Thursday, April 26, 2012

PURU : APA YANG AKU BUAT

Cuaca kita yang tropika (panas dan lembap) memang sesuai untuk pembiakan pantas pelbagai parasit dan patogen. Sememangnya cuaca kita cukup mencabar untuk mamalia macam kita termasuklah ruminan. Antara penyakit yang sering memeningkan pembiak kambing di malaysia ni adalah puru, terutamanya bagi pembiak baru. Negeri omputih pun ada juga penyakit puru ni, baik zon panas dan kering, atau zon empat musim. Kalau zon artik aku tak pasti pula. Mungkin tak wujud kot sakit puru ni di kawasan artik. Rasa rasa aku virus puru ni tak mampu hidup dalam persekitaran sejuk dan kering.

Kali ini aku cerita pengalaman aku dengan penyakit puru yang biasanya menyerang anak anak kambing. Omputih panggil contagious echtyma (betul ke ejaan aku ni?), tapi nama pendek dia orf. Penyakit ini disebabkan virus, bukannya bakteria. Sekali lagi aku highlight, ianya disebabkan virus bukannya bakteria, atau protozoa.

Dulu masa aku masih baru bela kambing, macam macam petua aku dengar dan aku cuba. Ubat pun macam macam jenis aku beli dan try. Bil telefon aku pun tinggi pasal selalu dok call vet vet yang ada kat malaysia ni. Semuanya aku call tanya macamana nak uruskan penyakit puru ni. Penat ooo... Duit pun banyak terbang....

Ada pun sakit puru ni terbahagi kepada 2 jenis. Yang pertama puru biasa, yang menyerang mulut anak anak kambing. Jenis ni kurang bahaya, kurang 'virulent', kurang ganas. Biasanya jenis ni yang majoriti kes puru. Tapi kalau dibiarkan boleh melarat larat, boleh mati juga anak kambing. Kalau tak mati dia terbantut, lambat sangat perkembangan tubuhnya. So kita jangan biarkan.

Jenis yang kedua ialah puru bunga. Ni istilah orang kampung. Kalau nama omputih aku dah lupa. Kalau ada puru di sekitar kawasan kemaluan/genital bagi yang jantan atau sekitar tetek bagi yang betina, inilah yang dikatakan puru bunga. Kadang kadang kat celah kuku pun ada, kira kategori puru bunga jugalah. Heavy duty punya tahap, memang virulent, memang ganas. Mortaliti atau kematian anak kambing tinggi walau pun yang kena puru bunga ni tak banyak.

Macamana nak mengubat puru ni?

Antibiotik? Tak payah.
Iodin? Tak payah.
Gentian violet? Tak payah
Spray lalat? Tak payah
Anthiomaline? Tak payah
Krim akriflavin? Tak payah
Minyak goreng ikan? Tak payah
Minyak daun mambu? Tak payah
Minyak hitam campur sulfur? Tak payah
WD40? Tak payah
Minyak masak campur garam? Tak payah
Madu? Tak payah

Semua tak payah, habih tu amende?

Yaa cabut dengan tangan. Cabut biar tanggal semua kutil kutil tu, walau pun berdarah darah. Memang kena berani, tak boleh mabuk darah. Gunalah sarung tangan getah sebagai pelindung, jangan tangan kosong, takut berjangkit pula kat kita, mana tahu?

Virus puru ni akan jadi dorman (hilang keaktifannya) bila terdedah kepada udara. Selagi kutil kutil masih ada, dia masih hidup aktif, bersedia merebak dalam kutil tu. Kena buang semua kutil kutil. Ulang 3 hari kemudian. Dan lagi.

Walau bagaimana pun, kambing yang dah diserang puru memang ambil masa sebulan untuk pulih. Memang badan ambil masa untuk keluarkan antibodi/antivirus bagi mengenalpasti, mengilangkan, dan melawan/membuang virus puru ni. Kita suntik antibiotik pun takde guna.

Yang penting untuk mempercepat, memudahkan, membantu kambing yang terkena puru ni ialah mencabut bersih semua kutil kutil itu walau berdarah macam mana pun, walau dia menjerit sekuat mana pun. Tapi kena bersedia jugalah untuk kematian. Kita tak boleh selamatkan semua kambing yang terkena puru walau pun habis kita cabut semua kutil kutil tu. Kalau dah terkena puru bunga yang virulent tu, bila mati kambing tu, redha aje lah.

Pengalaman aku biasanya tiap tiap tahun adalah anak kambing yang mati pasal puru ni dalam 4 ke 5 ekor setiap tahun. Itu pun pasal aku bukan rajin sangat buang kutil kutil ni. Memang virus puru ni suka menyerang anak anak kambing. Tapi ada juga kambing besar yang terkena puru dan mati. Last sekali aku kena hujung 2010. Kambing jantan yang aku ingat nak jadikan pejantan. Umurnya 7 bulan.Nama Pistol Pete, sempena Pete Sampras bekas pemain tenis no 1 dunia. Dah besar pun, 30kg . Tapi takde rezeki nak buat macamana.

Bagaimana mencegah atau mengurangkan insiden puru ni?

Kalau nak kata kandang mesti sentiasa bersih dan kering, banyak juga kes puru dalam kandang sebegini. Kalau nak kata mesti nyahkuman kandang setiap 3 bulan, ada juga kes puru bila dah buat macam ni.

Bagi aku yang paling penting adalah tahap nutrisi ibu kambing yang menyusukan. Kalau anak anak kambing ni cukup susu, susah dia nak kena puru ni. Kalau terkena, recovery period dia cepat macam takde simptom pula. So itulah cara terbaik mengurangkan insiden serangan puru.

Ok tuan tuan. Inilah pengalaman aku yang dapat dikongsi. Sekiranya tuan tuan ada cara yang lebih efektif dan berkesan, sudi sudikanlah upload info yang ada. Salam hormat.

