Monday, March 31, 2014

MISTERI KELAHIRAN

It can be 47%. It can be 53%. It can be somewhere in between. But in the long run, it will always be 50:50.

Always.

Misteri sungguh.
_________________

Berdasarkan rekod kelahiran kambing di ladang aku, dan aku buat natural mating, ada tahun tahun tertentu di mana anak betina adalah 53% daripada jumlah kelahiran (47% lagi jantan). Ada juga tahun dimana anak jantan membentuk 53% daripada jumlah kelahiran (47% lagi anak betina).

Ada juga tahun dimana peratusannya 49-51, atau 48-52.

Apa pun peratusannya, adalah jelas aku perhatikan:

47% adalah minimum.
53% adalah maksimum.
Jangka masa panjang, atau aggregat, pasti dan pasti 50:50.
___________________

Cerapan aku bukan terpakai untuk ladang kambing aku sahaja, tetapi rupa rupanya cerapan yang sama didapati daripada kajian demographer, atau pengkaji populasi, ke atas semua mamalia.

Semua mamalia.

Setiap spesis mamalia akan bergerak ke arah 50:50 dalam jangka masa panjang walau apa pun yang terjadi ke atas spesis tersebut. Baik disebabkan malapetaka (kebuluran, bencana alam) atau polisi (preference untuk anak lelaki di China).
____________________

Aku juga perhatikan, tahun tahun dimana banyak kelahiran anak betina adalah tahun tahun awal aku bela kambing, dimana ketika itu aku belum cukup mahir membiak, dan kambing selalu tak cukup makan dan makan benda yang tak betul.

Sekarang, situasi terbalik dimana aku menerima lebih banyak kelahiran anak jantan berbanding betina. Ketika ini situasi pemakanan kambing dah stabil, dimana kambing dapat makan benda yang betul dan dalam kuantiti yang betul.

Kesimpulan mudahnya, banyak anak betina dilahirkan ketika wujud situasi 'underfeeding' atau 'undernutrition'. Dan lebih banyak anak jantan dilahirkan ketika situasi 'normalfeeding' atau 'overfeeding'.

Mengarut?

Tidak sama sekali. Para demographer yang mengkaji pertumbuhan populasi mamalia di padang rumput afrika juga menemukan kesimpulan serupa. Ketika musim kemarau, dimana makanan tidak cukup, lebih banyak anak betina dilahirkan. Ini kerana usaha mengandung, melahirkan, dan membesarkan anak betina tidak memerlukan jumlah tenaga yang besar sepertimana yang diperlukan untuk anak jantan. Para demographer juga berpendapat, 'survival mode of the species' diaktifkan ketika situasi underfeeding, dan 'survival mode of the species' prioritinya ialah pembiakan, dan pembiakan pastinya tertumpu pada anak betina.

Dalam situasi normal, dimana makanan cukup, bilangan anak jantan sekitar 51% ke 53%. Sememangnya anak jantan akan lebih dalam situasi ini, kerana jantan ada satu lagi tugas - bersaing sesama mereka untuk dapatkan hak mengawan, dan persaingan ini menyebabkan banyak anak jantan mati atau 'pencen'. Untuk menstabilkan nisbah spesis kepada 50:50, sebab itu lebih banyak anak jantan dilahirkan.

Berdasarkan input rakan penternak juga, mana mana yang kata banyak sangat anak betina dilahirkan, bila aku pergi melawat dan perhati program pemakanan kambing, memang wujud situasi 'underfeeding' - samada makanan memang kurang cukup, ataupun banyak makanan kurang betul untuk kambing.

Ok. Banyak kita boleh pikir berdasarkan cerita di atas. Dan aku juga ada terpikir, barangkali ini semua ada kaitan dengan kata kata Tuhan yang menjelaskan kepada kita semua, sesungguhnya setiap makhluk ciptaanNya dijadikan berpasang pasang.

That's why it's 50:50, in the long run, for any species.

Walau pun kita cuba campurtangan, dan ada kebolehan terhad, dalam menentukan jantan betina anak anak kita mahu pun ternakan kita.

Wallahualam.






Wednesday, March 19, 2014

IN VACCINATION WE TRUST..

In God we trust, and so do vaccination.

Suatu ketika dahulu, masa aku muda remaja, ketika aku sibuk memburu ilmu ilmu kesihatan yang dapat memulihkan masalah kesihatan yang aku alami, aku terpengaruh dengan pemikiran anti vaksinasi.

Geng anti vaksinasi kata program vaksinasi adalah tidak berkesan, merbahaya, dan ada juga yang percaya ada elemen konspirasi yahudi dalam program global vaksinasi.

Well, dulu aku percaya. Sekarang tidak.

