Saturday, August 31, 2013

SIAPA YANG MERDEKA SEBENARNYA?

Merdeka ialah bebas.

Bebas dari kebergantungan.
____________________________

Dah ada importer yang tak senang duduk dengan kenyataan dalam blog kecil dan tak popular ni. Amende geng importer nak risau? Selagi diorang rajin kipas buntut, atau cium buntut sesiapa berkenaan yang memayungi mereka, selagi itu sebarang komen pedas dalam blog ini tidak mampu mengapa apakan mereka.

Now, bila ada importer yang menuduh kita golongan penternak adalah penuh hasad dengki dan minda masih terjajah setelah berpuluh tahun merdeka - apa perasaan kita tuan puan penternak pembiak kambing?

Siapa yang terjajah sebenarnya ni? Siapa yang bergantung kepada australia si anak penjajah, barua amerika dan british? Siapa yang masih mengharap kepada penjajah sebagai punca rezeki? Siapa yang berlutut kepada penjajah demi memenuhi tembolok diri?

Agaknya puak importer ni ingat merdeka cukup dengan merayakan hari merdeka; atau kibar bendera malaysia pada kereta dan rumah; atau memenuhi akaun facebook dan blog mereka dengan mesej hari merdeka; atau tidur dengan spender yang dibuat dari bendera malaysia.

Agaknya puak importer ni ingat itu semua dah cukup menunjukkan yang diri mereka adalah nasionalis, bebas, merdeka tidak lagi terjajah.

....... buta sungguh puak importer ni.

Berani diorang cakap kita terjajah?

Kita adalah pembiak yang berusaha sekeras kerasnya membebaskan diri dari kebergantungan kepada penjajah untuk sumber makanan.

Kita adalah golongan yang berusaha sejerih jerihnya mengikut jalan para anbiya' demi mencapai kebebasan pemikiran, jiwa dan kewangan.

Kita adalah golongan yang memerah segala kudrat yang ada demi memelihara agama - kambing ternakan umat islam untuk umat islam, bukannya kambing penjajah kafir untuk umat islam.

Kita adalah golongan yang percaya pada darah anak watan, darah pribumi, darah tempatan, dan darah yang mengalir dalam tubuh sendiri untuk membawa kita ke masa hadapan. Bukannya darah penjajah.

Dan kita, adalah golongan yang benar sebenarnya berusaha merdeka bebas penjajahan.
Berani puak importer kata kita terjajah?

Siapa yang lebih nasionalis? Adakah kita yang membangunkan ekonomi tempatan, atau importer yang berterusan membawa keluar ringgit malaysia?

Siapa yang lebih memelihara agamanya? Adakah kita orang Islam yang menternak kambing untuk umat Islam, atau importer yang jelas bawak masuk kambing orang kafir dan berbangga dengannya?

Siapa yang lebih merdeka, bebas dari kebergantungan? Adakah kita golongan pembiak, atau importer yang masih berlutut kepada penjajah sebagai punca rezeki?

Ketahuilah para importers sekalian, dan aku tujukan khas buat apex importers - tangan tangan kamu penuh dengan darah para pembiak dan penternak yang telah kamu cekik dan lemaskan; lidah kamu beracun memintal mintal kepalsuan dalam industri; dan jiwa kamu lah yang terjajah masih mengharapkan penjajah untuk makanan. Kamu importer lah yang mengagung agungkan penjajah!

Merdeka..... kami pembiak dah lama bebas mentaliti dijajah, dan kami sedang menanti kamu wahai kalangan importer, untuk merdeka, bebas dari penjajahan!


Bolehkah?

Friday, August 30, 2013

BERAPA BANYAK DISKAUN DAA..

Dah lama customer tak berdegil minta diskaun bila beli kambing dengan aku sehinggalah semalam. Dan ini membuatkan aku 'flashback' kepada tahun tahun awal aku bela kambing, di mana biasanya trader adalah pelanggan majoriti.

Masa tu ada enam tujuh orang trader area aku ni, yang biasa jual beli kambing. Diorang ni bukannya pandai biakkan kambing pun, tetapi sebab dah lama dalam industri, banyaklah orang dah kenal.

Semua trader ni ada satu persamaan, tak faham istilah 'fair trade'. Diorang ni semuanya excellent negotiator - buy as low as possible, sell as high as possible. Diorang tahu hampir semua penternak kambing especially yang baru terjun industri, adalah 'hapless negotiator' - mudah dibuli.

Termasuk aku, seorang pembiak baru, yang ladangnya 'remote' susah orang nak tahu kewujudannya, dan pasif dari segi pemasaran.

Aku adalah prime target. Lauk kenduri yang sangat sedap.

Ok. Aku jual ikut kilo, ikut berat hidup. Sampai sekarang. Aku jual per kilo sebab aku nak simpan rekod, jadi aku boleh compare performance. Kalau ikut per kepala lebih untung sepertimana yang trader trader ni buat, tapi aku pembiak yang nak tahu prestasi ladang sendiri, jadi aku maintain polisi harga per kilo ni.

8 tahun yang dulu, harga biasa yang trader trader ni offer untuk beli kambing jantan ialah $14 per kilo, dan $6 per kilo untuk betina kondem. Bila Pak Lah jadi PM dan galakkan bela kambing, banyaklah ladang kambing muncul sana sini. Lepas tu krisis makanan dunia. Harga bijirin melambung. Harga dedak dari $25 per guni terus roket jadi $48 per guni.