Monday, April 23, 2012

BATMAN DALAM BATCAVE

Beberapa malam yang sudah berlangsung semi final juara liga liga eropah (Champion's League) antara chelsea dan barcelona. Pertembungan dua superpower bola ni bukan sahaja berlangsung di stamford bridge tetapi juga kat loteng atas rumah aku.

Loteng rumah?

Yaa.. Chelsea yang jadi under dog telah bertemu dengan barcelona yang dianggap top dog, pertembungan dua pasukan ini telah menghasilkan bunyi bunyi bising yang telah mengejutkan tidur anak bini aku. Atas komentar bini aku, maka aku merelakan diri menjadi umpire untuk mengadili perlawanan bola yang sedang berlangsung hebat atas loteng rumah aku.

Suluh punya suluh, check punya check, rupanya loteng rumah aku telah menjadi bat cave, tempat bersemayamnya beberapa ekor batmen (kelawar lah). Adalah juga 6 -7 ekor. Yang bising bising tu agaknya batman batman ni tengah mengejar tikus lah kot.

Tikus? Kelawar makan tikus?

Aku rasa rasa je. Pasalnya semenjak ada batman dan batwoman ni, tikus tikus yang selama ni buat selamba depan aku terus senyap. Tak berani dah main main kat sinki, atas meja makan, dalam tong sampah. Ni lah salah satu cabaran duduk dalam rumah ladang – tikus. Dulu ada bela kucing, tapi hilang saja, ntah mana pergi. Masa ada kucing, tikus tikus ni tak berani juga buat kacau. Senyap.

Bila kucing takdak, tikus ni menampakkanlah gangsterismenya. Alih alih datang pula si batman batman ni menjadi hero yang menyelamatkan rumah aku. Aku dok rasalah kalau batman ni tak makan tikus, dia hisap darah tikus. Agaknya pasal tu tikus tikus ni takut. So bagi aku kelawar ni adalah agen kawalan biologi yang berkesan juga untuk mengawal populasi tikus – hipotesis aku je ni, nak kena check dengan pakar baru tahu.

Antara batman yang telah menjadikan loteng rumah aku sebagai batcave. Yang lain mana pi ntah. Aku ambik gambar ni masa siang. Dari kiri Jose Moreinfo, Christina Ronaldo, Frank MakLampir, dan Victoria Backhoe.

Aku bagitahu pekerja aku akan kehadiran kelawar kelawar ni. Tak lama lepas tu, dia dah siap pasang apparatus untuk menangkap kelawar ni. Aku tanya dia kenapa nak tangkap, nak buat apa. Dia cakap kat kampung dia, hempedu kelawar ni dibuat ubat lelah. Bini dia selalu kena semput, jadi hempedu kelawar ni boleh dicuba buat ubat. Halal tak halal aku pun tak tahu.

Apparatus menangkap batman, jaring yang dipasang antara 2 tiang, tak payah umpan umpan. Tu dah ada sekor yang terperangkap. Tak lama kemudian ada 2 ekor lagi tersangkut.

Mario BelitTali, kelawar tambatan Manchester City yang unpredictable

Lional Messy yang nampaknya betul betul berada dalam situasi 'messy affair'. Jenuh aku nak lepaskan. Susah sangat, aku potong tali jala tu guna gunting kuku kambing. Kesian pula tengok si lional messy dan mario belittali ni. Yang pekerja aku ni pun satu, dah dapat tangkap, cepat cepat lah buat ubat, ada pula dibiarkan tergantung macam tu tengah tengah panas.

Lional Messy sedang memberikan pose terbaik untuk peminat peminat.

Ada sesetengah pakar haiwan berkata, kelawar ni reservoir virus yang merbahaya . Dan sudah ada beberapa kes jangkitan virus pada manusia yang direkodkan berpunca daripada kelawar. Contohnya virus Hendra yang menyerang beberapa ladang kuda lumba di australia yang menyebabkan kuda kuda mati serentak dan mengorbankan mereka yang ada 'contact' dengan kuda kuda ni, dalam masa yang singkat. Memang virulent betul. Macam mana jadi lagu tu?

Ada sekor kuda ni pi berteduh bawah pokok ceri. Pokok ceri ni jadi tempat kelawar bergantungan. Jadi tahi tahi kelawar ni jatuhlah sekeliling pokok ceri ni. Dan rumput rumput yang tumbuh bawah pokok ceri ni, berkat berbajakan tahi kelawar, memang subur dan sangat menggiurkan bagi sang kuda. Masalahnya rumput ni ada virus, virus purba (ancient) yang keluar bersama sama tahi kelawar ni. Melekat pula pada rumput. Kuda makan rumput, makan sekali ngan virus purba ni.

Kejap aje kuda tu dah demam, lepas tu mati. Sehari dua aje. Jangkit pula kat kuda kuda lain, handler dia dan vet yang merawat kuda kuda tu. Pergh memang ganas dan pantas jangkitan virus Hendra ni.

Cerita pasal virus ni tuan tuan, adalah suatu misteri bagaimana virus dapat menukar kod genetiknya (melahirkan keturunan yang berbeza dengan dirinya) dalam masa yang sangat singkat. Maknanya, kalau virus tu datang 'angin' dia, dia boleh menjangkiti 'cross species' dan benar benar mengganas. Belum ada lagi organisma yang boleh reprogram kod genetik sepantas macam dia ni. Katakan kita dah dapat buat vaksin utk sejenis virus ni, besok dia dah bertukar, vaksin yang ada dah tak berkesan. Memang susah nak tackle wabak yang disebabkan virus ni sekiranya dia betul betul naik angin. Apa yang membuatkan dia naik angin, saintis belum tahu lagi.

Anyway, bukan kelawar sahaja yang jadi virus carrier ni. Kucing ngan anjing yang kita bela pun boleh jadi vektor penyakit yang tidak disangka sangka. Rumput yang tumbuh di sekitar tahi kucing atau anjing, kemudian dimakan pula oleh lembu kambing kita, kalau nasib tak baik, dapat penyakit toxoplasmosis (kalau tak silap akulah, aku dah lupa). Kalau nasib baik, takda apa apalah.