La ni aku sokong program vaksinasi komprehensif, baik untuk manusia, dan juga haiwan ternakan. Sebagai sebahagian elemen penting dalam perubatan, vaksinasi sebenarnya banyak menyelamatkan nyawa dan hati yang menderita kerana kehilangan seseorang atau beban menjaga seseorang yang berpenyakit.

Vaksin bukan sahaja melindungi individu, tetapi juga melindungi masyarakat daripada serangan penyakit agresif yang melumpuhkan. Manfaatnya adalah jauh lebih besar berbanding kesan sampingannya.
________________________

Now, aku sokong vaksin ternakan. Aku menggalakkan kita semua buat program vaksinasi pada ternakan kita TERUTAMANYA kepada mana mana penternak yang buat breeding + trading dimana ternakannya selalu keluar masuk, atau ternakan kita kerap terserempak dengan ternakan milik orang lain masa dok meragut (kedua dua perkara ini meningkatkan risiko cross contamination), atau ternakan kita adalah bernilai tinggi (baka dan susu).

Apa yang aku perhatikan, vaksin adalah cemerlang dan paling kos efektif atau paling berbaloi sekiranya jumlah ternakan kita banyak, dan risiko cross contamination tinggi disebabkan mobiliti tinggi.

Kalau jenis yang pure meat breeder macam aku, dimana tiada keluar masuk ternakan, dan tiada isu gembalaan terserempak dengan lain lain ternakan (mobiliti rendah seterusnya risiko pencemaran silang pun rendah juga), maka vaksinasi .... tak berapa tinggi nilai perlindungannya.

Tu yang buat aku 'stuck in the middle'. Berbelah bahagi. Antara nak buat atau tak nak buat.
__________________________

Ada program vaksinasi yang ditanggung kosnya oleh Jabatan Veterinar. Tak silap aku vaksin sakit kuku dan mulut, dan.... apa lagi ye aku pun dah lupa.

Untuk negeri Perak, peruntukan setahun untuk program ubatan dan vaksin adalah lebih kurang $300,000. Cukup tak cukup untuk cover penternak lembu dan kambing seluruh Perak, aku tak tahu pula. Kalau $300,000 tu kena cover ternakan ayam, memang sahih tak cukup.

Tapi apa yang aku tahu, ada seorang penternak berdekatan yang memiliki 1400 ekor kambing susu dan 200-300 ekor lembu susu, memang rajin buat vaksinasi pada ternakannya. Kejap kejap bagi ubat. Kejap kejap bagi vaksin.

Rasa rasa aku, mahu majoriti peruntukan ubat kat Perak ni habih kat dia aje. Buahaha... untunglah dia, penternak lain tak berapa rajin nak bagi ubat.


So, oklah. Itu dulu buat masa ini. Ketemu lagi. Salam hormat! 

POLITIK SIKIT PAGI PAGI NI

Aku neutral politik. (Aku tahu pada umur sebegini, sepatutnya aku dah pilih kem, tapi aku... belum muncul lagi minat kat politik).

Terima kasih kepada Dato Seri Zahid Hamidi kerana menjadi pelanggan setia kambing aku. Aku cerita dalam blog pasal biasanya orang politik ni kuat mintak sumbangan daripada businessman untuk majlis majlis diorang, tapi Zahid Hamidi ni lain sikit - dengan akulah, dengan orang lain aku tak tahu - setakat ni ok aje.

Lepas tu, dulu dulu aku selalu pi Country Heights tempat Zahid Hamidi ni berumah. Dan selalu juga Zahid Hamidi ni solat berjemaah kat surau situ. Siap jadi imam lagi.

Haaa ada la kaliber sikit pemimpin macam ni. Aku selesa dengan pemimpin yang boleh pimpin rakyat solat jemaah. Aku tak suka dengan pemimpin Islam yang tak suka ke masjid dan tak suka berjemaah. Dan banyak pemimpin UMNO... well, tunggang langgang.

Zahid Hamidi ada beza sikit. Baguihh, boleh jadi imam. Tak kekok. Tabik!

Terima kasih sekali lagi Dato Seri.

*Dato Seri Anwar pun bagus. Boleh pimpin solat jemaah. Boleh khutbah. Tabik juga!


Salam politik!

Tuesday, March 18, 2014

BERITA TERBARU ALAM SEMESTA

Yeah baby! Akhirnya gelombang graviti dapat diukur!

Saintis dah lama memburu gelombang gravity (gravitational waves) dalam usaha mereka memahami permulaan alam semesta yang sangat menghairankan. Ianya sangat sukar dikesan, dan kini bila ditemui oleh pasukan teleskop angkasa BICEP2 di Kutub Selatan, data terbaru ini semakin menguatkan bukti yang alam semesta bermula secara Big Bang dan mengalami letupan maha dalam masa kurang sesaat.

