Saturday, September 27, 2014

YANG JARANG KITA TAHU PASAL QURBAN

Pertama - adalah sunat lagi afdhal kita simpan kambing di laman rumah kita dan bermain main dengannya selama 3 hari sebelum diqurbankan. Atau diaqiqahkan. 

Tujuan? Menerbitkan rasa kasih sayang terhadap kambing tersebut dan menyebabkan kita rasa sangat berat hati dan KEHILANGAN apabila menyembelih kambing tersebut.

Itulah salah satu tujuan qurban. Mempersembahkan atau menghadiahkan sesuatu yang dekat di hati kita, atau yang menyebabkan kita rasa kehilangan, atau yang menyebabkan kita rasa kerugian. Lagi rasa rugi, lagi rasa hilang, maka bertambah tinggilah martabat pengorbanan tersebut. 

Atas tujuan itu - kambing liar, atau kambing jahat, atau kambing yang kita benci, atau kambing yang degil lagi suka merosakkan - KURANG SESUAI (tidak sesuai sebenarnya) untuk digunakan sebagai qurban. Kambing sebegini hanya menyebabkan kita tidak muncul rasa kehilangan, malah rasa lega sangat apabila disembelih atau hilang daripada pandangan kita.

Ini merendahkan martabat qurban. Menurunkan nilai qurban. Menghina Tuhan, dan menghina diri sendiri. Bersifat seperti Qabil. Mempersembahkan apa yang kurang lagi tidak elok kepada Tuhannya.

Sebab itu Habil, dan rasul rasul selepasnya, menjadi pembiak kambing. Pengembala kambing. Bersusah payah menternak dan bersabar menunggu hasil pembiakan demi menghasilkan kambing kambing yang jinak, tunduk, dan elok lagi bagus sebagai persembahan untuk Tuhan. Agar Tuhan lebih redha dan memberkati pengorbanan tersebut, dan masyarakat yang mengamalkannya. 

Bagi aku, adalah jelas kambing liar atau kambing feral, yang tidak diternak tidak ditundukkan tidak dijinakkan malah dianggap sebagai perosak lagi jahat lagi degil, baik dari australia atau mana mana tanah di bumi sekali pun - tidak sesuai dibuat qurban. Kita semua telah terpedaya dengan permainan yahudi dan para zionis. Mereka sendiri tidak konsumi atau persembahkan kambing liar kepada Tuhan mereka, tapi sangat senang hati mengeksport kambing liar kepada umat Islam, agar kita semua terus menerus mempersembahkan qurban yang rendah nilainya kepada Tuhan kita.

Ini salah satu sebab lagi kenapa umat Islam hilang kuasa, maruah dan harga diri. Berterusan ditindas kerana masih terus mengamalkan amalan Qabil. Sepatutnya kita berbuat seperti Habil. Mempersembahkan yang terbaik buat Tuhannya. Mempersembahkan kambing paling disayang, paling dijaga, paling sihat, dan yang paling terasa kehilangan apabila diqurbankan. 

Kita wajib kembali kepada amalan Habil, dan sunnah para anbiya' selepasnya, demi mencari lebih keberkatan dan keredhaan daripada Tuhan kita. 

Baik yang kedua ialah etika membeli kambing qurban bagi kepada mereka mereka yang tidak menternak kambing. 

Sebenarnya amalan tawar menawar semasa membeli kambing untuk tujuan qurban hanya merendahkan nilai qurban kita. Jangan buat. 

Kita mesti wujud rasa rugi atau kehilangan atau berat hati apabila membeli kambing untuk diqurbankan. Kalau kita dah jumpa kambing yang sesuai dan tepat, dan poket kita membenarkan - beli tanpa tawar menawar. Kalau rasa kambing tu tak sesuai, beli kambing lain yang seterusnya yang sesuai dengan kesediaan hati kita untuk berpisah dengan wang tersebut. 

