Thursday, April 12, 2012

MAKAN DAGING MERAH MENGGERAMKAN IBLIS?

Ada pun suratkhabar the star hari ini dalam ruangan sukan bola omputih menyatakan dua orang pemain Newcastle dari Senegal iaitu Demba Ba dan Papiss Cisse adalah driving force dalam perubahan dramatik nasib kelab itu. Newcastle meningkat untuk berada dalam kedudukan selesa dalam liga perdana england. Tangga keberapa aku pun tak tahu dan aku memang tak kenal depa berdua ni sebagaimana lionel messi dan cristiano ronaldo. Posisi diorang pun aku tak tahu. Winger kot tak pun striker, takkan goalkeeper plak.

Yang tertariknya ialah kenyataan dari dua orang pemain afrika ini yang namanya sedang meniti di bibir manager manager kelab besar england. Depa dua orang ni kata mereka rasa begitu bersemangat dari segi mental dan fizikal bilamana chef kat kantin kelab newcastle ni sentiasa menyediakan juadah Yassa, sejenis kari kambing stail Senegal. Kari tak kari, itu tak penting. Yang aku nak tunjuk ialah makan daging merah, dan daging merah tersebut ialah daging kambing.

Demba Ba dan Papiss Cisse ni kata lagi, makan daging kambing ni menyebabkan diorang lebih berstamina lebih bertenaga, boleh lari lebih jauh dan lama, boleh berfikir lebih baik untuk 'split second decision' ketika di bawah tekanan, dan memiliki attitude lebih baik semasa training mahupun ketika dalam perlawanan.

Dan sikap dan tenaga yang dimiliki oleh dua orang senegal ini menjadikan mereka penyumbang signifikan kepada peningkatan prestasi kelab bola newcastle.

Yaaa tuan tuan, daging kambing adalah rahsia besar dalam persiapan rapi untuk atlit atlit yang mahu mencapai standard dunia mahupun askar askar yang mahu memenangi sesuatu pertempuran.

Semua high performance athlete akan ada daging merah dalam diet mereka. Elemen iron, B12, zink, CoQ10, nitric oxide, dan apa apa lagi yang bakal dijumpai selepas ini, semuanya ada dalam daging merah. Daging merah adalah pemelihara dan penambah (booster) kekuatan dan fertiliti baik bagi lelaki mahu pun wanita.

Dan bala tentera Mongol yang sangat ditakuti dunia suatu ketika dahulu mempunyai polisi khas sebelum pergi berperang. Semua askar akan makan daging merah (kambing, kuda, lembu, keldai, yak, apa apa ajelah yang berdarah merah) hari hari selama 2 minggu. Mereka saturate (penuhkan) badan mereka dengan daging merah sampai tak lalu makan lagi dah. Kemudian baru pergi berperang. Ketika ini mereka boleh berterusan melakukan kerja berat (pertempuran barisan hadapan, mengepung kota kota – siege warfare) tanpa sebarang makanan masuk ke perut mereka selama seminggu. Dan kekuatan fizikal mereka tetap berada di puncak. Dan kelebihan fizikal ini hasil pemakanan daging merah memudahkan mereka membina empayar terbesar dunia dalam masa yang sangat singkat.

Daging merah ni membina darah kita seterusnya stamina dan kekuatan dalam masa yang singkat kerana elemen yang aku sebut di atas adalah mudah diserap badan kita.

Alah.. sayur pun ada gak zat besi dan B12 macam bayam, avocado, kekacang?

B12 dan iron dalam sayuran dan kekacang adalah sangat sukar diserap melainkan kita ni ruminan. Masalahnya kita ni monogastrik. Kita memang dicipta Tuhan untuk makan daging. Ini adalah satu lagi point mengapa kita tak patut menganut fahaman veganisme. Yang patut jadi vegan ni kambing atau lembu aje. Pasal tu perut diorang ada empat, adalah sangat sukar mengestrak zat zat dari tumbuhan berserat tinggi. Kompleks dan perlukan bantuan mikrob mikrob yang sangat banyak kuantitinya. 


Monogastrik (satu perut) macam kita ni memang tak mampu mencernakan zat zat dari sayur mayur ni walau macam mana tinggi sekali pun kandungan vitamin dan mineral. Kalau dari pucuk ada senang sikit tapi masih dikira rendah kadar penyerapan zat berbanding makan daging merah. 

Dan nenek moyang kita semuanya memburu daging merah walau pun duduk dalam hutan tebal dikelilingi pelbagai pucuk pucuk sayur mayur. Kalau duduk tepi laut mereka memburu ikan pula. Ikan lebih dihargai pasal ikan ada darah merah berbanding ketam sotong udang. Takdak pula mereka sibuk memburu alga atau rumpai laut walaupun benda tu banyak. Yang duduk kat padang pasir, yang duduk kat artik, yang duduk kat mana mana atas planet bumi ni pun semuanya memburu binatang berdarah (daging merah).

