Thursday, March 6, 2014

SEKATAN BIRO YANG MELEMASKAN

The Bureau Is Killing Us

Biro Farmaseutikal Kebangsaan sedang menyusahkan para penternak sekarang, dan menambah risiko kepada usaha pembiakan.

Semua kedai ubat veterinar (ubat haiwan) kena daftar produk mereka dengan Biro Farmaseutikal Kebangsaan. Pendaftaran ambil masa yang lama sebelum ubat diluluskan. Ada yang submit registration lima tahun yang sudah, baru ini dapat tahu keputusannya.

Lima tahun. Baru dapat tahu. Samada lulus atau gagal. Kalau lulus atau BFK bagi greenlight, baru dapat jual ubat tersebut. Kalau gagal, tak boleh jual ubat tersebut, dan tak boleh bawa masuk ke dalam negara sekiranya ubat tersebut diimport.

Niat BFK baik, nak mengurangkan salahguna ubat veterinar, dan meminimumkan kesan tidak baik kepada kesihatan pemakan haiwan ternakan. Aku setuju dengan langkah BFK mendaftarkan semua ubat veterinar dan mengetatkan syarat kelayakan ubat.

Tetapi... aku rasa BFK terlalu keras, dan terlalu lembap.

Sekatan BFK sekarang mengurangkan capaian penternak bukan sahaja kepada ubat chemical, tetapi juga ubat berasaskan herba. Ini bermakna, dalam pengurusan kesihatan ternakan, penternak bergantung kepada bilangan ubat yang terhad. Dan ubat lama. Ubat generasi baru ntah bila ntah berapa panjang masa nak diluluskan. Aku jadi risau, kerana ini menambahkan risiko kematian dan penyakit kepada ternakan.

Aku sebenarnya belum terasa dengan kesan sekatan ubat BFK, sebab semua ubat haiwan yang aku guna masih berkesan, kecuali albendazole. Tetapi aku risau masa hadapan.

Kenyataannya, yang kita tak boleh lari, semua dewormer akan hilang keberkesanannya sepertimana albendazole dan adik beradiknya : oxfendazole dan fenbendazole. Keluarga benzimidazole dah ada status 'widespread resistance' - cacing dah kebal, di Malaysia sekarang ini.

Belilah kelas benzimidazole yang paling mahal pun, takde guna. Roundworm dah kebal, tapeworm dah kebal, flukes pun dah kebal. Buat dunno je dengan alben. Dengan fenben dan oxfen? Lagi digelakkannya.

Ini yang buat aku risau. La ni untuk coverage roundworm + tapeworm + flukes, aku guna kelas levamisole + rafoxanide.

TIADA ALTERNATIF lain. Famili avermectin : ivermectin, doramectin, dan moxidectin (yang ada kat malaysia ni) semuanya setakat cover roundworm dan lungworm, tapi tak cover tapeworm dan flukes. Isunya kat Malaysia ni tapeworm dan flukes bersepah sepah cepat membiak dalam cuaca tropika apalagi bawah sawit.

Tapinex cover tapeworm. Excellent. Tapi Biro Farmaseutikal Kebangsaan melarang penggunaannya.

Ini sangat risiko.... tinggal satu aje chemical defense against roundworm + tapeworm + flukes dalam pasaran di Malaysia sekarang. Tunggal. Levamisole + rafoxanide. Itu pun rafoxanide bukannya power sangat dengan tapeworm. Sekadar boleh lah.

Bahaya betul weh! Kalau levamisole + rafoxanide dah hilang keberkesanannya, mana lagi nak cekau dewormer yang setaraf? Takde... haaa tak pening kepala kita?

Pasal tu aku buat selective deworming. Aku nak melambatkan kemunculan resistance terhadap dewormer yang aku gunakan sekarang ni.

Eh? Kan banyak je penternak guna kelas avermectin? Macam dectomax, macam ivomec, macam bomectin, macam kelamectin??

Aku pelik juga dengan pilihan diorang ni. Setakat cover roundworm dengan lungworm boleh lah. Kena cucuk sekali dengan flukiver kalau nak cover flukes. Tapeworm mana ada defense. Sebenarnya kelas avermectin direka untuk kegunaan negara negara zon cuaca panas kering dan temperate dimana konsentrasi tapeworm dan flukes sangat rendah.

Kita negara tropika. Cacing kita lain. Parasit kita lain. Lagi kaw kaw.

Yang aku nampak, selagi BFK masih berkeras dengan kelembapannya, kita penternak memang terhad pilihan ubat. Mungkin takde harapan nak tengok kemunculan ubat generasi baru yang lebih berkesan dan lebih produktif. Kita semua kena berhati hati dalam penggunaan ubat veterinar. Jangan sampai muncul resistance.

Barangkali kita semua penternak kena buat petisyen dengan BFK. Mohon BFK lebih fleksibel. Mungkin ubat ubat yang BFK rasa tak selesa, BFK boleh luluskan dengan bersyarat. Penternak kena ada lesen atau permit. nak dapatkan permit, kena hadiri kursus penggunaan yang betul.

Ya aku rasa kena buat macam itu.

Takkan kita nak bergantung dengan ubat generasi lama ye tak? Makin ketinggalan industri kita nanti.

Harapnya ada lah puak puak BFK terbaca post aku ni. Terngiang ngiang berdengung dengung idgham bi la ghunnah dalam kepala diorang. Pertimbangkanlah kelangsungan industri ternakan. Kesian kat penternak apalagi golongan pembiak.

Salam!

*Ada herba tempatan yang terbukti berkesan dalam pengawalan roundworm + tapeworm + flukes serentak. Tapi keberkesanannya bersifat jangka pendek, dan belum dikomersialkan. Kos barangkali lebih mahal daripada chemical dewormer sekiranya dikomersialkan. Tapi itulah, kalau takde alternatif, kita akan guna herba tempatan.








3 comments:

  1. Dengan ini..lagi kuat la aktiviti menyeludup dewormer dari negara jiran. Hehehe..saya tak kata saya yang seludup.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum prof alwi. mcm mn nk buat appointment melawat kandang tuan? mohd zul

    ReplyDelete
  3. Bro ECH senyum je baca post. Apa tak nya, kandang dia (Rantau Panjang) sejengkal je dengan negera jiran (Thailand).

    - Zhafran

    ReplyDelete