Now, dalam Alquran diberitakan yang alam semesta akan dilipat lipat bagaikan kertas oleh Tuhan Seluruh Alam pada Hari Kiamat. Maknanya alam semesta kita ini bentuknya rata (flat) bagaikan kertas. Bentuk alam semesta yang rata hanya boleh diterangkan dengan jelas sekiranya wujud Big Bang dan letupan maha dalam masa kurang sesaat.

Teori permulaan alam semesta yang lain lain (yang bukan Big Bang), tidak mampu menerangkan kewujudan alam semesta yang rata dan sedang berkembang sebagaimana yang alam semesta kita ini sedang alami.

So penemuan gelombang graviti ini, adalah satu lagi bukti yang sangat kuat dalam hujah bentuk alam semesta sesungguhnya bagaikan kertas.

Kebenaran Alquran semakin jelas.

Sesungguhnya Tuhan itu Penguasa Seluruh Alam.


God Is Great!

Monday, March 17, 2014

BILA PAK MAT LAMBUNG DATANG

Orang Taiping. >65 tahun umurnya. Kaki sembang. Takde brek, handbrake, ebrake, airbrake atau yang serupa dengannya. Habih tak jadi kerja aku nak pindah petak kambing beranak adoh laa..

Pernah bela kambing dulu. Cerita pasal rasi. Geng veteran memang kuat kepercayaannya kepada 'keserasian' dalam pertanian dan penternakan. Bagi orang macam Pak Mat Lambung, setiap orang dilahirkan dengan 'talent' atau 'keserasian' dengan pekerjaan tertentu, dimana kalau berpadanan antara keduanya, memang sangat berhasil pekerjaan tersebut.

Cerita Pak Mat pasal isu rasi ni boleh sampai ke tahap dimana kalau ada mana mana penternak yang menghadapi masalah dalam pembiakan kambing, saranannya ialah, cari orang yang rasi, serahkan pemilikan kambing kepadanya (dengan lafaz je, dan bukannya serahkan kambing itu sendiri, cuma 'olok olok', kemudian orang yang rasi tu serahkan kembali atau pawah kambing tersebut kepada penternak/pemilik asal).

Katanya, cara sebegitu akan memperbaiki kesihatan dan kadar pembiakan kambing. Kambing yang dulunya monyok monyok sakit sakit cirit birit akan berubah sihat menjadi jadi beranak pinaknya.

Hmm..

Aku tak berapa nak percaya, tapi.... kalau makin banyak orang cakap, makin goyang pendirian aku. Benda yang tak betul, atau kepalsuan, kalau diasak asak diputar putar berulangkali, akan jadi benar nampak molek, ye tak?

Itulah.. kalau betul, dan memang nampak menarik teori pak mat ni (very inviting), orang yang rasi sebetulnya boleh buat duit. Banyak. Cepat. Kenakan upah konsultansi kepada mana mana penternak yang bermasalah.

Sekali akad, cas $5000, dan ada banyak penternak bermasalah kat Malaysia ni, aaahhhhh... kayo pakcik buahaha.

Ishhh... takkan lah senang sangat. Mana ada pekerjaan yang mudah sangat membuahkan hasil berlipat kali ganda melainkan sedekah. Senang industri ye kalau benar teori Pak Mat ni. Cari aje orang yang rasi. Ambik berkat. Pehhh....

Mana pula pergi syarat ilmunya? Mana pula pergi syarat disiplinnya? Mana pula pergi syarat amalan sedekahnya?

The point is - aku generasi muda, dan generasi muda ada masalah nak percaya isu rasi merasi ni.

Aku pikir ada jurang, ada gaung yang memisahkan kem pemikiran antara penternak generasi terdahulu dengan generasi muda. Paradigma yang berbeza.

And the paradigm is shifting.

It is not born.

It is .... trained. Hunted. Honed.

It takes knowledge, disicpline, charity, and time. 10,000 hours of it.


Salam!

Wednesday, March 12, 2014

KEMBAR TIGA BERDERET

Salam hormat.

Aku banyak menyambut kelahiran kembar tiga sekarang ini. Syukur kepada Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Hmm... kes lahir kembar tiga ni meningkat sejajar bilamana aku tingkatkan jumlah sedekah.

Operasi sama je. Jam meragut sama. Makin kurang ada. Pengurusan sama je tahap. Cincai. Caca marba. Cuma sedekah je meningkat.

Boleh ke buat research antara hubungan sedekah = prestasi pembiakan kambing?

Aku pikir takde sapa nak buat.


Bye.

Monday, March 10, 2014

LAWATAN RASMI ARB

Dr Jo, ketua ARB, melawat ladang aku semalam. Meninjau perkembangan ladang ladang pengganda Mardi. Ada beberapa perkara yang aku nak tulis berdasarkan perbincangan aku dengan Dr Jo.