Betul tak tuan tuan?

Kita patut berterima kasih kepada nenek moyang kita yang bijaksana kerana mereka sedar tanpa daging merah, umat manusia akan berhenti membiak. Anak anak Adam yang lelaki akan hilang kekuatan dan stamina, tidak mampu lagi mencari makanan dan melindungi manakala anak anak perempuan Adam akan hilang kesuburannya, gagal menyambung keturunan Tok Adam dan Nek Hawa kita.

Maka sebarang fahaman yang menyatakan makan daging merah itu merosakkan kesihatan adalah suatu fahaman yang songsang lagi menyesatkan, yang mesti kita tentang habis habisan. Veganisme itu dengan jelas melanggar apa yang Tuhan kita telah perintahkan, dan menidakkan nikmat yang Tuhan kita telah kurniakan. Jangan sekali kali kita tunduk kepada mereka, Iblis pasti bertepuk sorak jika kita menuruti kemahuan mereka yang songsang ini, kerana iblis telah bersumpah untuk merosakkan keturunan Adam walau apa cara sekali pun.

Veganisme adalah sekutu iblis, cara licik dan halus iblis untuk merosakkan kita. Dia sentiasa gembira bila tengok kita kacau bilau, kelam kabut kerana ini memudahkannya menusuk jarum hasutannya ke dalam fikiran kita.

Jadi tuan tuan yang bijaksana,

Bilamana kita berpegang pada Alquran dan sunnah, kita tidak akan tergelincir. Ini memang guarantee Allah dan RasulNya kepada kita. Termasuklah bab makanan yang dihalalkan dan digalakkan untuk kita. Allah mengetahui fitrah dan apa yang baik buruk untuk kita, kita dah ada panduan yang memudahkan hidup kita. Tak payah pening pening kalut kalut dalam kesesatan dan kegelapan demi mencari kebenaran.

All praise to Allah who has created us, who has bestow upon us and our children the appropriate sustenance, who has given us His words and messenger to guide us in this life, and who has appoint a great day to judge all of our deeds.

Tuan tuan,

Nabi junjungan kita pernah bersabda yang kita kena beriman sepenuhnya kepada ayat ayat Tuhan, tak boleh terima separuh lepas tu reject sebahagian. Bilamana Tuhan kata binatang ternak itu bermanfaat untuk kita – dagingnya, susunya, kulitnya kita mesti terima sepenuhnya. Dan daging merah itu datang bersama lemak tepu dan kolesterol.

Maknanya lemak tepu dan kolesterol itu bermanfaat untuk kita. Nabi Adam makan, Nabi Junjungan kita makan, nenek moyang kita makan, jadi kenapa kita ditakut takutkan bahaya lemak tepu dan kolesterol ni?


Sepertimana yang aku ceritakan di atas Iblis tak pernah berhenti berusaha menyesatkan keturunan Adam. Dia akan menggunakan segala jenis cara, dan salah satu senjata ampuh dia ialah menggunakan anak anak Adam yang telah membelot sebagai rakan sekutu. Manusia ni lebih mudah percaya akan sesuatu bila diberitahu oleh makhluk makhluk yang serupa dengan dia gak. Kalaulah Iblis tu menampakkan dirinya kemudian mula berdakyah mampuih takde orang nak dengar.

So dia pun gunalah proksi/puppet yang dibekalkan segala jenis bantuan sebagaimana sebuah alliance berfungsi. Miracle ka, mimpi jumpa Tuhan ka, objek berdarah ka, apa apalah yang pelik pelik, yang mampu menggoyahkan iman mereka yang lemah.

Pakatan jahat (unholy alliance) Iblis dengan pembelot keturunan Adam ini memang sangat sangat licik, cukup pakar dalam memutarbelitkan kebenaran dan menyebarkan kepalsuan. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Islam kerana telah dibekalkan Alquran dan Nabi SAW.

Akan datang, aku cerita kebenaran lemak tepu dan kolesterol, bagaimana sangat sangat pentingnya 2 komponen makanan ini dalam membina dan memelihara kesuburan umat manusia. Tak tahulah bila nak post, so sabarlah tuan tuan yang dihormati ye. Yang penting selagi kita makan daging merah sebagaimana yang diperintahkan Tuhan, keturunan Adam akan terus membiak dan Iblis akan gagal dalam usahanya menjahanamkan kita. Bertambah lagi dendam kesumat Iblis dan geramnya pada kita. Biaq pi lah.

Sesungguhnya Allah adalah pelindung terbaik kita.

Salam.  

No comments:

Post a Comment