Dah
lama customer tak berdegil minta diskaun bila beli kambing dengan aku
sehinggalah semalam. Dan ini membuatkan aku 'flashback' kepada tahun
tahun awal aku bela kambing, di mana biasanya trader adalah pelanggan
majoriti.
Masa
tu ada enam tujuh orang trader area aku ni, yang biasa jual beli
kambing. Diorang ni bukannya pandai biakkan kambing pun, tetapi
sebab dah lama dalam industri, banyaklah orang dah kenal.
Semua
trader ni ada satu persamaan, tak faham istilah 'fair trade'. Diorang
ni semuanya excellent negotiator - buy as low as possible, sell as
high as possible. Diorang tahu hampir semua penternak kambing
especially yang baru terjun industri, adalah 'hapless negotiator' -
mudah dibuli.
Termasuk
aku, seorang pembiak baru, yang ladangnya 'remote' susah orang nak
tahu kewujudannya, dan pasif dari segi pemasaran.
Aku
adalah prime target. Lauk kenduri yang sangat sedap.
Ok.
Aku jual ikut kilo, ikut berat hidup. Sampai sekarang. Aku jual per
kilo sebab aku nak simpan rekod, jadi aku boleh compare performance.
Kalau ikut per kepala lebih untung sepertimana yang trader trader ni
buat, tapi aku pembiak yang nak tahu prestasi ladang sendiri, jadi
aku maintain polisi harga per kilo ni.
8
tahun yang dulu, harga biasa yang trader trader ni offer untuk beli
kambing jantan ialah $14 per kilo, dan $6 per kilo untuk betina
kondem. Bila Pak Lah jadi PM dan galakkan bela kambing, banyaklah
ladang kambing muncul sana sini. Lepas tu krisis makanan dunia. Harga
bijirin melambung. Harga dedak dari $25 per guni terus roket jadi $48
per guni.
Masa
tu mana mana penternak yang buat intensif hampir semuanya gulung
tikar. Tak tahan dengan feed cost. Sapa yang buat semi intensif tak
terasa sangat dengan kenaikan harga dedak.
Now,
walaupun harga makanan kambing melambung sekali ganda, trader trader
ni semua maintain offer price $14 per kilo kepada penternak. Tak
berubah. Tapi harga yang diorang jual kepada retail customer, seperti
biasa meningkat. Diorang bagi alasan harga makanan kambing meningkat.
Huh!
Bengong semua trader trader ni. Diorang ni macam kartel - ada
agreement sama sama diorang untuk lemaskan semua pembiak kambing, dan
maintain illusion wujud kambing oversupply. Sibuk lah kata australia
punya kambing lagi murah, jadi takde sebab nak beli kambing tempatan.
Haa
sekarang ringgit dah jatuh, harga kambing aussie naik, baru korang
tahu. Baru nampak nilai kambing tempatan, dan nilai pembiak kambing.
Ok.
Masuk cerita diskaun. Masa aku jual kepada trader kambing suatu waktu
dahulu.
Bila
aku jual harga per kilo, itu sendiri dah jadi suatu bentuk diskaun.
Fair practice. A very fair selling method, both to seller and buyer.
Penat kepada pembiak sebab nak timbang tiap tiap ekor, tetapi pembeli
puas hati sebab tahu nilai sebenar yang dia bayar.
So.
That is first level discount.
Kemudiannya
bila aku jual sebelah pagi, perut kambing adalah kosong tak berisi
rumput dan dedak. Purata 1-2 kg berat per ekor kambing. Memang jimat
betul bagi sapa sapa yang beli kambing cara timbang sebelah pagi.
That
is second level discount.
Kemudiannya
masa timbang, ada kambing yang beratnya tak tepat. Contoh jarum
timbang tunjuk 25.5kg, bergerak gerak antara 25 dan 25.5. Itu aku
kira 25kg. Aku cancel berat lebihan tu. Daripada 10 ekor sampel
kambing, adalah 2-3 ekor yang macam ni.
That
is third level discount.
