Tuesday, April 10, 2012

PPKM MULA BERSUARA

Semalam 9hb april 2012 dalam suratkhabar news strait times dan berita harian, telah keluar kenyataan daripada pengerusi Persatuan Pembiak Kambing Malaysia (PPKM), Haji Zainal Ghani. So statement of intent telah pun dinyatakan dan harapnya semakin ramai yang mengetahui kewujudan PPKM.

Prioriti kita buat masa ini adalah berusaha sebaik mungkin untuk mempengaruhi penggubalan dan pelaksanaan polisi polisi penternakan yang lebih baik, lebih telus untuk kebaikan pembiak pembiak kambing macam kita ni buat masa sekarang dan untuk masa depan industri ternakan kambing. Jadi selepas ini ada beberapa langkah yang telah disusun untuk mencapai objektif tersebut.

Bila kita bersuara, seperti biasa ada orang yang tak senang duduk. Maka wujudlah strategi dan usaha mengekang kita. Baguslah tu. Selain itu kritikan dan kecaman yang dilemparkan kepada PPKM adalah petanda baik kewujudan kita disedari. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama setiap ahli PPKM hendaklah berterusan memperbaiki usaha ternak masing masing. Paling penting adalah pursuit of knowledge, disiplin menternak, dan penyimpanan rekod ternakan. Kalau tiga tiga ni takdak, tak ke mana kita, masih di takuk lama walau PPKM lantang macam mana pun.

PPKM bukan wadah untuk mendapatkan kontrak, dana kerajaan atau pun senang cerita jalan mudah menjadi jutawan ternak. Memanglah tak best dengar bila aku cakap macam ni, tapi kita kena ikhlas berjuang. Kalau berjuang untuk wang ringgit, untuk penuhkan tembolok sendiri, maka sampai bila bila pun industri kita malap. Berjuang untuk wang ringgit memudahkan anasir anasir berkepentingan membeli prinsip dan maruah kita.

Akan ada ahli ahli yang menyertai PPKM untuk mempermudahkan usaha mereka menjadi jutawan ternak segera atau memperluaskan pengaruh mereka (political mileage). Fenomena ni biasalah, kita bukan tahu hati masing masing. Sebab tu aku nyatakan awal awal PPKM bukanlah platform yang sesuai untuk agenda sebegitu. Kalau nak juga kena carilah organisasi lain.

Dalam PPKM banyak ahli ahli yang diblacklisted, di'ban', dianggap nyamuk oleh agensi agensi dan organisasi tertentu kerana 'kevokalan' mereka yang selalu di tahap high pitch, selalu pecah suara yang menyakitkan gegendang telinga pihak pihak ini. Bukan sahaja di luar PPKM, tetapi juga sesama ahli PPKM. Bagus bagus kita memang perlukan criticism dari luar dan dalam agar kita sentiasa sedar siapa kita dan objektif kita.

Aku pun kena 'bubuh' gak walaupun aku s/u PPKM, hehehe... terima kasihlah di atas constructive criticism ahli ahli semua.

Tuan tuan,

Adapun apa yang aku cakap di atas ni adalah pandangan peribadi aku. Segala pandangan rasmi PPKM adalah datang dari pengerusinya Haji Zainal Ghani. So beliau telah pun melontarkan pandangannya dalam press statement tersebut, kita boleh baca. Dan ada lagi nak buat seterusnya, nanti aku informlah bila masanya sesuai.

Kerja kita banyak lagi, menimbun nimbun macam gunung, mana boleh main daki aje. Nak kena preparation. Perlukan sokongan dan pandangan dari ahli ahli semua. Yelahh... kita nak bagi input kita sebagai pembiak ke dalam penggubalan polisi ternakan negara yang bakal impak memberi impak kepada masa depan industri dan generasi anak cucu kita (aku baru ada anak, cucu belum lagi hehe). Mana boleh main sebat aje.

Selama ni, polisi ternakan yang dihasilkan adalah berdasarkan input dan pandangan importer/trader, bukannya pembiak. Itu yang jadi tunggang langgang, malap macam tak cukup letrik industri kita. Kambing tak cukup? Import. Lembu tak cukup? Import. Import yang slaughter protocol untuk dibuat baka pula tu. Banyak sangat knee jerk reaction atau short term thinking bilamana wujud masalah industri. Yang untung bila polisi macam ini? Faham fahamlah.

