Monday, March 31, 2014

MISTERI KELAHIRAN

It can be 47%. It can be 53%. It can be somewhere in between. But in the long run, it will always be 50:50.

Always.

Misteri sungguh.
_________________

Berdasarkan rekod kelahiran kambing di ladang aku, dan aku buat natural mating, ada tahun tahun tertentu di mana anak betina adalah 53% daripada jumlah kelahiran (47% lagi jantan). Ada juga tahun dimana anak jantan membentuk 53% daripada jumlah kelahiran (47% lagi anak betina).

Ada juga tahun dimana peratusannya 49-51, atau 48-52.

Apa pun peratusannya, adalah jelas aku perhatikan:

47% adalah minimum.
53% adalah maksimum.
Jangka masa panjang, atau aggregat, pasti dan pasti 50:50.
___________________

Cerapan aku bukan terpakai untuk ladang kambing aku sahaja, tetapi rupa rupanya cerapan yang sama didapati daripada kajian demographer, atau pengkaji populasi, ke atas semua mamalia.

Semua mamalia.

Setiap spesis mamalia akan bergerak ke arah 50:50 dalam jangka masa panjang walau apa pun yang terjadi ke atas spesis tersebut. Baik disebabkan malapetaka (kebuluran, bencana alam) atau polisi (preference untuk anak lelaki di China).
____________________

Aku juga perhatikan, tahun tahun dimana banyak kelahiran anak betina adalah tahun tahun awal aku bela kambing, dimana ketika itu aku belum cukup mahir membiak, dan kambing selalu tak cukup makan dan makan benda yang tak betul.

Sekarang, situasi terbalik dimana aku menerima lebih banyak kelahiran anak jantan berbanding betina. Ketika ini situasi pemakanan kambing dah stabil, dimana kambing dapat makan benda yang betul dan dalam kuantiti yang betul.

Kesimpulan mudahnya, banyak anak betina dilahirkan ketika wujud situasi 'underfeeding' atau 'undernutrition'. Dan lebih banyak anak jantan dilahirkan ketika situasi 'normalfeeding' atau 'overfeeding'.

Mengarut?

Tidak sama sekali. Para demographer yang mengkaji pertumbuhan populasi mamalia di padang rumput afrika juga menemukan kesimpulan serupa. Ketika musim kemarau, dimana makanan tidak cukup, lebih banyak anak betina dilahirkan. Ini kerana usaha mengandung, melahirkan, dan membesarkan anak betina tidak memerlukan jumlah tenaga yang besar sepertimana yang diperlukan untuk anak jantan. Para demographer juga berpendapat, 'survival mode of the species' diaktifkan ketika situasi underfeeding, dan 'survival mode of the species' prioritinya ialah pembiakan, dan pembiakan pastinya tertumpu pada anak betina.

Dalam situasi normal, dimana makanan cukup, bilangan anak jantan sekitar 51% ke 53%. Sememangnya anak jantan akan lebih dalam situasi ini, kerana jantan ada satu lagi tugas - bersaing sesama mereka untuk dapatkan hak mengawan, dan persaingan ini menyebabkan banyak anak jantan mati atau 'pencen'. Untuk menstabilkan nisbah spesis kepada 50:50, sebab itu lebih banyak anak jantan dilahirkan.

Berdasarkan input rakan penternak juga, mana mana yang kata banyak sangat anak betina dilahirkan, bila aku pergi melawat dan perhati program pemakanan kambing, memang wujud situasi 'underfeeding' - samada makanan memang kurang cukup, ataupun banyak makanan kurang betul untuk kambing.

Ok. Banyak kita boleh pikir berdasarkan cerita di atas. Dan aku juga ada terpikir, barangkali ini semua ada kaitan dengan kata kata Tuhan yang menjelaskan kepada kita semua, sesungguhnya setiap makhluk ciptaanNya dijadikan berpasang pasang.

That's why it's 50:50, in the long run, for any species.

Walau pun kita cuba campurtangan, dan ada kebolehan terhad, dalam menentukan jantan betina anak anak kita mahu pun ternakan kita.

Wallahualam.






No comments:

Post a Comment