Pertama, ARB akan tamat kontrak dengan Mardi sebagai penyelia Program Ladang Pengganda bulan depan. Maknanya lepas ni ARB dibubarkan, ladang nukleus di Kluang akan diserahkan kepada Pusat Kajian Ternakan Strategik (nama pendek LR - Livestock Research), dan program ladang pengganda semuanya akan dipantau oleh LR.

Return to government control.

Aku tiada kemampuan menilik masa depan, jadi harapnya semua baik baik belaka, dan bertambah baik. Jujurnya aku tak kenal dengan geng LR yang terkini. Yang aku kenal geng geng Mardi semuanya veteran. Banyak yang dah pencen. Dan akan pencen sekejap lagi.

Jadi bila LR ambil alih, aku akan berhadapan dengan muka baru. Muda muda. I dont know what to expect.

So itu yang pertama. Yang keduanya cerita pasal kambing, berdasarkan observasi ARB di ladang nukleusnya, kambing yang dibesarkan dengan open mono pasture - kurang perform berbanding kambing yang dibesarkan dengan open multi pasture.

Open mono pasture ni - padang ragut terang benderang yang ditanam dengan sejenis rumput sahaja. Result - kambing meragut 6 jam sehari pun tak cukup energy intake.

Open multi pasture - padang ragut terang benderang yang ditanam dengan pelbagai jenis rumput. Result - performance kambing lebih baik daripada open mono pasture.

Ok. Aku setuju dengan observasi ARB tersebut. Dan kalau ikut aku, cara yang lebih baik, dan lebih low input, ialah tak yah penat penat buat pasture pun. Kalau nak bela kambing tak yah susah susah buat padang rumput, baik mono mahu pun multi. Biar aje rumput tumbuh meliar. Dan kalau nak tanam, tanamlah pokok pokok jenis belukar (shrubs) macam turi macam petai belalang macam indigofera. Belukar tu buat selingan.

Aku pasti kambing akan perform setaraf dengan 7 wonders of the world. Wondrously.

Open pasture ni sesuai untuk bebiri dengan lembu. Geng makan rumput. Open pasture tak berapa sesuai dengan kambing yang merupakan browser.

Yang ketiganya, observasi ARB ialah rumput jenis bachiaria decumbens, dan humidicola didapati tidak sesuai dengan kambing. Dry matter tinggi, tapi lambat tumbuh, jadi penghasilan pucuk rendah. Tak sesuai dengan sifat kambing. Kambing yang banyak makan humidicola rendah prestasi FCRnya. Rumput guinea lebih baik untuk kambing.

Ya aku setuju. Dan pandangan tambahan aku ialah bagi mana mana operasi pembiakan kambing yang bersumberkan rumput bukannya dedaun, adalah lebih baik guna suplemen konsentrat tinggi tenaga untuk pastikan cukup ambilan tenaga. Barulah kambing perform pada potensi penuhnya.
Orait. Yang keempat ialah, di Mardi sekarang tiada pakar pastura atau pakar rumput. Yang ada dah pencen dan nak pencen. Takde pelapis. Bahaya nih..

Bagi aku kewujudan specialist dan bilangannya melambangkan betapa dalamnya ilmu sesuatu bidang. Lebih maju sesuatu bidang, lebih dalam ilmu yang ada, dan lebih banyak specialist wujud.

Kalau boleh bagi industri kambing ni, aku nak sampai wujud specialist kuku kambing hatta specialist tahi telinga kambing. Haa biar sampai tahap macam tu. Tak nak setakat specialist pembiakan, atau penyakit, atau pemakanan sahaja. Nak juga specialist genetik dan .... apa sahajalah yang berkaitan kambing.

Nak majukan sesuatu bidang atau industri, kena tambah ilmu. Kena bersedia curahkan duit untuk research. Dan bila lagi banyak ilmu muncul, lagi banyak pakar muncul. Itulah hukum ilmu.

So. Itu ajelah kot. Lain lain cerita aku pun tak ingat dah. Terima kasih kepada Dr Jo dan pasukannya yang datang melawat. Jumpa lagi. Terima kasih!


Salam!

Thursday, March 6, 2014

SEKATAN BIRO YANG MELEMASKAN

The Bureau Is Killing Us

Biro Farmaseutikal Kebangsaan sedang menyusahkan para penternak sekarang, dan menambah risiko kepada usaha pembiakan.

Semua kedai ubat veterinar (ubat haiwan) kena daftar produk mereka dengan Biro Farmaseutikal Kebangsaan. Pendaftaran ambil masa yang lama sebelum ubat diluluskan. Ada yang submit registration lima tahun yang sudah, baru ini dapat tahu keputusannya.

Lima tahun. Baru dapat tahu. Samada lulus atau gagal. Kalau lulus atau BFK bagi greenlight, baru dapat jual ubat tersebut. Kalau gagal, tak boleh jual ubat tersebut, dan tak boleh bawa masuk ke dalam negara sekiranya ubat tersebut diimport.