Masa tu mana mana penternak yang buat intensif hampir semuanya gulung tikar. Tak tahan dengan feed cost. Sapa yang buat semi intensif tak terasa sangat dengan kenaikan harga dedak.

Now, walaupun harga makanan kambing melambung sekali ganda, trader trader ni semua maintain offer price $14 per kilo kepada penternak. Tak berubah. Tapi harga yang diorang jual kepada retail customer, seperti biasa meningkat. Diorang bagi alasan harga makanan kambing meningkat.

Huh! Bengong semua trader trader ni. Diorang ni macam kartel - ada agreement sama sama diorang untuk lemaskan semua pembiak kambing, dan maintain illusion wujud kambing oversupply. Sibuk lah kata australia punya kambing lagi murah, jadi takde sebab nak beli kambing tempatan.

Haa sekarang ringgit dah jatuh, harga kambing aussie naik, baru korang tahu. Baru nampak nilai kambing tempatan, dan nilai pembiak kambing.

Ok. Masuk cerita diskaun. Masa aku jual kepada trader kambing suatu waktu dahulu.

Bila aku jual harga per kilo, itu sendiri dah jadi suatu bentuk diskaun. Fair practice. A very fair selling method, both to seller and buyer. Penat kepada pembiak sebab nak timbang tiap tiap ekor, tetapi pembeli puas hati sebab tahu nilai sebenar yang dia bayar.

So. That is first level discount.

Kemudiannya bila aku jual sebelah pagi, perut kambing adalah kosong tak berisi rumput dan dedak. Purata 1-2 kg berat per ekor kambing. Memang jimat betul bagi sapa sapa yang beli kambing cara timbang sebelah pagi.

That is second level discount.

Kemudiannya masa timbang, ada kambing yang beratnya tak tepat. Contoh jarum timbang tunjuk 25.5kg, bergerak gerak antara 25 dan 25.5. Itu aku kira 25kg. Aku cancel berat lebihan tu. Daripada 10 ekor sampel kambing, adalah 2-3 ekor yang macam ni.

That is third level discount.

Kemudiannya masa kira dalam resit, ada trader yang minta cicai ajelah. Contohnya total amount ialah $9440. Trader minta jadikan $9400.

That is fourth level discount.

Pehhh!!! Diskaun multi level.

Lembiknya aku masa tu...

Kadang kadang bila terfikir balik, terbakar dibuatnya.

Memang brutal sadis trader trader ni. Dah la beli harga murah $14 per kilo, boleh lagi push down the price. Tobat tobat, tak mahu dah aku tunduk pada tekanan diorang ni. Kalau ikut cakap diorang ni memang tenggelam tak timbul timbul kita dibuatnya.

So, sekarang tuan puan tahu salah satu sebab aku tak suka geng importer dan kebanyakan geng trader. Mereka adalah pembuli. Dan mereka adalah pembunuh. Nak cari seorang trader yang buat fair practice, atau fair trade adalah bagaikan mencari jarum dalam jerami.

Sekarang ni aku jual kambing berdasarkan term aku sendiri. Aku bukak kuda kuda, dan tak berganjak dalam negotiation. Hardline stance. Kalau aku kata $20 per kilo, ianya adalah tetap $20 per kilo. Baik kepada retail atau trader. Ada trader yang dok pujuk pujuk pujuk kata tak boleh dia cari makan macam ni - dari sekilo $16 dia punya offer price sampailah jadi sekilo $19.50....

No sir it is $20 per kilo. Walau pun beza 50 sen sekilo je, ianya tetap $20 per kilo.

Jadi sekarang takde trader yang berani beli dengan aku.

But I still survive. Alive and doing well. Prospering.

Tuan puan, harga adil bagi seekor kambing sembelihan sekarang ialah $22-$24 per kilo berat hidup (berdasarkan harga zaman rasulullah dimana seekor kambing 35kg = satu dinar emas). Selagi kita jual pada harga ini, atau di bawah harga ini, kita mengamalkan fair price. Ini bukan harga menekan pengguna.

Dan kepada semua importer dan trader kena ingat amalan rasulullah dalam jual beli (bukannya manufacturing ye) ialah margin (atau markup) tidak melebihi 30%. Maknanya kalau kita beli kambing harga $500 dari penternak, kita akan jual tidak melebihi $650.

Dan aku tahu banyak sangat importer dan trader yang jadi terlalu tamak, dan tidak lagi pedulikan pesan dan amalan Nabi Junjungan kita. Banyak sangat yang berpandukan mantra 'beli pada harga terendah, dan jual pada harga tertinggi', dan terlupa kesederhanaan cara Nabi berniaga.

So kepada pembuli pembuli, perosak perosak, dan pembunuh pembunuh dalam industri - kita semua kena kembali mencontohi amalan Rasulullah dalam perniagaan. Barulah kita semua jadi makmur, dan dapat berkongsi kegembiraan menjadi peserta industri.

Salam!


Selamat Hari Merdeka..  

Thursday, August 29, 2013

KAMBING FERAL DAN LADY GAGA

Suatu keanehan terjadi.

Beberapa tahun yang sudah, sekumpulan penternak di bawah skim pawah dalam sebuah negeri mendapat bantuan kambing pejantan seekor seorang. Kambing didatangkan khas dari australia. Kambing liar. Feral.

