PERANGKAP IMPORTER KAMBING
Puak importer sangat bijak memerangkap bakal penternak dan penternak baru.'Showmanship' puak importer dalam media arus perdana dan media sosial memang first class berbanding pembiak veteran yang selalu ketinggalan dalam bab bab ni.
Puak
importer selalu keluar suratkhabar, dan mendapat liputan meluas
dengan berselindung di sebalik slogan high tech yang sebenarnya very
high input husbandry. Tidak mampu diikuti oleh orang kebanyakan, dan
hanya mampu dibuat oleh penternak baru kaya raya. Itu pun semua
tumbang juga walau poket dalam dalam.
Tiada
satu pun importer, dan sememangnya tiada importer yang berani buat
operasi pembiakan semata mata menggunakan konsep high tech dan
menggunakan baka baka yang mereka import. Walhal mereka lah yang
terkehadapan menjerit sekuat kuatnya bahawa teknologi tinggi adalah
masa depan industri pembiakan kambing. Segala produk dan konsep yang
mereka laungkan hanya berani digunakan untuk menggemukkan kambing
jangka pendek. Dan kambing yang digemukkan ini semuanya diimport.
Beritahu
aku satu importer yang buat pembiakan, dan berjaya status
pembiakannya. Cabar mereka adakah mereka mampu jual produksi
sembelihan mereka pada harga satu dinar? Mampukah mereka bertahan
hidup bertahun tahun pada harga sebegitu? Cabar mereka kalau berjaya
pembiakan mereka, jangan lagi import. Tetapi gunakanlah segala
sistem, mesin dan input canggih mereka untuk membiakkan kambing pada
harga jualan satu dinar.
Tak
berani tuan puan. Operasi pembiakan mereka gagal. Mana mana importer
yang simpan sedikit kambing untuk pembiakan, hanyalah sebagai
sandiwara mengelabui mata penternak baru. Mereka tidak mampu biakkan
kambing pada harga satu dinar. Yang mereka berani biakkan ialah kalau
kambing dijual pada harga baka, pada dua ke empat dinar. Tapi kalau
jual dua empat dinar, ini bukan pembiak pedaging tetapi pembiak baka.
Bila pula kita nak menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran daging
dalam negara kalau asyik main pasaran baka. Dan pasaran baka adalah
sangat silikal - cepat turun cepat naik. Tak stabil.
Dan
kalau ada importer yang berani sanggah kenyataan aku ini, yang berani
kata dia mampu biakkan kambing sembelihan pada harga satu dinar
dengan menggunakan teknologi tinggi - maka buat apa lagi nak import
import. Importer tu dah jumpa 'holy grail' atau 'lombong emas' yang
diburu buru selama ini. Maka jadilah pembiak kambing tulen sepenuh
masa. Dah tak payahlah kerja lain atau bisnes lain nak tampung kos
operasi pembiakan pedaging. Tunjuklah kepada kami pembiak kolot,
modal ciput lagi low tech ini akan jalan kamu yang lurus terang
benderang. Tak gitu Tuan Guru Importer?
Bakal
penternak dan penternak baru hampir semuanya tidak perasan yang
mereka sedang disedut masuk ke dalam perangkap vakum puak importer.
Wayang mereka memang hebat. Ceritera mereka berjaya menghanyutkan
semua penternak baru ini ke alam yang indah, jauh dari kebenaran, dan
menyerang pembiak tulen veteran sebagai kolot lagi menyesatkan. Dan
benar memang ada, dan sentiasa ada penternak baru yang memandang
rendah lagi enteng kepada pembiak veteran yang mengamalkan low input
low tech husbandry.
Tetapi
bila penternak baru ini masuk tahun kedua dan ketiga operasi, mulai
nampak kebenaran dan realiti, mulai curiga wajah sebenar di sebalik
topeng topeng importer. Dah pandai bezakan siapa importer, siapa
pembiak tulen, dan nasihat siapa yang lebih bernas. Malangnya situasi
kebanyakan penternak baru masa ni dah jauk terlajak, dah hampir
sangat jadi bubur, atau memang dah jadi bubur. Dah payah sangat nak
reverse engineer kasi jadi nasi balik.