Niat BFK baik, nak mengurangkan salahguna ubat veterinar, dan meminimumkan kesan tidak baik kepada kesihatan pemakan haiwan ternakan. Aku setuju dengan langkah BFK mendaftarkan semua ubat veterinar dan mengetatkan syarat kelayakan ubat.

Tetapi... aku rasa BFK terlalu keras, dan terlalu lembap.

Sekatan BFK sekarang mengurangkan capaian penternak bukan sahaja kepada ubat chemical, tetapi juga ubat berasaskan herba. Ini bermakna, dalam pengurusan kesihatan ternakan, penternak bergantung kepada bilangan ubat yang terhad. Dan ubat lama. Ubat generasi baru ntah bila ntah berapa panjang masa nak diluluskan. Aku jadi risau, kerana ini menambahkan risiko kematian dan penyakit kepada ternakan.

Aku sebenarnya belum terasa dengan kesan sekatan ubat BFK, sebab semua ubat haiwan yang aku guna masih berkesan, kecuali albendazole. Tetapi aku risau masa hadapan.

Kenyataannya, yang kita tak boleh lari, semua dewormer akan hilang keberkesanannya sepertimana albendazole dan adik beradiknya : oxfendazole dan fenbendazole. Keluarga benzimidazole dah ada status 'widespread resistance' - cacing dah kebal, di Malaysia sekarang ini.

Belilah kelas benzimidazole yang paling mahal pun, takde guna. Roundworm dah kebal, tapeworm dah kebal, flukes pun dah kebal. Buat dunno je dengan alben. Dengan fenben dan oxfen? Lagi digelakkannya.

Ini yang buat aku risau. La ni untuk coverage roundworm + tapeworm + flukes, aku guna kelas levamisole + rafoxanide.

TIADA ALTERNATIF lain. Famili avermectin : ivermectin, doramectin, dan moxidectin (yang ada kat malaysia ni) semuanya setakat cover roundworm dan lungworm, tapi tak cover tapeworm dan flukes. Isunya kat Malaysia ni tapeworm dan flukes bersepah sepah cepat membiak dalam cuaca tropika apalagi bawah sawit.

Tapinex cover tapeworm. Excellent. Tapi Biro Farmaseutikal Kebangsaan melarang penggunaannya.

Ini sangat risiko.... tinggal satu aje chemical defense against roundworm + tapeworm + flukes dalam pasaran di Malaysia sekarang. Tunggal. Levamisole + rafoxanide. Itu pun rafoxanide bukannya power sangat dengan tapeworm. Sekadar boleh lah.

Bahaya betul weh! Kalau levamisole + rafoxanide dah hilang keberkesanannya, mana lagi nak cekau dewormer yang setaraf? Takde... haaa tak pening kepala kita?

Pasal tu aku buat selective deworming. Aku nak melambatkan kemunculan resistance terhadap dewormer yang aku gunakan sekarang ni.

Eh? Kan banyak je penternak guna kelas avermectin? Macam dectomax, macam ivomec, macam bomectin, macam kelamectin??

Aku pelik juga dengan pilihan diorang ni. Setakat cover roundworm dengan lungworm boleh lah. Kena cucuk sekali dengan flukiver kalau nak cover flukes. Tapeworm mana ada defense. Sebenarnya kelas avermectin direka untuk kegunaan negara negara zon cuaca panas kering dan temperate dimana konsentrasi tapeworm dan flukes sangat rendah.

Kita negara tropika. Cacing kita lain. Parasit kita lain. Lagi kaw kaw.

Yang aku nampak, selagi BFK masih berkeras dengan kelembapannya, kita penternak memang terhad pilihan ubat. Mungkin takde harapan nak tengok kemunculan ubat generasi baru yang lebih berkesan dan lebih produktif. Kita semua kena berhati hati dalam penggunaan ubat veterinar. Jangan sampai muncul resistance.

Barangkali kita semua penternak kena buat petisyen dengan BFK. Mohon BFK lebih fleksibel. Mungkin ubat ubat yang BFK rasa tak selesa, BFK boleh luluskan dengan bersyarat. Penternak kena ada lesen atau permit. nak dapatkan permit, kena hadiri kursus penggunaan yang betul.

Ya aku rasa kena buat macam itu.

Takkan kita nak bergantung dengan ubat generasi lama ye tak? Makin ketinggalan industri kita nanti.

Harapnya ada lah puak puak BFK terbaca post aku ni. Terngiang ngiang berdengung dengung idgham bi la ghunnah dalam kepala diorang. Pertimbangkanlah kelangsungan industri ternakan. Kesian kat penternak apalagi golongan pembiak.

Salam!