Suka tak suka memang kena ambil long term view, memang kena sabar banyak. Kita kena fokus pada human capital – kena upgrade ilmu pembiakan, kita kena fikir bagaimana nak menggalakkan pemburuan ilmu, kita kena fikir bagaimana memudahkan penyebaran ilmu. Sebab tulah dalam pembuatan polisi penghasilan makanan negara, input daripada pembiaklah yang penting. Nak meningkatkan self sufficiency? Mestilah membiak. Ikan ka, ayam ka, ruminan ka, pokok ka, apa apa pun polisi meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara mesti fokus sefokus fokusnya kepada usaha pembiakan. Mesti dapatkan input daripada pembiak.

Dan policy maker ni akan buat judgement yang salah sekiranya pembiak tidak menyimpan rekod (iye, memang tak best dengar tapi kita sendiri yang kena mulakan perubahan, kalau tak orang lain dan industri tak akan berubah). Rekod ternakan adalah penting supaya policy maker ni nampak lebih jelas persekitarannya sebelum keputusan dibuat. Kalau dalam gelap atau kabus, nampak apa? Itu yang main sebat aje, atau mudahlah pihak tertentu memberikan nasihat yang salah.

Kita sebagai pembiak tidak tahu bagaimana mengukur prestasi dan produktiviti ladang sendiri, tak tahu petunjuk mana yang nak digunakan, mana satu primary, mana satu secondary, masih 'quote' data dan assumption omputih, so macam mana kita nak bagi input terbaik ke dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi penternakan tempatan?

Sorry banyak banyak tuan tuan dan rakan pembiak sekiranya terasa. Aku ni dah terlajak masuk kelas Criticism 101.

Sebenarnya kalau kita masuk PPKM kita boleh upgrade ilmu pembiakan kita lebih pantas, dari jenis dial up kepada broadband. Inilah salah satu fungsi PPKM yang paling aku suka. Banyak kita boleh belajar terutamanya kepada yang muda muda. Sapa sapa yang baru masuk industri kambing ni molek sangatlah join PPKM, so adalah landasan yang betul, ada tangan tangan yang boleh membantu dari tergelincir, pasal keahlian kita semakin bertambah, especially kalangan pembiak berpengalaman. Ada banyak tip tip dan cerita cerita best yang boleh dikongsi bersama.

Hmm.. rasanya minggu depan akan keluar lagi statement rasmi dari PPKM. Kita tunggu..

Salam.

11 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Terima kasih banyak2 kerana berjuang. Baru dengar sikit suara kambing dari kandang Malaysia.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang muda lebih tahan berjuang. Idealisme tinggi. PPKM perlukan pelapis muda untuk kesinambungan. Macam ko ni.

      Delete
    2. PPKM ni sounds famuliar. Ada kaitan dengan Persatuan Parti Komunis Malaya ke. Hehe

      Delete
  2. Sejak 2-3 bulan ni, alhamdulillah seronok betul dapat berkenalan dengan penternak kambing muda yang lain. Ada yang dah berjaya pula tu. Memang banyak maklumat dapat Alhamdulillah.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun lebih bersemangat dapat jumpa pembiak lain. Kalau aku tak join ppkm, memang kecik aje geng aku ni. Susah betul nak dapat kawan pembiak, tambah lagi yang muda muda. Yelah asyik tutup kandang.

      Sekarang ni aku punya list of breeder friend makin membesar cepat. Best best! Cepatlah join kitorang ni.

      Delete
  3. Smela dh ade geng2 mntrnak ni snang..brtkar2 mklmat n pndgan.smuge PPKM ni mncpai mtlamat asal..jgn ade yg mnyimpang ke arah lain..btw bangga pulak trmsuk dlm 22org ahli brpngalaman mcm dlm press statement Hj.Zainal.haha..

    Akan dtg mgkin xdpt prgi dh..sdr.fairul blehla hadir utk meeting akn dtg..

    ReplyDelete
  4. hehe ahli berpengalaman ye.. aku pun tumpang bangga dengan ko.. senang dapat title pembiak berpengalaman..boleh panggil dato' kambing lepas ni hehe

    ReplyDelete
  5. salam tuan.. nak tanya sikit.. kalu bela biri2 je bleh join jugak ke persatuan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en rahmat, boleh sangat sangat join persatuan pembiak kambing ni. Kalau minat tinggalkan info macam mana nak contact tuan.

      Delete
    2. rahmat amir bin muhamad nor
      email: rhmtamir@yahoo.com
      tel : 0132551458

      Delete
    3. Laa..shabat aku rahmat rupanya..aku dh emel borg kat die nih..hehe sorry tuan s/u..

      Delete