Tuan
puan, realiti sebenar ialah bagi pasaran pedaging, harga satu dinar.
Kalau beli kambing dua empat dinar, jangan expect kita boleh jual
anak anak kambing tu pada harga dua empat dinar juga. Kita baru lagi,
belum ada reputasi sebagai pembiak baka, yang mampu kita buat ialah
beroperasi pada tahap pedaging. Pedaging ni sebagai asas, atau kursus
pengenalan sebelum kita boleh melangkah lebih jauh. Kalau kita dah
'master' pedaging, besok senanglah bak buat pembakaan atau susu.
Hmmm..
satu cara importer kenakan kita penternak baru ialah 'pass the risk'
kepada kita. Importer charter kapal terbang atau kapal untuk bawak
kambing import, kemudian landing aje kat airport terus hantar kepada
penternak. Dia tak tanggung risiko kambing mati. Dia takde kuarantin.
Terus hantar kat kandang kita. Kita lah yang tanggung.
Dan
banyak penternak baru yang mengalami kerugian besar sebegini bila
kambing mati berderet deret akibat masalah adaptasi. Tak kisahlah
boer ke, feral ke, jamna ke, myanmar ke, bangla banglo ke - semua
cerita kambing import ni serupa. Dah muak betul aku dengar penternak
baru tertonggeng tonggeng lemas dalam kerugian.
Penternak
baru ingat boleh buat 'fast buck', tengok yang jadinya 'fast death'.
Kambing dan kita sekali tergolek.
Dan
satu lagi yang banyak penternak baru tidak bersedia, ialah akan
hakikat ketidakmampuan baka baka import yang baru sampai dijadikan
breeder. Kambing yang merentas zon cuaca ni tak akan optimal
pembiakan dan produksinya sebagaimana zon cuaca asal mereka. Masalah
adaptasi banyak terjadi, pasti. Dan realitinya penternak baru tak
bersedia.
Adalah
lebih baik beli kambing untuk pembiakan daripada pembiak juga. Yang
generasi anak anak local birth. Yang beranak kat malaysia. Samada
darah tempatan atau darah asing, kelahiran tempatan tinggi sikit daya
adapatasinya. Takdelah pening kepala tahap migrain kita dibuatnya.
Haa risiko buat breeder bagi kambing baru jejak tanah melayu, memang
tinggi. Kalau kita dah berpengalaman takpe lah.
Dan
satu lagi yang importer akan perangkap kita - diorang tak akan beli
kambing yang dilahirkan di sini. Padahal janji manis masa kita nak
beli betina betina import daripada diorang ni.
Ada
ke diorang nak beli balik anak anak kambing keluaran kita pembiak?
Takde takde. Diorang lagi suka beli yang import juga. Takdenya nak
tolong kita penternak tempatan. Dibiarkan kita terkontang kanting
terpinga pinga. Dan kalau diorang nak beli pun, diorang akan tawarkan
harga lebih rendah daripada harga diorang beli dengan orang kafir
australia.
Penternak
tempatan diketepikan. Bila habis madunya, hampas dibuang buang begitu
sahaja. Masa mula mula je manis, dah lama baru pecah tembelang. Puak
importer ni bukan patriot, tetapi pembunuh patriot.
Tak
percaya? Tengoklah masa dah start bela kambing masuk tahun kedua
ketiga. Tengok skrip drama yang aku cerita ni, serupa ke tak serupa?
Sebab
itu semua pembiak veteran ada isu dengan puak importer ni. Semua
pembiak yang masih berdiri, apatah lagi golongan pembiak tulen,
memang anti dengan propaganda mengarut puak importer.
Dan
puak importer tak berani berhadapan pembiak tulen. Mereka akan 'black
out' tanda tanda kewujudan pembiak tulen. Mereka tidak mahu tempayan
dongeng mereka pecah.
Tetapi
puak importer tetap berjaya mempengaruhi sebahagian besar bakal
penternak dan penternak baru. They are very good at it. Dan semakin
ramai penternak baru masuk bubu, lebih baik lebih afdal untuk poket
mereka.
Dan
bubu (atau vacuum cleaner) mereka memang besar sebesar besarnya..