Berdasarkan pengalaman aku, rasanya memang ada kambing aku yang terkena toxoplasmosis ni. Yang buat sakit ni sejenis protozoa, macam coccidia jugalah, sama geng protozoa. Nama betul dia toxoplasma gondii. Suka duduk dalam tahi kucing.

Aku perasan bilamana aku ada kucing 3-4 ekor (tahinya banyaklah bersepah sepah dalam ladang aku), kadang kadang ada kambing aku macam confuse, terhuyung hayang, seolah olah hilang penglihatan, jalan berpusing pusing, berpecah dari kumpulan. Dulu ada sekor kambing aku lari dari kumpulannya masa tengah lepas. Sedar sedar kecoh orang kat bus stop tengok kambing yang 'biul' ni ada kat situ. Nak naik bas pergi teluk intan apa dia ni?

Satu lagi keguguran tak pasal pasal. Badan cantik bukannya kurus kering, nak kata kecacingan takdak simptom. CL? Takdak juga. Andaian aku toxoplasmosislah. Tapi takdelah banyak kes. Jarang jarang. Kes kambing confuse tu pun jarang jarang tapi tiap tiap tahun adalah.

Mungkin disebabkan diorang ni makan rumput yang dah tercemar dengan toxoplasma gondii. Tak boleh buat apalah. Kalau tak bela kucing, tikus pula bernaharajalela. Lagi haru.

Ada kawan pembiak aku sampai kena buat sangkar besi untuk anak anak kambing yang baru dilahirkan. Sebabnya tikus tikus gigit tali pusat anak baru lahir ni sampai perut dia berlubang. Kalau sekor anak macam tu takpe. Tapi dia sampai mati 20 ekor anak kambing kes macam tu. Terpaksalah guna sangkar besi.

Anyway balik kepada toxoplasmosis, agaknya pasal tulah kambing kambing kita tak mahu makan rumput di sekitar kandang atau rumput yang tumbuh hasil tahi mentah dia, atau tahi binatang binatang lain. Dia nak mengurangkan risiko diserang penyakit. Memang bersih sebenarnya dietary habit kambing kambing kita ni. Lagi bersih daripada lembu dan ayam. Apalagi si 'kerbau pendek'.

Dan bila kita makan daging haiwan yang sifatnya suka benda bersih, kita pun susahlah nak dapat penyakit. Betul tak?

Oklah tuan tuan, aku mengundurkan diri dulu kerana mahu menjadi umpire chelsea lawan barcelona yang akan datang. Kat mana ha? Nou Camp lah kot. Pehh kalau aku jadi ref, aku kasi cheksea menang aje walau pun aku tak sokong chelsea. Kesian kat pengurus chelsea ni, asyik bertukar aje. Tensen aku nengoknya. Bengong betul pak roman abramovich ni. Suka suka hati dia aje fire fire orang ni. Ingat dia ultraman seven ka?

Ok ok membebel plak. Sori tumpang lalu tuan tuan.

Salam.

Sunday, April 15, 2012

MESYUARAT MESYUARAT

Salam tuan tuan,

Aku baru sampai bangi yang menjadi kediaman mak bapak aku. Barulah aku boleh akses internet. Kalau dok ladang kambing aku kat perak ni, memang takde harapan update blog. Semalam isal ngan awang dari keratong pahang melawat ladang. Memang aku respek dengan semangat yang ditunjukkan oleh member muda seperkambingan. Keratong ke bidor jauh tu, berapa ratus km aku pun tak tahu, tapi confirm panas buntut tu. Semangat semangat!

Yang aku heran tu bila balik semula ke keratong, 5 jam aje diorang ni bawak keta. Fuhh.. mahu  160km sejam bawak ni, dasat dasat. Kalau aku takat 80km sejam je, tak berani bawak laju laju ni. Dah hilang semangat merempit masa muda muda dulu. 

Itu hari fairul dan faizal umm baraqah kat klang pun datang melawat. 2 jam jugaklah baru sampai ladang aku. Terima kasih lah geng geng muda yang sudi melawat kandang kambing aku yang cincai dan daif nih. Esok ada masa aku melawat kandang korang pula. 

Anyway, besok ada meeting kat pejabat PM kat putrajaya. EPU (Unit Perancang Ekonomi) panggil kitorang Persatuan Pembiak Kambing Malaysia untuk berdialog dan mendapatkan input. Kementerian Pertanian ada, Kementerian Kewangan ada, Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada, Mardi pun ada. So aku kena pi lah mesyuarat tersebut. Takpa lah aku dok diam diam, biarlah pengerusi PPKM Hj Zainal Ghani yang buat presentation. Aku mana pandai, mana reti bab bab ni. Kalau makan karipap ngan minum teh bolehlah hehehe

Kalau tak silap aku, besok keluar lagi press statement PPKM, kat utusan malaysia plak. 

Oklah tuan tuan. Banyak benda lagi nak dibuat ni. Esok kalau sempat aku update lah pasal meeting ngan EPU nih. 

Mbekkk!!!




Thursday, April 12, 2012

MAKAN DAGING MERAH MENGGERAMKAN IBLIS?

Ada pun suratkhabar the star hari ini dalam ruangan sukan bola omputih menyatakan dua orang pemain Newcastle dari Senegal iaitu Demba Ba dan Papiss Cisse adalah driving force dalam perubahan dramatik nasib kelab itu. Newcastle meningkat untuk berada dalam kedudukan selesa dalam liga perdana england. Tangga keberapa aku pun tak tahu dan aku memang tak kenal depa berdua ni sebagaimana lionel messi dan cristiano ronaldo. Posisi diorang pun aku tak tahu. Winger kot tak pun striker, takkan goalkeeper plak.