Semua penternak ini tidak tahu spesifikasi kontrak sistem pawah, tidak diberi ruang untuk membaca perjanjian, tidak mendapat salinan perjanjian dan hanya mengangguk setuju menerima pejantan bantuan. Happy sangat dapat kambing bantuan.

Kambing bantuan ini..... boleh juga dipanggil kambing bebanan ini, adalah kambing feral yang hidup liar di australia. Gagah dan lasak. Di australia lah, atau mana mana zon panas kering. Kalau pindah zon cuaca, wujud masalah pembiakan.

Sebenarnya kan, semua kambing feral yang dibawa masuk ke malaysia adalah gred sembelihan. Di australia sana, feral adalah high level threat, perosak tanaman skala besar, dan dibunuh begitu sahaja oleh petani petani di sana kerana sangat mengganggu.

Australia fikir rugi dibunuh sahaja, lebih baik dieksport. Dan Malaysia penuh gembira menjadi pembeli feral besar besaran, dan mendapat status vip sebagai pelanggan no 1 kambing feral. World largest importer of australian feral.

Now, ini adalah pandangan aku berkenaan kesesuaian feral sebagai pejantan. Pandangan yang sesetengah orang akan sanggah.

Feral sesuai sebagai sembelihan dengan syarat beli hari ini, besok dah sembelih. Tunggu lama, probability sangat tinggi dia jadi arwah.

Feral sebagai pejantan? Cukup dinamik, cukup spring, cukup power, cukup kaw untuk pembiakan?

Tipis. Kemungkinan sangat tipis. Aku tak kata Tak ye. Watch out my words.

Kemungkinan feral nak menjadi pejantan excellent adalah senipis mata gillette. Lebih nipis daripada nipisnya kemungkinan melihat siti nurhaliza pakai mini skirt buat show..

See.. feral tak masuk master-servant relationship. Ia tak tunduk sepenuhnya. Ia bukan ternakan. Ia perosak tanaman. Barangkali tak sesuai pun untuk korban dan aqiqah - afdalnya korban dan aqiqah ni adalah kambing yang diternak, yang dijaga, yang kenal tuannya, yang patuh pada arahan penjaganya. Ini yang dipanggil ternakan.


Feral perosak. Liar. Tiada tuan. Degil. Tak masuk definisi ternakan. Tak berapa kena buat korban apalagi aqiqah untuk anak anak kita. Kita nak yang terbaik untuk anak kita. Dan sifat feral yang degil.... does not seem right.

Kambing yang tak masuk master-servant relationship bakal jadi poor performer. Pembiakan kita akan terganggu dan prestasi rendah. Simpan rekod elok elok, tuan puan kita semua tengok apa jadi pada herd performance bila kita tukar pejantan kepada feral (atau pejantan dari sistem ekstensif).

Tapi berdasarkan apa yang aku perhatikan, aku tak berani cuba cuba feral buat pejantan. Aku putuskan ianya adalah near worthless experiment. Berisiko tinggi.

Pengalaman rakan ternak yang mendapat feral untuk dijadikan pejantan semuanya merungut. 3 bulan dari saat cecah kandang penternak, baru pulih berat badan. Lepas tu tunggu lebih 3 bulan lagi baru nampak menggatal sikit. Sikit je. Acah acah. Ni penternak yang nasibnya baik, ada skill, jadi feral masih hidup. Penternak lain, dah lama kiok feral nya.

Senang cerita, aku langsung tak yakin feral boleh dijadikan pejantan utama, walau pun yang nampak dah adapt dengan cuaca kita. Kena ingat ye, semua feral aussie adalah gred sembelihan. Feral sebagai pejantan fourth tier boleh la, takat main main. Bukan main squad, bukan backup squad, bukan reserve squad. Youth squad boleh la.

Now, feral tak feral, spesifikasi kontrak skim pawah ialah pejantan boer 18 bulan, berat atas 35kg.

Boer.

Takde salah ejaan dalam kontrak yang kata baka feral. Nope. Takde. Semua spec kontrak jelas sejelas lampu spotlight stadium nasional tulis boer.

hmmm... sharifah aini memang jelas berbeza dengan lady gaga kan? Kan?

Penternak patut dapat sharifah aini yang tembam, bertahi lalat dan bertudung sopan lemah lembut. Tapi yang keluar dari buntut lori ehem ehem ehem... ialah Lady Gaga yang slim, rambut mega oversized, pakai bikini dan berkasut platform tinggi 1 meter.

Yeah penternak dapat Lady Gaga. Hairy version. Wild girl. Extremely feral. Untameable. Tak boleh dijinakkan langsung. Absolute horror.

Pelik sungguh aku. Takkan importer yang jadi supplier skim pawah di bawah mata ehem ehem ehem ni tak dapat bezakan Sharifah Aini dengan Lady Gaga? Boer dengan Feral?

Isyy musykil musykil....





Wednesday, August 28, 2013

DARK OF THE MOOD

Awal awal biak kambing aku mudah upset bila kambing mati. Berhari hari sedih terfikirkan kambing mati dan kerugian. Bini aku pun tak berani kacau aku bila dapat tahu ada kambing mati. Dia tahu aku takde selera makan dan bad mood.

Tapi lama lama, kematian kambing menjadi biasa. Acceptable. Kambing mati pun aku selera makan macam biasa. Tu yang gemuk sekarang ni. Body score 4. Sikit lagi nak masuk body score 5 - obese. Itu hari ukur BMI dah masuk kategori overweight. Silap makan, kejap je boleh masuk zon kegemukan melampau.