Dan bagi mereka yang berduit, CARILAH BURULAH kambing yang unik lagi bernilai tinggi untuk dibuat qurban. Ini menampakkan kesungguhan kita mencari hadiah yang terbaik buat Tuhan kita. Baru Tuhan memandang tinggi qurban kita, dan in sha Allah akan membuka lebih banyak pintu rahmat dan rezeki kepada kita. Dan juga kepada masyarakat. 

Kalau ada kambing yang nilainya $1 juta, atau $4 juta, atau $50 juta, atau $250 juta sekali pun - maka belilah sekiranya bersedia. 

Lagi unik, lagi susah nak jumpa, lagi tinggi nilainya - maka bertambah tinggilah darjat qurban tersebut.

Ingatlah, semua tamadun yang terhebat dalam sejarah ada amalan qurban atau 'sacrifice'. Dan semakin hebat lagi gegak gempita lagi 'extravagant' amalan qurban tersebut - semakin hebat tamadun tersebut dalam lipatan sejarah.

Sacrifice the best for God!

The Very Best for the Lord!

Asssalamualaimkum!


Tuesday, September 16, 2014

PENALTI BOLEH JALAN KE?

Seorang kenalan ternak (bukan rakan ternak - aku pening ngan dia ni) bawak masuk kambing dari aussie. Macam macam pesen kambing. Dia pam kambing dia makan pkc dan molasses. Daun sawit ada guna tapi tak cukup untuk kambing 900 ekor yang diimport ni.

Bila kambing berderet deret mati (banyak yang berak cair diarrhoea serius), dia salahkan pekerja indon dan india dia. Kenapa tak jaga kambing betul betul katanya. Dan dalam usahanya membendung kematian kambing yang seterusnya - dia kenakan polisi penalti $50 bagi setiap ekor kambing yang mati kepada dua orang pekerjanya.

Pehhh tak kena gaya mamat ni. Udah la bagi gaji pekerja pada bawah tahap minimum, potong gaji pula tu $50 bagi tiap tiap kambing yang mati. Hari hari mati 4-5 ekor. Mampuih pekerja tu takde gaji. Negatif. Hutang pulak dengan tauke. Dah la masuk Malaysia berhutang sana sini.

Crazy idiot...

Kambing 900 ekor dua orang je jaga. Gilo... pekerja boleh jadi gila. Kambing pun boleh jadi gila.

Aiiii.... apa pun bagi aku, tak berapa nak amalkan polisi denda mendenda ni. Lebih baik bagi insentif. Kalau prestasi baik (kurang kambing mati), bagi bonus. Kalau takde kambing mati tambah lagi special bonus. Biar berkepuk kepuk bonus. Kalau prestasi sama je atau merudum, takde bonus. Barulah ada semangat dan motivasi pekerjanya. Adalah perasaan yang tauke sayang kat dia. Baru dia ada hati nak curahkan lebih tenaga dan masa untuk usaha taukenya.


Betul tak?

Monday, September 15, 2014

46 TO 86... IS THIS REAL?

In the name of the Lord, who has created pathways all over the cosmos.

Seorang rakan pembiak dengan poket yang dalam telah sudi berkongsi prestasi pembiakan kambing di ladangnya. Terima kasih dan aku tidak mahu mendedahkan identitinya. Beliau menyatakan yang kambing boernya dalam tempoh  dua tahun memiliki kadar kelahiran 46%. Dalam ertikata lain, sekiranya ada 100 ibu boer, jumlah anak yang dihasilkan ialah 46 ekor dalam 2 tahun. 

Well...... that is...... shockingly, chokingly, stiflingly.... low. Oh man!

Orait. Kemudian dia tukar kepada bebiri. Dorper. Garut. Dan bebiri bebiri yang sama waktu dengannya. Tapi banyak dari australia.  Kadar kelahiran dalam masa 2 tahun? Oh... berita yang lebih baik! 86%.

Maknanya 100 ibu bebiri boleh dapat 86 anak dalam masa 2 tahun. 

Well... it's better but still...... ridiculously low. 

Dan aku tahu sekiranya begini, tiada harapan untuk untung dari segi jualan livestock. Produksi anak  atau output anak terlalu sedikit.

