawab isu isu lain, jawab cerita padi hibrid dan perkembangannya sahaja. Kat MARDI sekarang, Ketua Pengarah kena jawab cerita ayam, lembu, kambing, kenaf, bunga raya, orkid, belacan, kerepek pisang, pkc pke... Pehh serabut serabut serabut....

Yaaa... MARDI should have a structural shake up to better develop our industry. Harapnya adalah policymaker yang dengar dengar dan setuju ngan idea aku ni. Boleh ke?

Salam.

Tuesday, September 11, 2012

HYBRID : IT'S THE ANSWER


1 + 1 = 2.3
1 + 1 = 2.5
1 + 1 = 3.0

Itulah hybrid vigor atau kesegaran kacukan. Bila satu tambah satu dia jadi lebih dari dua. Sama macam maksud sinergi. Wujud advantage yang tak disangka sangka. Sekiranya kacukan dibuat dengan betullah.

Sekarang cerita kat China pula. Itu hari US dan Cambodia. Ok. China buat masa ini mencapai tahap self sufficient dalam padi. Menakjubkan sebabnya ada 1.1 billion rakyat (20% penduduk bumi) dan tanah untuk padi ni cuma 7% daripada tanah boleh diairi dunia (arable land).

Maknanya dengan tanah subur yang terhad, China boleh memberi makanan asasi yang cukup kepada rakyatnya yang merupakan 1/5 penduduk bumi. Hasil menggunakan padi hibrid dan penyelidikan yang sangat 'intense' dalam bidang tersebut. China merupakan negara termaju dalam teknologi padi hibrid, no 1 dunia dalam pengggunaan dan pengeluaran padi hibrid, jauh terkehadapan meninggalkan semua negara termasuk negara negara maju.

Padi hibrid.

Padi kacukan.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan padi hidbrid ni ialah Yuan Longping. Dan Yuan Longping berhadapan dengan kesukaran demi kesukaran dalam usahanya membuat 'breakthrough' dalam penyelidikan padi hibrid. Hanya apabila beliau mengkacukkan dengan genetik tempatan, nenek moyang padi yang tumbuh meliar (wild ancestor), barulah projek hibrid beliau menjadi. Padi yang tinggi produktivitinya, yang tahan lasak dengan cuaca, penyakit dan masih mendatangkan hasil walau ditanam pada tanah kurang subur.

Kacukan dengan genetik yang tumbuh meliar.

Kacukan tempatan – local cross.

Yang mewujudkan hybrid vigor (kesegaran kacukan)

Dan ini naturally membawa aku kepada kambing. Boer yang dikenali sebagai premier meat breed pun adalah kacukan kambing susu european dengan kambing orang asli di afrika selatan. Boleh rujuk post aku sebelum ni 'asal usul boer: kenapa kita tak nampak?'.

Kacuk mengkacuk ini sebenarnya perkara biasa bagi nenek moyang kita. Menjadi amalan. Ni kira genetic engineering juga. Dah beribu ribu baka terhasil, baik untuk binatang ternakan, mahu pun tanaman. Macam macam fungsi, macam macam warna, macam macam sifat. Diversity enrichment, yang bukan sahaja memberikan kepelbagaian rasa dan kepuasan, tapi meningkatkan ketahanan spesis terhadap risiko kepupusan.

Spesis sama juga, cuma baka yang banyak berbeza. Dan Tuhan memberikan kebebasan kepada kita untuk merekabentuk baka baka menurut keperluan kita. Terserah. Baka baka baru akan senantiasa wujud. Berterusan.

Tapi ada satu yang constant. Semua baka baka ini tertakluk kepada iklim masing masing. Tidak ada satu baka pun yang boleh claim dia lah yang terbaik dalam dunia, sesuai untuk semua zon iklim. Ada limitation juga lah. Sebab itu kalau ada penternak yang cakap, baka boer adalah baka pedaging terbaik dunia, atau baka shami adalah baka susu terbaik dunia, dia tidak berpegang kepada tali yang kukuh. Belum nampak yang tersirat, hanya nampak yang tersurat. Belum faham peranan cuaca, tanah dan fisiologi ruminan sepenuhnya.

Boer pedaging terbaik zon panas dan kering (arid)? Possibly. Shami baka susu terbaik zon empat musim (temperate)? Possibly.

Dan untuk menghasilkan baka yang terbaik bagi sesuatu zon iklim, nak tak nak kena masukkan (kacuk) genetik tempatan. That is the way forward. Baru dapat produktiviti yang memuaskan. Baru dapat kesegaran kacukan. Baru dapat extra enhancement yang tak disangka sangka. Baru dapat sinergi.

Itulah yang dibuat Yuan Longping. Itulah yang dibuat oleh pengasas baka boer. Itulah yang dibuat oleh nenek moyang kita yang arif dalam ternakan dan tanaman.