Aku dah dapat terima hakikat kematian. Dah biasa tengok kambing mati. Aku dah tak macam dulu, berjuang habis habisan untuk pastikan survivabiliti sang kambing. La ni, aku tidak teragak agak untuk takai kalau ada kambing yang payah nak diuruskan. Mmm tapi dah lama juga takde kambing nak ditakai pun. Takde stok kambing kondem semenjak aku buat creep feed untuk anak anak kambing, dan bagi supplementation untuk kambing beranak dua.

Life as a breeder has been easier now compared to the early years. Much easier.

Tapi semalam ada satu ibu kematian anak kembarnya yang dilahirkan kelmarin. Kembar jantan. Kecil saiznya. Rasanya seekor tak sampai sekilo pun berat. Jarak kelahiran 5.5 bulan.

Ibu ni ibu dah season. Dah biasa beranak. Aku bagi supplementation sepanjang dia menyusukan anak sebelum ini. Body score average, just slightly less average.

Ntah kenapa bila aku tengok anaknya yang terkulai semalam, aku jadi........ (no no no bukan werewolf dari bangla :):)), sedih bercampur marah. Biasa takde feeling.

Marah kepada diri sendiri kerana tak jaga kambing betul betul. Dah lesap $1000 macam tu je.

Tuan puan, aku buat selective deworming. Tapi realitinya, dah berbulan bulan lebih 6 bulan, takde sekor kambing pun aku deworm. Bukan takde kambing yang nak di deworm, tapi yang sebetulnya aku tak cukup perhatikan kambing aku. Banyak kambing yang terlepas pandang.

Padan muka aku. Salah sendiri. Bad mood tahap wolverine terkeluar cakar adamantium pun takde guna. Aiii...

Patutnya aku deworm dia ni. Bukan masa post partum atau lepas bersalin. Tetapi masa prepartum, atau semasa mengandung especially bulan ke 3 atau ke 4.

Prepartum deworming akan membantu meningkatkan kadar survival ibu anak. Pada darjah yang lebih besar daripada postpartum deworming atau pun semasa flushing.

Ya aku recommend buat prepartum deworming. Anak kambing yang lahir akan jadi besar besar saiznya walau pun ibu kecik, justeru kadar kenaikan berat badan biasanya (aku tak kata confirm) lebih cepat.

Secara puratanya, jarak kelahiran adalah 8.1 bulan. Kalau ada supplementation lagi cepatlah kidding interval. Maknanya prepartum deworming kita buat setiap 8 bulan. Cukup ke ni? Biasanya recommendation deworming setiap 3 ke 4 bulan?

Cukup bagi ibu kambing tempatan yang dah season, dah umur lebih 2 tahun, dah biasa lepas meragut. Afdal lah tu, deworming setiap 8 bulan, dan buat masa mengandung 3-4 bulan. Jangan takut. Nampak macam lama sangat jarak deworming, takut risiko kecacingan? Well 80% kambing kita should be ok, lagi 20% je yang kita kena jaga jaga sikit.

Err tapi realitinya aku selalu terbabas. Banyak kambing aku tak deworm especially pejantan 2 ekor tu. Dah bertahun tak deworm.

Tu lah risiko selective deworming. Kita boleh terlepas pandang. Jadi mortality rate naik sikitlah berbanding mass deworming, tapi risiko resistance berkurang drastik.

Kepada pembiak berpengalaman, lebih baik buat selective deworm. Kepada pembiak baru, buat mass deworm.

Kepada pembiak yang malas nak deworm macam aku, sendiri mau ingatlah.

Haittt!!




Tuesday, August 27, 2013

STABILITY

Apesal banyak importer dan trader telepon aku kebelakangan ni? Semuanya sibuk nak supply kambing kat aku. Kambing import. Bukannya kambing tempatan.

Well, terima kasihlah susah susah tepon bagitau ada supply. Raya haji dah dekat, jadi biasalah geng importer dan trader semakin aktif kempen jualan diorang.

Cumanya, diorang ni tak baca habis blog aku ni. Kat kotak kotak belah kanan tu ada aku umumkan yang aku ni 100% pembiak. Sejak sekian lama. Aku tak jual beli kambing. Aku hanya produce dan jual.

Aku takde masalah dengan mana mana rakan ternak yang nak ambil kesempatan jual lembu kambing import masa raya haji. Takde masalah. Yang masalahnya aku.

Aku always prefer jual kambing sendiri daripada sibuk sibuk beli dan jual kambing orang lain. Ada beberapa sebab.

Yang pertamanya cost of production per unit kambing aku adalah lebih rendah daripada kos importer beli kambing dari negara supplier. Samada australia, thailand, indonesia atau myanmar. Jauh lebih rendah.

At one point, development cost aku cuma rm90 per kambing. Kiranya aku beli kambing aku sendiri pada harga rm90, dan aku jual pada harga rm500. Kan banyak untung tu. (Sekarang ni naik dah production cost, pasal aku kejar increasing demand - aku cuba kejar berat badan kambing 30kg secepat yang boleh).

Jadi tak berapa kena kalau aku trade kambing, bilamana pembiakan lebih menguntungkan.

