"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, August 18, 2013

SITUASI JUALAN SEKARANG

Yeehaa! Salam aidilfitri kepada semua pembiak kambing dalam setiap lapis alam semesta. Harap semuanya sihat lagi afiat tanpa masalah acidosis akibat terlebih makan pada bulan syawal ini.

Ok. Caffeine level aku dah mula kembali normal justeru ada semangat sikit nak update blog. Raya raya ni sibuk sebenarnya tapi aku ambik kesempatan menulis masa anak anak aku tidur lena sebelah pagi. Kalau dah bangun anak pompuan aku yang dua orang ni, jangan harap aku boleh pegang laptop. Asyik nak tengok upin ipin dan main masak masak.

Bulan puasa ni aku saspen juga pasal jualan kambing sebab banyak juga penternak kata slow sikit bulan puasa punya jualan. Well, untuk bulan puasa tahun ini aku dapati situasi jualan kambing adalah normal. Sama seperti bulan bulan lain.

Excellent.

Maknanya aliran tunai adalah positif untuk sambut raya. Aku tak perlu korek duit simpanan untuk beraya. Atau lebih buruk, terpaksa berhutang untuk beraya.

Pheww... raya ni bukannya emergency pun. Aku rasa tak patut kalau kita kena pecah tabung simpanan, atau guna kad kredit, atau pinjam sana sini semata mata nak nampak bergaya masa raya.

Kalau takde budget, lebih baik bersederhana. Lantaklah sedara mara nak kata apa pun. Baju raya tahun sudah ke, atau sepuluh tahun sudah ke, takde angpow raya ke, tokey kambing takkan takde duit - buat selamba muka tebal je. Masa aku tengah struggle dulu, masa usaha ternak tengah tenggelam timbul - memang biasa sangatlah aku buat dunno je bila tibe hari raya. Masa budak budak beratur salam dapat duit raya, aku lari jauh jauh hehehe..

So balik kepada cerita jualan kambing..

Ada beza situasi jualan sekarang dengan tahun tahun awal bela kambing..

Buat masa ni operasi aku takde expansion plan dalam masa terdekat. Maintain 100 induk. Dan aku jual semua anak kambing, baik jantan mahu pun betina. Kambing jantan biasanya pasaran tempatan. Local. Immediate vicinity. Besout, sungkai, tapah, langkap, teluk intan. Aaa kiranya dua daerah - batang padang dan hilir perak.

Retail ye. Runcit. Aku tak guna orang tengah atau agen atau trader. Takde jual borong. Takde jual sekali 10-20 ekor jantan. Aku jual kambing hidup terus kepada end user, atau pengguna terakhir. End user ni biasa sekor dua kambing yang dibeli, dan ada juga 7-8 ekor sekali beli.

Dulu dulu aku biasa jual kepada penternak lain. Tapi sekarang aku direct to end user. Dan aku tidak mencari pelanggan. Mereka sendiri yang datang mencari kambing.

Pelanggan datang mencari.

Dan kebanyakan end user ni adalah repeat customer. Yaaa prinsip pareto sekali lagi membuktikannya. Dulu masa aku guna banyak orang tengah/trader - 20% orang tengah adalah 80% revenue. Tapi sekarang bila aku direct to end user - 20% pembeli adalah repeat customer yang menyumbangkan 80% nilai jualan.

Now, ada sikit observation aku nak tambah. Kambing jantan aku jual local market secara retail. Berhampiran. Dua daerah - batang padang dan hilir perak. Antara dua daerah ni aku prefer batang padang, atau market yang menghala ke lembah klang. Pasalnya customer profile kurang cerewet. Kambing jantan bila dibeli tak berkira harga, manakala kambing betina tak kisah dibuat sembelihan.

Bila masuk area teluk intan atau daerah hilir perak - kuantiti customer cerewet adalah tinggi. Abnormally high. Sembelihan nak jantan aje, betina langsung tak mahu. Yang paling tak best - price depression. Harga kambing area teluk intan ni tak fleksibel macam harga tempat lain. Tak cukup elastisiti - payah dan lambat nak naik. Harga zaman batu. Patutnya ikutlah pergerakan harga satu dinar emas. Tapi teluk intan ni aku rasa ikut harga dirham kot. (Aku tujukan perenggan ni khas buat trader trader kambing, dan pelanggan pelangan super cerewet area teluk intan).

