Wednesday, March 5, 2014

BAIK PAKU PONTIANAK!

Aku pikir sesungguhnya budak tadika lagi pandai ketuk paku daripada aku. Dang!

Semalam aku cuba repair lantai kandang. Sebatang kayu 1x2 yang tercabut. Aduh rasa nak menangis. Kegagalan demi kegagalan. Paku panjangnya 2.5 inci je pun. Bukan 3 inci. Ah parah parah aku ni. Langsung takdak skil pertukangan.

Tengok gambar yang aku supply.



Ada 4 percubaan. 2 yang awal bengkok. Kemudian satu lagi aku cabut dan buang. Percubaan yang keempat, nampak macam masuk sempurna, tapi sebenarnya dah bengkok jadi macam dua percubaan awal. Puas aku ketuk slow slow sana sini kiri kanan dalam usaha nak bagi tetap lurus, dan rasa nak give up aje, tapi ntah macam mana masuk juga.

Aku rasa 20 minit habis nak pakukan sebatang je kayu lantai 1x2. Gila tak efisien langsung!

Baik aku paku cik puan pontianak! Yeah, aku rasa aku lebih cekap lebih pantas dalam hal memaku leher dan menjelmakan cik puan pontianak menjadi gadis cantik.

Yeah I think so! (dan aku boleh dapat free Guest Relation Officer kat ladang aku kihkih)

Hmmm... untuk merawat hati aku yang luka selepas peristiwa ngeri memaku kayu 1x2, aku keluarkan paku konkrit yang dah lama tersimpan. Paku konkrit ni mahal sikit daripada paku biasa, tapi mutu lebih tinggi, lebih keras susah nak bengkok, dan tak berkarat walau disiram air kencing kambing.


Well tak guna lagipun paku konkrit ni. Saja nak sejukkan hati yang tengah terbakar...



2 comments:

  1. haha..ni kes parah btol ni alwi..den kira ok lg lah..cuma limit 10btang paku jelah.lepas tu trcabutlah tangan den..xlarat weh..hehe

    ReplyDelete
  2. Heheheh!Ambo wat sendiri kandang.Otai masih berbisa lagila bro,boleh lagi le noak buat kandang tu

    ReplyDelete