Tuesday, September 16, 2014

PENALTI BOLEH JALAN KE?

Seorang kenalan ternak (bukan rakan ternak - aku pening ngan dia ni) bawak masuk kambing dari aussie. Macam macam pesen kambing. Dia pam kambing dia makan pkc dan molasses. Daun sawit ada guna tapi tak cukup untuk kambing 900 ekor yang diimport ni.

Bila kambing berderet deret mati (banyak yang berak cair diarrhoea serius), dia salahkan pekerja indon dan india dia. Kenapa tak jaga kambing betul betul katanya. Dan dalam usahanya membendung kematian kambing yang seterusnya - dia kenakan polisi penalti $50 bagi setiap ekor kambing yang mati kepada dua orang pekerjanya.

Pehhh tak kena gaya mamat ni. Udah la bagi gaji pekerja pada bawah tahap minimum, potong gaji pula tu $50 bagi tiap tiap kambing yang mati. Hari hari mati 4-5 ekor. Mampuih pekerja tu takde gaji. Negatif. Hutang pulak dengan tauke. Dah la masuk Malaysia berhutang sana sini.

Crazy idiot...

Kambing 900 ekor dua orang je jaga. Gilo... pekerja boleh jadi gila. Kambing pun boleh jadi gila.

Aiiii.... apa pun bagi aku, tak berapa nak amalkan polisi denda mendenda ni. Lebih baik bagi insentif. Kalau prestasi baik (kurang kambing mati), bagi bonus. Kalau takde kambing mati tambah lagi special bonus. Biar berkepuk kepuk bonus. Kalau prestasi sama je atau merudum, takde bonus. Barulah ada semangat dan motivasi pekerjanya. Adalah perasaan yang tauke sayang kat dia. Baru dia ada hati nak curahkan lebih tenaga dan masa untuk usaha taukenya.


Betul tak?

3 comments:

  1. tu berniaga pesen apa tu?? ilmu takde, salah pekerja plak..

    ReplyDelete
  2. Heheheheeeeeee!.Macam2 pesen.Terima kasih Prof kerana rajin tulis kat blog ni.Tak payah2 beli buku.Apa yg Prof tulis tu banyak pengajaran yang ambo dapat.Walaupun ambo pelihara kambing untuk suka2 je,tapi aturan tetap dijaga.BIAR SEDAP DIHATI SEDAP DIMATA.Insyaa Allah hujung tahun ni mungkin kambing ambo akan berjumlah 20 ekor.Dari 2 ekor induk.Ambo malas nok main nisbah2.Tulislah,ambo tak jemu untuk membacanya,cuma satu je,ambo tokde(takdak masa) nak gembala macam Prof,bawa tongkat,buahahahahaaaa.Salam

    ReplyDelete