"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, August 28, 2013

DARK OF THE MOOD

Awal awal biak kambing aku mudah upset bila kambing mati. Berhari hari sedih terfikirkan kambing mati dan kerugian. Bini aku pun tak berani kacau aku bila dapat tahu ada kambing mati. Dia tahu aku takde selera makan dan bad mood.

Tapi lama lama, kematian kambing menjadi biasa. Acceptable. Kambing mati pun aku selera makan macam biasa. Tu yang gemuk sekarang ni. Body score 4. Sikit lagi nak masuk body score 5 - obese. Itu hari ukur BMI dah masuk kategori overweight. Silap makan, kejap je boleh masuk zon kegemukan melampau.

Aku dah dapat terima hakikat kematian. Dah biasa tengok kambing mati. Aku dah tak macam dulu, berjuang habis habisan untuk pastikan survivabiliti sang kambing. La ni, aku tidak teragak agak untuk takai kalau ada kambing yang payah nak diuruskan. Mmm tapi dah lama juga takde kambing nak ditakai pun. Takde stok kambing kondem semenjak aku buat creep feed untuk anak anak kambing, dan bagi supplementation untuk kambing beranak dua.

Life as a breeder has been easier now compared to the early years. Much easier.

Tapi semalam ada satu ibu kematian anak kembarnya yang dilahirkan kelmarin. Kembar jantan. Kecil saiznya. Rasanya seekor tak sampai sekilo pun berat. Jarak kelahiran 5.5 bulan.

Ibu ni ibu dah season. Dah biasa beranak. Aku bagi supplementation sepanjang dia menyusukan anak sebelum ini. Body score average, just slightly less average.

Ntah kenapa bila aku tengok anaknya yang terkulai semalam, aku jadi........ (no no no bukan werewolf dari bangla :):)), sedih bercampur marah. Biasa takde feeling.

Marah kepada diri sendiri kerana tak jaga kambing betul betul. Dah lesap $1000 macam tu je.

Tuan puan, aku buat selective deworming. Tapi realitinya, dah berbulan bulan lebih 6 bulan, takde sekor kambing pun aku deworm. Bukan takde kambing yang nak di deworm, tapi yang sebetulnya aku tak cukup perhatikan kambing aku. Banyak kambing yang terlepas pandang.

Padan muka aku. Salah sendiri. Bad mood tahap wolverine terkeluar cakar adamantium pun takde guna. Aiii...

Patutnya aku deworm dia ni. Bukan masa post partum atau lepas bersalin. Tetapi masa prepartum, atau semasa mengandung especially bulan ke 3 atau ke 4.

Prepartum deworming akan membantu meningkatkan kadar survival ibu anak. Pada darjah yang lebih besar daripada postpartum deworming atau pun semasa flushing.

Ya aku recommend buat prepartum deworming. Anak kambing yang lahir akan jadi besar besar saiznya walau pun ibu kecik, justeru kadar kenaikan berat badan biasanya (aku tak kata confirm) lebih cepat.

Secara puratanya, jarak kelahiran adalah 8.1 bulan. Kalau ada supplementation lagi cepatlah kidding interval. Maknanya prepartum deworming kita buat setiap 8 bulan. Cukup ke ni? Biasanya recommendation deworming setiap 3 ke 4 bulan?

Cukup bagi ibu kambing tempatan yang dah season, dah umur lebih 2 tahun, dah biasa lepas meragut. Afdal lah tu, deworming setiap 8 bulan, dan buat masa mengandung 3-4 bulan. Jangan takut. Nampak macam lama sangat jarak deworming, takut risiko kecacingan? Well 80% kambing kita should be ok, lagi 20% je yang kita kena jaga jaga sikit.

Err tapi realitinya aku selalu terbabas. Banyak kambing aku tak deworm especially pejantan 2 ekor tu. Dah bertahun tak deworm.

Tu lah risiko selective deworming. Kita boleh terlepas pandang. Jadi mortality rate naik sikitlah berbanding mass deworming, tapi risiko resistance berkurang drastik.

Kepada pembiak berpengalaman, lebih baik buat selective deworm. Kepada pembiak baru, buat mass deworm.

Kepada pembiak yang malas nak deworm macam aku, sendiri mau ingatlah.

Haittt!!




6 comments:

  1. Salam prof.

    Hamba setuju dgn risk yg terlibat dlm selective deworming. Pengalaman hamba sendiri ada kambing yg mati sebab terlepas pandang. Kalau yg dot diselamatkan pun kos perubatan yg terlibat agak tinggi sedikit. Sebab kena bagi supplement yg mencukupi nak tambah darah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. haiihhhh...bla la nk smpai kandang prof ni...duk beranagan dah lama dh ni....bnyak rasanya nk blajar dari prof ni...

    ReplyDelete
  3. Salam...boleh cter creep feed yg prof guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. creep feed digunakan untuk anak-anak kambing. supplement. supaya lebih cepat cerai susu, lebih cepat naik berat badan. biasanya akan ada petak khas atau feeder khas, yang hanya anak kambing saja lepas masuk untuk makan grain atau dedak dll. memang khusus untuk anak kambing.

      creep feeding akan ajar anak kambing untuk mula makan, so, bila weaning, takda la dia stress sangat. rumen pun boleh develop dengan lebih cepat.

      singgah blog saya, Projek Kambing Muda

      Delete
  4. Replies
    1. saya dah reply kt komen tuan Tajul. hehe.

      Delete