Yeehaa!
Salam aidilfitri kepada semua pembiak kambing dalam setiap lapis alam
semesta. Harap semuanya sihat lagi afiat tanpa masalah acidosis
akibat terlebih makan pada bulan syawal ini.
Ok.
Caffeine level aku dah mula kembali normal justeru ada semangat sikit
nak update blog. Raya raya ni sibuk sebenarnya tapi aku ambik
kesempatan menulis masa anak anak aku tidur lena sebelah pagi. Kalau
dah bangun anak pompuan aku yang dua orang ni, jangan harap aku boleh
pegang laptop. Asyik nak tengok upin ipin dan main masak masak.
Bulan
puasa ni aku saspen juga pasal jualan kambing sebab banyak juga
penternak kata slow sikit bulan puasa punya jualan. Well, untuk bulan
puasa tahun ini aku dapati situasi jualan kambing adalah normal. Sama
seperti bulan bulan lain.
Excellent.
Maknanya
aliran tunai adalah positif untuk sambut raya. Aku tak perlu korek
duit simpanan untuk beraya. Atau lebih buruk, terpaksa berhutang
untuk beraya.
Pheww...
raya ni bukannya emergency pun. Aku rasa tak patut kalau kita kena
pecah tabung simpanan, atau guna kad kredit, atau pinjam sana sini
semata mata nak nampak bergaya masa raya.
Kalau
takde budget, lebih baik bersederhana. Lantaklah sedara mara nak kata
apa pun. Baju raya tahun sudah ke, atau sepuluh tahun sudah ke, takde
angpow raya ke, tokey kambing takkan takde duit - buat selamba muka
tebal je. Masa aku tengah struggle dulu, masa usaha ternak tengah
tenggelam timbul - memang biasa sangatlah aku buat dunno je bila tibe
hari raya. Masa budak budak beratur salam dapat duit raya, aku lari
jauh jauh hehehe..
So
balik kepada cerita jualan kambing..
Ada
beza situasi jualan sekarang dengan tahun tahun awal bela kambing..
Buat
masa ni operasi aku takde expansion plan dalam masa terdekat.
Maintain 100 induk. Dan aku jual semua anak kambing, baik jantan mahu
pun betina. Kambing jantan biasanya pasaran tempatan. Local.
Immediate vicinity. Besout, sungkai, tapah, langkap, teluk intan. Aaa
kiranya dua daerah - batang padang dan hilir perak.
Retail
ye. Runcit. Aku tak guna orang tengah atau agen atau trader. Takde
jual borong. Takde jual sekali 10-20 ekor jantan. Aku jual kambing
hidup terus kepada end user, atau pengguna terakhir. End user ni
biasa sekor dua kambing yang dibeli, dan ada juga 7-8 ekor sekali
beli.
Dulu
dulu aku biasa jual kepada penternak lain. Tapi sekarang aku direct
to end user. Dan aku tidak mencari pelanggan. Mereka sendiri yang
datang mencari kambing.
Pelanggan
datang mencari.
Dan
kebanyakan end user ni adalah repeat customer. Yaaa prinsip pareto
sekali lagi membuktikannya. Dulu masa aku guna banyak orang
tengah/trader - 20% orang tengah adalah 80% revenue. Tapi sekarang
bila aku direct to end user - 20% pembeli adalah repeat customer yang
menyumbangkan 80% nilai jualan.
Now,
ada sikit observation aku nak tambah. Kambing jantan aku jual local
market secara retail. Berhampiran. Dua daerah - batang padang dan
hilir perak. Antara dua daerah ni aku prefer batang padang, atau
market yang menghala ke lembah klang. Pasalnya customer profile
kurang cerewet. Kambing jantan bila dibeli tak berkira harga,
manakala kambing betina tak kisah dibuat sembelihan.
Bila
masuk area teluk intan atau daerah hilir perak - kuantiti customer
cerewet adalah tinggi. Abnormally high. Sembelihan nak jantan aje,
betina langsung tak mahu. Yang paling tak best - price depression.
Harga kambing area teluk intan ni tak fleksibel macam harga tempat
lain. Tak cukup elastisiti - payah dan lambat nak naik. Harga zaman
batu. Patutnya ikutlah pergerakan harga satu dinar emas. Tapi teluk
intan ni aku rasa ikut harga dirham kot. (Aku tujukan perenggan ni
khas buat trader trader kambing, dan pelanggan pelangan super cerewet
area teluk intan).