Anyway, secara ringkasnya jualan kambing takde masalah, baik jantan mahu pun betina. Very good. Sebenarnya, purata berat kambing aku semasa jualan makin jatuh. Dulu 30kg baru jual. Sekarang 25kg dan ke bawah, pun jalan, jantan dan betina. Demand sentiasa ada. Tak sempat kambing nak membesar ke saiz yang sepatutnya, dah jual.

Aaa... macam hypermarket letak barang hot demand di rak jualan mereka. Asal letak je habis. Asal letak je habis. Hmmm.... no no no no no...... tengah usung barang nak letak dekat rak - dah berpusu orang nak beli - ye. Macam tu.

Of course, kambing ada kualiti lah. Sihat, cantik, gemuk berkilat. Kalau takde kualiti, slow lah kadar jualan.

Sebenarnya kan, ramai yang gagal ternak kambing bukan pasal takde market. Bukan pasal tak boleh jual. Tapi sebenar benarnya tak cukup skill membiak. Skill takde, pulak tu buat cara high input, tu ramai yang tergolek.

Kalau skill ada, pembiakan menjadi, usaha ternak kita tidak rugi walau pun high input. Janji kadar pembiakan tinggi. Ini ok, dapat offset semua disadvantage - dapat untung. Trust me on this.

Ok, kepada semua pelawat ladang dan pelawat blog aku, akan perasan yang aku takde buat iklan dan papan tanda. Dari dulu sampai lah sekarang, memang takde iklan. Bab marketing memang aku pasif, langsung tak agresif.

Hmm alhamdulillah aku masih survive, walau ladang aku 'remote', jauh terperosok meniti hari bahagia nun tersembunyi bawah sawit.

Terpulanglah kepada masing masing bab marketing ni, samada nak pasif atau agresif. Kalau agresif, potential income tu dah tentulah lebih tinggi. Kalau pasif macam aku, pun boleh survive juga.

Pasif atau agresif - core competency kena ada, dan adalah normal bagi usahawan ternak mencapai kestabilan ketika umur usahanya 6-7 tahun. Business lain pun sama juga. Reputation, dan significant income stability semuanya muncul pada peringkat umur ini.

Sebelum 7 tahun, it is days of struggle, dan di luar zon selesa.

Semua usahawan dengan bisnes pertamanya, macam ni, kan?



5 comments:

  1. Salam prof.
    selamat hari raya, maaf zahir batin..

    raya ni saya tak jual langsung ..tak ada stok..ni kes 'teruk' ni ..bukan psal apa..populasi dah mencecah 150 ekor, psal tertinggi sejak saya bela bebiri..pedaging masih kecil, kurang dari 20 kg..terpaksa maintain populasi sebab kandang kecil/seorang pekerja ja/makanan kena 'catu' so, tak brape membiak..

    untuk raya haji, ada banyak stok baru bleh jual.. regular customer dah siap 'booking' awal awal..jadi, umur pedaging memang tak lebih setahun dah dijual (jualan laris) hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan zaki, selamat hari raya, maaf zahir batin,

      Yeah, production line kita yang tak dapat keep up dengan demand.

      Ada orang kata bila demand dah tinggi teruslah ramp up production, but it is not as easy as it seems. Capital cost satu hal, feed availability dan labor management pun kena ambil kira.

      Saya sendiri value efficiency berbanding kuantiti.

      I like to have a deep sense of control. Kalau kambing banyak sangat, rasa macam berterabur di luar kawalan aje.

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Bro...jual direct pada end-user pada harga berapa sekilo? Saya rasa tak tahan kerana terpaksa terima harga rm 18 sekilo (hidup jantan bawah 25 kilo).Kalau jantan above 25 kilo dia orang offer at rm 17....kalau betina only rm 15-16. Trader ni kata, kambing dia orang import lagi murah....yang beku lagi harga rendah!! Ini yng buat saya bengang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu ayt trader, jgn lyan sgt karenah diorg ni. Kita yg berujan berpanas,diorg nk untung ats angin je. Btul ckp bro zaki,kalo berat bwh 25kg,kita jual ikut timbg mata je. Stakat rm500 customer masih nak lg.

      Delete
  3. jangan jual kepada trader unless kalau 'tersepit sangat'..

    kalau bawah 25kg, jangan jual pakai kilo..jual pakai kepala lagi bagus..customer can accept..

    apabila berat bertambah, baru jual pakai kilo..dengan cara ini, kita 'penalise' sapa yg beli berat rendah..pelanggan yg beli lebih skit, kita bagi 'diskaun'

    kita jual kat regular customer, jual murah sikit dari one-off customer..

    kalau nak jual kat trader, jual hanya dalam bentuk pukal..tapi profit margin sikit la..

    ReplyDelete