Kenapa kita dok berpusing pusing tak nampak? Tak dapat menilai treasure depan mata kita? Tak sedar akan kehebatan darah dalam tubuh sendiri?

Hybrid, and its vigor.

Kacukan, dan kesegarannya.

Dengan darah kita, itulah jawapannya untuk bergerak ke arah self sufficiency.

Boleh dapat 1+1 = 3.

Darah kita yang terbaik untuk tanah dan cuaca kita! 

Sunday, September 9, 2012

FOOD SECURITY : THE ELITE'S INSANITY


Hunger is the best sauce in the world”
- Don Quixote (bukannya Don Jenal, penternak kambing muda di kuala ketil, kedah ;)

Ayat cantik. Tapi aku pasti tiada manusia yang rela hati melalui kelaparan, apalagi mereka yang ada anak anak kecil. Memang tertekan perasaan kalau tengok budak budak yang kelaparan, kurus melidi sampai tak mampu menghalau lalat yang menghurung di bibir.

Sekarang US mengalami kemarau yang teruk. Ekonomi pun teruk, Debt:GDP pada 3:1 (Malaysia 0.52:1 - dah hampiri siling), unemployment 17 -18% (ke dah lebih?). Maknanya pengeluaran makanan terjejas dan banyak yang takde kerja.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika, 17 juta rakyat Amerika daripada 320 juta populasi, mengalami situasi 'low food security' pada tahun sudah. 2011 lah. Maknanya 17 juta rakyat yang merupakan 5.5% penduduk Amerika tidak boleh makan dalam sehari kerana tak cukup duit.

Tak boleh makan dalam sehari. Selang sehari makan. Laaagi teruk daripada puasa Ramadhan. 17 juta rakyat yang makan selang sehari. Bukan tahap miskin dah ni, dah jadi fakir. Dalam negara yang menjadi pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia.

Itu tahun sudah. Tahun ni rakyat Amerika yang mendaftar masuk Food Stamp, program anti kelaparan utama Amerika, mencapai 46.7 juta pada bulan Jun baru baru ini. Rekod tertinggi dalam sejarah Amerika.

Kerajaan Amerika adalah gila kerana membenarkan perkara ini terjadi. Amerika adalah negara pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia, negara yang termaju teknologinya, dan negara yang terkuat kuasa tenteranya, dan dalam masa yang sama membenarkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran.

Insane, bukan tahap bengong dah ni. Sama je macam Korea Utara. Belanjawan perang tinggi menggunung boleh pula disokong – malah ditambah tambah, tapi belanjawan asasi untuk rakyat marhain, rakyat bawahan dibiarkan – malah nak dipotong potong.

Dan kalau Parti Republikan menang pilihanraya kali ini, Amerika akan menjadi semakin gila. Mitt Romney dan Paul Ryan hanya memikirkan kebajikan kelas atasan, dan meminggirkan tanpa belas kasihan akan kelas bawahan. Pengecualian cukai (tax break) yang tinggi bagi orang orang kaya, dan pemotongan peruntukan bantuan – makanan, perubatan, perumahan – yang lebih lebih tinggi ke atas rakyat bawahan.

Yang kaya dibantu, yang miskin dibunuh.

Tuhan pasti akan turunkan malapetaka bila ini berterusan.

Sebenarnya tuan tuan, kerajaan yang adil akan memastikan food security kepada setiap rakyatnya. Barulah betul betul menjadi masyarakat makmur. JANGAN sekali kali kata kita tak boleh buat. JANGAN sekali kali kita kata bantuan makanan, perubatan dan perumahan kepada rakyat yang kesusahan memakan belanja yang sangat tinggi. Jangan sekali kali kita kata peruntukan bantuan ini sepatutnya lebih baik digunakan untuk program pembangunan yang lebih bermanfaat.

Sebabnya kita boleh buat.

Sekarang ni yang aku nampak masalahnya ialah bila makanan asasi (bijirinlah) dieksport tanpa kawalan. Contohnya US ni yang menjadi pengeluar dan pengeksport gandum dan jagung terbesar dunia. Walaupun diserang kemarau yang terburuk, namun US masih ada lebihan pengeluaran. Maknanya untuk penggunaan domestik, atau rakyat tempatan, lebih dari cukuplah.

Tapi dia bantai eksport juga, sebab boleh dapat lebih banyak duit. Kalau eksport dihentikan sementara, biar rakyat tempatan yang makan, tu diaa, terus jatuh harga makanan asasi tempatan – roti. Maka lebih banyaklah rakyat kelas bawahan mampu membeli makanan, takdelah sampai ke situasi sekarang.

Pasaran makanan asasi mesti ada heavy intervention (campurtangan, dan campurkaki) daripada kerajaan. Tidak boleh dibiarkan beroperasi secara free market – harga pasaran ditentukan supply dan demand. Udah le production makanan asasi ni banyak disubsidi, tapi manfaatnya pergi ke pihak yang salah. Karut betul. Memang Zionis.

