Monday, September 1, 2014

CUBAAN MENCURI DIPATAHKAN

Pagi tadi, pekerja aku melaporkan ada cubaan pecah masuk kandang. Pukul 4 pagi. Geng pencuri ni letak motor jauh sikit dari kandang. 50 meter jauhnya. Lepas tu jalan kaki ke kandang. Anjing aku menyalak. Pekerja aku terjaga dan tak boleh tidur. Pergi ke kandang senyap senyap. 

Dan bila geng pencuri dua orang ni hampir dengan kandang, pekerja aku menjerkah. Sekuat hati. Terkejut beruk geng pencuri ni. Lari macam lipas kudung. Ada satu tembakan dilepaskan oleh geng pencuri ni. Senapang angin lah kot. 

Geng pekerja aku kejar geng pencuri ni. Tapi dalam gelap memang meraban juga. Geng pencuri dah biasa beroperasi dalam gelap. Sempat lepaskan diri.

Apapun aku bersyukur tiada kemudaratan kepada pekerja. Dan tiada kemudaratan kepada kambing. Segala puji kepada Tuhan Maha Pelindung. 

Aku pikir inilah geng yang sama curi anak kambing aku sebelum ini. Dan aku tahu mereka akan datang buat kali kedua setelah kejayaan mencuri kali pertama. Beberapa minggu selepas kejadian pertama, risiko jenayah berulang adalah sangat tinggi. Dan risiko akan menurun kepada tahap 'baseline' bila cukup setahun dari kejadian pertama. Ini menurut kajian pakar jenayah.

Harapnya usaha ternak aku terus dilindungi Yang Maha Pelindung. Sememangnya aku sangat bergantung kepada upaya dan kekuatan juga perlindungan dariNya. Dialah sebaik baik pelindung.

Dan aku juga doakan semoga aku dan geng pencuri terus diberikan hidayah oleh Nya. Semoga aku dan mereka semua mendapat manfaat dan rahmat daripada episod ini. 

I pray to you, my Dear Lord!

No comments:

Post a Comment