Yang tertariknya ialah kenyataan dari dua orang pemain afrika ini yang namanya sedang meniti di bibir manager manager kelab besar england. Depa dua orang ni kata mereka rasa begitu bersemangat dari segi mental dan fizikal bilamana chef kat kantin kelab newcastle ni sentiasa menyediakan juadah Yassa, sejenis kari kambing stail Senegal. Kari tak kari, itu tak penting. Yang aku nak tunjuk ialah makan daging merah, dan daging merah tersebut ialah daging kambing.

Demba Ba dan Papiss Cisse ni kata lagi, makan daging kambing ni menyebabkan diorang lebih berstamina lebih bertenaga, boleh lari lebih jauh dan lama, boleh berfikir lebih baik untuk 'split second decision' ketika di bawah tekanan, dan memiliki attitude lebih baik semasa training mahupun ketika dalam perlawanan.

Dan sikap dan tenaga yang dimiliki oleh dua orang senegal ini menjadikan mereka penyumbang signifikan kepada peningkatan prestasi kelab bola newcastle.

Yaaa tuan tuan, daging kambing adalah rahsia besar dalam persiapan rapi untuk atlit atlit yang mahu mencapai standard dunia mahupun askar askar yang mahu memenangi sesuatu pertempuran.

Semua high performance athlete akan ada daging merah dalam diet mereka. Elemen iron, B12, zink, CoQ10, nitric oxide, dan apa apa lagi yang bakal dijumpai selepas ini, semuanya ada dalam daging merah. Daging merah adalah pemelihara dan penambah (booster) kekuatan dan fertiliti baik bagi lelaki mahu pun wanita.

Dan bala tentera Mongol yang sangat ditakuti dunia suatu ketika dahulu mempunyai polisi khas sebelum pergi berperang. Semua askar akan makan daging merah (kambing, kuda, lembu, keldai, yak, apa apa ajelah yang berdarah merah) hari hari selama 2 minggu. Mereka saturate (penuhkan) badan mereka dengan daging merah sampai tak lalu makan lagi dah. Kemudian baru pergi berperang. Ketika ini mereka boleh berterusan melakukan kerja berat (pertempuran barisan hadapan, mengepung kota kota – siege warfare) tanpa sebarang makanan masuk ke perut mereka selama seminggu. Dan kekuatan fizikal mereka tetap berada di puncak. Dan kelebihan fizikal ini hasil pemakanan daging merah memudahkan mereka membina empayar terbesar dunia dalam masa yang sangat singkat.

Daging merah ni membina darah kita seterusnya stamina dan kekuatan dalam masa yang singkat kerana elemen yang aku sebut di atas adalah mudah diserap badan kita.

Alah.. sayur pun ada gak zat besi dan B12 macam bayam, avocado, kekacang?

B12 dan iron dalam sayuran dan kekacang adalah sangat sukar diserap melainkan kita ni ruminan. Masalahnya kita ni monogastrik. Kita memang dicipta Tuhan untuk makan daging. Ini adalah satu lagi point mengapa kita tak patut menganut fahaman veganisme. Yang patut jadi vegan ni kambing atau lembu aje. Pasal tu perut diorang ada empat, adalah sangat sukar mengestrak zat zat dari tumbuhan berserat tinggi. Kompleks dan perlukan bantuan mikrob mikrob yang sangat banyak kuantitinya. 


Monogastrik (satu perut) macam kita ni memang tak mampu mencernakan zat zat dari sayur mayur ni walau macam mana tinggi sekali pun kandungan vitamin dan mineral. Kalau dari pucuk ada senang sikit tapi masih dikira rendah kadar penyerapan zat berbanding makan daging merah. 

Dan nenek moyang kita semuanya memburu daging merah walau pun duduk dalam hutan tebal dikelilingi pelbagai pucuk pucuk sayur mayur. Kalau duduk tepi laut mereka memburu ikan pula. Ikan lebih dihargai pasal ikan ada darah merah berbanding ketam sotong udang. Takdak pula mereka sibuk memburu alga atau rumpai laut walaupun benda tu banyak. Yang duduk kat padang pasir, yang duduk kat artik, yang duduk kat mana mana atas planet bumi ni pun semuanya memburu binatang berdarah (daging merah).

Betul tak tuan tuan?

Kita patut berterima kasih kepada nenek moyang kita yang bijaksana kerana mereka sedar tanpa daging merah, umat manusia akan berhenti membiak. Anak anak Adam yang lelaki akan hilang kekuatan dan stamina, tidak mampu lagi mencari makanan dan melindungi manakala anak anak perempuan Adam akan hilang kesuburannya, gagal menyambung keturunan Tok Adam dan Nek Hawa kita.

Maka sebarang fahaman yang menyatakan makan daging merah itu merosakkan kesihatan adalah suatu fahaman yang songsang lagi menyesatkan, yang mesti kita tentang habis habisan. Veganisme itu dengan jelas melanggar apa yang Tuhan kita telah perintahkan, dan menidakkan nikmat yang Tuhan kita telah kurniakan. Jangan sekali kali kita tunduk kepada mereka, Iblis pasti bertepuk sorak jika kita menuruti kemahuan mereka yang songsang ini, kerana iblis telah bersumpah untuk merosakkan keturunan Adam walau apa cara sekali pun.

Veganisme adalah sekutu iblis, cara licik dan halus iblis untuk merosakkan kita. Dia sentiasa gembira bila tengok kita kacau bilau, kelam kabut kerana ini memudahkannya menusuk jarum hasutannya ke dalam fikiran kita.

Jadi tuan tuan yang bijaksana,

Bilamana kita berpegang pada Alquran dan sunnah, kita tidak akan tergelincir. Ini memang guarantee Allah dan RasulNya kepada kita. Termasuklah bab makanan yang dihalalkan dan digalakkan untuk kita. Allah mengetahui fitrah dan apa yang baik buruk untuk kita, kita dah ada panduan yang memudahkan hidup kita. Tak payah pening pening kalut kalut dalam kesesatan dan kegelapan demi mencari kebenaran.

