Tuesday, March 4, 2014

LADIES OF MARDI

LADIES OF MARDI



Bulan sudah, ada tiga pegawai penyelidik Mardi datang melawat ladang aku. All ladies. Dari HQ Serdang. Spesifiknya Pusat Kajian Ternakan Strategik.

Aku tak tahu apa agenda sebenar Pusat Kajian ini, tetapi aku tahu mereka semua sedang bergerak ke seluruh Malaysia untuk bertemu para penternak kambing. Agaknya nak buat census, nak tahu situasi semasa industri ternakan kambing.

Aku fikir ini langkah awal yang baik. Preliminary findings. Dah habis interview penternak dan merekod data, para pegawai ni akan present diorang punya finding kepada Dr Shan, ketua Pusat Kajian. Harapnya aku punya pandangan adalah juga terselit masuk dalam presentation, dan terselit masuk dalam telinga Dr Shan ni, dan akhirnya terselit masuk dalam pertimbangan ketika buat formulasi polisi dan strategi research industri pembiakan kambing akan datang.

I hope. Really hope so.

So nak pendekkan cerita, soalan interview berkisar prestasi semasa pembiakan, pasaran semasa, prestasi kewangan ladang, dan harapan pembiak kepada Mardi. Ini yang aku ingatlah. Yang lain lain tu tak berapa penting.

Cerita prestasi semasa ladang, pasaran semasa, dan prestasi kewangan aku ada cerita dalam blog. Malas ah nak ulang semula.

Yang aku nak cerita ialah observasi aku dengan sistem. Yang aku nampak, sapa sapa nak buat sistem intensif dimana rumput ditanam, atau nak buat semi intensif dengan capaian kepada padang rumput luas terbentang - baik biakkan bebiri. Lebih produktif. Tapi pasaran terhad kepada kaum Melayu. India tak makan bebiri.

Bagi sapa sapa yang nak buat semi intensif dimana rumput tak ditanam, atau ada capaian kepada kawasan ragut bawah tanaman kekal - elok biakkan kambing. Lebih produktif. Pasaran luas sikit. India makan kambing.

Idea besarnya :

Rumput --- bebiri
Dedaun --- kambing

Baru match. Baru boleh berjaya biakkan ruminan kecil. Kalau ruminan tak dapat makan apa yang sepatutnya dimakan - itu yang sedih prestasi pembiakan dibuatnya.

Itu satu. Bila sampai bab pasaran (sentuh juga, tadi cakap tak nak sentuh hahaha) - kita pembiak pedaging sebenarnya tak target pasaran daging di pasar basah. Langsung tak attractive. Jangan buat melainkan kambing yang nak dikondemkan. Dan kambing kondem rendah sangat peratusannya dalam mana mana operasi pembiakan pedaging yang stabil.

Yang kita sasarkan ialah pasaran upacara - perayaan dan kenduri kendara. Lebih menarik lebih untung. Juga pasaran baka. Ok.

Lepas tu, berkenaan harapan kepada Mardi - aku sebenarnya nak Mardi dipecahkan. Biar Pusat Kajian Ternakan Strategik dinaik taraf jadi institut sama level dengan Mardi sendiri. Lagi baik wujud Institut Ruminan Kecil. Lebih lebih baik Institut Kambing Pedaging.

Biar betul betul ada fokus ada specialization. Susah nak lari budget. Bila ada specialization, baru research rate naik. Cepat keluar keputusan.

Nak maju dalam sesuatu perkara, wajib fokus pada perkara tersebut. Wajib ada specialization. Wajib ada certain man hour dalam subjek tersebut. Wajib dapat at least 10000 jam, baru jadi expert dalam subjek tu. Bila dah expert, banyak lah dapat insight. Senang dapat idea idea baru dan teknologi.

Well, yang ni memang payah lah. Takkan pula orang Mardi sendiri nak Mardi dipecahkan. Lawan tokey plak. Tapi mana tahu ada policy maker terbaca post aku ni. Bila dah tulis ni, dah kira tersimpan. Sapa sapa boleh baca. Ada reminder.Kalau aku cakap aje, sekejap aje hilang. Takde reminder.

Oklah. Itu saja. Terima kasih kepada ladies of Mardi yang datang melawat, dan menghadiahkan GenKimo untuk aku. Semoga kita semua mendapat manfaat perkongsian ilmu.

Salam!



2 comments:

  1. setuju 100% (by the way, bila ladies nak melawat ladang aku plak?hehehe).. but psal pecah memecah ni, ada beberapa cara bleh buat..buat division ka..jadikan national centre ka contohnya (aku rase lambat lagi la bab ni)..kalau dah bleh komersial, bleh buat anak syarikat sendiri..

    yg penting 'jangan hangat taik ayam' saja..haha..kalau tak faham, kena tanya government lah..

    ReplyDelete
  2. Ambo setuju ngan AZS tu,apa2 pun yang penting KOMITMEN.Ambo nok tunggu dan lihat bagaimana respon gomen ngan ruminan ni.

    ReplyDelete