Hipotesis.
Part five.
Aku
terfikir kenapa trillion demi trillion demi trillion malaikat
semuanya terkejut besar apabila Tuhan mengumumkan Adam akan dicipta
untuk menjadi khalifah di bumi. Kenapa?
Jemaah
malaikat semuanya kehairanan dan tertanya tanya kenapa Tuhan mahu
mencipta manusia yang akan membuat kerosakan di muka bumi.
Wait
a minute!!! Macam mana pula para malaikat menganggap manusia akan
berbuat kerosakan, takkan mereka tahu apa yang berlaku pada masa
hadapan?
This
is fascinating, to explore the reason why they were astounded.
Kenapa
malaikat terkejut dengan penciptaan Adam?
Hipotesis
aku ialah telah wujud makhluk makhluk seakan manusia sebelum Adam
diturunkan ke bumi. Ye, makhluk makhluk yang para paleontologis
namakan sebagai hominid, atau manusia mawas. Ada banyak spesis
hominid ni - ada Cromagnon, Neandertal, Denisovan, homo floresiensis,
red deer cave people dan pelbagai lagi. Masing masing memiliki ciri
ciri fizikal yang berbeza.
Penting
: Aku tak kata manusia (kita anak cucu Adam ) adalah berasal, atau
evolusi, dari hominid. Dan aku juga tak menafikan kewujudan hominid.
Ada sesetengah dari kita menafikan sekeras kerasnya kewujudan hominid
atau manusia mawas, dan menuduh para paleontologis mencipta
kepalsuan.
Pandangan
aku ialah hominid wujud, tetapi aku tidak percaya pada evolusi.
Now,
realitinya rekod fosil hominid adalah sangat sangat sedikit, jauh
lebih sedikit berbanding rekod fosil dinosaur yang hidup ratusan juta
tahun dahulu. Pelik juga ni, macamana dinosaur yang jauh lagi lama
usianya dari kemunculan hominid, memiliki rekod fosil yang lebih
banyak dan dalam keadaan utuh? Harapan aku ialah lebih banyak rekod
fosil hominid ini akan ditemui, agar gambaran lebih jelas dapat
dibina berkenaan sejarah bumi dan penghuninya.
Untuk
pengetahuan, dinosaur (reptilia) muncul 250 juta tahun dahulu semasa
bumi mengalami cuaca panas dan lembap dimana hampir semua kawasan
planet bumi mengalami cuaca tropika berpanjangan, dan hanya ada
sedikit ais. Kemudian dinosaur ni lenyap 65 juta tahun dahulu. Mass
extinction. Mungkin disebabkan hentaman komet yang besar, meyebabkan
berlaku perubahan cuaca yang dramatik.
Ok.
Aku akan fokus pada dua hominid utama, cro magnon dan neandertal.
Dipercayai manusia mawas ni tercipta 200,000 tahun yang dulu. Ini
adalah berdasarkan 'carbon dating' tulang temulang mereka. Cro magnon
tercipta dahulu, kemudian neandertal.
Semua
hominid ini berjalan dua kaki, memburu binatang besar untuk
makanan, boleh berbahasa, tahu mencipta dan menggunakan peralatan
memburu daripada batu, boleh melukis, tahu menggunakan api, tinggal
dalam gua, boleh bina pondok, nomadik - tribal culture.
Hampir
sama dengan manusia kan? Tapi ada perbezaan besar yang akan aku
terangkan dalam hipotesis seterusnya.
Now,
para saintis pengkaji hominid semuanya dalam kebingungan apabila
mereka mendapati semua spesis hominid ini lenyap. Bukan lenyap
ditelan zaman, tapi semua spesis lenyap dalam masa yang singkat dan
tiba tiba.
Tiada
pengecualian. Semua spesis hominid, semua spesis manusia mawas, semua
spesis makhluk seakan manusia ini, tidak lama umur spesis mereka, dan
mereka lenyap tiba tiba. None slowly died out.
CroMagnon
muncul dan mati mendadak, diganti pula dengan Neandertal. Dan
Neandertal pun lenyap mendadak 30,000 tahun yang dulu. Spesis demi
spesis hominid silih berganti muncul di muka bumi, masing masing
berpeluang menjadi tuan bumi, tapi untuk sebentar waktu.
Para
saintis mengemukakan pelbagai teori berkenaan misteri kepupusan ini,
dan mereka masih bertelagah hingga sekarang.
Tak
kisahlah apa sebab pun, tapi apa yang aku tahu, sebagaimana sering
diberitakan dalam Alquran, jika sesuatu kaum berterusan berlaku
zalim, maka bencana akan datang untuk menghapuskan mereka. Dalam dua
bentuk - kaum lain akan melanggar dan mengganti tempat mereka, atau
bencana alam diiringi pendaratan malaikat pembunuh.
Aku
tak tahu apa yang CroMagnon dah buat, atau Neandertal dah buat, atau
apa saja para hominid ni dah buat, tetapi apa yang aku nampak ialah
spesis mereka lenyap selenyap lenyapnya bilamana ketumbukan malaikat
pembunuh turun ke bumi dan menghancurkan mereka. Bersih. Barangkali
inilah sebab kenapa fosil tulang mereka susah sangat dijumpai.
Dan
aku percaya mass extinction oleh malaikat 'terminator' ini sebenarnya
biasa terjadi, regular occurence, beserta kedatangan bencana alam.
Bukan sahaja kepada spesis hominid, tetapi juga kepada spesis demi
spesis jin yang lebih lama duduk di bumi berbanding kita dan hominid.
Yaa
jin juga mengalami situasi serupa, mass extinction, diburu dan
dibunuh oleh malaikat apabila masa mereka sampai. Aaa inilah yang
terjadi kepada Azazil sebelum dia dikenali sebagai Iblis. Ulama
cerita yang para malaikat sedang sibuk memusnahkan kaum azazil,
bilamana azazil yang ketika itu masih kecil, tidak dibunuh, tetapi
diangkat ke langit dan hidup bersama para malaikat. Azazil membesar
hingga dewasa dilingkungi para malaikat, sehinggakan diangkat menjadi
imam ketika solat. Dan bilamana Adam diciptakan, ketika itulah
perwatakannya terus bertukar 180 darjah, dan diberi nama Iblis.
Ok.
Balik kepada cerita malaikat terkejut.
Memandangkan
jemaah malaikat ni dah berulangkali mendarat di muka bumi dan
melenyapkan spesis spesis hominid, sebab itulah mereka terkejut besar
sangat kehairanan apabila Tuhan mengumumkan Adam akan dicipta.
Adam
hampir sangat menyerupai sifat fizikal makhluk hominid sebelum ini.
Anggapan malaikat, Adam akan memiliki perangai yang sama dengan para
hominid, akan selalu bunuh membunuh, kejam dan ingkar pada Tuhan.
Hmmm
memang patutlah malaikat terkejut apabila penciptaan Adam diumumkan.
They
are expecting the worst from us...
But
it turns out, that we have the potential, to be the very best..
khalifah
on planet earth.
Salam!
nak copy boleh?menarik...
ReplyDelete