Adapun boer dia rendah sangat kadar kelahiran sebab diet 100% rumput. Napier. Dan secara fitrahnya, kambing bukan kuat makan rumput. Kambing kuat makan daun. Bila dapat makan daun, baru kambing boleh perform lebih baik. 

Dan bila buat sistem makan tanggung, sumber foraj biasanya padang rumput yang ditanam sendiri. Jadi bebiri lebih sesuai sistem makan tanggung. Dan bebiri memang fitrahnya makan rumput. Sebab tu bebiri dia memiliki kadar kelahiran yang lebih baik. Banding dengan kambing boer dia sebelum ini.

Dan aku memang boleh sahkan kadar kelahiran dia sebab bila aku lawat ladang dia, memang tak nampak anak kecik. Sikit sangat. Sikit sikit sangat. Tak berbaloi langsung dengan jumlah ibu kambing yang ada. Petak beranak kosong. Kambing besar dan bebiri besar je yang ada. 

Now, bandingkan dengan kambing tempatan yang dibiakkan cara gembala. 

100 ibu akan menghasilkan 460 anak dalam 2 tahun.

Betapa besarnya beza prestasi.... 46 anak dalam 2 tahun banding dengan 460 anak dalam 2 tahun. See the difference? 

Betapa hebatnya darah yang mengalir dalam tubuh kita... Dan betapa hebatnya sunnah para anbiya' yang mengembala dengan tongkat...

Kita adalah pewaris nenek moyang. Dan kita adalah pewaris para Nabi.

Kembalilah pada mereka. Dan percayalah pada mereka.

All praise to the Lord of All Universes!


Sunday, September 14, 2014

BREAKING 2.3

All praise to the Lord who has created, and sent forth the cosmic birds Ababil.

Sudah empat tahun berturut turut kadar kelahiran kambing di ladang aku mencatatkan 2.3. Dalam ertikata lain, dengan 100 ibu kambing aku dapat jumlah anak sebanyak 230 per tahun. Ini melebihi buku teks kambing yang kata kita boleh dapat 1.8 atau 100 ibu = 180 anak per tahun. Dan... ini adalah dicapai dengan carefree attitude, tanpa piawaian tinggi standard operating procedure yang diamalkan oleh ladang ladang komersial. Cincai. Kampung style. Hanya dengan mengekalkan disiplin gembala. Bertongkat. Setiap hari. Day in day out. Shine or no shine. 

Dan semenjak mengamalkan ayat 39 surah AlKahfi setiap kali menyaksikan haiwan haiwan di ladang, aku dapat perhatikan, aku dapat rasakan, aku dapat..... alamikan, lonjakan kadar pembiakan kambing. Berderet deret kambing beranak kembar dan tiga. Pantas. Yeah.. aku pikir aku akan pecahkan 2.3.

Hanya dengan mengamalkan satu ayat dari Alquran yang cukup mudah cukup simple cukup berkesan.

Ayat ini adalah suatu alat produktiviti yang sangat berkesan dalam meningkatkan output pertanian. Macam mana kita semua tidak diajar dan didedahkan dengan kekuatan ayat ini? Kenapa kurikulum rasmi kita tidak 'incorporate' Quran?

Betapa ruginya kita golongan peladang petani dan penternak yang tidak mengamalkan ayat ini. Sayangnya...

Adapun, aku baru sahaja mengamalkan ayat ini, dan aku jelas nampak magnitud output. Itu belum lagi aku 'adopt' SOP yang lebih tinggi. Standard komersial. Belum lagi aku guna pejantan kembar. Belum lagi aku guna betina keturunan kembar. Belum lagi aku ketatkan breeder protocol. 

Berapa banyak punya potensi yang belum disentuh....

Maka jangan tunggu tunggu saudara saudara pembiak ku. Mari kita semua amalkan ayat 39 surah AlKahfi setiap kali menyaksikan haiwan haiwan ternakan di ladang kita. Semoga Tuhan merahmati kita semua.

All praise to the Lord!!

Friday, September 12, 2014

I WILL NEED LOTS OF CONVINCING..

