Monday, April 23, 2012

BATMAN DALAM BATCAVE

Beberapa malam yang sudah berlangsung semi final juara liga liga eropah (Champion's League) antara chelsea dan barcelona. Pertembungan dua superpower bola ni bukan sahaja berlangsung di stamford bridge tetapi juga kat loteng atas rumah aku.

Loteng rumah?

Yaa.. Chelsea yang jadi under dog telah bertemu dengan barcelona yang dianggap top dog, pertembungan dua pasukan ini telah menghasilkan bunyi bunyi bising yang telah mengejutkan tidur anak bini aku. Atas komentar bini aku, maka aku merelakan diri menjadi umpire untuk mengadili perlawanan bola yang sedang berlangsung hebat atas loteng rumah aku.

Suluh punya suluh, check punya check, rupanya loteng rumah aku telah menjadi bat cave, tempat bersemayamnya beberapa ekor batmen (kelawar lah). Adalah juga 6 -7 ekor. Yang bising bising tu agaknya batman batman ni tengah mengejar tikus lah kot.

Tikus? Kelawar makan tikus?

Aku rasa rasa je. Pasalnya semenjak ada batman dan batwoman ni, tikus tikus yang selama ni buat selamba depan aku terus senyap. Tak berani dah main main kat sinki, atas meja makan, dalam tong sampah. Ni lah salah satu cabaran duduk dalam rumah ladang – tikus. Dulu ada bela kucing, tapi hilang saja, ntah mana pergi. Masa ada kucing, tikus tikus ni tak berani juga buat kacau. Senyap.

Bila kucing takdak, tikus ni menampakkanlah gangsterismenya. Alih alih datang pula si batman batman ni menjadi hero yang menyelamatkan rumah aku. Aku dok rasalah kalau batman ni tak makan tikus, dia hisap darah tikus. Agaknya pasal tu tikus tikus ni takut. So bagi aku kelawar ni adalah agen kawalan biologi yang berkesan juga untuk mengawal populasi tikus – hipotesis aku je ni, nak kena check dengan pakar baru tahu.

Antara batman yang telah menjadikan loteng rumah aku sebagai batcave. Yang lain mana pi ntah. Aku ambik gambar ni masa siang. Dari kiri Jose Moreinfo, Christina Ronaldo, Frank MakLampir, dan Victoria Backhoe.

Aku bagitahu pekerja aku akan kehadiran kelawar kelawar ni. Tak lama lepas tu, dia dah siap pasang apparatus untuk menangkap kelawar ni. Aku tanya dia kenapa nak tangkap, nak buat apa. Dia cakap kat kampung dia, hempedu kelawar ni dibuat ubat lelah. Bini dia selalu kena semput, jadi hempedu kelawar ni boleh dicuba buat ubat. Halal tak halal aku pun tak tahu.

Apparatus menangkap batman, jaring yang dipasang antara 2 tiang, tak payah umpan umpan. Tu dah ada sekor yang terperangkap. Tak lama kemudian ada 2 ekor lagi tersangkut.

Mario BelitTali, kelawar tambatan Manchester City yang unpredictable

Lional Messy yang nampaknya betul betul berada dalam situasi 'messy affair'. Jenuh aku nak lepaskan. Susah sangat, aku potong tali jala tu guna gunting kuku kambing. Kesian pula tengok si lional messy dan mario belittali ni. Yang pekerja aku ni pun satu, dah dapat tangkap, cepat cepat lah buat ubat, ada pula dibiarkan tergantung macam tu tengah tengah panas.

Lional Messy sedang memberikan pose terbaik untuk peminat peminat.

Ada sesetengah pakar haiwan berkata, kelawar ni reservoir virus yang merbahaya . Dan sudah ada beberapa kes jangkitan virus pada manusia yang direkodkan berpunca daripada kelawar. Contohnya virus Hendra yang menyerang beberapa ladang kuda lumba di australia yang menyebabkan kuda kuda mati serentak dan mengorbankan mereka yang ada 'contact' dengan kuda kuda ni, dalam masa yang singkat. Memang virulent betul. Macam mana jadi lagu tu?

Ada sekor kuda ni pi berteduh bawah pokok ceri. Pokok ceri ni jadi tempat kelawar bergantungan. Jadi tahi tahi kelawar ni jatuhlah sekeliling pokok ceri ni. Dan rumput rumput yang tumbuh bawah pokok ceri ni, berkat berbajakan tahi kelawar, memang subur dan sangat menggiurkan bagi sang kuda. Masalahnya rumput ni ada virus, virus purba (ancient) yang keluar bersama sama tahi kelawar ni. Melekat pula pada rumput. Kuda makan rumput, makan sekali ngan virus purba ni.

Kejap aje kuda tu dah demam, lepas tu mati. Sehari dua aje. Jangkit pula kat kuda kuda lain, handler dia dan vet yang merawat kuda kuda tu. Pergh memang ganas dan pantas jangkitan virus Hendra ni.