Satu lagi sebab ialah kawalan penyakit. Aku dah baaaaanyaaaakkk kali tengok rakan ternak yang tumbang tergolek hasil main trading kambing import. Banyak kali tuan puan. Tiap tiap tahun ada je yang tergolek. Ada yang tumbang spectacularly padahal operasi dah cecah lebih 5 tahun.

Kepada sesiapa yang berhasrat nak menjadikan pembiakan core business, seboleh bolehnya elakkan importing dan trading. Kalau nak buat juga, bina satu kandang berasingan yang jauh daripada kandang breeder, letaklah kambing import/trade kat situ.

Jangan kacau kestabilan core breeder group kita. Never upset the balance.

Frankly, aku rasa pengenalan berterusan kambing kambing baru yang asing ke dalam breeder kita akan banyak menimbulkan banyak masalah sosial dan fizikal. Akan berlaku banyak pergaduhan demi mencari hirarki kuasa. Dan pergaduhan memerlukan banyak tenaga. Patutnya tenaga habis kat pembiakan, bukannya bergaduh sentiasa. Penyakit pun senang merebak. Satu hal lagi nak control penyakit. Banyak makan masa kita, dan tenaga kambing.

Selagi kita perkenalkan betina betina baru dari luar ke dalam kawanan kambing kita, selagi itu tiada kestabilan, selagi itu kita tidak dapat mencapai potensi penuh pembiakan.

Bila kita perhatikan alam semulajadi, yang berubah hanya pejantan pejantan. Mereka yang bersaing untuk berebut hak mengawan dengan kawanan kambing betina. Manakala yang betina ni maintain aje group dia. Pertambahan populasi hanyalah dengan beranak dalam kawanan. Takde istilah migrasi antara kawanan dengan kawanan.

Dan aku rasa kestabilan kawanan terhasil setelah dua ke tiga tahun kawanan itu bersama (tiada kajian saintifik, cuma berdasarkan pemerhatian dan rekod aku). Dah stabil, masa tu kita dapat tuai hasil pembiakan yang sangat memuaskan.

Yaa, pembiakan menguntungkan.

Sape kata biak kambing tak menguntungkan? Sape kata trading dan import lebih senang?

Bagi mereka yang bersabar dan berdisiplin dalam pembiakan, it will pay off. Big time.

Salam!











Monday, August 26, 2013

HALL OF SHAME

Sekiranya ada award untuk penternak kambing paling teruk atau paling tak efisien atau paling malas dalam sejarah, aku akan menang dengan penuh bergaya. Berulangkali. Aku pasti, aku yakin.

Sebabnya?

Aku ada 300 ekor kambing. Aku gajikan dua orang pekerja. Combined man hours per day? 7 jam.

7 jam.... Less than 8 hours per day. Bukannya seorang pekerja kerja 7 jam sehari, tetapi 2 orang pekerja bergabung, dan cuma kerja 7 jam sehari.

Memang tak efisien, tak cekap.

I am the worst man manager on planet Earth.

Dang!

Banyak ladang kambing lain aku pergi, pekerja biasanya kerja dari awal pagi sampai maghrib. Ada yang sambung sampai ke malam. Koman koman seorang pekerja 8 jam kerjanya. Betul betul 'perah', dan produktif.

Seorang pekerja at least 8 jam. Yang aku pula dua orang pekerja 7 jam...

Dan diorang punya basic pay bracket (belum campur bonus), bagi pekerja asing bahagian perkebunan, are in top range kawasan sini. Pekerja aku dah ada tanah kat negera asal diorang, dan rumah dari bata merah pun dah siap, dan boleh beli lagi sekeping tanah untuk bercucuk tanam.

Aku sendiri terkial kial nak beli tanah atau rumah kat malaysia ni. Banyak duit habis kat reinvestment yang berulangkali. Baru sekarang rasa mahsyuk sikit.

Anyway, aku bersyukur kepada Tuhan, kerana walaupun labour hours aku adalah low range, tetapi output ladang aku adalah top range.

Phew! Alhamdulillah.

Gembala is still the best production method in goat breeding.

Salam!


Wednesday, August 21, 2013

BILA MALAIKAT TERKEJUT

Hipotesis. Part five.

Aku terfikir kenapa trillion demi trillion demi trillion malaikat semuanya terkejut besar apabila Tuhan mengumumkan Adam akan dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Kenapa?

Jemaah malaikat semuanya kehairanan dan tertanya tanya kenapa Tuhan mahu mencipta manusia yang akan membuat kerosakan di muka bumi.

Wait a minute!!! Macam mana pula para malaikat menganggap manusia akan berbuat kerosakan, takkan mereka tahu apa yang berlaku pada masa hadapan?

This is fascinating, to explore the reason why they were astounded.

Kenapa malaikat terkejut dengan penciptaan Adam?

Hipotesis aku ialah telah wujud makhluk makhluk seakan manusia sebelum Adam diturunkan ke bumi. Ye, makhluk makhluk yang para paleontologis namakan sebagai hominid, atau manusia mawas. Ada banyak spesis hominid ni - ada Cromagnon, Neandertal, Denisovan, homo floresiensis, red deer cave people dan pelbagai lagi. Masing masing memiliki ciri ciri fizikal yang berbeza.

Penting : Aku tak kata manusia (kita anak cucu Adam ) adalah berasal, atau evolusi, dari hominid. Dan aku juga tak menafikan kewujudan hominid. Ada sesetengah dari kita menafikan sekeras kerasnya kewujudan hominid atau manusia mawas, dan menuduh para paleontologis mencipta kepalsuan.

