Wednesday, July 31, 2013

BENING

Salah satu 'part' yang paling aku teruja dalam bab bela kambing ialah ketika mengembala. Berjalan kaki. Walau pun letih berjalan, tetapi mengembala mendatangkan kepuasan yang unik.

Puas dari segi jiwa, puas dari segi tubuh badan. Badan kepenatan, tapi jiwa jadi segar bugar, macam bateri dapat 'full recharge', kerana dapat merasai betapa dekatnya diri dengan alam.

Aku ni 'introvert' - suka bersendirian, suka mengasingkan diri, tak suka bising bising, tak suka situasi orang ramai - tenggelam dalam dunia sendiri. Dan dalam kehidupan seharian aku, gembala mendatangkan satu kesempatan untuk 'menjadi diri aku sendiri'. Fitrah.

Aku akan bawa kambing ke suatu tempat yang sunyi sepi, jauh dari kehadiran manusia, jauh dari jalan, jauh dari bunyi kenderaan, jauh dari peradaban. Kalau boleh aku nak off handphone aku, tapi mana tahu ada pula situasi kecemasan. Seboleh bolehnya aku nak betul betul 'silent mode', bebas dari belenggu 'gadget', dan hanya bertemankan alam dan kambing kambing aku.

Aku suka ketenangan. Aku suka diam. Aku suka cuma mendengar gemersik angin, aliran anak anak sungai, dan aku suka memerhati kambing kambing tekun meragut rumput. Aku memang damba akan keterasingan.

Ketenangan membolehkan aku berfikir. Ada inspirasi. Lebih baik daripada caffeine. Banyak 'eureka moment' adalah ketika mengembala. Dan kadang kadang aku suka berangan angan macam budak kecik. Aaa selalu aku berangan aku jadi green goblin naik anti gravity board. Atau berada dalam sut ironman. Selalu sangat berangan jadi ironman. Kan senang gembala kambing kalau jadi iron man ye tak? Tapi tu lah sut harga 2-3 billion, nak jaga kambing meragut 100 ekor aje ($65,000), apa cerita ni :) :)

Anyway cerita pasal ketenangan ni, aku ada seorang pelanggan tetap kambing. Tiap tiap tahun dia beli kambing untuk kegunaan keluarganya. Tua setahun je dari aku. Class A contractor. Jutawan. Dah bergelumang dalam dunia construction hampir 20 tahun. Masa sekolah lagi dah terjun dalam bidang ni. Jadi dia kata kat aku, dia nasihat kat aku, sebenarnya construction ni high pressure career.

Banyak deal dengan manusia. Dia kena pressure orang lain, dan dipressure oleh developer. Pressure sana pressure sini betul betul macam pressure cooker. Pasal tu muka nampak macam 46 padahal umur baru 36 tahun.

Lebih baik bela kambing katanya. Takde deal dengan manusia lain. Betul juga ye, aku bela kambing ni memang takde banyak urusan dengan manusia lain. Banyak masa dengan kambing je. Tenang. Banyak tenang. Padan lah geng kontraktor kontraktor ni minat bela lembu kambing, nak mencari ketenangan.

Adapun katanya lagi, ada lima perkara yang memelihara kewarasan dirinya semenjak jadi kontraktor ni - solatnya, zikirnya, keluarganya, binatang peliharaannya, dan madrasah tahfiznya. Kalau takde lima 'destressor' ni, mau nampak 56 tahun mukanya. Mau tua 20 tahun dari umur asal.

Hmmm... pengembala kambing memang dapat ketenangan. Dan dalam banyak banyak career, aku rasa gembala kambing yang paling tinggi 'calm factor' nya. Gembala ye, aku tak kata penternak. Penternak dapat juga keseronokan dan ketenangan, tetapi siapa yang mengembala boleh dapat lebih ketenangan.

Rasul rasul adalah pengembala. Pengembala kambing.

Hadis Nabi riwayat Abu Hurairah:

"Sesungguhnya kekufuran ada pada arah matahari terbit. Sifat megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta. Mereka yang bersuara nyaring lagi bising ialah pemilik haiwan berbulu (kucing, arnab, ayam), dan ketenangan itu ada pada pengembala kambing".

Haa tenang bila mengembala. Seperti yang aku rasa. Benar tiada lagi keraguan. Ketenangan. Kedamaian. Peace.

Bening.


Salam!

Monday, July 29, 2013

AMENDE INFLATION NI?