To support 'hampas soya basah' as a suitable feed for a breeding operation.

Aku mohon maaf kepada ahli ahli 'kelab penyokong tegar hampas soya basah' kerana kenyataan keras aku berkenaan kesesuian hampas soya basah sebagai makanan kambing pembiak. Mesti ramai yang tersinggung. Tetapi aku tidak akan berganjak dari pendirian tersebut buat masa ini. 

Ini kerana aku perhatikan sampai sekarang tiada pembiak mahir atau expert breeder (yang operasi pembiakan melebihi empat tahun DAN operasi biaknya MENGUNTUNGKAN) menggunakan hampas soya basah untuk makanan kambing pembiak (breeders). 

Tiada.

Tiada seorang pun.

Pun begitu, aku masih ada ruang untuk bertukar pendirian sekiranya ada antara penyokong tegar hampas soya basah boleh menyertakan statistik operasi pembiakan mereka. Berapa kadar kelahiran dalam setahun (selama 4 tahun dan ke atas), berapa nisbah semasa ibu-anak, dan mereka telah pun menggunakan hampas soya basah melebihi empat tahun.

Terima kasih!



Tuesday, September 9, 2014

10 TAHUN DAN MASIH TIADA UNTUNG?

Holy goat! Is this real?

Seorang rakan ternak kambing yang lebih veteran dari aku dan selalu menang pertandingan kambing membuat pengakuan yang mengejutkan. Operasi ternak kambingnya (biak pedaging, trading, pembakaan) sebenarnya senantiasa rugi semenjak dia takeover dari ayahnya.

Kambingnya pernah mencecah 500 ekor, dan kini tinggal sangat sedikit. Fokus trading sahaja buat masa ini. Dia tak mahu tutup operasi atas sebab reputasi. Selain itu bela kambing ni kerja yang diwariskan daripada datuk dan ayahnya. Datuknya bela kambing boleh untung. Boleh menyara kehidupan. Begitu juga ayahnya. Tapi bila sampai kat tangan dia - terus rugi saban tahun. 

Dia tak mahu hilang air muka, jadi teruskan juga. Keep on pushing. Rugi. Tapi sebab dia ada bisness lain yang boleh cover, jadi takde masalah. 

Ok. Analisis aku mudah. Ringkas. Brutal.

Pemakanan. Operasi biak kambing dia gagal sebab dia tak jaga pemakanan kambing. Sebab dia tak mahu ambik tahu kesan pemakanan kepada kambing. Sebab dia pikir nak murahkan kos operasi sahaja. 

Too cost centric. Terlalu pentingkan turunkan kos hinggakan kambing gagal membiak. Perlahan membiak. Banyak sakit. Banyak mati. Banyak kerja. Ada pekerja tiga empat orang pun, tak boleh tampung kuantiti masa buruh yang diperlukan. Kerja mula 7 pagi habis 11 malam. Setiap hari. Banyak sangat kambing sakit nak diuruskan. 

Pekerja pun selalu cabut lari. Penat sangat. 

Semuanya kerana -------- suka sangat guna soya basah untuk kambing kambingnya. Hampas soya basah. Limbas soya. Sisa pembuatan air soya atau tauhu. Dan para pembiak baru selalu sangat terperangkap dengan makanan hampas soya ni.

Aku dah pernah cerita sebelum ini, tapi aku perhatikan situasi sama terus berulang.

Ye, memang hampas soya basah mempercepatkan kenaikan berat kambing. Kambing cepat bulat. Kambing cepat kilat bulunya. Murah pula tu!

Tetapi...... hampas soya basah hanya sesuai untuk penggemukan. Hanya sesuai untuk jangka pendek.

TIDAK BOLEH DIJADIKAN MAKANAN KAMBING BREEDER JANGKA PANJANG.

TAK BOLEH! TAK BOLEH! TAK BOLEH!

Hampas soya basah banyak antinutrient. Realitinya kacang soya perlukan banyak  peringkat pemprosesan sebelum sesuai untuk dijadikan makanan manusia dan ternakan demi meneutralkan kandungan tinggi antinutrient di dalamnya. Jauh beza dengan dengan bijirin.