Kerajaan mesti kawal aliran makanan asasi (control flow of basic food), apalagi ketika pengeluarannya terjejas samada disebabkan cuaca, penyakit, perang dsb. Bukannya susah sangat kan? Tapi itulah bilamana production makanan asasi dikuasai syarikat gergasi yang mempunyai kuasa melobi yang melampau, politicians boleh dibeli, jadi polisi makanan negara boleh dibentuk oleh tangan tangan tamak ini.

Dan aku nampak US dah gagal dalam menjaga kebajikan rakyatnya, gagal dalam perkara yang sangat asas iaitu food security kepada rakyat kelas bawah. Pentadbiran US memandang ringan perkara ini, maklumlah golongan fakir miskin yang tak sekuat mana impak politiknya. Tapi sepertimana sejarah senantiasa berulang, semua kerajaan yang tumbang semenjak Adam diturunkan, bermula dengan memandang ringan kebajikan rakyat yang paling lemah.

Bilamana survival of strongest diutamakan lebih daripada survival of weakest, bermulalah saat kejatuhan tamadun.

Yaa bilamana yang kaya dibantu dan dibantu, dan yang fakir miskin dipinggir dan ditindas, empayar terkuat dan terkaya pun akan runtuh.

Pasti.

Salam. 

Thursday, September 6, 2012

CALCIUM : PHOSPORUS (Ca:P)


Duduk di KL meningkatkan risiko urinary calculi (batu karang), atau penyakit susah kencing. Bayangkan, pagi pagi nak pergi kerja dah banyak traffic jam berkiloooometer. Balik kerja pun sama, traffic jam berkiloooometer. Kita terpaksa duduk dalam kereta berjam jam menahan kencing. Dan ini pastinya mengundang masalah kesihatan bila amalan menahan kencing ini berterusan.

Nasib baik aku berumah sebelah kandang kambing aku. Tiada langsung traffic jam bila nak ke tempat kerja. Dan persekitaran aku dikelilingi pokok pokok sawit yang menjadi tempat 'convenient' untuk membuang air kecil. Bukan sahaja aku tak perlu bayar sesen bila menyahut seruan alam, aku juga berpeluang memberi kata kata perangsang kepada pokok sawit yang menerima input pertanian aku.

Yaa duduk di ladang memberi aku peluang untuk lebih mesra alam, lebih dekat dengan nature. Aku tak pernah nampak orang bandar berinteraksi dengan toilet mereka. Semua pakat buang cepat cepat. I wonder where all those urea rich, sterilized water goes? Hmmm... Kalau kat tempat aku, memang aku tahulah ke mana perginya. Jelas memanfaatkan alam sekitar.

Well, duduk di ladang bukan sahaja menjaga kesihatan organ perkumuhan aku, tapi juga melestarikan alam, dan memelihara aku punya kesihatan emosi. This is what we called symbiotic relationship, well, sort of....

Ok. Cerita pasal urinary calculi, atau batu karang yang biasanya terjadi pada kambing jantan. Batu karang ni boleh menyebabkan kambing jantan mati, so membawa kerugian. Apalagi kalau pejantan yang mahal mahal, macam yang terjadi kat aku dulu. Jadi kita kena 'guard', berhati hati dengan penyakit ini.

Stres berpanjangan, atau stress mengejut yang 'severe' boleh menyebabkan batu karang pada kambing. Ini kerana ketika dalam keadaan stres, keseimbangan kalsium : fosforus dalam darah boleh lari. Lari jauh.

Bila tahap fosforus tinggi dalam darah (stress hormones can induce this), kalsium dalam darah akan digunakan untuk mengembalikan keseimbangan Ca : P. Kalau tak cukup kalsium, badan akan tarik kalsium dalam tulang. Bila kalsium dalam darah tinggi, ada yang akan didepositkan ke dinding salur darah, dan mula mem'block' salur darah tersebut, terutamanya di ginjal dan pundi kencing. Bermulalah pembinaan calcium deposit yang akhirnya menjadi batu karang.

Bukan sahaja stress, tapi nutrisi juga memainkan peranan dalam pembentukan batu karang ni. In fact, nutrition especially bila kita kuat guna dedak, lebih berisiko membentuk batu karang berbanding stress.

Rumput atau dedaun biasanya memiliki nisbah Ca : P pada 6:1 hingga 20:1. Maknanya makanan semulajadi kambing ni memang tinggi nisbah kalsiumnya berbanding fosforus. Jadi kambing yang total diet dia rumput, tiada risiko urinary calculi, melainkan under stress. Tetapi dedak, atau konsentrat, biasanya fosforus pula yang tinggi berbanding kalsium. Terbalik dengan rumput. Memang meningkatkan risiko batu karang.