Masa kat U dulu dulu, semasa mentaliti dan personaliti aku masih dalam keadaan prehistoric (tak matang lah!), aku ada belajar pasal ekonomi. Graf melengkung sana melengkung sini, makro ekonomi mikro ekonomi, teori teori bisnes ekonomi pelaburan - tapi sampai sekarang aku tak faham faham apa itu inflasi, kenapa ianya wujud zaman sekarang, dan kenapa ia menyusahkan rakyat kebanyakan.

Sampai sekarang aku masih dalam kebengongan. Semua buku buku ekonomi dan kewangan dan perakaunan yang tebal tebal itu tidak dapat menjawab persoalan mudah ini. Profesor profesor kewangan, baik yang berambut panjang putih beruban, atau yang berambut tegak ke atas, mahupun yang tiada lagi rambut di atas kepala mereka, masih tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit, kering lagi jitu. Sebaliknya banyak jawapan yang diberikan adalah masih tahap sebasah bancuhan simen yang terlebih kapur.

Kenapa harga barang naik senantiasa?
Kenapa jurang ekonomi masih meluas sedangkan manusia sudah lama masuk zaman sains dan teknologi?
Kenapa susah sangat nak capai zero poverty?
Kenapa masih ramai berbilion umat manusia yang kelaparan sedangkan teknologi pertanian telah pun mengeluarkan makanan yang surplus cukup untuk manusia 14 billion?
Kenapa 100 tahun dulu takde cerita cerita inflasi pun, kenapa sekarang baru ada?

Bengong aku dibuatnya. Berasap kepala memikirkannya.

Ada yang argue kata sebab kita tak ikut sunnah nabi dalam muamalat. Kita tinggalkan cara hidup dan saranan Nabi kita ketika berniaga. Kita lupa pesan Tuhan yang mengharamkan riba.

Betul lah tu. Zaman kita ni memang haru biru. Kompleks betul, tak se'simple' orang dulu dulu. Financial knowledge orang dulu dulu mudah aje, jangan buat defisit, dan guna matawang logam. Kita sekarang banyak betul cabang ilmu kewangan, punyalah kompleks produk produk dan derivatif derivatif kewangan, tapi manusia susah juga nak makmur.

Cerita pasal matawang ni kan, kita sekarang guna wang kertas atau paper money. Ada pihak yang syorkan cara islam yang sebenarnya ialah hapuskan paper money dan kembali kepada penggunaan matawang logam. Baru takde inflasi, kata diorang ni.

Tapi bagi aku yang jadi masalah bukan paper money, tapi fiat money. Aaa dulu dulu wang kertas disandarkan pada berat emas atau perak. Contoh wang kertas zaman dulu - "wang kertas/sijil ini sah diperlakukan dengan berat emas/perak sekian sekian". Maknanya wang kertas zaman dulu adalah bersandarkan emas atau perak. Kita boleh tukar wang kertas kita dengan sekian sekian berat emas perak. Ini bukan fiat money, tapi betul betul ada nilai.

Tapi wang kertas zaman sekarang - "Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai RM1 atau RM2 atau RM5 atau RM10 atau RM50 atau RM100 ......... pelik sungguh la. Berapa sebenarnya nilai RM ni? Pakar kewangan kata bergantung kepada keyakinan rakyat. Ahh sudah. Ada lagi yang kata nilai RM bergantung kepada "basket of currencies" (us dollar + yen jepun + chinese renmibi + ntah apa lagi) - jadi sentiasa berubah ubah hari hari. Ini memang sahih fiat money.

God damn it!

Sapa punya kerja ni? Dah elok elok sandar pada emas yang stabil nilainya, kenapa pi tukar sandaran kepada yang terapung apung tak stabil (fiat)? kenapa menggelupur ikut masuk perjanjian bretton wood, atau god damn whatever agreements there were?

(Sat lagi trans pacific partnership agreement ni pun ikut lagu bretton wood ni, sekejap aje kita bersorak dapat manfaatnya, lepas tu merana selama lamanya mensengsarakan rakyat kebanyakan. Betul betul macam pak kaduk menang sabung ayam tapi kampung tergadai).

Now aku rasa fiat money ni yang menyumbang kepada inflasi. Ni yang dok buat harga barang terus naik walau pun seimbang supply dengan demand. Ni yang dok menghakis kuasa beli kita walau pun gaji naik. Ni yang dok buat kita rasa gaji kita rendah tak cukup cukup walau pun nampak tinggi ribu ribu kat atas slip gaji. Ni yang dok buat kita semua mengomel sampai bulat mata bila pergi pasar dan bazar ramadan - rm50 separuh bakul motor je.