All praise to Allah who has created us, who has bestow upon us and our children the appropriate sustenance, who has given us His words and messenger to guide us in this life, and who has appoint a great day to judge all of our deeds.

Tuan tuan,

Nabi junjungan kita pernah bersabda yang kita kena beriman sepenuhnya kepada ayat ayat Tuhan, tak boleh terima separuh lepas tu reject sebahagian. Bilamana Tuhan kata binatang ternak itu bermanfaat untuk kita – dagingnya, susunya, kulitnya kita mesti terima sepenuhnya. Dan daging merah itu datang bersama lemak tepu dan kolesterol.

Maknanya lemak tepu dan kolesterol itu bermanfaat untuk kita. Nabi Adam makan, Nabi Junjungan kita makan, nenek moyang kita makan, jadi kenapa kita ditakut takutkan bahaya lemak tepu dan kolesterol ni?


Sepertimana yang aku ceritakan di atas Iblis tak pernah berhenti berusaha menyesatkan keturunan Adam. Dia akan menggunakan segala jenis cara, dan salah satu senjata ampuh dia ialah menggunakan anak anak Adam yang telah membelot sebagai rakan sekutu. Manusia ni lebih mudah percaya akan sesuatu bila diberitahu oleh makhluk makhluk yang serupa dengan dia gak. Kalaulah Iblis tu menampakkan dirinya kemudian mula berdakyah mampuih takde orang nak dengar.

So dia pun gunalah proksi/puppet yang dibekalkan segala jenis bantuan sebagaimana sebuah alliance berfungsi. Miracle ka, mimpi jumpa Tuhan ka, objek berdarah ka, apa apalah yang pelik pelik, yang mampu menggoyahkan iman mereka yang lemah.

Pakatan jahat (unholy alliance) Iblis dengan pembelot keturunan Adam ini memang sangat sangat licik, cukup pakar dalam memutarbelitkan kebenaran dan menyebarkan kepalsuan. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Islam kerana telah dibekalkan Alquran dan Nabi SAW.

Akan datang, aku cerita kebenaran lemak tepu dan kolesterol, bagaimana sangat sangat pentingnya 2 komponen makanan ini dalam membina dan memelihara kesuburan umat manusia. Tak tahulah bila nak post, so sabarlah tuan tuan yang dihormati ye. Yang penting selagi kita makan daging merah sebagaimana yang diperintahkan Tuhan, keturunan Adam akan terus membiak dan Iblis akan gagal dalam usahanya menjahanamkan kita. Bertambah lagi dendam kesumat Iblis dan geramnya pada kita. Biaq pi lah.

Sesungguhnya Allah adalah pelindung terbaik kita.

Salam.  

Tuesday, April 10, 2012

PPKM MULA BERSUARA

Semalam 9hb april 2012 dalam suratkhabar news strait times dan berita harian, telah keluar kenyataan daripada pengerusi Persatuan Pembiak Kambing Malaysia (PPKM), Haji Zainal Ghani. So statement of intent telah pun dinyatakan dan harapnya semakin ramai yang mengetahui kewujudan PPKM.

Prioriti kita buat masa ini adalah berusaha sebaik mungkin untuk mempengaruhi penggubalan dan pelaksanaan polisi polisi penternakan yang lebih baik, lebih telus untuk kebaikan pembiak pembiak kambing macam kita ni buat masa sekarang dan untuk masa depan industri ternakan kambing. Jadi selepas ini ada beberapa langkah yang telah disusun untuk mencapai objektif tersebut.

Bila kita bersuara, seperti biasa ada orang yang tak senang duduk. Maka wujudlah strategi dan usaha mengekang kita. Baguslah tu. Selain itu kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepada PPKM adalah petanda baik kewujudan kita disedari. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama setiap ahli PPKM hendaklah berterusan memperbaiki usaha ternak masing masing. Paling penting adalah pursuit of knowledge, disiplin menternak, dan penyimpanan rekod ternakan. Kalau tiga tiga ni takdak, tak ke mana kita, masih di takuk lama walau PPKM lantang macam mana pun.

PPKM bukan wadah untuk mendapatkan kontrak, dana kerajaan atau pun senang cerita jalan mudah menjadi jutawan ternak. Memanglah tak best dengar bila aku cakap macam ni, tapi kita kena ikhlas berjuang. Kalau berjuang untuk wang ringgit, untuk penuhkan tembolok sendiri, maka sampai bila bila pun industri kita malap. Berjuang untuk wang ringgit memudahkan anasir anasir berkepentingan membeli prinsip dan maruah kita.

Akan ada ahli ahli yang menyertai PPKM untuk mempermudahkan usaha mereka menjadi jutawan ternak segera atau memperluaskan pengaruh mereka (political mileage). Fenomena ni biasalah, kita bukan tahu hati masing masing. Sebab tu aku nyatakan awal awal PPKM bukanlah platform yang sesuai untuk agenda sebegitu. Kalau nak juga kena carilah organisasi lain.

Dalam PPKM banyak ahli ahli yang diblacklisted, di'ban', dianggap nyamuk oleh agensi agensi dan organisasi tertentu kerana 'kevokalan' mereka yang selalu di tahap high pitch, selalu pecah suara yang menyakitkan gegendang telinga pihak pihak ini. Bukan sahaja di luar PPKM, tetapi juga sesama ahli PPKM. Bagus bagus kita memang perlukan criticism dari luar dan dalam agar kita sentiasa sedar siapa kita dan objektif kita.

Aku pun kena 'bubuh' gak walaupun aku s/u PPKM, hehehe... terima kasihlah di atas constructive criticism ahli ahli semua.

Tuan tuan,

Adapun apa yang aku cakap di atas ni adalah pandangan peribadi aku. Segala pandangan rasmi PPKM adalah datang dari pengerusinya Haji Zainal Ghani. So beliau telah pun melontarkan pandangannya dalam press statement tersebut, kita boleh baca. Dan ada lagi nak buat seterusnya, nanti aku informlah bila masanya sesuai.