Pandangan aku ialah hominid wujud, tetapi aku tidak percaya pada evolusi.

Now, realitinya rekod fosil hominid adalah sangat sangat sedikit, jauh lebih sedikit berbanding rekod fosil dinosaur yang hidup ratusan juta tahun dahulu. Pelik juga ni, macamana dinosaur yang jauh lagi lama usianya dari kemunculan hominid, memiliki rekod fosil yang lebih banyak dan dalam keadaan utuh? Harapan aku ialah lebih banyak rekod fosil hominid ini akan ditemui, agar gambaran lebih jelas dapat dibina berkenaan sejarah bumi dan penghuninya.

Untuk pengetahuan, dinosaur (reptilia) muncul 250 juta tahun dahulu semasa bumi mengalami cuaca panas dan lembap dimana hampir semua kawasan planet bumi mengalami cuaca tropika berpanjangan, dan hanya ada sedikit ais. Kemudian dinosaur ni lenyap 65 juta tahun dahulu. Mass extinction. Mungkin disebabkan hentaman komet yang besar, meyebabkan berlaku perubahan cuaca yang dramatik.

Ok. Aku akan fokus pada dua hominid utama, cro magnon dan neandertal. Dipercayai manusia mawas ni tercipta 200,000 tahun yang dulu. Ini adalah berdasarkan 'carbon dating' tulang temulang mereka. Cro magnon tercipta dahulu, kemudian neandertal.

Semua hominid ini berjalan dua kaki, memburu binatang besar untuk makanan, boleh berbahasa, tahu mencipta dan menggunakan peralatan memburu daripada batu, boleh melukis, tahu menggunakan api, tinggal dalam gua, boleh bina pondok, nomadik - tribal culture.

Hampir sama dengan manusia kan? Tapi ada perbezaan besar yang akan aku terangkan dalam hipotesis seterusnya.

Now, para saintis pengkaji hominid semuanya dalam kebingungan apabila mereka mendapati semua spesis hominid ini lenyap. Bukan lenyap ditelan zaman, tapi semua spesis lenyap dalam masa yang singkat dan tiba tiba.

Tiada pengecualian. Semua spesis hominid, semua spesis manusia mawas, semua spesis makhluk seakan manusia ini, tidak lama umur spesis mereka, dan mereka lenyap tiba tiba. None slowly died out.

CroMagnon muncul dan mati mendadak, diganti pula dengan Neandertal. Dan Neandertal pun lenyap mendadak 30,000 tahun yang dulu. Spesis demi spesis hominid silih berganti muncul di muka bumi, masing masing berpeluang menjadi tuan bumi, tapi untuk sebentar waktu.

Para saintis mengemukakan pelbagai teori berkenaan misteri kepupusan ini, dan mereka masih bertelagah hingga sekarang.

Tak kisahlah apa sebab pun, tapi apa yang aku tahu, sebagaimana sering diberitakan dalam Alquran, jika sesuatu kaum berterusan berlaku zalim, maka bencana akan datang untuk menghapuskan mereka. Dalam dua bentuk - kaum lain akan melanggar dan mengganti tempat mereka, atau bencana alam diiringi pendaratan malaikat pembunuh.

Aku tak tahu apa yang CroMagnon dah buat, atau Neandertal dah buat, atau apa saja para hominid ni dah buat, tetapi apa yang aku nampak ialah spesis mereka lenyap selenyap lenyapnya bilamana ketumbukan malaikat pembunuh turun ke bumi dan menghancurkan mereka. Bersih. Barangkali inilah sebab kenapa fosil tulang mereka susah sangat dijumpai.

Dan aku percaya mass extinction oleh malaikat 'terminator' ini sebenarnya biasa terjadi, regular occurence, beserta kedatangan bencana alam. Bukan sahaja kepada spesis hominid, tetapi juga kepada spesis demi spesis jin yang lebih lama duduk di bumi berbanding kita dan hominid.

Yaa jin juga mengalami situasi serupa, mass extinction, diburu dan dibunuh oleh malaikat apabila masa mereka sampai. Aaa inilah yang terjadi kepada Azazil sebelum dia dikenali sebagai Iblis. Ulama cerita yang para malaikat sedang sibuk memusnahkan kaum azazil, bilamana azazil yang ketika itu masih kecil, tidak dibunuh, tetapi diangkat ke langit dan hidup bersama para malaikat. Azazil membesar hingga dewasa dilingkungi para malaikat, sehinggakan diangkat menjadi imam ketika solat. Dan bilamana Adam diciptakan, ketika itulah perwatakannya terus bertukar 180 darjah, dan diberi nama Iblis.

Ok. Balik kepada cerita malaikat terkejut.

Memandangkan jemaah malaikat ni dah berulangkali mendarat di muka bumi dan melenyapkan spesis spesis hominid, sebab itulah mereka terkejut besar sangat kehairanan apabila Tuhan mengumumkan Adam akan dicipta.

Adam hampir sangat menyerupai sifat fizikal makhluk hominid sebelum ini. Anggapan malaikat, Adam akan memiliki perangai yang sama dengan para hominid, akan selalu bunuh membunuh, kejam dan ingkar pada Tuhan.

Hmmm memang patutlah malaikat terkejut apabila penciptaan Adam diumumkan.

