Tuesday, March 4, 2014

AIR

Aku tak tahu, dan tak nak ambik tahu, situasi politik di Selangor, tetapi aku tahu yang situasi air di Selangor adalah runcing. Too many people, too little water. Semuanya bergantung kepada empangan yang mengumpul air permukaan. Tanpa air yang cukup, dan air adalah infra yang paling asas lagi maha penting, Selangor boleh.... musnah. Hilang kekayaannya, hilang penduduknya, dan hilang dalam lipatan sejarah.

Memandangkan kita semua berdolak dalik smash sana smash sini dalam isu penjanaan tenaga dari nuklear, dan nuklear adalah satu satunya sumber tenaga yang viable dan murah untuk proses penyulingan air laut skala besar, dimana air masin boleh diproses menjadi air tawar, justeru boleh digunakan untuk aktiviti manusia - aku nampak tiada janakuasa nuklear, aku nampak tiada kompleks desalinasi, aku nampak tiada air masin jadi air tawar, dan aku nampak tiada harapan untuk rakyat Selangor mendapat bekalan air yang cukup dan konsisten.

Melainkan... Selangor import air dari negeri lain. Pahang kata boleh tolong supply. Jual. Dapat untung $70-$80 juta setahun. Baguslah tu... takdak masalah. Selangor kan kaya, ada $2 billion ringgit tunai (betul ke ni?).

Perak pun boleh supply. Dengar cerita bawah Tapah ada reservoir air bawah tanah yang lebih luas daripada Singapura. Tak terusik. Excellent! Aku lagi suka air bawah tanah. Kurang pencemaran. Tak payah kompleks merawat air kalau beli air bawah tanah.

In fact aku pelik juga kenapa Malaysia tak berapa nak guna sumber air bawah tanah sepertimana negara negara lain. Asyik nak guna air permukaan je sebagai sumber bekalan. Pelik sungguh. 98% sumber bekalan air di Malaysia adalah sumber permukaan.

Ye ye aku tahu Malaysia negara tropika yang banyak ditimpa hujan. Jadi senantiasa ada bekalan air permukaan. Itu pasal lah kita rasa konon kononya kita selamat. Sekali datang musim kering, haa ternganga melopong sampai masuk lalat kita dibuatnya.

Aku fikir kita kena ada backup untuk bekalan air. Dan air bawah tanah adalah sumber yang lebih besar dan lebih selamat. Adalah diberitakan sungai bawah tanah, jauh dibawah sungai Amazon, dan sungai Amazon adalah sungai terbesar di dunia - memiliki 9 kali ganda isipadu air sungai Amazon. That is a lot of untapped water resource.

Itu cerita sungai bawah sungai. Ada juga tasik bawah tasik, juga laut bawah laut. Sangat besar sangat luas. Aku tak kisah sebenarnya kalau ada environmentalist yang dok bising kata janganlah kacau sungai atau tasik air tawar bawah tanah ni pasal umur mereka jutaan tahun tidak terusik, mungkin ada makhluk baru dalam kawasan sebegitu. Tetapi bagi aku survival manusia lebih penting. Alien tak alien, khazanah tak khazanah, manusia guna air tawar untuk makan minum. Tak boleh lari.

Tak nak usik air bawah tanah, kena suling air laut. Tak nak juga suling air laut - kita takde back up supply.

Tapi masih ada satu option...

Recycle. Kitar semula air. Macam Singapura buat. Air tandas diproses semula jadi air minum. Mahal? Of course. Teknologi membran adalah yang termurah dan paling viable untuk kitar air skala besar. Tetapi masih mahal. Sebab banyak guna tenaga nak pisahkan kekotoran daripada air.

Apa pun, semua option bekalan air perlukan input tenaga yang besar. Kita mesti cari jalan, dan cari dengan cepat, bagaimana nak rendahkan kos tenaga. It is absolutely vital. Dunia semakin dipenuhi manusia, dan air semakin meningkat nilai strategiknya. Bekalan air mesti banyak mesti murah untuk kelangsungan tamadun.

We should go nuclear. Quick. And we should step up research on fusion.


Salam!

2 comments:

  1. air antara terbanyak dimalaysia tetapi pengurusan air antara terburuk di dunia (tak payah tengok stastistik)..musim kering baru dua bulan, itu belum berlaku El Nino seperti tahun 1997-1998.
    skrang dah confirm suhu dunia dah meningkat lebih 2 darjah celcius. saintis kata (bukan aku kata) dah SAMPAI tahap 'point of no return' irreversibles..satu masa nanti, paras air laut bleh meningkat hingga 20-30 kaki.

    kita ada banyak policy..dah lama cakap psal low carbon economy..sustainability development..water conservation tapi nak prevent water wastage pun tak mampu..

    so camne?

    p/s: skrg bleh tengok dapat web national geographic fatwa pertama (dari Indonesia) lah kot psal haram memperdagangkan hidupan liar. baguslah kalau ulamak dah 'sedar' selama ni tak pernah NG lapor psal 'fatwa' hehehe.

    ReplyDelete
  2. tengok berita tv baru ni Air Kelantan (jabatan ke apa x tahu spesifiknya) dah supply air bawah tanah yg cukup utk Kelantan, teknologi Jerman...

    ReplyDelete