Monday, August 26, 2013

HALL OF SHAME

Sekiranya ada award untuk penternak kambing paling teruk atau paling tak efisien atau paling malas dalam sejarah, aku akan menang dengan penuh bergaya. Berulangkali. Aku pasti, aku yakin.

Sebabnya?

Aku ada 300 ekor kambing. Aku gajikan dua orang pekerja. Combined man hours per day? 7 jam.

7 jam.... Less than 8 hours per day. Bukannya seorang pekerja kerja 7 jam sehari, tetapi 2 orang pekerja bergabung, dan cuma kerja 7 jam sehari.

Memang tak efisien, tak cekap.

I am the worst man manager on planet Earth.

Dang!

Banyak ladang kambing lain aku pergi, pekerja biasanya kerja dari awal pagi sampai maghrib. Ada yang sambung sampai ke malam. Koman koman seorang pekerja 8 jam kerjanya. Betul betul 'perah', dan produktif.

Seorang pekerja at least 8 jam. Yang aku pula dua orang pekerja 7 jam...

Dan diorang punya basic pay bracket (belum campur bonus), bagi pekerja asing bahagian perkebunan, are in top range kawasan sini. Pekerja aku dah ada tanah kat negera asal diorang, dan rumah dari bata merah pun dah siap, dan boleh beli lagi sekeping tanah untuk bercucuk tanam.

Aku sendiri terkial kial nak beli tanah atau rumah kat malaysia ni. Banyak duit habis kat reinvestment yang berulangkali. Baru sekarang rasa mahsyuk sikit.

Anyway, aku bersyukur kepada Tuhan, kerana walaupun labour hours aku adalah low range, tetapi output ladang aku adalah top range.

Phew! Alhamdulillah.

Gembala is still the best production method in goat breeding.

Salam!


1 comment:

  1. Prof, kalo saya nak mintak prof mentorkan pakcik saya boleh tak? dia nak berhenti hujung tahun ni, saya suruh dia jaga kambing saya, pawahkan dengan dia, kalo dapat, nak suruh dia experience dulu dengan kaedah semi intensif di ladang sawit, sebab saya bercadang nak buat satu kandang di kampung saya, FELDA, di tanah arwah tok saya. At least dia boleh dapat gambaran macam mana semi intensif ni. boleh tak?

    ReplyDelete