Monday, April 2, 2012

KENAPA KAMBING SUKA BERANAK MUSIM HUJAN?

JADUAL KELAHIRAN ANAK MENGIKUT BULAN DI ALWIGOATFARM




JAN
FEB
MAC
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
NOV
DIS
JUM
2006
2
0
1
2
4
1
0
0
2
7
2
5
26
2007
2
12
4
1
16
6
3
0
5
1
3
18
71
2008
9
5
5
0
0
5
15
0
6
18
13
3
79
2009
3
13
27
9
0
29
0
28
6
23
2
14
154
2010
7
33
19
9
8
7
0
22
7
23
12
30
177
2011
8
15
14
30
5
44
20
4
14
32
30
22
238
2012
32
29
15











Salam tuan tuan,

Lama gak tak update blog ni. Aku demam, anak anak pun demam. Kali ni dua anak pompuan aku kena jangkitan kuman kat paru paru. Memang lama demam diorang ni. Kena pulak yang bongsu baby lagi umur 5 bulan, tak pandai telan ubat, jadi panjanglah demamnya. Jangkit pula kat aku. So masa, tenaga dan fikiran tertumpu pada diorang ni. Langsung tak ingat pasal update blog ni pun. Anyway syukur alhamdulillah Tuhan telah menyembuhkan sakit demam anak anak aku.

Yang kat atas ni jadual kelahiran anak kambing di ladang aku. Tahun pertama dapat anak 26 ekor je. Itupun satu pertiga mati. Kira ok lagi bagi mereka yang baru jadi pembiak kambing. Ada member aku 80% anak mati masa tahun pertama bela kambing, lagi haru. Tetapi sebab dia cekal dan cepat cepat belajar cari ilmu sendiri (bukan harapkan khidmat nasihat dan kursus pejabat haiwan aje), so dia masih bertahan sampai sekarang.

Bilangan anak kambing paling banyak aku pernah dapat dalam sebulan ialah 44 ekor (Jun 2011). Ada kawan aku yang bela jamna dan baka besar besar kata "awi, ko belum rasa dapat anak 20 ekor dalam seminggu, pening dibuatnya, pukul 11 malam baru habis kerja kat kandang".

Aku pernah dapat 31 kelahiran dalam 11 hari (15 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011). Takde pula pening dan stress. Risau pasal petak beranak tak cukup ye.

Sebenarnya yang pening tu pasal high input, pasal guna botol susu/milk replacer, memanglah stress kita dibuatnya, kerja sampai ke tengah malam nak menyusukan anak anak tu. Aku sendiri takdelah pening, kalut tu adalah pasal beranak kat kebun. Takde pula aku kerja non stop sampai ke tengah malam nak uruskan anak anak kambing ni. Memang aku tak recommend guna botol susu ni tuan tuan, tak pasal pasal terus melonjak tinggi input kita (termasuk juga tekanan darah kita).

Aku pelik juga, kalau dah guna baka eksotik yang besar besar ni patutnya takde masalah tak cukup susu. Badan besar, kantung susu besar, patutnya cukuplah susu untuk sekurang kurangnya 2 anak. Makin kuranglah input berbanding bela baka biasa biasa ni, betul tak tuan tuan?

Hmm.. realitinya memang berbeza dengan teori.

Anyway kalau kita tengok betul betul jadual kelahiran anak kambing di atas, wujud suatu pola yang aneh. Secara puratanya hampir 40% kelahiran dalam setiap tahun berlaku pada 3 bulan terakhir, semasa musim hujan. Maknanya kambing aku suka beranak bila musim hujan. Dan yang menambahkan anehnya tu, kambing ni dapat mengetahui bila musim hujan nak berlaku. Time tu lah dia beranak.

Orang dok kata kambing ni banyak sakit bila sampai musim hujan, tapi berdasarkan rekod aku, banyak kelahiran berlaku di musim hujan. Kenapa ye?

Kenapa kambing tahu bila dan memilih musim hujan untuk beranak sedangkan masa tulah kebarangkalian tak cukup makan tinggi?