Anyway,
secara ringkasnya jualan kambing takde masalah, baik jantan mahu pun
betina. Very good. Sebenarnya, purata berat kambing aku semasa jualan
makin jatuh. Dulu 30kg baru jual. Sekarang 25kg dan ke bawah, pun
jalan, jantan dan betina. Demand sentiasa ada. Tak sempat kambing nak
membesar ke saiz yang sepatutnya, dah jual.
Aaa...
macam hypermarket letak barang hot demand di rak jualan mereka. Asal
letak je habis. Asal letak je habis. Hmmm.... no no no no no......
tengah usung barang nak letak dekat rak - dah berpusu orang nak beli
- ye. Macam tu.
Of
course, kambing ada kualiti lah. Sihat, cantik, gemuk berkilat. Kalau
takde kualiti, slow lah kadar jualan.
Sebenarnya
kan, ramai yang gagal ternak kambing bukan pasal takde market. Bukan
pasal tak boleh jual. Tapi sebenar benarnya tak cukup skill membiak.
Skill takde, pulak tu buat cara high input, tu ramai yang tergolek.
Kalau
skill ada, pembiakan menjadi, usaha ternak kita tidak rugi walau pun
high input. Janji kadar pembiakan tinggi. Ini ok, dapat offset semua
disadvantage - dapat untung. Trust me on this.
Ok,
kepada semua pelawat ladang dan pelawat blog aku, akan perasan yang
aku takde buat iklan dan papan tanda. Dari dulu sampai lah sekarang,
memang takde iklan. Bab marketing memang aku pasif, langsung tak
agresif.
Hmm
alhamdulillah aku masih survive, walau ladang aku 'remote', jauh
terperosok meniti hari bahagia nun tersembunyi bawah sawit.
Terpulanglah
kepada masing masing bab marketing ni, samada nak pasif atau agresif.
Kalau agresif, potential income tu dah tentulah lebih tinggi. Kalau
pasif macam aku, pun boleh survive juga.
Pasif
atau agresif - core competency kena ada, dan adalah normal bagi
usahawan ternak mencapai kestabilan ketika umur usahanya 6-7 tahun.
Business lain pun sama juga. Reputation, dan significant income
stability semuanya muncul pada peringkat umur ini.
Sebelum
7 tahun, it is days of struggle, dan di luar zon selesa.
Semua
usahawan dengan bisnes pertamanya, macam ni, kan?
Salam prof.
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir batin..
raya ni saya tak jual langsung ..tak ada stok..ni kes 'teruk' ni ..bukan psal apa..populasi dah mencecah 150 ekor, psal tertinggi sejak saya bela bebiri..pedaging masih kecil, kurang dari 20 kg..terpaksa maintain populasi sebab kandang kecil/seorang pekerja ja/makanan kena 'catu' so, tak brape membiak..
untuk raya haji, ada banyak stok baru bleh jual.. regular customer dah siap 'booking' awal awal..jadi, umur pedaging memang tak lebih setahun dah dijual (jualan laris) hehe..
Salam tuan zaki, selamat hari raya, maaf zahir batin,
DeleteYeah, production line kita yang tak dapat keep up dengan demand.
Ada orang kata bila demand dah tinggi teruslah ramp up production, but it is not as easy as it seems. Capital cost satu hal, feed availability dan labor management pun kena ambil kira.
Saya sendiri value efficiency berbanding kuantiti.
I like to have a deep sense of control. Kalau kambing banyak sangat, rasa macam berterabur di luar kawalan aje.
Selamat Hari Raya Bro...jual direct pada end-user pada harga berapa sekilo? Saya rasa tak tahan kerana terpaksa terima harga rm 18 sekilo (hidup jantan bawah 25 kilo).Kalau jantan above 25 kilo dia orang offer at rm 17....kalau betina only rm 15-16. Trader ni kata, kambing dia orang import lagi murah....yang beku lagi harga rendah!! Ini yng buat saya bengang!!
ReplyDeleteBiasa la tu ayt trader, jgn lyan sgt karenah diorg ni. Kita yg berujan berpanas,diorg nk untung ats angin je. Btul ckp bro zaki,kalo berat bwh 25kg,kita jual ikut timbg mata je. Stakat rm500 customer masih nak lg.
Deletejangan jual kepada trader unless kalau 'tersepit sangat'..
ReplyDeletekalau bawah 25kg, jangan jual pakai kilo..jual pakai kepala lagi bagus..customer can accept..
apabila berat bertambah, baru jual pakai kilo..dengan cara ini, kita 'penalise' sapa yg beli berat rendah..pelanggan yg beli lebih skit, kita bagi 'diskaun'
kita jual kat regular customer, jual murah sikit dari one-off customer..
kalau nak jual kat trader, jual hanya dalam bentuk pukal..tapi profit margin sikit la..