Kalau kulit kacang soya (soybean hull), takpe lagi. Ok. Stabil. Dan kalau kita perhatikan, sebab itu wujud soybean meal. Sejenis sisa atau hampas kacang soya yang berkualiti sebagai makanan ternakan. TETAPI soybean meal hanya wujud setelah melalui empat peringkat pemanasan. Mereka mereka di negara maju sedar akan kandungan tinggi antinutrient dalam kacang soya dan hampasnya. 

Banyak kerja weh nak meneutralkan antinutrient dalam kacang soya. Itupun ada lagi sisa antinutrient walaupun dah empat kali 'refined' kacang soya. 

Hampas soya basah baru sekali je proses! Bersepah tinggi antinutrient dalam tu!

Kesan paling ketara antinutrients dalam hampas soya basah ialah penurunan libido. Penurunan kesuburan. Kambing lambat datang biang. Kambing lambat mengawan. Kambing lambat membiak. Kambing lambat beranak. Kambing banyak masalah bila beranak. Mortaliti anak tinggi. Kadar penyakit pun melonjak.

Dan kesan buruk ini adalah melekat pada generasi. Anak anak kambing yang ibunya diberi diet hampas soya basah akan rendah tahap fertiliti secara kekal walaupun kita reverse diet. Tak boleh nak repair walaupun kita dah betulkan makanan untuk anak anak kambing tersebut.

Sebab tu nenek moyang kita semuanya ambik kacang soya dalam keadaan setelah diperam. Kicap, tempe, miso dan sebagainya. Takde yang berani minum air kacang soya secara langsung. Semua produk kacang soya semasa zaman nenek moyang kita semuanya diperam. Biar bakteria yang yang meneutralkan kandungan tinggi antinutrient dalam kacang soya.

Kenapa kita tak nampak???

Bagi aku, hampas soya basah sangat bahaya untuk kambing. Sangat toksik untuk operasi kambing pembiak. Powerful toxin. Generational toxin. Racun generasi. Habih rosak usaha pembiakan kita kalau berani gunakan hampas soya basah untuk jangka panjang. Sekarang dan jauh pada masa hadapan. 

Buat apa kos rendah kalau akhirnya rugi?

Baik kos tinggi sikit tapi untung. Kambing terus membiak. Elok. Dan semakin membiak. Dan semakin untung. Dan semakin semakin membiak. Dan semakin semakin untung. 

Kesimpulannya, para pembiak baru, berhati hatilah. Jangan terperangkap dengan hampas soya basah. Untuk penggemukan takpe. Jangka pendek.

Untuk pembiakan? Jangka panjang?

Katakan TIDAK kepada hampas soya basah!

Assalam!




Thursday, September 4, 2014

WAR AND PEACE

Tiada kaitan dengan mahakarya pengarang Rusia tersohor, Leo Tolstoy.

Ini adalah War and Peace versi alwigoatfarm. 

Salah satu saat saat yang paling mendamaikan bagi aku ialah duduk di balkoni rumah ladang, sambil kaki terlunjur, sambil pegang secawan kopi yang berasap di tangan, sambil ditiup angin yang lebih laju dari sepoi sepoi bahasa (dan aku tak tahu apa istilah sebenar untuk jenis angin tersebut), sambil memerhatikan kuda dan kambing kambing tenang meragut manakala anak anak kambing terloncat loncat menari nari.

Macam pagi tadi hari ini. Hahhhhhh.... mendamaikan. Mengasyikkan. Sungguh.

Peace..

Tetapi ada satu benda buat spoil lagi meragut ketenangan aku tadi. 

Lalatttttttttt!!!!! Dang! Ni sapa plak dok tabur baja taik ayam ni. Habih ladang aku dilanggar lalat bagaikan Singapura dilanggar todak. 

Daripada 'peace' terus jadi 'war'.. hampeh! Bertepuk tampar aku dengan lalat lalat nih.. Aiiiii rosak aku punya 'peace moment'!

Man, how I want my peace!

