Wednesday, September 3, 2014

GST INDOCTRINATION

Aku ada pergi kursus Goods and Service Tax baru baru ni di sebuah hotel di Ipoh. PPK hantar. Dulu JPV ada suruh aku pergi tapi tak sempat. (PPK ada bagi elaun - $30 kehadiran dan $30 duit minyak - semangat sket nak pergi buehehe). 

Ada kelas punya hotel. Makan pun banyak. Makan pun sedap. Taktik biasa 'taxman' - jamu kita sedap sedap sebelum 'kebaih' pitih kita. Biasak lah tu.

Anyway, aku dapat gambaran lebih jelas berkenaan apa sebenarnya GST. Jadi aku berkongsi di sini. Sikit sikit. Biar kita semua nampak. Dulu aku kabur sangat. Banyak dengar yang anti GST. ( Aku tak kata aku sokong GST. Aku cuma sampaikan apa yang kerajaan bagitau).

Ok. Pertama sekali yang laksanakan, pantau dan kutip GST ialah Kastam. Bukannya Lembaga Hasil. Jadi semua bisnes kena daftar dengan Kastam. Bisnes yang mana revenue nya ialah $500,000 ke atas dalam setahun. Bawah $500,000? Kastam tak berapa nak layan..

Dan... cukai GST ialah MENGGANTIKAN cukai sebelum ini (cukai jualan 6% dan cukai perkhidmatan 10%). Bukannya cukai tambahan. BUKAN cukai tambahan. BUKAN BUKAN BUKAN....

Haa penting tu...  antara konsep GST paling penting dan paling banyak kekeliruan. Jadi kita boleh nampak GST memudahkan pengurusan cukai justeru merendahkan kos. GST ialah pada kadar 6%. Maknanya cukai jualan 6% cukai perkhidmatan pun 6%. Lebih rendah daripada cukai sebelum ini. 

Nice!

Sebenarnya GST ada potensi merendahkan harga barang dan perkhidmatan, bukannya menaikkan harga. Sepatutnya harga barang dan perkhidmatan di Malaysia selepas GST diperkenalkan menjadi lebih rendah. Sepatut nya lah... 

Realiti? Well... I don't know.

Ada lagi beberapa perkara menarik pasal GST tapi lain kalilah aku kongsi. Tak sempat ah nak menulis. Dan aku sebenarnya pergi kursus sampai tengah hari je. Lepas lunch aku cabut. Tak delah dengar ceramah belah petang.

Kesimpulan mudahnya... aku lebih faham GST, dan tahap resistance aku kepada GST menurun. Kiranya ceramah GST yang buat kat hotel hotel berjaya dalam misi 'indoctrinate' atau 'brainwash' peserta pesertanya.

The Government is winning....

Restoran tempat peserta GST menjamu selera sebelum otak mereka dibasuh dibilas diperah cukup cukup...

Ikan ikan koi turut bersetuju dengan pengenalan GST... memungkinkan harga makanan mereka turun justeru mereka boleh jadi lebih kenyang lebih gemuk. You lazy bum!

All lifts in Malaysia should be like this..

Lauk pauk ceramah GST memang sedap sedap.. Terbukti berhasil 'membeli' peserta peserta. Di atas adalah lauk secondary. Lauk primary aku dah kebas licin dan lupa amik gambar.

Bilik ceramah yang sangat kondusif untuk mentransformasikan peserta peserta menjadi panda panda yang mengantuk terhangguk hangguk. Hey.. awat banyak cikgu cikgu muda comel comel lote? Apa kaitan diorang dengan GST? Bukan ke GST ni untuk peserta bisnes?

Close up penceramah. Kastam guy. Penolong Pengarah Kastam Negeri Perak. Berpuluh tahun dalam kastam. Bagi dia GST ialah Gila Sampai Tua sebab geng kastam pening bagai nak gila nak terangkan kepada rakyat konsep GST yang sebenarnya. 

Ok. Gambar ni takdak kaitan dengan ceramah GST. Aku amik masa tengah lunch. Sebabnya aku tertarik dengan bangunan tinggi yang pelik semacam tu. What the hell is that?

Close up bangunan pelik. Very strange architecture. Alien architecture... yeah it must be the alien who built this ... thing..

Assalam!


5 comments:

  1. senang nak faham..ambik contoh singapore..
    contoh..
    aku (manufacturer) buat barang B..barang B kena GST bila aku jual kat trader, tapi nak buat barang B, kena ada barang A1, A2 etc contoh je la..

    alwi plak trader.. beli barang B dari aku...kena GST gak walaupun dia trader kerna untung atas servis jual barang B..kemudian jual kat pengguna ..

    pengguna beli barang B dari Alwi kena GST gak...

    ok..sekarang camne nak kira GST? nanti sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sebagai manufacturer akan dikenakan dua GST..satu GST barang aku beli A1,A2 etc tetapi aku bleh claim back dari government sebab aku buat barang B..jadi, aku kena GST untuk barang A1, A2 etc sahaja,,

      Alwi plak bila jaul barang B mestilah harga lebih tinggi dari aku jual kat dia secara pukal. Bila dia jual kat pengguna, dia kena bayar GST bagi barangan secara pukal dari aku..

      Dia claim rebate atas barangan yang dia jual kepada pengguna kerana akhirnya pengguna juga kena bayar GST..bayar GST kat Alwi, nanti Alwi claim rebate dari government..so, pengguna yg sebenarnya bayar..

      jadi, relevance hanya kompani revenue >500K bayar GST?... TIDAK..

      kerana, pengguna tetap kena bayar walaupun ko beli 10 sen barang (kecuali barang yg tak kena GST)

      Apacam kompani < 500K revenue?.. secara basic nya, not relevance sebab pengguna bayar atas barang yg kena GST akhirnya..compani bleh claim back rebate dari governement tapi GST kena kutip dari pengguna..
      jadi kalau ko beli taik sekalipun, kena bayar GST kalau ada orang jual kat ko..setelah diproses..

      Delete
    2. jadi, apa baik nya GST?
      1. kerja kastam mudah..tak payah pi kutip cukai kat Alwi atau aku..yg buat kerja kutip GST ni sebenarnya adalah aku dan Alwi bagi pihak kastam.
      2. pengguna dulu kadang beli barang tak kena cukai sebaba compani yg buat barang tu tak kena cukai jualan atau apa apa cukai.. sekarang semua barang kena kecuali barang tak kena GST..

      GST ni 'cukai berantai'..government senang nak kutip cukai,,syarikat tak bleh lari dari bayar cukai..

      Delete