Cerita pasal virus ni tuan tuan, adalah suatu misteri bagaimana virus dapat menukar kod genetiknya (melahirkan keturunan yang berbeza dengan dirinya) dalam masa yang sangat singkat. Maknanya, kalau virus tu datang 'angin' dia, dia boleh menjangkiti 'cross species' dan benar benar mengganas. Belum ada lagi organisma yang boleh reprogram kod genetik sepantas macam dia ni. Katakan kita dah dapat buat vaksin utk sejenis virus ni, besok dia dah bertukar, vaksin yang ada dah tak berkesan. Memang susah nak tackle wabak yang disebabkan virus ni sekiranya dia betul betul naik angin. Apa yang membuatkan dia naik angin, saintis belum tahu lagi.

Anyway, bukan kelawar sahaja yang jadi virus carrier ni. Kucing ngan anjing yang kita bela pun boleh jadi vektor penyakit yang tidak disangka sangka. Rumput yang tumbuh di sekitar tahi kucing atau anjing, kemudian dimakan pula oleh lembu kambing kita, kalau nasib tak baik, dapat penyakit toxoplasmosis (kalau tak silap akulah, aku dah lupa). Kalau nasib baik, takda apa apalah.

Berdasarkan pengalaman aku, rasanya memang ada kambing aku yang terkena toxoplasmosis ni. Yang buat sakit ni sejenis protozoa, macam coccidia jugalah, sama geng protozoa. Nama betul dia toxoplasma gondii. Suka duduk dalam tahi kucing.

Aku perasan bilamana aku ada kucing 3-4 ekor (tahinya banyaklah bersepah sepah dalam ladang aku), kadang kadang ada kambing aku macam confuse, terhuyung hayang, seolah olah hilang penglihatan, jalan berpusing pusing, berpecah dari kumpulan. Dulu ada sekor kambing aku lari dari kumpulannya masa tengah lepas. Sedar sedar kecoh orang kat bus stop tengok kambing yang 'biul' ni ada kat situ. Nak naik bas pergi teluk intan apa dia ni?

Satu lagi keguguran tak pasal pasal. Badan cantik bukannya kurus kering, nak kata kecacingan takdak simptom. CL? Takdak juga. Andaian aku toxoplasmosislah. Tapi takdelah banyak kes. Jarang jarang. Kes kambing confuse tu pun jarang jarang tapi tiap tiap tahun adalah.

Mungkin disebabkan diorang ni makan rumput yang dah tercemar dengan toxoplasma gondii. Tak boleh buat apalah. Kalau tak bela kucing, tikus pula bernaharajalela. Lagi haru.

Ada kawan pembiak aku sampai kena buat sangkar besi untuk anak anak kambing yang baru dilahirkan. Sebabnya tikus tikus gigit tali pusat anak baru lahir ni sampai perut dia berlubang. Kalau sekor anak macam tu takpe. Tapi dia sampai mati 20 ekor anak kambing kes macam tu. Terpaksalah guna sangkar besi.

Anyway balik kepada toxoplasmosis, agaknya pasal tulah kambing kambing kita tak mahu makan rumput di sekitar kandang atau rumput yang tumbuh hasil tahi mentah dia, atau tahi binatang binatang lain. Dia nak mengurangkan risiko diserang penyakit. Memang bersih sebenarnya dietary habit kambing kambing kita ni. Lagi bersih daripada lembu dan ayam. Apalagi si 'kerbau pendek'.

Dan bila kita makan daging haiwan yang sifatnya suka benda bersih, kita pun susahlah nak dapat penyakit. Betul tak?

Oklah tuan tuan, aku mengundurkan diri dulu kerana mahu menjadi umpire chelsea lawan barcelona yang akan datang. Kat mana ha? Nou Camp lah kot. Pehh kalau aku jadi ref, aku kasi cheksea menang aje walau pun aku tak sokong chelsea. Kesian kat pengurus chelsea ni, asyik bertukar aje. Tensen aku nengoknya. Bengong betul pak roman abramovich ni. Suka suka hati dia aje fire fire orang ni. Ingat dia ultraman seven ka?

Ok ok membebel plak. Sori tumpang lalu tuan tuan.

Salam.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Toxoplasmosis boleh beri kesan pd manusia. Boleh rosakkan saraf mata bhgn tgh dan buta separa.

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ya. Memang tak elok kambing makan tempat yang sama berulang kali. Bukan sahaja masalah cacing, tapi toxoplasmosis pun boleh jadi. Tapi lebih serius untuk grazer macam bebiri. kambing ni browser, so kurang sikit risk dia.

    ReplyDelete
  3. cantik gambar background atas tu..nila yg dimaksudkn oleh Tuan Fairul "leader of a pack" tp bkn kmbing laa,anjing hitam tu.huhu..

    alamak,high risk to bebiri ke?hrap2 bebiri aku bijak cket.mklumla biri2 kmpung@malin.hehe..

    ReplyDelete