Semua jenis dedak dan konsentrat, samada bijirin atau bukan bijirin, samada kering atau basah, menghadapi masalah nisbah Ca : P yang tidak seimbang`. Semua jenis melainkan soyahull. Maknanya dedak yang kita gunakan mestilah dirawat dulu, dipastikan Ca : P pada tahap sekurang kurangnya 2:1.

Sekurang kurangnya 2:1.

Pasal tu aku tak galakkan kita buat sendiri dedak untuk kambing kita. Banyak aspek nutrition dan protokol yang mesti kita tahu dan lalui sebelum boleh menghasilkan makanan yang sesuai untuk kambing kita. Bukan senang nak menghasilkan makanan yang boleh memberikan prestasi terbaik untuk jangka panjang, bertahun tahun, tanpa memudaratkan.

Makanan penggemuk senang, boleh bantai aje macam macam, pasalnya sekejap je. 2 – 3 bulan, tak seimbang pun takpe. Bukan senang oo buat sendiri, banyak kena ambik tahu. Pearson Square, nisbah makromineral dan mikromineral, vitamin itu ini, New York Times Square, Tahrir Square... pehhh berpusing kepala otak.

Jangan buang masa atau ambil risiko bereksperimen masa kita baru menternak, copy dan fotostat aje kaedah yang dah established dan terbukti. Banyak sumber kita akan terbuang (masa, tenaga, duit) bila kita nak buat macam macam masa mula menternak. Kalau dah fokus nak breed kambing, fokus betul betul kat situ. Beli aje makanan ternakan yang certified dan sudah lama digunakan. Serahkan pembuatan makanan ternakan kepada mereka yang lebih expert.

Besok dah stabil, boleh afford kegagalan dalam eksperimen, bolehlah try macam macam.

Anyway, cerita balik Ca : P ni. Kadang kadang calcium deposit ni takdelah betul betul block salur pundi kencing atau ginjal, dia boleh juga block sikit je. Tapi yang block sikit ni membawa kepada luka dalam salur darah, jadi infection dan inflammation. Boleh berdarah darah memancut mancut kencing kambing tu. Aku pernah kena dan aku bagi antibiotik, kambing tu oklah.

Kalau serius punya block, memang nasib tak baik. Boleh try ubat tabib cina, pasal kawan aku ada try dan berkesan juga. Lebih baik kita elakkan daripada berlaku, samada guna dedak terawat atau kita tambah ammonium …...... (amende plak ni, aku dah lupa, ammonium nitrat kot, kena check balik – tanya vet lah lagi senang) ke dalam diet kambing kita yang biasa makan dedak.

Kalau makan rumput aje, tak payahlah susah susah cari calcium supplement atau risaukan nisbah Ca : P ni. Yang kita risau, kambing jantan yang makan dedak atau pun sedang stress. So hati hati tuan tuan.

Salam.

*Coca cola tinggi fosforus. Dia tarik kalsium dalam tulang. Memang tulang cepat reput. Daripada kita sibuk nak ambil makanan high calcium, lebih baik kita cut down makanan dan minuman yang high phosporus. Itu lebih baik.

Nenek moyang kita calcium intake average 800mg je sehari. Tapi zaman moden kita ni, iklan susu sana sini sibuk sarankan minimum requirement 1200mg ke 1800mg sehari. Very misleading!

Wednesday, September 5, 2012

DAGING BERLEMAK? ITULAH YANG SEDAP!


Menyuap makanan kepada seorang bayi berumur 10 bulan yang fidgety adalah antara tugas yang sangat mencabar bagi seorang lelaki (bagi aku je kot?). Ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi melebihi kesabaran Nelson Mandela ketika dipenjarakan puluhan tahun dan memerlukan kemahiran yang sangat tinggi melebihi kemahiran Lionel Messi menimang bola 10,000 kali non stop.

Oleh kerana maha beratnya tugas yang dihadapi, aku selalu menyuap makanan baby aku ke dalam mulut aku sendiri sambil menyuap dia demi mempercepatkan tugas aku. Dan aku buat ketika bini aku tak pandang, ketika dia sibuk membasuh pinggan.

Hasil kekerapan mematuhi polisi curi-curi-makanan-anak-ketika-bini-tak-pandang, aku memasuki fasa awal obesiti. Aku sekarang memiliki badan yang terberat dalam sejarah hidup aku, dan berkemungkinan sangat cerah untuk terus bertambah berat. Lebihan lemak ini malangnya tidak terkumpul sekata, semuanya bertumpu kat perut aku. Kat pinggang, dan lemak yang berkumpul di sekeliling pinggang adalah lemak visceral.