Kerja kita banyak lagi, menimbun nimbun macam gunung, mana boleh main daki aje. Nak kena preparation. Perlukan sokongan dan pandangan dari ahli ahli semua. Yelahh... kita nak bagi input kita sebagai pembiak ke dalam penggubalan polisi ternakan negara yang bakal impak memberi impak kepada masa depan industri dan generasi anak cucu kita (aku baru ada anak, cucu belum lagi hehe). Mana boleh main sebat aje.

Selama ni, polisi ternakan yang dihasilkan adalah berdasarkan input dan pandangan importer/trader, bukannya pembiak. Itu yang jadi tunggang langgang, malap macam tak cukup letrik industri kita. Kambing tak cukup? Import. Lembu tak cukup? Import. Import yang slaughter protocol untuk dibuat baka pula tu. Banyak sangat knee jerk reaction atau short term thinking bilamana wujud masalah industri. Yang untung bila polisi macam ini? Faham fahamlah.

Suka tak suka memang kena ambil long term view, memang kena sabar banyak. Kita kena fokus pada human capital – kena upgrade ilmu pembiakan, kita kena fikir bagaimana nak menggalakkan pemburuan ilmu, kita kena fikir bagaimana memudahkan penyebaran ilmu. Sebab tulah dalam pembuatan polisi penghasilan makanan negara, input daripada pembiaklah yang penting. Nak meningkatkan self sufficiency? Mestilah membiak. Ikan ka, ayam ka, ruminan ka, pokok ka, apa apa pun polisi meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara mesti fokus sefokus fokusnya kepada usaha pembiakan. Mesti dapatkan input daripada pembiak.

Dan policy maker ni akan buat judgement yang salah sekiranya pembiak tidak menyimpan rekod (iye, memang tak best dengar tapi kita sendiri yang kena mulakan perubahan, kalau tak orang lain dan industri tak akan berubah). Rekod ternakan adalah penting supaya policy maker ni nampak lebih jelas persekitarannya sebelum keputusan dibuat. Kalau dalam gelap atau kabus, nampak apa? Itu yang main sebat aje, atau mudahlah pihak tertentu memberikan nasihat yang salah.

Kita sebagai pembiak tidak tahu bagaimana mengukur prestasi dan produktiviti ladang sendiri, tak tahu petunjuk mana yang nak digunakan, mana satu primary, mana satu secondary, masih 'quote' data dan assumption omputih, so macam mana kita nak bagi input terbaik ke dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi penternakan tempatan?

Sorry banyak banyak tuan tuan dan rakan pembiak sekiranya terasa. Aku ni dah terlajak masuk kelas Criticism 101.

Sebenarnya kalau kita masuk PPKM kita boleh upgrade ilmu pembiakan kita lebih pantas, dari jenis dial up kepada broadband. Inilah salah satu fungsi PPKM yang paling aku suka. Banyak kita boleh belajar terutamanya kepada yang muda muda. Sapa sapa yang baru masuk industri kambing ni molek sangatlah join PPKM, so adalah landasan yang betul, ada tangan tangan yang boleh membantu dari tergelincir, pasal keahlian kita semakin bertambah, especially kalangan pembiak berpengalaman. Ada banyak tip tip dan cerita cerita best yang boleh dikongsi bersama.

Hmm.. rasanya minggu depan akan keluar lagi statement rasmi dari PPKM. Kita tunggu..

Salam.

Saturday, April 7, 2012

RAHSIA DAUN UBI

Kalau aku tengah gembala kambing, aku cukup suka bawa diorang ke tempat yang banyak daun ubi liar atau pun pokok pisang liar, walau pun tempat tu jauh dan memenatkan. Seronok rasanya tengok kambing kambing tu berebut daun ubi, macam macam pesen dan lagak ngeri. Tak peduli dah kalau kalau jatuh sungai, memang berani mati kambing kambing ni kalau jumpa foraj favourite dia.

Banyak orang kata daun ubi ni ada racun yang dipanggil hidrosianida (hydrocyanide). Betullah tu. Elok dibiarkan beberapa jam lepas dipotong atau sebelum diberi kepada kambing. Mungkin bahaya pada kambing makan tanggung kot, pasal kambing aku sebat aje daun ubi ni banyak banyak segar segar, takde apa plak jadinya. Takde lagi yang pengsan, kembung, atau bermasalah bila balik kandang.

Anyway daun ubi ni ada bagusnya, ada rahsianya kenapa ianya cukup disukai kambing. Daun ubi ni ada condensed tannin tambah tambah pada pucuknya. Condensed tannin ni sejenis phenol, sebahagian natural chemical yang dirembeskan pokok pokok berdaun untuk mengurangkan risiko diserang habis habisan oleh serangga perosak dan ruminan grazer (macam bebiri dan lembu). Condensed tannin banyak terdapat pada pohon dedaun. Rumput rumput kurang atau takde condensed tannin ni.

Kehadiran condensed tannin menjadikan dedaun ni agak pahit, so menjadikan dedaun kurang disukai oleh ruminan grazer. Akan tetapi, ruminan browser macam kambing ada lain sikit pada lidahnya, lebih toleran pada dedaun yang pahit dan beracun. Jadi takde masalah ruminan browser untuk makan dedaun yang tinggi kandungan condensed tannin ni.

Apa kesan condensed tannin kepada kambing kita tuan tuan?

Yaa condensed tannin adalah natural dewormer yang selamat dan berkesan. Yang lagi bestnya cacing cacing ni tak mampu jadi kebal (develop resistance). Condensed tannin ni mengawal populasi cacing (sebenarnya perkataan yang lebih tepat ialah gastrointestinal parasite tapi leceh nak sebut, so aku refer sebagai cacing je) dengan cara menghalau bukannya membunuh.

