Tuesday, September 9, 2014

10 TAHUN DAN MASIH TIADA UNTUNG?

Holy goat! Is this real?

Seorang rakan ternak kambing yang lebih veteran dari aku dan selalu menang pertandingan kambing membuat pengakuan yang mengejutkan. Operasi ternak kambingnya (biak pedaging, trading, pembakaan) sebenarnya senantiasa rugi semenjak dia takeover dari ayahnya.

Kambingnya pernah mencecah 500 ekor, dan kini tinggal sangat sedikit. Fokus trading sahaja buat masa ini. Dia tak mahu tutup operasi atas sebab reputasi. Selain itu bela kambing ni kerja yang diwariskan daripada datuk dan ayahnya. Datuknya bela kambing boleh untung. Boleh menyara kehidupan. Begitu juga ayahnya. Tapi bila sampai kat tangan dia - terus rugi saban tahun. 

Dia tak mahu hilang air muka, jadi teruskan juga. Keep on pushing. Rugi. Tapi sebab dia ada bisness lain yang boleh cover, jadi takde masalah. 

Ok. Analisis aku mudah. Ringkas. Brutal.

Pemakanan. Operasi biak kambing dia gagal sebab dia tak jaga pemakanan kambing. Sebab dia tak mahu ambik tahu kesan pemakanan kepada kambing. Sebab dia pikir nak murahkan kos operasi sahaja. 

Too cost centric. Terlalu pentingkan turunkan kos hinggakan kambing gagal membiak. Perlahan membiak. Banyak sakit. Banyak mati. Banyak kerja. Ada pekerja tiga empat orang pun, tak boleh tampung kuantiti masa buruh yang diperlukan. Kerja mula 7 pagi habis 11 malam. Setiap hari. Banyak sangat kambing sakit nak diuruskan. 

Pekerja pun selalu cabut lari. Penat sangat. 

Semuanya kerana -------- suka sangat guna soya basah untuk kambing kambingnya. Hampas soya basah. Limbas soya. Sisa pembuatan air soya atau tauhu. Dan para pembiak baru selalu sangat terperangkap dengan makanan hampas soya ni.

Aku dah pernah cerita sebelum ini, tapi aku perhatikan situasi sama terus berulang.

Ye, memang hampas soya basah mempercepatkan kenaikan berat kambing. Kambing cepat bulat. Kambing cepat kilat bulunya. Murah pula tu!

Tetapi...... hampas soya basah hanya sesuai untuk penggemukan. Hanya sesuai untuk jangka pendek.

TIDAK BOLEH DIJADIKAN MAKANAN KAMBING BREEDER JANGKA PANJANG.

TAK BOLEH! TAK BOLEH! TAK BOLEH!

Hampas soya basah banyak antinutrient. Realitinya kacang soya perlukan banyak  peringkat pemprosesan sebelum sesuai untuk dijadikan makanan manusia dan ternakan demi meneutralkan kandungan tinggi antinutrient di dalamnya. Jauh beza dengan dengan bijirin.

Kalau kulit kacang soya (soybean hull), takpe lagi. Ok. Stabil. Dan kalau kita perhatikan, sebab itu wujud soybean meal. Sejenis sisa atau hampas kacang soya yang berkualiti sebagai makanan ternakan. TETAPI soybean meal hanya wujud setelah melalui empat peringkat pemanasan. Mereka mereka di negara maju sedar akan kandungan tinggi antinutrient dalam kacang soya dan hampasnya. 

Banyak kerja weh nak meneutralkan antinutrient dalam kacang soya. Itupun ada lagi sisa antinutrient walaupun dah empat kali 'refined' kacang soya. 

Hampas soya basah baru sekali je proses! Bersepah tinggi antinutrient dalam tu!

Kesan paling ketara antinutrients dalam hampas soya basah ialah penurunan libido. Penurunan kesuburan. Kambing lambat datang biang. Kambing lambat mengawan. Kambing lambat membiak. Kambing lambat beranak. Kambing banyak masalah bila beranak. Mortaliti anak tinggi. Kadar penyakit pun melonjak.

Dan kesan buruk ini adalah melekat pada generasi. Anak anak kambing yang ibunya diberi diet hampas soya basah akan rendah tahap fertiliti secara kekal walaupun kita reverse diet. Tak boleh nak repair walaupun kita dah betulkan makanan untuk anak anak kambing tersebut.

Sebab tu nenek moyang kita semuanya ambik kacang soya dalam keadaan setelah diperam. Kicap, tempe, miso dan sebagainya. Takde yang berani minum air kacang soya secara langsung. Semua produk kacang soya semasa zaman nenek moyang kita semuanya diperam. Biar bakteria yang yang meneutralkan kandungan tinggi antinutrient dalam kacang soya.

Kenapa kita tak nampak???

Bagi aku, hampas soya basah sangat bahaya untuk kambing. Sangat toksik untuk operasi kambing pembiak. Powerful toxin. Generational toxin. Racun generasi. Habih rosak usaha pembiakan kita kalau berani gunakan hampas soya basah untuk jangka panjang. Sekarang dan jauh pada masa hadapan. 

Buat apa kos rendah kalau akhirnya rugi?

Baik kos tinggi sikit tapi untung. Kambing terus membiak. Elok. Dan semakin membiak. Dan semakin untung. Dan semakin semakin membiak. Dan semakin semakin untung. 

Kesimpulannya, para pembiak baru, berhati hatilah. Jangan terperangkap dengan hampas soya basah. Untuk penggemukan takpe. Jangka pendek.

Untuk pembiakan? Jangka panjang?

Katakan TIDAK kepada hampas soya basah!

Assalam!




No comments:

Post a Comment