*Ada herba tempatan yang terbukti berkesan dalam pengawalan roundworm + tapeworm + flukes serentak. Tapi keberkesanannya bersifat jangka pendek, dan belum dikomersialkan. Kos barangkali lebih mahal daripada chemical dewormer sekiranya dikomersialkan. Tapi itulah, kalau takde alternatif, kita akan guna herba tempatan.








Wednesday, March 5, 2014

BAIK PAKU PONTIANAK!

Aku pikir sesungguhnya budak tadika lagi pandai ketuk paku daripada aku. Dang!

Semalam aku cuba repair lantai kandang. Sebatang kayu 1x2 yang tercabut. Aduh rasa nak menangis. Kegagalan demi kegagalan. Paku panjangnya 2.5 inci je pun. Bukan 3 inci. Ah parah parah aku ni. Langsung takdak skil pertukangan.

Tengok gambar yang aku supply.



Ada 4 percubaan. 2 yang awal bengkok. Kemudian satu lagi aku cabut dan buang. Percubaan yang keempat, nampak macam masuk sempurna, tapi sebenarnya dah bengkok jadi macam dua percubaan awal. Puas aku ketuk slow slow sana sini kiri kanan dalam usaha nak bagi tetap lurus, dan rasa nak give up aje, tapi ntah macam mana masuk juga.

Aku rasa 20 minit habis nak pakukan sebatang je kayu lantai 1x2. Gila tak efisien langsung!

Baik aku paku cik puan pontianak! Yeah, aku rasa aku lebih cekap lebih pantas dalam hal memaku leher dan menjelmakan cik puan pontianak menjadi gadis cantik.

Yeah I think so! (dan aku boleh dapat free Guest Relation Officer kat ladang aku kihkih)

Hmmm... untuk merawat hati aku yang luka selepas peristiwa ngeri memaku kayu 1x2, aku keluarkan paku konkrit yang dah lama tersimpan. Paku konkrit ni mahal sikit daripada paku biasa, tapi mutu lebih tinggi, lebih keras susah nak bengkok, dan tak berkarat walau disiram air kencing kambing.


Well tak guna lagipun paku konkrit ni. Saja nak sejukkan hati yang tengah terbakar...



Tuesday, March 4, 2014

LADIES OF MARDI

LADIES OF MARDI



Bulan sudah, ada tiga pegawai penyelidik Mardi datang melawat ladang aku. All ladies. Dari HQ Serdang. Spesifiknya Pusat Kajian Ternakan Strategik.

Aku tak tahu apa agenda sebenar Pusat Kajian ini, tetapi aku tahu mereka semua sedang bergerak ke seluruh Malaysia untuk bertemu para penternak kambing. Agaknya nak buat census, nak tahu situasi semasa industri ternakan kambing.

Aku fikir ini langkah awal yang baik. Preliminary findings. Dah habis interview penternak dan merekod data, para pegawai ni akan present diorang punya finding kepada Dr Shan, ketua Pusat Kajian. Harapnya aku punya pandangan adalah juga terselit masuk dalam presentation, dan terselit masuk dalam telinga Dr Shan ni, dan akhirnya terselit masuk dalam pertimbangan ketika buat formulasi polisi dan strategi research industri pembiakan kambing akan datang.

I hope. Really hope so.

So nak pendekkan cerita, soalan interview berkisar prestasi semasa pembiakan, pasaran semasa, prestasi kewangan ladang, dan harapan pembiak kepada Mardi. Ini yang aku ingatlah. Yang lain lain tu tak berapa penting.

Cerita prestasi semasa ladang, pasaran semasa, dan prestasi kewangan aku ada cerita dalam blog. Malas ah nak ulang semula.

Yang aku nak cerita ialah observasi aku dengan sistem. Yang aku nampak, sapa sapa nak buat sistem intensif dimana rumput ditanam, atau nak buat semi intensif dengan capaian kepada padang rumput luas terbentang - baik biakkan bebiri. Lebih produktif. Tapi pasaran terhad kepada kaum Melayu. India tak makan bebiri.

Bagi sapa sapa yang nak buat semi intensif dimana rumput tak ditanam, atau ada capaian kepada kawasan ragut bawah tanaman kekal - elok biakkan kambing. Lebih produktif. Pasaran luas sikit. India makan kambing.

Idea besarnya :

Rumput --- bebiri
Dedaun --- kambing

Baru match. Baru boleh berjaya biakkan ruminan kecil. Kalau ruminan tak dapat makan apa yang sepatutnya dimakan - itu yang sedih prestasi pembiakan dibuatnya.

Itu satu. Bila sampai bab pasaran (sentuh juga, tadi cakap tak nak sentuh hahaha) - kita pembiak pedaging sebenarnya tak target pasaran daging di pasar basah. Langsung tak attractive. Jangan buat melainkan kambing yang nak dikondemkan. Dan kambing kondem rendah sangat peratusannya dalam mana mana operasi pembiakan pedaging yang stabil.