Wednesday, September 3, 2014

GST INDOCTRINATION

Aku ada pergi kursus Goods and Service Tax baru baru ni di sebuah hotel di Ipoh. PPK hantar. Dulu JPV ada suruh aku pergi tapi tak sempat. (PPK ada bagi elaun - $30 kehadiran dan $30 duit minyak - semangat sket nak pergi buehehe). 

Ada kelas punya hotel. Makan pun banyak. Makan pun sedap. Taktik biasa 'taxman' - jamu kita sedap sedap sebelum 'kebaih' pitih kita. Biasak lah tu.

Anyway, aku dapat gambaran lebih jelas berkenaan apa sebenarnya GST. Jadi aku berkongsi di sini. Sikit sikit. Biar kita semua nampak. Dulu aku kabur sangat. Banyak dengar yang anti GST. ( Aku tak kata aku sokong GST. Aku cuma sampaikan apa yang kerajaan bagitau).

Ok. Pertama sekali yang laksanakan, pantau dan kutip GST ialah Kastam. Bukannya Lembaga Hasil. Jadi semua bisnes kena daftar dengan Kastam. Bisnes yang mana revenue nya ialah $500,000 ke atas dalam setahun. Bawah $500,000? Kastam tak berapa nak layan..

Dan... cukai GST ialah MENGGANTIKAN cukai sebelum ini (cukai jualan 6% dan cukai perkhidmatan 10%). Bukannya cukai tambahan. BUKAN cukai tambahan. BUKAN BUKAN BUKAN....

Haa penting tu...  antara konsep GST paling penting dan paling banyak kekeliruan. Jadi kita boleh nampak GST memudahkan pengurusan cukai justeru merendahkan kos. GST ialah pada kadar 6%. Maknanya cukai jualan 6% cukai perkhidmatan pun 6%. Lebih rendah daripada cukai sebelum ini. 

Nice!

Sebenarnya GST ada potensi merendahkan harga barang dan perkhidmatan, bukannya menaikkan harga. Sepatutnya harga barang dan perkhidmatan di Malaysia selepas GST diperkenalkan menjadi lebih rendah. Sepatut nya lah... 

Realiti? Well... I don't know.

Ada lagi beberapa perkara menarik pasal GST tapi lain kalilah aku kongsi. Tak sempat ah nak menulis. Dan aku sebenarnya pergi kursus sampai tengah hari je. Lepas lunch aku cabut. Tak delah dengar ceramah belah petang.

Kesimpulan mudahnya... aku lebih faham GST, dan tahap resistance aku kepada GST menurun. Kiranya ceramah GST yang buat kat hotel hotel berjaya dalam misi 'indoctrinate' atau 'brainwash' peserta pesertanya.

The Government is winning....

Restoran tempat peserta GST menjamu selera sebelum otak mereka dibasuh dibilas diperah cukup cukup...

Ikan ikan koi turut bersetuju dengan pengenalan GST... memungkinkan harga makanan mereka turun justeru mereka boleh jadi lebih kenyang lebih gemuk. You lazy bum!

All lifts in Malaysia should be like this..

Lauk pauk ceramah GST memang sedap sedap.. Terbukti berhasil 'membeli' peserta peserta. Di atas adalah lauk secondary. Lauk primary aku dah kebas licin dan lupa amik gambar.

Bilik ceramah yang sangat kondusif untuk mentransformasikan peserta peserta menjadi panda panda yang mengantuk terhangguk hangguk. Hey.. awat banyak cikgu cikgu muda comel comel lote? Apa kaitan diorang dengan GST? Bukan ke GST ni untuk peserta bisnes?

Close up penceramah. Kastam guy. Penolong Pengarah Kastam Negeri Perak. Berpuluh tahun dalam kastam. Bagi dia GST ialah Gila Sampai Tua sebab geng kastam pening bagai nak gila nak terangkan kepada rakyat konsep GST yang sebenarnya. 

Ok. Gambar ni takdak kaitan dengan ceramah GST. Aku amik masa tengah lunch. Sebabnya aku tertarik dengan bangunan tinggi yang pelik semacam tu. What the hell is that?