Lemak visceral adalah lemak yang tak elok, kerana ianya terbukti meningkatkan risiko kesihatan. Jauh lebih berisiko berbanding disahkan mengalami kolesterol tinggi dalam darah. Jangan risau sangat bila ujian darah menunjukkan kolesterol tinggi, tapi lebih risau bila lemak semakin bertambah di pinggang.

Dan ini menyebabkan aku masuk bab fat distribution (pengagihan lemak) dalam kambing. Macamana kita nak pastikan lemak berkumpul di tempat yang betul, yang membuatkan daging kambing kita makin sedap, makin juicy.

Aku cerita pasal kambing jantan yang cerai susu, tak cerita pasal kambing lain.

Kebanyakan penternak kambing bila sampai fasa penggemukan jantan cerai susu, menumpukan fokus pada menambahkan berat hidup. Ini lebih senang, lebih kacang berbanding meningkatkan kualiti karkas, spesifiknya pengagihan lemak pada tempat yang betul.

Sebelum itu, kita kena tahu yang prinsip asas biologi ialah lemak memberikan rasa pada daging. Kehadiran lemak membolehkan manusia membezakan antara daging lembu, daging kambing, ikan atau ayam. Kalaulah lemak ni takde, memang semua daging rasa sama je, tak dapat nak bezakan.

Dahlah rasa sama, tak kenyang pula tu. Dan kalau selalu makan daging tanpa lemak hari hari, kita boleh dapat cirit birit yang teruk, dan ada kes kematian. Jadi sebenarnya lemak ni bukanlah membahayakan, tetapi ianya nourishing sebagaimana nenek moyang kita telah buktikan.

Ok. Bagi livestock breeder yang enlightened, dia akan fokus pada kualiti karkas kerana inilah yang memberi nilai tambah, extra edge kepada produknya. Jangka panjang strategi ini akan membina reputasi, membantu dalam memanjangkan jangka hayat bisnes kita. Tumpuan pada kualiti pasti membuahkan hasil yang lebih baik berbanding sibuk memikirkan kuantiti.

Daging lembu ada sifat marbling, tapi kambing tak dak. Tak kisahlah, yang penting di sini ialah bagaimana meningkatkan kuantiti lemak dalam daging (intramuscular) bukannya meningkatkan lemak di luar daging atau bawah kulit.

Penggemukan membantu kita mencapai objektif ini dengan lebih cepat, dan ada baaanyak 'tweak' atau teknik dalam bab ini. Aku tak boleh nak sentuh semua pasal panjang sangat nanti. Sikit sikit je.

Biasanya tempoh optima bagi penggemukan adalah 3 bulan bagi kambing. Baru dia betul betul cantik nisbah daging – lemak – tulang, betul betul lemak terkumpul dalam daging, betul betul lembut dan juicy. Hampir menyamai sifat daging anak kambing yang masih menyusu, tapi itu cerita lain.

Sebaik baiknya gunakan grain atau bijirin – gandum, jagung, barli, padi etc sebagai ramuan utama fasa penggemukan ni. Sebabnya karbohidrat lebih mudah menjadi lemak dalam daging dan membantu dalam mengembangkan sel daging supaya lebih banyak lemak dapat dimasukkan.

Protein tak sepenting karbohidrat dalam fasa penggemukan. Protein ni prioriti masa tumbesaran anak, induk menyusukan dan pejantan masa dia sibuk kahwin. Karbohidrat memang mempunyai kualiti menggemukkan yang lebih baik daripada protein, lemak, dan gula ringkas.

Gula ringkas ni maksud aku molasses lah. Molasses memang boleh buat kambing cepat betul naik berat badannya. Aku pernah tengok kambing jantan boer yang diberi makan dedak lebih 2 kilo sehari dicampur molasses sebaldi besar, naik berat badannya 12 kilo sebulan. Pehh.. bulat tak ingat.. Tapi lemak bawah kulitlah/luar daging yang banyak jadi, dah salah target distribution.

Gula ringkas ni sifatnya mempercepatkan pengumpulan lemak luar daging. Molasses ni sikit sikit oklah, jangan excessive. Aku sendiri pun tak pernah guna molasses. Kambing aku pun tak suka, ntah kenapa.

Itu gula ringkas. Kalau lemak dan protein pula, sifat diorang ni lambat menggemukkan sebenarnya. Tak berapa efficient dalam bab menggemukkan sel daging. Jadi kalau kita guna pkc/pke semata mata campur ngan molasses sebagai diet penggemuk, memang total disaster. Dari segi fat distribution lah. Gemuk gemuklah tak ingat punya gemuk, tapi tak sampai lah tujuan karkas berkualiti.

Itu dari segi nutrition. Kalau kambing kita happy (gembira), itu pun membawa perbezaan besar dari segi rasa dan kualiti daging. Mamalia ni sentiasa merembeskan hormon mengikut moodnya. Kalau mood baik, hormon jenis ni yang banyak dirembeskan. Kalau mood tak baik, hormon jenis lain pula yang berkitar dalam darah.