They are expecting the worst from us...

But it turns out, that we have the potential, to be the very best..

khalifah on planet earth.


Salam!

Monday, August 19, 2013

BILA BOER DIJADIKAN TENUSU

Beberapa tahun yang sudah, aku terjumpa seorang pembiak kambing. Orang kampung. Skala kontan. Kecil kecilan. 10 - 12 ekor ibu kambing. Jumlah semua termasuk anak anak adalah 25 ekor ke bawah. Dia jual hampir semua anak kambing. Maintain saiz ternakan.

Pendapatan utama adalah susu kambing. Pendapatan sampingan, anak anak kambing yang sudah besar dan dijadikan pedaging. Laki bini sama sama jaga.

Yang anehnya baka susu tak digunakan, tapi boer. Boer cross local. Tapi penternak ni bermatian kata baka dia baka boer tulin. Sepertimana yang diberitahu oleh importer yang membekalkan pejantan dan induk awal kepadanya. Aku tak nak argue dengan dia, aku kata ye. (aaiii importer ni memang ambil kesempatan, senang senang kelentong orang kampung walau pun sebangsa).

Surprisingly, boer cross local dia boleh menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak. Mungkin setanding dengan atau melebihi saanen, bila aku tengok kantung susu yang bulat besar hampir cecah tanah.

Tuan puan pembaca, aku boleh katakan kambing dia mungkin boleh menang top 3 kalau masuk pertandingan kambing banyak susu. Tapi dia tak pernah masuk bertanding.

Now, ini adalah penting. Sangat penting.

Apa yang dia buat membuktikan yang pedaging boleh dijadikan tenusu. Convertible. It is technically feasible. Tetapi... pada kos yang tinggi. Businessly inefficient. Severely inefficient.

Input yang dikeluarkannya adalah sangat tinggi dari segi tenaga, masa, dan wang. Orang orang yang datang tengok kambing dia memang semuanya wow wow wow oh my god, semuanya dalam keadaan tak percaya. Tetapi realitinya input terlalu tinggi. Penat. Penat sangat. Terlalu banyak masa, wang, tenaga dengan kambing. Tak padan dengan output.

Fatigue set in. Rumahtangga jadi panas. Hubungan laki bini jadi tegang. Selalu bergaduh. Last last tutup kandang jual habih semua kambing.

Mmmm... seekor kambing dedak 2 kilo sehari + campur molasses + special feed rumusan dia sendiri. Hari hari rumput napier satu van penuh. Hari hari perah susu banyak banyak, sebahagian susu isikan dalam botol susu, dan beri kepada anak anak kambing. Botol demi botol susu.

Senang cerita aku jaga kambing 300 ekor lebih senang lebih banyak masa rehat daripada jaga 25 ekor ikut style dia. Tapi pakcik makcik ni kira lasak juga. Boleh bertahan sampai 8 tahun walau untung tak banyak. Ikut cara dia bela, memang susah nak expand, input tinggi sangat.

Well banyak penternak baru anggap bela kambing untuk susu lebih viable, lebih menguntungkan dari bela pedaging, pasal susu boleh jual hari hari. Awas! It can be deceptive.

Kalau takde pengalaman bela kambing, terus bela kambing tenusu - learning curve will be very very steep. Market susu dalam kuantiti yang besar, bukan senang untuk diuruskan. Bab pasaran mencabar, bab production pun mencabar. Tapi seperti biasalah, bila high risk, pulangan pun boleh jadi tinggi.

Lagi mencabar kalau buat macam pakcik makcik ni, kambing pedaging dijadikan tenusu. Pehh lagi curam keluk pembelajaran ni. Mau securam dan setinggi Mount Olympus kat planet Marikh.

Aku sendiri pun dah lama bela pedaging, terkebil kebil nak masuk market susu. Sikit sikit bolehlah, untuk guna sendiri dan customer yang anak demam kuning. Big time? mmmm....... not yet..

tapi aku memang consider tenusu suatu hari nanti, dan

dengar dengar cerita pasaran susu kambing very lucrative kat penang ngan selatan johor.. :) :)


Salam!  

Sunday, August 18, 2013

SITUASI JUALAN SEKARANG

Yeehaa! Salam aidilfitri kepada semua pembiak kambing dalam setiap lapis alam semesta. Harap semuanya sihat lagi afiat tanpa masalah acidosis akibat terlebih makan pada bulan syawal ini.

Ok. Caffeine level aku dah mula kembali normal justeru ada semangat sikit nak update blog. Raya raya ni sibuk sebenarnya tapi aku ambik kesempatan menulis masa anak anak aku tidur lena sebelah pagi. Kalau dah bangun anak pompuan aku yang dua orang ni, jangan harap aku boleh pegang laptop. Asyik nak tengok upin ipin dan main masak masak.

Bulan puasa ni aku saspen juga pasal jualan kambing sebab banyak juga penternak kata slow sikit bulan puasa punya jualan. Well, untuk bulan puasa tahun ini aku dapati situasi jualan kambing adalah normal. Sama seperti bulan bulan lain.

Excellent.

Maknanya aliran tunai adalah positif untuk sambut raya. Aku tak perlu korek duit simpanan untuk beraya. Atau lebih buruk, terpaksa berhutang untuk beraya.