Hmm.. yang aku perasan mortaliti anak lebih rendah masa musim hujan berbanding musim kering. Memang terbalik daripada fahaman kebiasaan ni. Kalau ikut teori omputih, risiko coccidiosis kepada anak adalah tinggi ketika musim hujan/basah. Begitu juga risiko kecacingan. Masalahnya pengalaman aku lain pula. Musim kering banyak kes coccidiosis, mortaliti anak kambing lebih tinggi masa ni. Musim hujan elok pula anak ni, kurang sakitnya walau kadang kadang maknya tak cukup makan.

Pelik pelik

Kalau tuan tuan rakan pembiak tahu apa sebab dan mekanismenya , sudi sudikanlah berkongsi pengetahuan ye. 

Salam.

10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, kalau saya jadi kambing, saya akan planning supaya masa beranak pada musim hujan sebab tak payah berhujan makan rumput. Ada orang suapkan.

    Memang tak dinafikan haiwan ada naluri semulajadi yang kuat. Contohny semasa mahu gempa bumi dan letupan gunung berapi, mereka akan lari ketempat selamat sebelum manusia.

    UMM BARAQAH RESOURCES

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau jadi kambing yek. Hmm.. kambing aku hujan hujan pun aku paksa makan. Kalau jauh dari kandang masa meragut, aku akan tahan tak bagi balik walau pun masa tu hujan lebat. Hardships bring out the best!

      Delete
  2. haha..btul ape yg sdr.fairul ktekan tu.tp kalu sume kmbing naluri mcm tu ltih jgak dbuatnye..tp btul sprti ape yg alwi ktekn tu.wpun aku bru dpt ank sulung tp kbnyknnye lahir blan 12.msim hujan..

    jd mgkin bleh kaji faktor musim kelahirannye n musim mengawannye..mgkin kmbg suke mngawan musim panas sktar blan 5-6..mse tu hormon tgh kuat n ksuburan tinggi.jd pluang utk termengandung tnggi..jd blan 4-6 ni msing 2 cube prhatikn kmbing msing2..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ladang kambing yang mengamalkan atificial insemination di malaysia boleh aplikasi fenomena ini. Maknanya masa musim kering ai kan banyak banyak, mungkin kadar kejayaan lebih tinggi. Mana tahu kalau tak cuba ye?

      Delete
    2. Kmbing sng gune pejantan je.kalu lembu ssuai AI..cme nk dpt waktu ghairah si betina tu yg xtahan tu..rsenye btine ghairah dlm tmpoh 24jam dgn jrak masa 17-21 hari skali..letih nk tgok,kalu pkai ubat utk ghairahkn si betine xtaula..maybe xbrpe mnjadi..

      Delete
  3. Misi lawatan muhibah ke alwigoatfarm hari ni. Say pergi 2 orang je. Moga Allah swt permudahkan urusan kami bermusafir dan belajar sedikit sebanyak perkara bermanfaat untuk penternakan kambing.

    Tuan Feral menyusul minggu depan kan.

    UMM BARAQAH RESOURCES

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr.fairul pergi dlu la nih..xpe2 yg penting ilmu yg diperoleh dari otai kite tu..jgn lupe update ttg lawatan ke sana ye boss..

      sy akn mnyusul mggu depan dgn geng2 keratong..kalu xde maybe berdua jgakla..haha

      Delete
    2. Thank you to fairul and faizal of UMM Baraqah for visiting my farm. Seronok tengok geng muda muda yang bersemangat menternak ni. Nanti ada masa aku nak pi ladang tuan tuan pula.

      Delete
    3. Sgt dialu2 kn tuan guru..aku bwak pusing kndg skitar keratong 2.mne tau ade nsihat2 brgune lpas tgk kndg tue..mklumla sume jnis buat sndiri,tkut ade ksilapan dr sgi kjuruteraan perkambingan.huhu..

      Delete
    4. Uihh, alwi tahan kambing dia masa hujan. Aku nak kena ajar jugak ni. Zalim tak zalim aku xkan manjakan kambing aku lagi. Sedar2 sejak 2 menjak ni semua orang cakap aku dah kurus. Hehe, terasa bangga sekejap sebab perut makin slim. Banyak baju dan seluar lama dah muat balik. :)

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com

      Delete