Kambing yang happy lebih mudah mengumpul lemak dalam daging, dan urat urat dagingnya lebih lembut. Kambing yang tak happy, susah nak kumpul lemak dalam daging, pasalnya banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi side effects depression. Urat urat daging pun keras. Memang terbukti pasal kajian menemukan kaitan antara kegembiraan dan pembuluh darah yang lembut dan fleksibel, manakala kemarahan dan kesedihan menyebabkan pembuluh darah mengeras dan mudah plak terkumpul – senang kena darah tinggi, strok, sakit jantung etc.

So bagi aku cara yang terbaik buat kambing happy ialah dengan membenarkan dia turun ke bawah kandang merayau rayau sepertimana tabienya. Dari segi teori, aku sepatutnya rugilah dari segi kenaikan berat badan sebab kambing banyak guna tenaga merayau rayau cari makan rumput. Buang tenaga, penat aje kasi dedak.

Tapi realitinya, yang aku perhatikan kambing aku lagi cepat gemuk pasal nampak lagi happy. Rumput pun aku tak yah cari, dah jimat kos, masa dan tenaga. Aku ada try juga, bagi kambing kambing jantan fasa penggemukan ni duduk je dalam kandang, tapi tak berapa cantiklah sepertimana bila aku bagi peluang diorang ni turun ke bawah. Lagi pun banyak customer aku prefer kambing lepas, tak berapa ngan kambing makan tanggung 100%.

Aku pun pelik gak sebenarnya, macamana pula kambing lepas lagi cepat gemuk dari kambing makan tanggung. Tapi aku rasa kan, bila kambing happy, dia merembeskan lebih sikit kuantiti growth hormone ke dalam darah. Termasuklah anabolic hormones yang mempercepatkan pengembangan sel daging.

Yaa kambing yang dapat exercise, sel dagingnya akan mengembang lebih lama dan lebih besar. Macam atlet juga. Bila sel daging besar, lebih banyak lemak dapat disimpan ke dalam sel. Daging pun lebih sedap, lebih banyak jus.

Tapikan, aku jarang penggemukan sampai 3 bulan. Baru sebulan setengah, dua bulan banyak kambing kambing jantan ni aku jual kerana demand yang sangat tinggi. Kalau kambing jantan tu tak sampai sebulan dalam fasa penggemukan, aku takkan jual – rugi siot.

Anyway, penggemukan ni sebenarnya lebih senang berbanding pembiakan. Bukan susah nak gemukkan kambing ye tak? Banyak penternak boleh buat, macam macam jenis feed boleh guna. Tapi bab membiakkan ni ramai yang tak lepas. Nak kena ada considerable skill and determination, baru boleh jadi pembiak.

Oklah tuan tuan, konklusi yang aku boleh buat ialah daging yang berlemak (dalam daging) adalah daging yang lebih sedap, dan lebih nourishing. Kita sebagai penternak kena ambil tahu macam mana nak menghasilkan karkas yang lebih berkualiti, dan daging yang lebih sedap. Kena tahu macam mana fat distribution yang terbaik.

Salam.

Monday, September 3, 2012

ITS NOT FAILURE, ITS FREEDOM!!


Memang aneh dan takjub bila aku melihat industri ternakan kambing. Saat di mana multi national corporations (MNCs) berjaya menguasai hampir semua bidang pertanian – bijirin, sayuran, ikan, ayam, susu, dan lembu pedaging : sampai industri kambing semuanya gagal. Semua MNCs ni tumbang dengan bergaya.

Bilamana entiti korporat besar besar ni mengumumkan mission statement diorang untuk mengusasai sebahagian besar share pasaran kambing, memang gah, memang risau kita penternak kecil ni dengar. Hakikatnya semua MNCs ni akan pulang senyap senyap dengan hidung berdarah, mengibarkan bendera putih.

Bukan di Malaysia sahaja, tapi semua tempat dalam dunia. Semua zon cuaca dalam bumi.

Dari generasi pertama anak Adam hinggalah generasi terkini.

Industri ternakan kambing tidak pernah dikuasai, tidak pernah dimonopoli, tidak pernah wujud international scale commercial farm, tidak pernah ditakluki mana mana entiti walau pun bersenjatakan modal yang sangat besar.

The Jews and the Zionists and their allies fail, and always fail to exert their control over market for goats – meat goats, no matter how hard they try, no matter how long they try.

Thank God.

Baguslah macam tu kan? Sekarang aku dah faham kenapa Nabi kata akhir zaman nanti, tinggal penggembala kambing je yang betul betul bebas jiwanya, fikirannya, tindakannya. A true free man.