Pheww... raya ni bukannya emergency pun. Aku rasa tak patut kalau kita kena pecah tabung simpanan, atau guna kad kredit, atau pinjam sana sini semata mata nak nampak bergaya masa raya.

Kalau takde budget, lebih baik bersederhana. Lantaklah sedara mara nak kata apa pun. Baju raya tahun sudah ke, atau sepuluh tahun sudah ke, takde angpow raya ke, tokey kambing takkan takde duit - buat selamba muka tebal je. Masa aku tengah struggle dulu, masa usaha ternak tengah tenggelam timbul - memang biasa sangatlah aku buat dunno je bila tibe hari raya. Masa budak budak beratur salam dapat duit raya, aku lari jauh jauh hehehe..

So balik kepada cerita jualan kambing..

Ada beza situasi jualan sekarang dengan tahun tahun awal bela kambing..

Buat masa ni operasi aku takde expansion plan dalam masa terdekat. Maintain 100 induk. Dan aku jual semua anak kambing, baik jantan mahu pun betina. Kambing jantan biasanya pasaran tempatan. Local. Immediate vicinity. Besout, sungkai, tapah, langkap, teluk intan. Aaa kiranya dua daerah - batang padang dan hilir perak.

Retail ye. Runcit. Aku tak guna orang tengah atau agen atau trader. Takde jual borong. Takde jual sekali 10-20 ekor jantan. Aku jual kambing hidup terus kepada end user, atau pengguna terakhir. End user ni biasa sekor dua kambing yang dibeli, dan ada juga 7-8 ekor sekali beli.

Dulu dulu aku biasa jual kepada penternak lain. Tapi sekarang aku direct to end user. Dan aku tidak mencari pelanggan. Mereka sendiri yang datang mencari kambing.

Pelanggan datang mencari.

Dan kebanyakan end user ni adalah repeat customer. Yaaa prinsip pareto sekali lagi membuktikannya. Dulu masa aku guna banyak orang tengah/trader - 20% orang tengah adalah 80% revenue. Tapi sekarang bila aku direct to end user - 20% pembeli adalah repeat customer yang menyumbangkan 80% nilai jualan.

Now, ada sikit observation aku nak tambah. Kambing jantan aku jual local market secara retail. Berhampiran. Dua daerah - batang padang dan hilir perak. Antara dua daerah ni aku prefer batang padang, atau market yang menghala ke lembah klang. Pasalnya customer profile kurang cerewet. Kambing jantan bila dibeli tak berkira harga, manakala kambing betina tak kisah dibuat sembelihan.

Bila masuk area teluk intan atau daerah hilir perak - kuantiti customer cerewet adalah tinggi. Abnormally high. Sembelihan nak jantan aje, betina langsung tak mahu. Yang paling tak best - price depression. Harga kambing area teluk intan ni tak fleksibel macam harga tempat lain. Tak cukup elastisiti - payah dan lambat nak naik. Harga zaman batu. Patutnya ikutlah pergerakan harga satu dinar emas. Tapi teluk intan ni aku rasa ikut harga dirham kot. (Aku tujukan perenggan ni khas buat trader trader kambing, dan pelanggan pelangan super cerewet area teluk intan).

Anyway, secara ringkasnya jualan kambing takde masalah, baik jantan mahu pun betina. Very good. Sebenarnya, purata berat kambing aku semasa jualan makin jatuh. Dulu 30kg baru jual. Sekarang 25kg dan ke bawah, pun jalan, jantan dan betina. Demand sentiasa ada. Tak sempat kambing nak membesar ke saiz yang sepatutnya, dah jual.

Aaa... macam hypermarket letak barang hot demand di rak jualan mereka. Asal letak je habis. Asal letak je habis. Hmmm.... no no no no no...... tengah usung barang nak letak dekat rak - dah berpusu orang nak beli - ye. Macam tu.

Of course, kambing ada kualiti lah. Sihat, cantik, gemuk berkilat. Kalau takde kualiti, slow lah kadar jualan.

Sebenarnya kan, ramai yang gagal ternak kambing bukan pasal takde market. Bukan pasal tak boleh jual. Tapi sebenar benarnya tak cukup skill membiak. Skill takde, pulak tu buat cara high input, tu ramai yang tergolek.

Kalau skill ada, pembiakan menjadi, usaha ternak kita tidak rugi walau pun high input. Janji kadar pembiakan tinggi. Ini ok, dapat offset semua disadvantage - dapat untung. Trust me on this.

Ok, kepada semua pelawat ladang dan pelawat blog aku, akan perasan yang aku takde buat iklan dan papan tanda. Dari dulu sampai lah sekarang, memang takde iklan. Bab marketing memang aku pasif, langsung tak agresif.

Hmm alhamdulillah aku masih survive, walau ladang aku 'remote', jauh terperosok meniti hari bahagia nun tersembunyi bawah sawit.

Terpulanglah kepada masing masing bab marketing ni, samada nak pasif atau agresif. Kalau agresif, potential income tu dah tentulah lebih tinggi. Kalau pasif macam aku, pun boleh survive juga.

Pasif atau agresif - core competency kena ada, dan adalah normal bagi usahawan ternak mencapai kestabilan ketika umur usahanya 6-7 tahun. Business lain pun sama juga. Reputation, dan significant income stability semuanya muncul pada peringkat umur ini.

Sebelum 7 tahun, it is days of struggle, dan di luar zon selesa.

Semua usahawan dengan bisnes pertamanya, macam ni, kan?