Chemical dewormer ni membunuh, sebab tu ada risiko kewujudan resistance. Sebagai contoh albendazole membunuh dengan cara menggagalkan fungsi perut cacing, jadi cacing tu kelaparan dan akhirnya mati. Kira main kasar lah ni.

Mekanisme sebenar condensed tannin aku tak tahu, tapi cacing memang tak suka dengan bau atau bahan kimia yang ada pada condensed tannin ni. Jadi pakat ramai ramai keluar dari perut kambing. Bukan semua cacing akan lari keluar ye, sebahagian yang sensitif kepada condensed tannin. Ada juga cacing yang degil.

Jenis kamikaze punya cacing haha. Lantaklah korang bertapa dalam perut kambing tu. Sebenarnya ada guna cacing perut ni wujud, takkan Tuhan yang Maha Bijaksana cipta saja saja je. Mengikut kajian World Health Organization kehadiran cacing sangat membantu membina imuniti atau daya ketahanan badan terhadap penyakit. Manusia yang lahir dan membesar di bandar (yang kurang terdedah kepada cacing tak seperti mereka yang duduk di ladang dan kampung) didapati lebih berisiko mendapat penyakit asma, diabetes dan johne's disease.

Aku ulang – kehadiran cacing sangat membantu dalam membina daya ketahanan badan terhadap penyakit. So bagi rakan rakan pembiak, jangan anggap cacing ni sebagai musuh yang perlu sentiasa dihapuskan. Program pengawalan parasit kita kena betul, kena bagi chance untuk cacing cacing ni menjangkiti dan membiak dalam setiap ekor kambing kita.

Guna selective deworming (baik herbal atau chemical) untuk mana mana kambing yang terlebih beban cacing, atau bagi saja kambing kita selalu makan daun ubi. Atau pun dedaun lain (bukan daun ubi je yang ada condensed tannin). Kita nak kehadiran cacing cacing ni tapi dalam jumlah yang terkawal dan tidak merugikan kita.

Aku nak buat statement yang agak kontra ni.

Kepada pembiak kambing, kita mesti bersedia 'korbankan' kambing kita kepada cacing cacing ni. JANGAN cuba senantiasa selamatkan setiap ekor kambing daripada cacing cacing ni. Secara peribadinya aku percaya cacing cacing ni akan kurang mengganas bila dapat korban (dapat bahagian dia).

Sebab tu aku tak galakkan mass deworming. Mass deworming ni usaha melindungi setiap ekor kambing daripada serangan cacing cacing ni. Masalahnya yang ramai pembiak tak tahu ialah setiap 3 bulan mass deworming dah dikira berat, mencetuskan risiko tinggi untuk mewujudkan pemberontakan cacing di kemudian hari. Apalagi 2 bulan sekali, sebulan sekali pun ada.

Pehh.. iye memang kambing cantik gemuk bulat bulat berkilat, prestasi ladang (pembiakan dan kenaikan berat badan) memang tip top, tapi sekejap je. Sekali datang pemberontakan, habih terduduk kita. Tak boleh bangun macam kena gout atau deep vein thrombosis. Aku bukan cakap saja saja ni. Memang dah ada kes pun, baik local mahu pun global. Boleh tanya parasitologis kat malaysia ni pengalaman diorang menguruskan kandang kandang yang dilanda pemberontakan ni.

Yang membawa kepada kenapa perlunya darah tempatan, darah pribumi, darah kita dalam setiap usaha pertanian dan penternakan. Darah tuan tuan, darah saya, darah nenek moyang, darah kita sememangnya telah wujud kerintangan dan ketahanan terhadap parasit dan patogen tropika yang berada di sekeliling kita. Jadi ini memudahkan pengurusan dan merendahkan input kita.

Yelah kambing tempatan kita boleh jarakkan pemberian ubat cacing 8 – 12 bulan sekali atau pun bagi bila nampak sakit, walau pun makan lepas bawah sawit, walau pun musim hujan. Tak perlu deworm setiap 3 bulan, dah berapa jimat kos ubat cacing tu kan? Ini pengalaman aku. Pasalnya darah kita ni dah ada inbuilt protection and resistance terhadap ancaman yang wujud dalam persekitaran kita.

Kalau kambing eksotik, nak lepas ragut pun tak berani. Apalagi musim hujan. Diorang ni nak kena banyak yang terkorban barulah slow slow kerintangan dan ketahanan dibina terhadap parasit dan patogen tropika kita ni.

Anyway, balik kepada daun ubi. Sebenarnya daun ubi ni tak banyak mana condensed tannin dia. So dia boleh kawal populasi cacing sekiranya beban cacing adalah sederhana. Kalau terlebih beban kena guna daun lain atau herbal dewormer atau chemical dewormer.

Eh kenapa camtu pula, tadi cerita macam promising?

Ok pokok ubi (dan pokok pisang) ada mekanisme lain untuk melindungi dirinya daripada dimakan habis habis oleh serangga perosak atau ruminan – dia cepat tumbuh – fast growing/fast replacement rate. So tak perlu kandungan condensed tannin yang tinggi.

Dedaun lain yang tinggi condensed tannin ni macam mimosa pudica (semalu – banyak orang kata duri semalu tak elok buat kambing, boleh buat puru, tapi aku tengok kambing elok je sebat) atau pun sericea lespedeza (nama melayu aku pun tak tahu, tapi aku biasa jumpa kat tempat aku, selalunya kawasan sawit baru tanam). Yaa mana mana daun yang biri biri dan lembu tak suka, biasanya condensed tannin tinggi, ada deworming properties yang baik untuk kambing.

Kesimpulannya tuan tuan,

Lepaskan aje kambing kita, biar dia makan sendiri daun daun yang dia suka, walau pun kita nampak bahaya. Jangan biarkan diri kita dilingkari pelbagai mitos yang tak betul dan merepek repek. Biarlah kambing jadi kambing. Bila kita buat camtu insya allah dia jadi sihat, jadi happy dan akhirnya memberi pulangan kepada tuannya.

Salam.