Kegagalan MNCs ni yang banyak dimiliki Yahudi untuk menguasai industri kambing adalah satu berita yang sangat baik. Jangan anggap ketidakwujudan entiti korporat besar besar atau massive commercial farm dalam industri kambing sebagai suatu petanda kegagalan, sebaliknya ia adalah petanda yang sangat baik untuk kita penternak kecil dan sederhana. Kita bebas, dan kebebasan kita terpelihara.

Its not a sign of failure, it is a sign of freedom!

Bukan sahaja dalam production, tapi juga bab distribution. Tiada entiti yang benar benar berpengaruh untuk menguasai, speculate, and to profit immensely through manipulation dalam industri kambing ni.

Bagus sebenarnya bila takde syarikat besar besar ni. Takdelah elite player. Semuanya small and medium player. Middle class. Barulah betul betul open market, free market. Tak macam kebanyakan industri lain yang banyak syarikat besar.

Tengok betapa kelam kabut, sengsaranya umat manusia zaman ni bilamana kita hilang kebebasan dalam food supply and production, bilamana syarikat besar yang takeover. Patutnya dengan teknologi yang available bagi umat manusia sekarang, dah terlebih lebih makanan walau pun 7 billion, walau pun 15 billion.

Dalam polisi penghasilan makanan yang bijak, sepatutnya mengurangkan keterlibatan syarikat syarikat dengan modal besar. Sebaliknya menggalakkan, memudahkan entry numerous small players dengan small capital.

That is the way forward, if we want to maintain our freedom.

Yes it is.

Let us be free, let us be a goatboy.

Salam.

Sunday, September 2, 2012

SUBSIDI UNTUK PENTERNAK : PERLUKAH?


Kali ni macam serius sangat bunyinya, macam panjang je apa aku nak tulis. Tapi sebenarnya aku nak sentuh sekejap je. Belum masuk mood nak tulis panjang panjang.

Historically in all corners of the world, dari zaman qabil dan habil hinggalah zaman sekarang, golongan pastoralist (penternak) tidak mendapat banyak bantuan sepertimana golongan farmers (petani). Perasan tak?

Dan bagi golongan penternak, yang paling kurang bantuan adalah golongan meat breeders – cattle and goat. Paling paling paling kurang bantuan? Small scale herders – yang buat extensif atau semi intensive atau jenis gembala. Penternak yang buat susu dapat lebih banyak bantuan. Tak kisahlah apa bentuk bantuan pun. Panggil je lah subsidi.

Walau pun meat breeders paling kurang mendapat bantuan, tetapi kalau kita sorot dengan teliti halus halus, dunia meat breeders tak sebanyak kontroversi dunia milk producers dan farmers – hasil tuaian yang tak menentu, penyakit yang serius, cuaca yang ekstrem, harga yang sangat depressed hingga boleh buang ke longkang.

Kerana paling kurang mendapat subsidilah, golongan meat breeders adalah antara golongan manusia yang betul betul freedom, terpelihara kemerdekaan dan kebebasan jiwa, fikiran dan rezekinya. Bebas daripada tunduk kepada kemahuan orang lain, bebas daripada bergantung kepada manusia lain.

Sebab itu samua nabi dan rasul adalah gembala kambing. Fikiran mereka bebas, jiwa mereka bebas, tindakan mereka bebas. Bila bebas daripada pengaruh orang lain, baru boleh berkhidmat untuk Tuhan.

Subsidi ni mencipta kebergantungan. Menghilangkan kebebasan. Bergantung kepada pemberi subsidi, terpaksa menurut kemahuan mereka walau pun kita tak bersetuju. Dan membuka ruang yang sangat luas kepada corruption, amalan rasuah. Betul tak?

Aku perhatikan, golongan yang paling lantang meminta subsidi adalah golongan yang belum stabil, terumbang ambing survival bisnesnya. Tak kisahlah buat sistem apa pun, baik semi intensif mahu pun intensif, baik breeder mahu pun trader. Bila kita dalam situasi nak survive, antara hidup dan mati, kita lebih bersedia untuk trade in kita punya freedom kepada kebergantungan.

Kena fikir dalam dalam ni.

Sebenarnya kita ada satu mekanisme. Nabi dah kata satu ekor kambing harganya satu dinar emas. Dan emas adalah kestabilan, a very good store of value – but not for investment. Sekarang ni satu dinar emas sama harga dengan rm800 kan? Lebih kuranglah, aku pun tak check. Dan kambing ni biasanya commercially viable pada berat 35kg – nisbah daging : tulang adalah optimal. Maknanya 800/25 = 22 ke 23. So harga kambing yang adil sekarang adalah rm22 atau rm23 per kilo berat hidup.

Fair trade. Pada harga ni, meat breeders boleh cover cost walaupun input tinggi. Ada decent profit. Tak perlu subsidi.

