Thursday, April 26, 2012

PURU : APA YANG AKU BUAT

Cuaca kita yang tropika (panas dan lembap) memang sesuai untuk pembiakan pantas pelbagai parasit dan patogen. Sememangnya cuaca kita cukup mencabar untuk mamalia macam kita termasuklah ruminan. Antara penyakit yang sering memeningkan pembiak kambing di malaysia ni adalah puru, terutamanya bagi pembiak baru. Negeri omputih pun ada juga penyakit puru ni, baik zon panas dan kering, atau zon empat musim. Kalau zon artik aku tak pasti pula. Mungkin tak wujud kot sakit puru ni di kawasan artik. Rasa rasa aku virus puru ni tak mampu hidup dalam persekitaran sejuk dan kering.

Kali ini aku cerita pengalaman aku dengan penyakit puru yang biasanya menyerang anak anak kambing. Omputih panggil contagious echtyma (betul ke ejaan aku ni?), tapi nama pendek dia orf. Penyakit ini disebabkan virus, bukannya bakteria. Sekali lagi aku highlight, ianya disebabkan virus bukannya bakteria, atau protozoa.

Dulu masa aku masih baru bela kambing, macam macam petua aku dengar dan aku cuba. Ubat pun macam macam jenis aku beli dan try. Bil telefon aku pun tinggi pasal selalu dok call vet vet yang ada kat malaysia ni. Semuanya aku call tanya macamana nak uruskan penyakit puru ni. Penat ooo... Duit pun banyak terbang....

Ada pun sakit puru ni terbahagi kepada 2 jenis. Yang pertama puru biasa, yang menyerang mulut anak anak kambing. Jenis ni kurang bahaya, kurang 'virulent', kurang ganas. Biasanya jenis ni yang majoriti kes puru. Tapi kalau dibiarkan boleh melarat larat, boleh mati juga anak kambing. Kalau tak mati dia terbantut, lambat sangat perkembangan tubuhnya. So kita jangan biarkan.

Jenis yang kedua ialah puru bunga. Ni istilah orang kampung. Kalau nama omputih aku dah lupa. Kalau ada puru di sekitar kawasan kemaluan/genital bagi yang jantan atau sekitar tetek bagi yang betina, inilah yang dikatakan puru bunga. Kadang kadang kat celah kuku pun ada, kira kategori puru bunga jugalah. Heavy duty punya tahap, memang virulent, memang ganas. Mortaliti atau kematian anak kambing tinggi walau pun yang kena puru bunga ni tak banyak.

Macamana nak mengubat puru ni?

Antibiotik? Tak payah.
Iodin? Tak payah.
Gentian violet? Tak payah
Spray lalat? Tak payah
Anthiomaline? Tak payah
Krim akriflavin? Tak payah
Minyak goreng ikan? Tak payah
Minyak daun mambu? Tak payah
Minyak hitam campur sulfur? Tak payah
WD40? Tak payah
Minyak masak campur garam? Tak payah
Madu? Tak payah

Semua tak payah, habih tu amende?

Yaa cabut dengan tangan. Cabut biar tanggal semua kutil kutil tu, walau pun berdarah darah. Memang kena berani, tak boleh mabuk darah. Gunalah sarung tangan getah sebagai pelindung, jangan tangan kosong, takut berjangkit pula kat kita, mana tahu?

Virus puru ni akan jadi dorman (hilang keaktifannya) bila terdedah kepada udara. Selagi kutil kutil masih ada, dia masih hidup aktif, bersedia merebak dalam kutil tu. Kena buang semua kutil kutil. Ulang 3 hari kemudian. Dan lagi.

Walau bagaimana pun, kambing yang dah diserang puru memang ambil masa sebulan untuk pulih. Memang badan ambil masa untuk keluarkan antibodi/antivirus bagi mengenalpasti, mengilangkan, dan melawan/membuang virus puru ni. Kita suntik antibiotik pun takde guna.

Yang penting untuk mempercepat, memudahkan, membantu kambing yang terkena puru ni ialah mencabut bersih semua kutil kutil itu walau berdarah macam mana pun, walau dia menjerit sekuat mana pun. Tapi kena bersedia jugalah untuk kematian. Kita tak boleh selamatkan semua kambing yang terkena puru walau pun habis kita cabut semua kutil kutil tu. Kalau dah terkena puru bunga yang virulent tu, bila mati kambing tu, redha aje lah.

Pengalaman aku biasanya tiap tiap tahun adalah anak kambing yang mati pasal puru ni dalam 4 ke 5 ekor setiap tahun. Itu pun pasal aku bukan rajin sangat buang kutil kutil ni. Memang virus puru ni suka menyerang anak anak kambing. Tapi ada juga kambing besar yang terkena puru dan mati. Last sekali aku kena hujung 2010. Kambing jantan yang aku ingat nak jadikan pejantan. Umurnya 7 bulan.Nama Pistol Pete, sempena Pete Sampras bekas pemain tenis no 1 dunia. Dah besar pun, 30kg . Tapi takde rezeki nak buat macamana.

Bagaimana mencegah atau mengurangkan insiden puru ni?

Kalau nak kata kandang mesti sentiasa bersih dan kering, banyak juga kes puru dalam kandang sebegini. Kalau nak kata mesti nyahkuman kandang setiap 3 bulan, ada juga kes puru bila dah buat macam ni.

Bagi aku yang paling penting adalah tahap nutrisi ibu kambing yang menyusukan. Kalau anak anak kambing ni cukup susu, susah dia nak kena puru ni. Kalau terkena, recovery period dia cepat macam takde simptom pula. So itulah cara terbaik mengurangkan insiden serangan puru.

Ok tuan tuan. Inilah pengalaman aku yang dapat dikongsi. Sekiranya tuan tuan ada cara yang lebih efektif dan berkesan, sudi sudikanlah upload info yang ada. Salam hormat.

4 comments:

  1. Letak garam kasar banyak2 kat tangan lepas tu lumur sampai tercabut puru dan Kutil tu.

    ReplyDelete
  2. Samela..aku gne cara yg same.kutil puru tu smpai brdrah...pastu sapu obat jab.haiwan bg..alhamdulillah,stakat ni ok..

    ReplyDelete
  3. Ubat pejabat haiwan bagi? Amende pula tu? Iodin ka?

    ReplyDelete
  4. Sy boh ayq suam +garam ja,lomoq kt mulut,thn mata jgn triak.sakit oo.
    Boh 3x sehari,insyaallah lega.

    ReplyDelete