Awal
awal biak kambing aku mudah upset bila kambing mati. Berhari hari
sedih terfikirkan kambing mati dan kerugian. Bini aku pun tak berani
kacau aku bila dapat tahu ada kambing mati. Dia tahu aku takde selera
makan dan bad mood.
Tapi
lama lama, kematian kambing menjadi biasa. Acceptable. Kambing mati
pun aku selera makan macam biasa. Tu yang gemuk sekarang ni. Body
score 4. Sikit lagi nak masuk body score 5 - obese. Itu hari ukur BMI
dah masuk kategori overweight. Silap makan, kejap je boleh masuk zon
kegemukan melampau.
Aku
dah dapat terima hakikat kematian. Dah biasa tengok kambing mati. Aku
dah tak macam dulu, berjuang habis habisan untuk pastikan
survivabiliti sang kambing. La ni, aku tidak teragak agak untuk takai
kalau ada kambing yang payah nak diuruskan. Mmm tapi dah lama juga
takde kambing nak ditakai pun. Takde stok kambing kondem semenjak aku
buat creep feed untuk anak anak kambing, dan bagi supplementation
untuk kambing beranak dua.
Life
as a breeder has been easier now compared to the early years. Much
easier.
Tapi
semalam ada satu ibu kematian anak kembarnya yang dilahirkan
kelmarin. Kembar jantan. Kecil saiznya. Rasanya seekor tak sampai
sekilo pun berat. Jarak kelahiran 5.5 bulan.
Ibu
ni ibu dah season. Dah biasa beranak. Aku bagi supplementation
sepanjang dia menyusukan anak sebelum ini. Body score average, just
slightly less average.
Ntah
kenapa bila aku tengok anaknya yang terkulai semalam, aku
jadi........ (no no no bukan werewolf dari bangla :):)), sedih
bercampur marah. Biasa takde feeling.
Marah
kepada diri sendiri kerana tak jaga kambing betul betul. Dah lesap
$1000 macam tu je.
Tuan
puan, aku buat selective deworming. Tapi realitinya, dah berbulan
bulan lebih 6 bulan, takde sekor kambing pun aku deworm. Bukan takde
kambing yang nak di deworm, tapi yang sebetulnya aku tak cukup
perhatikan kambing aku. Banyak kambing yang terlepas pandang.
Padan
muka aku. Salah sendiri. Bad mood tahap wolverine terkeluar cakar
adamantium pun takde guna. Aiii...
Patutnya
aku deworm dia ni. Bukan masa post partum atau lepas bersalin. Tetapi
masa prepartum, atau semasa mengandung especially bulan ke 3 atau ke
4.
Prepartum
deworming akan membantu meningkatkan kadar survival ibu anak. Pada
darjah yang lebih besar daripada postpartum deworming atau pun semasa
flushing.
Ya
aku recommend buat prepartum deworming. Anak kambing yang lahir akan
jadi besar besar saiznya walau pun ibu kecik, justeru kadar kenaikan
berat badan biasanya (aku tak kata confirm) lebih cepat.
Secara
puratanya, jarak kelahiran adalah 8.1 bulan. Kalau ada
supplementation lagi cepatlah kidding interval. Maknanya prepartum
deworming kita buat setiap 8 bulan. Cukup ke ni? Biasanya
recommendation deworming setiap 3 ke 4 bulan?
Cukup
bagi ibu kambing tempatan yang dah season, dah umur lebih 2 tahun,
dah biasa lepas meragut. Afdal lah tu, deworming setiap 8 bulan, dan
buat masa mengandung 3-4 bulan. Jangan takut. Nampak macam lama
sangat jarak deworming, takut risiko kecacingan? Well 80% kambing
kita should be ok, lagi 20% je yang kita kena jaga jaga sikit.
Err
tapi realitinya aku selalu terbabas. Banyak kambing aku tak deworm
especially pejantan 2 ekor tu. Dah bertahun tak deworm.
Tu
lah risiko selective deworming. Kita boleh terlepas pandang. Jadi
mortality rate naik sikitlah berbanding mass deworming, tapi risiko
resistance berkurang drastik.
Kepada
pembiak berpengalaman, lebih baik buat selective deworm. Kepada
pembiak baru, buat mass deworm.
Kepada
pembiak yang malas nak deworm macam aku, sendiri mau ingatlah.
Haittt!!
Salam prof.
ReplyDeleteHamba setuju dgn risk yg terlibat dlm selective deworming. Pengalaman hamba sendiri ada kambing yg mati sebab terlepas pandang. Kalau yg dot diselamatkan pun kos perubatan yg terlibat agak tinggi sedikit. Sebab kena bagi supplement yg mencukupi nak tambah darah dan sebagainya.
haiihhhh...bla la nk smpai kandang prof ni...duk beranagan dah lama dh ni....bnyak rasanya nk blajar dari prof ni...
ReplyDeleteSalam...boleh cter creep feed yg prof guna?
ReplyDeletecreep feed digunakan untuk anak-anak kambing. supplement. supaya lebih cepat cerai susu, lebih cepat naik berat badan. biasanya akan ada petak khas atau feeder khas, yang hanya anak kambing saja lepas masuk untuk makan grain atau dedak dll. memang khusus untuk anak kambing.
Deletecreep feeding akan ajar anak kambing untuk mula makan, so, bila weaning, takda la dia stress sangat. rumen pun boleh develop dengan lebih cepat.
singgah blog saya, Projek Kambing Muda
Ya...apa tu creep feed?
ReplyDeletesaya dah reply kt komen tuan Tajul. hehe.
Delete