Yang kita sasarkan ialah pasaran upacara - perayaan dan kenduri kendara. Lebih menarik lebih untung. Juga pasaran baka. Ok.

Lepas tu, berkenaan harapan kepada Mardi - aku sebenarnya nak Mardi dipecahkan. Biar Pusat Kajian Ternakan Strategik dinaik taraf jadi institut sama level dengan Mardi sendiri. Lagi baik wujud Institut Ruminan Kecil. Lebih lebih baik Institut Kambing Pedaging.

Biar betul betul ada fokus ada specialization. Susah nak lari budget. Bila ada specialization, baru research rate naik. Cepat keluar keputusan.

Nak maju dalam sesuatu perkara, wajib fokus pada perkara tersebut. Wajib ada specialization. Wajib ada certain man hour dalam subjek tersebut. Wajib dapat at least 10000 jam, baru jadi expert dalam subjek tu. Bila dah expert, banyak lah dapat insight. Senang dapat idea idea baru dan teknologi.

Well, yang ni memang payah lah. Takkan pula orang Mardi sendiri nak Mardi dipecahkan. Lawan tokey plak. Tapi mana tahu ada policy maker terbaca post aku ni. Bila dah tulis ni, dah kira tersimpan. Sapa sapa boleh baca. Ada reminder.Kalau aku cakap aje, sekejap aje hilang. Takde reminder.

Oklah. Itu saja. Terima kasih kepada ladies of Mardi yang datang melawat, dan menghadiahkan GenKimo untuk aku. Semoga kita semua mendapat manfaat perkongsian ilmu.

Salam!



AIR

Aku tak tahu, dan tak nak ambik tahu, situasi politik di Selangor, tetapi aku tahu yang situasi air di Selangor adalah runcing. Too many people, too little water. Semuanya bergantung kepada empangan yang mengumpul air permukaan. Tanpa air yang cukup, dan air adalah infra yang paling asas lagi maha penting, Selangor boleh.... musnah. Hilang kekayaannya, hilang penduduknya, dan hilang dalam lipatan sejarah.

Memandangkan kita semua berdolak dalik smash sana smash sini dalam isu penjanaan tenaga dari nuklear, dan nuklear adalah satu satunya sumber tenaga yang viable dan murah untuk proses penyulingan air laut skala besar, dimana air masin boleh diproses menjadi air tawar, justeru boleh digunakan untuk aktiviti manusia - aku nampak tiada janakuasa nuklear, aku nampak tiada kompleks desalinasi, aku nampak tiada air masin jadi air tawar, dan aku nampak tiada harapan untuk rakyat Selangor mendapat bekalan air yang cukup dan konsisten.

Melainkan... Selangor import air dari negeri lain. Pahang kata boleh tolong supply. Jual. Dapat untung $70-$80 juta setahun. Baguslah tu... takdak masalah. Selangor kan kaya, ada $2 billion ringgit tunai (betul ke ni?).

Perak pun boleh supply. Dengar cerita bawah Tapah ada reservoir air bawah tanah yang lebih luas daripada Singapura. Tak terusik. Excellent! Aku lagi suka air bawah tanah. Kurang pencemaran. Tak payah kompleks merawat air kalau beli air bawah tanah.

In fact aku pelik juga kenapa Malaysia tak berapa nak guna sumber air bawah tanah sepertimana negara negara lain. Asyik nak guna air permukaan je sebagai sumber bekalan. Pelik sungguh. 98% sumber bekalan air di Malaysia adalah sumber permukaan.

Ye ye aku tahu Malaysia negara tropika yang banyak ditimpa hujan. Jadi senantiasa ada bekalan air permukaan. Itu pasal lah kita rasa konon kononya kita selamat. Sekali datang musim kering, haa ternganga melopong sampai masuk lalat kita dibuatnya.

Aku fikir kita kena ada backup untuk bekalan air. Dan air bawah tanah adalah sumber yang lebih besar dan lebih selamat. Adalah diberitakan sungai bawah tanah, jauh dibawah sungai Amazon, dan sungai Amazon adalah sungai terbesar di dunia - memiliki 9 kali ganda isipadu air sungai Amazon. That is a lot of untapped water resource.

Itu cerita sungai bawah sungai. Ada juga tasik bawah tasik, juga laut bawah laut. Sangat besar sangat luas. Aku tak kisah sebenarnya kalau ada environmentalist yang dok bising kata janganlah kacau sungai atau tasik air tawar bawah tanah ni pasal umur mereka jutaan tahun tidak terusik, mungkin ada makhluk baru dalam kawasan sebegitu. Tetapi bagi aku survival manusia lebih penting. Alien tak alien, khazanah tak khazanah, manusia guna air tawar untuk makan minum. Tak boleh lari.