Friday, April 6, 2012

RENUNG PAYUDARA PANJANGKAN UMUR?

Menurut seorang omputih yang bernama dr karen weatherby dalam new england journal of medicine, seorang lelaki yang dapat merenung payudara perempuan selama 10 minit setiap hari dapat menambahkan umurnya selama 6 tahun.

Boleh percaya ka ni?

Menurut dr karen lagi, antara side effect renungan menikmati payudara selama 10 minit itu adalah bersamaan dengan senaman fizikal selama 30 minit yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung.

Perghh.. biar betul minah karen weatherby ni..

Hebatnya kesan merenung payudara ni kepada kesihatan seorang lelaki. Akan tetapi masalahnya kajian dr karen ni adalah selama 5 tahun dan cuma melibatkan 200 orang lelaki eropah. Ni yang buat susah nak accept ni. Kajian 5 tahun, camana pula umur tambah 6 tahun?

Manakala subjek kajian semuanya omputih, dan aku assume bukan islamlah. Jadi bagi aku tak konklusif sebenarnya kajian dia ni, atau pun ada agenda tersembunyi.

Aku hari hari tengok tetek kambing betina, takda apa apa khasiat ka? Hehehe...

Monday, April 2, 2012

KENAPA KAMBING SUKA BERANAK MUSIM HUJAN?

JADUAL KELAHIRAN ANAK MENGIKUT BULAN DI ALWIGOATFARM




JAN
FEB
MAC
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
NOV
DIS
JUM
2006
2
0
1
2
4
1
0
0
2
7
2
5
26
2007
2
12
4
1
16
6
3
0
5
1
3
18
71
2008
9
5
5
0
0
5
15
0
6
18
13
3
79
2009
3
13
27
9
0
29
0
28
6
23
2
14
154
2010
7
33
19
9
8
7
0
22
7
23
12
30
177
2011
8
15
14
30
5
44
20
4
14
32
30
22
238
2012
32
29
15











Salam tuan tuan,

Lama gak tak update blog ni. Aku demam, anak anak pun demam. Kali ni dua anak pompuan aku kena jangkitan kuman kat paru paru. Memang lama demam diorang ni. Kena pulak yang bongsu baby lagi umur 5 bulan, tak pandai telan ubat, jadi panjanglah demamnya. Jangkit pula kat aku. So masa, tenaga dan fikiran tertumpu pada diorang ni. Langsung tak ingat pasal update blog ni pun. Anyway syukur alhamdulillah Tuhan telah menyembuhkan sakit demam anak anak aku.

Yang kat atas ni jadual kelahiran anak kambing di ladang aku. Tahun pertama dapat anak 26 ekor je. Itupun satu pertiga mati. Kira ok lagi bagi mereka yang baru jadi pembiak kambing. Ada member aku 80% anak mati masa tahun pertama bela kambing, lagi haru. Tetapi sebab dia cekal dan cepat cepat belajar cari ilmu sendiri (bukan harapkan khidmat nasihat dan kursus pejabat haiwan aje), so dia masih bertahan sampai sekarang.

Bilangan anak kambing paling banyak aku pernah dapat dalam sebulan ialah 44 ekor (Jun 2011). Ada kawan aku yang bela jamna dan baka besar besar kata "awi, ko belum rasa dapat anak 20 ekor dalam seminggu, pening dibuatnya, pukul 11 malam baru habis kerja kat kandang".

Aku pernah dapat 31 kelahiran dalam 11 hari (15 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011). Takde pula pening dan stress. Risau pasal petak beranak tak cukup ye.

Sebenarnya yang pening tu pasal high input, pasal guna botol susu/milk replacer, memanglah stress kita dibuatnya, kerja sampai ke tengah malam nak menyusukan anak anak tu. Aku sendiri takdelah pening, kalut tu adalah pasal beranak kat kebun. Takde pula aku kerja non stop sampai ke tengah malam nak uruskan anak anak kambing ni. Memang aku tak recommend guna botol susu ni tuan tuan, tak pasal pasal terus melonjak tinggi input kita (termasuk juga tekanan darah kita).

Aku pelik juga, kalau dah guna baka eksotik yang besar besar ni patutnya takde masalah tak cukup susu. Badan besar, kantung susu besar, patutnya cukuplah susu untuk sekurang kurangnya 2 anak. Makin kuranglah input berbanding bela baka biasa biasa ni, betul tak tuan tuan?

Hmm.. realitinya memang berbeza dengan teori.

Anyway kalau kita tengok betul betul jadual kelahiran anak kambing di atas, wujud suatu pola yang aneh. Secara puratanya hampir 40% kelahiran dalam setiap tahun berlaku pada 3 bulan terakhir, semasa musim hujan. Maknanya kambing aku suka beranak bila musim hujan. Dan yang menambahkan anehnya tu, kambing ni dapat mengetahui bila musim hujan nak berlaku. Time tu lah dia beranak.

Orang dok kata kambing ni banyak sakit bila sampai musim hujan, tapi berdasarkan rekod aku, banyak kelahiran berlaku di musim hujan. Kenapa ye?

Kenapa kambing tahu bila dan memilih musim hujan untuk beranak sedangkan masa tulah kebarangkalian tak cukup makan tinggi?

Hmm.. yang aku perasan mortaliti anak lebih rendah masa musim hujan berbanding musim kering. Memang terbalik daripada fahaman kebiasaan ni. Kalau ikut teori omputih, risiko coccidiosis kepada anak adalah tinggi ketika musim hujan/basah. Begitu juga risiko kecacingan. Masalahnya pengalaman aku lain pula. Musim kering banyak kes coccidiosis, mortaliti anak kambing lebih tinggi masa ni. Musim hujan elok pula anak ni, kurang sakitnya walau kadang kadang maknya tak cukup makan.

Pelik pelik

Kalau tuan tuan rakan pembiak tahu apa sebab dan mekanismenya , sudi sudikanlah berkongsi pengetahuan ye. 

Salam.