Kebanyakan produk farmers dan milk producers menggunakan harga siling, which forced them to rely on subsidy. Dan banyak pelanggan, client atau customer kepada farmers dan milk producers ni adalah syarikat besar, maknanya syarikat besar besar ni ada upper hand atau boleh cekik leher dalam negotiation.

Situasi pasaran meat breeders, especially kambing, pasaran kita takde sapa yang monopoli, perasan tak? Fikir betul betul, ada tak? Ada ke mana mana entiti yang cukup berkuasa untuk menguasai market kita, boleh dictate harga sorang sorang dia?

Historically, semua tempat dalam dunia dari dulu sampai sekarang, macam tu lah pasaran bagi pembiak kambing. Which is unique. Sangat unik sebenarnya. Bebas. Betul betul free market, laissez fare.

Kita tak perlu campur tangan kerajaan, kita tak perlukan subsidi.

Adalah lebih baik dana untuk subsidi diperuntukkan kepada research and development. Lebih membuahkan hasil. Itulah pandangan aku, walau pun pandangan aku ni tak menguntungkan aku, and inviting fire from various quarters.

Sebenarnya isu ni contentious, panas, dan aku tahu mesti ada yang langsung tak setuju ngan aku. Aku harap ada satu kajian historical analysis yang komprehensif berkaitan pemberian subsidi ni. Samada betul betul bermanfaat atau sebaliknya.

Dan kalau kita betul betul nakkan subsidi juga, kita kena bersedialah untuk hilang kebebasan kita.

No more freedom to think, no more freedom to act, no more freedom for the soul.

No more Sunnah Nabi.

Hilang.

Input tuan tuan?

Saturday, September 1, 2012

MILLIONAIRE VS FINANCIAL FREEDOM


Salah satu objektif aku masa mula mula terjun bidang kambing ialah mencapai status financial freedom (bebas kewangan). Atau pun financially independent. Jutawan bukan target aku, baik dalam masa 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun atau 15 tahun. Sasaran menjadi jutawan ternak tidak mendatangkan sebarang makna besar dalam kehidupan. Bagi akulah.

Menjadi jutawan taklah sesusah yang disangka – buat baik dengan orang bank, proposal cantik cantik, mohon pinjaman 3F sebanyak 2 – 3 juta. Lulus pinjaman jadilah jutawan. Tapi hutang banyaklah. Jutawan juga, jutawan hutang.

Dan banyak kali aku jumpa penternak sebegini. Menternak hanya sebagai alasan mendapatkan dana. Dapat dana dia pun lesap, projek ternakan pun ntah ke mana.

Bagi aku lebih baik mengejar status financial freedom – membebaskan diri dari hutang, menghasilkan aset yang berterusan menjana duit, bebas untuk berfikir, bebas untuk bertindak tanpa tunduk kepada arahan sesiapa, dan mempunyai masa dengan keluarga.

Kalau sibuk sangat kejar duit juta juta, untuk puaskan hati siapa sebenarnya ye?

Jujurnya aku sekarang masih terbatuk batuk dalam mengejar status financial freedom. Biasanya sebarang jenis usaha bisnes yang reputable akan mengambil masa antara 5 – 7 tahun to be financially stable dan mendapatkan full return on capital invested. Ada juga yang 10 tahun. Normal lah tu. Kalau cepat sangat capital recovery, alamat 'baik' punya jatuhlah bisnes tu tak lama lagi.

Lebih baik ikut jalan 'organic growth' – macam pokok balak, lambat tumbuh tapi hidup lama.

Tapi kan aku banyak sangat buat silap, kerap kali tersadung hasil diajar ilmu yang salah oleh importer dan trader, dipijak kepala sekuat hati agar lemas ketika kambing dibeli trader trader ni, dan ditikam dari belakang hasil polisi pejabat haiwan yang mengarut.

Nasib baik aku bernafas lagi. Selain dari itu, aku juga terpaksa expand kandang setiap 2 tahun kerana populasi kambing yang bertambah. Which is very capital intensive and very draining on me. Memang tersedak tercekik aku dibuatnya.

Tapi sekarang aku putuskan untuk stop expansion program. So capital reinvestment program dah tak perlu – membebaskan lebih banyak wang ke dalam aliran tunai aku. So hopefully I am on track to achieve financial freedom.

Aku punya bank loan pun tinggal satu instalment je lagi. Dah habih loan ni, legalah. Free of debt, semakin hampir dengan status financial freedom. Tapikan menurut undang undang bisnes yang aku belajar kat u dulu, bisnes ni elok ada hutang gak pada kadar yang optima. Ntah lah, bisnes besar besar taraf berhad boleh la kot, kalau kecik macam aku ni, buat serabut aje hutang hutang ni. Kena buka buku kaji balik ni.

Oklah tuan tuan. Semoga kita semua dapat mencapai financial freedom. Bebas dari hutang, bebas untuk berfikir, bebas untuk bertindak.

A free man.

Not a slave.

Salam.