Kemudiannya
masa kira dalam resit, ada trader yang minta cicai ajelah. Contohnya
total amount ialah $9440. Trader minta jadikan $9400.
That
is fourth level discount.
Pehhh!!!
Diskaun multi level.
Lembiknya
aku masa tu...
Kadang
kadang bila terfikir balik, terbakar dibuatnya.
Memang
brutal sadis trader trader ni. Dah la beli harga murah $14 per kilo,
boleh lagi push down the price. Tobat tobat, tak mahu dah aku tunduk
pada tekanan diorang ni. Kalau ikut cakap diorang ni memang tenggelam
tak timbul timbul kita dibuatnya.
So,
sekarang tuan puan tahu salah satu sebab aku tak suka geng importer
dan kebanyakan geng trader. Mereka adalah pembuli. Dan mereka adalah
pembunuh. Nak cari seorang trader yang buat fair practice, atau fair
trade adalah bagaikan mencari jarum dalam jerami.
Sekarang
ni aku jual kambing berdasarkan term aku sendiri. Aku bukak kuda
kuda, dan tak berganjak dalam negotiation. Hardline stance. Kalau aku
kata $20 per kilo, ianya adalah tetap $20 per kilo. Baik kepada
retail atau trader. Ada trader yang dok pujuk pujuk pujuk kata tak
boleh dia cari makan macam ni - dari sekilo $16 dia punya offer price
sampailah jadi sekilo $19.50....
No
sir it is $20 per kilo. Walau pun beza 50 sen sekilo je, ianya tetap
$20 per kilo.
Jadi
sekarang takde trader yang berani beli dengan aku.
But
I still survive. Alive and doing well. Prospering.
Tuan
puan, harga adil bagi seekor kambing sembelihan sekarang ialah
$22-$24 per kilo berat hidup (berdasarkan harga zaman rasulullah
dimana seekor kambing 35kg = satu dinar emas). Selagi kita jual pada
harga ini, atau di bawah harga ini, kita mengamalkan fair price. Ini
bukan harga menekan pengguna.
Dan
kepada semua importer dan trader kena ingat amalan rasulullah dalam
jual beli (bukannya manufacturing ye) ialah margin (atau markup)
tidak melebihi 30%. Maknanya kalau kita beli kambing harga $500 dari
penternak, kita akan jual tidak melebihi $650.
Dan
aku tahu banyak sangat importer dan trader yang jadi terlalu tamak,
dan tidak lagi pedulikan pesan dan amalan Nabi Junjungan kita. Banyak
sangat yang berpandukan mantra 'beli pada harga terendah, dan jual
pada harga tertinggi', dan terlupa kesederhanaan cara Nabi berniaga.
So
kepada pembuli pembuli, perosak perosak, dan pembunuh pembunuh dalam
industri - kita semua kena kembali mencontohi amalan Rasulullah dalam
perniagaan. Barulah kita semua jadi makmur, dan dapat berkongsi
kegembiraan menjadi peserta industri.
Salam!
Selamat
Hari Merdeka..
Sempat lagi prof online hari merdeka ni. hahaha.
ReplyDeleteJom singgah blog Projek Kambing Muda.
I'm back! Mengesan Bebanan Parasit Pada Kambing - Lima Titik Pemeriksaan
Selamat merdeka para pembiak2 semua, bebaskn diri kita dari trader2 yg zalim tu...
ReplyDeleteWah rajin btul bro alwi ni,aku xdpt nk folo semangat dia update blog. Aku pun bercadang nak jual bebiri aku pakai timbang berat hidup. Tapi aku xtau nk mula dari mana sebb dh 3 tahun aku jual pakai timbang mata. Smoga aku ada kekuatan nk buat cm alwi tahun ni..
Tq prof.
ReplyDeleteJustifikasi diskaun yang patut digunapakai.
Trader nie byk akal...nak murah ja depa nie...
ReplyDeleteKami menyediakan segala perkhidmatan jualan & servis alat timbang sekitar kawasan klang valley. sila hubungi kami di talian 01138789769.
ReplyDelete