Close up bangunan pelik. Very strange architecture. Alien architecture... yeah it must be the alien who built this ... thing..

Assalam!


Tuesday, September 2, 2014

SEBUKIT SOALAN SEGUNUNG JAWAPAN

I get questions faster than I can dish out the answers..

Terima kasih kepada mereka mereka yang bertanyakan hal kambing kepada aku setiap hari. Macam macam pertanyaan, macam macam hal, macam macam bentuk, dan .... biasanya soalan mudah lagi ringkas tetapi kerap dan memerlukan jawapan yang panjang lebar. 

Baik. Aku semakin sibuk dan semakin suntuk masa. Aku cuma ada home internet. Kalau aku pergi ke ladang - memang tiada connection. Memang aku tak tahu apa yang datang dalam inbox email, blog, facebook, whatsapp, dan sebagainya.

Dan bila aku sampai ke rumah dari ladang, aku takde selera nak cepat cepat buka blog dan facebook. Aku lebih berminat menghabiskan masa dengan anak anak perempuan aku. Dan bini aku. 

Biasanya aku bukak internet awal pagi dan masa tu ada berderet soalan. Yang memerlukan jawapan panjang lebar. Yang memerlukan 'masa tambahan' dan 'masa kecederaan' kalau dijawab. Jadi response aku lambat.

Lebih baik tuan puan terus direct call aku. Boleh dapat jawapan lebih cepat lebih pantas. Bercakap ni laju banyak daripada menulis. Kalau guna sms, email, facebook, blog dsb nya yang jenis bertulis, takut aku lambat sangat jawab. Tertunggu tunggu tuan puan dibuatnya. Mana yang tak sabar tu memang naik anginlah. 

Harapnya tidaklah sampai ke tahap itu. 

Aku mohon maaf kepada sesiapa yang bertanya tapi aku tak jawab lagi. Untuk kesenangan, lebih baik call dan set appointment jumpa aku. Banyak cerita boleh tukar senang tukar.

Maaf ye! 


Monday, September 1, 2014

CUBAAN MENCURI DIPATAHKAN

Pagi tadi, pekerja aku melaporkan ada cubaan pecah masuk kandang. Pukul 4 pagi. Geng pencuri ni letak motor jauh sikit dari kandang. 50 meter jauhnya. Lepas tu jalan kaki ke kandang. Anjing aku menyalak. Pekerja aku terjaga dan tak boleh tidur. Pergi ke kandang senyap senyap. 

Dan bila geng pencuri dua orang ni hampir dengan kandang, pekerja aku menjerkah. Sekuat hati. Terkejut beruk geng pencuri ni. Lari macam lipas kudung. Ada satu tembakan dilepaskan oleh geng pencuri ni. Senapang angin lah kot. 

Geng pekerja aku kejar geng pencuri ni. Tapi dalam gelap memang meraban juga. Geng pencuri dah biasa beroperasi dalam gelap. Sempat lepaskan diri.

Apapun aku bersyukur tiada kemudaratan kepada pekerja. Dan tiada kemudaratan kepada kambing. Segala puji kepada Tuhan Maha Pelindung. 

Aku pikir inilah geng yang sama curi anak kambing aku sebelum ini. Dan aku tahu mereka akan datang buat kali kedua setelah kejayaan mencuri kali pertama. Beberapa minggu selepas kejadian pertama, risiko jenayah berulang adalah sangat tinggi. Dan risiko akan menurun kepada tahap 'baseline' bila cukup setahun dari kejadian pertama. Ini menurut kajian pakar jenayah.

Harapnya usaha ternak aku terus dilindungi Yang Maha Pelindung. Sememangnya aku sangat bergantung kepada upaya dan kekuatan juga perlindungan dariNya. Dialah sebaik baik pelindung.

Dan aku juga doakan semoga aku dan geng pencuri terus diberikan hidayah oleh Nya. Semoga aku dan mereka semua mendapat manfaat dan rahmat daripada episod ini. 

I pray to you, my Dear Lord!