Tak nak usik air bawah tanah, kena suling air laut. Tak nak juga suling air laut - kita takde back up supply.

Tapi masih ada satu option...

Recycle. Kitar semula air. Macam Singapura buat. Air tandas diproses semula jadi air minum. Mahal? Of course. Teknologi membran adalah yang termurah dan paling viable untuk kitar air skala besar. Tetapi masih mahal. Sebab banyak guna tenaga nak pisahkan kekotoran daripada air.

Apa pun, semua option bekalan air perlukan input tenaga yang besar. Kita mesti cari jalan, dan cari dengan cepat, bagaimana nak rendahkan kos tenaga. It is absolutely vital. Dunia semakin dipenuhi manusia, dan air semakin meningkat nilai strategiknya. Bekalan air mesti banyak mesti murah untuk kelangsungan tamadun.

We should go nuclear. Quick. And we should step up research on fusion.


Salam!

Monday, March 3, 2014

IT'S TOASTY BUT TASTY

Semenjak aku bela kambing, setiap 4-5 tahun aku perasan akan datang gelombang panas yang mengering lagi menyesakkan. Macam dalam pembakar roti. Toasty. Mungkin kitaran fenomena El Nino atau La Nina - aku tak tahu yang mana satu, tapi puncanya dari kawasan Filipina.

Masa heatwave ni, hujan tak turun atau tak cukup lebat selama tiga bulan. Air permukaan hilang. Kalau telaga dalamnya cuma 10-12 kaki, memang habis terus airnya.

Kena gali telaga yang kategori 'subsurface', 30 kaki ke atas. Sekarang kat tempat aku, telaga telaga parit parit anak sungai anak sungai semuanya kering. Aku cuma ada satu punca air untuk minum kambing dan kegunaan pekerja - telaga tubewell 2 inci yang dalamnya 95 kaki.

Aku guna pam air jenis petrol. Kos sebulan $150. Terpaksa. Takde punca air lain yang berdekatan. Mahal pun mahal lah. Janji kambing ada air minum, tak ada masalah dehidrasi. Pekerja pun tak perlu mandi atau basuh baju kat sungai. Takdelah jatuh moral.

Dan bagi punca makanan kambing, sebab kawasan ragut aku bawah sawit - ada kelebihan besar masa gelombang panas ni. Sawit bagi perlindungan heat stress dimana kambing tak perlu meragut di tempat terang, dan rumput rampai bawah sawit tak mengering sepertimana padang rumput yang ditanam atau sepertimana padang rumput yang terang benderang.

Masa heatwave ni adalah masa yang sangat mencabar bagi sesiapa yang tanam rumput pasal rumput susah hidup. Dan masa yang mencabar bagi sesiapa yang cari rumput atau dedaun liar kerana kepanasan suhu. Dan masa yang .... berhati hati bagi sesiapa yang buat sistem meragut integrasi.

Yeah, sapa yang buat gembala bawah sawit atau gembala bawah tanaman kekal ada 'insurans' prestasi kambing. Tak risau sangat prestasi pembiakan kambing masa serangan heatwave, disebabkan kehadiran teduhan oleh pokok pokok besar yang mengurangkan risiko heat stress.

Ini satu kelebihan low input system yang tak boleh dipandang ringan.

Daya tahan lebih tinggi terhadap perubahan cuaca.

Anyway, menurut satu kajian di Amerika, didapati buah buahan dan sayuran yang dihasilkan ketika musim kemarau atau kering berpanjangan - memiliki rasa yang lebih sedap.

Lebih manis, lebih pekat, lebih kaw. Tasty. Tastier. 30% lebih.... menggigit..

Untuk daging, aku belum jumpa kajian yang serupa. Tapi rasanya sama jugalah. Cuaca memang berperanan sangat besar dalam penentuan kuantiti dan kualiti produk pertanian.

Jadi kita sebagai petani penternak nelayan kena terima dan belajar adapatasi dengan cuaca tempat kita bercucuk tanam, atau menternak. Work with nature, dan kita dapat operasi pembiakan yang low input dan sustainable.

Work against nature, pun boleh juga. Tapi high input lah jadinya, dan perlukan amaun tenaga yang besar dan konsisten, dan juga perlukan pemasaran yang tersusun, untuk dapatkan sustainability jangka panjang.

Yeah. Aku tak 'oppose' atau menentang high input system. Aku juga tak menentang 'work against nature'. Cumanya -

Kepada petani atau penternak 'novice', atau yang belum cukup hijau, lebih baik kita pilih jalan work with nature. Kalau dah tinggi tahap kepakarannya, atau 'high level of mastery in low input system' - boleh pilih nak buat high input system , atau work against nature.

I am a liberal.

Salam!