Itu baru cerita basic item - makanan yang biasanya tiada atau kurang elemen spekulatif. Kalau masuk cerita property dan rumah kediaman yang sarat dengan spekulasi, pehh lagi sedih punya cerita.

Aii fiat money banyak jadi biasa, riba banyak pun jadi biasa, spekulasi banyak pun jadi biasa - kejahatan kezaliman banyak sangat hingga jadi biasa. Kita rakyat kebanyakan dibutakan diperbodohkan oleh pemimpin yang sepatutnya lebih celik lebih pandai dari kita.

Padanlah kelam kabut betul zaman kita ni. Kacau bilau dan jenayah sana sini. Masyarakat tengah stress. Umat manusia tengah kegelapan walaupun dikelilingi lebihan material.

Dah jauh sangat ni kita tinggalkan pesan Nabi, dan pesan Tuhan kita. Kita kena kembali ingat mengingati sesama kita apa yang disarankan Nabi dan Tuhan dalam kehidupan berniaga dan bermasyarakat. Kita kena guna emas, atau matawang bersandarkan emas; kita kena tinggalkan riba; kita kena jauhkan spekulasi - dalam amalan hidup kita.
Barulah yang fakir keluar dari kefakiran,
Yang miskin tidak bertambah miskin,
Dan yang kaya takpe lah bertambah kaya.

*Golongan lemah adalah penentu jangka hayat sesuatu spesis atau kaum. Kalau yang kuat berterusan menganiaya dan menzalimi yang lemah, Allah akan turunkan azab beserta malaikat pembunuh (thats a complete killer package courtesy of God with 100% termination rate), dan mengakhiri usia sesuatu kaum, baik jin mahu pun manusia, atau apa makhluk sekali pun.

Complete mass sudden extinction.

Total annihilation.

Sepertimana yang sering diberitakan dalam AlQuran.

Yang berhak berlaku zalim hanyalah Tuhan, bukan makhluk makhlukNya.


Salam!

Saturday, July 27, 2013

ANEHNYA GUNUNG DI BUMI

Hipotesis. Part Four.

AnNahl(Lebah):15

And He has cast into the earth firmly set mountains, lest it shift with you, and [made] rivers and roads, that you may be guided,

Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.

AnNaml(Semut):88

And you see the mountains, thinking them rigid, while they will pass as the passing of clouds. [It is] the work of Allah , who perfected all things. Indeed, He is Acquainted with that which you do.

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
__________________________________

Bumi adalah planet yang aneh. Penuh dengan keanehan kerana ianya planet yang penuh dengan kehidupan, dan dipenuhi dengan sifat sifat dan struktur struktur yang menyokong kehidupan.

Bumi adalah 'very friendly to life' sehinggalah hari kiamat.

Ok. Sistem solar kita ada 8 planet. Yang paling dekat dengan matahari ialah Mercury. Kemudiannya Venus, Bumi, dan Mars. Keempat empat planet ini adalah planet batu (rocky), dan terletak dalam 'habitable zone' atau zon yang menyokong kehidupan. Venus dan Mars suatu ketika dahulu adalah seperti Bumi, dan dipercayai ada kehidupan. Mercury walau pun sangat dekat dengan matahari, yang menjadikan ia sangat panas, tetapi bila malam menjelang suhunya menjadi sangat sangat sejuk, dan dipercayai wujud air.

Selepas empat planet batuan ini, ada empat lagi planet gas yang mengelilingi matahari. Semuanya saiz gergasi, dan terdiri daripada gas. Hampir mustahil menyokong kehidupan walau pun mungkin ada wap air. Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune. Tetapi ada bulan bulan yang mengorbit planet planet gas ini, dan ada di antara bulan bulan ini yang memiliki sifat menyokong kehidupan.

So sistem solar (bukan bumi sahaja) kita sebenarnya unik, sangat unik kerana Allah menjadikan ia kondusif untuk menyokong kehidupan, dan Bumi adalah yang paling kondusif paling menarik buat masa ini bagi kehidupan. Dan matahari bukanlah satu satunya bintang dalam alam semesta, tetapi ada bertrillion lagi yang sama kelas dengan matahari, dan adalah sangat mungkin wujud kehidupan atau makhluk lain selain manusia, jin, dan malaikat.

Yep memang ada kehidupan lain dalam langit lapisan pertama. Tak kisahlah kita nak panggil alien ke, ET ke, atau apa sahaja, tapi aku yakin memang ada makhluk lain dalam lapisan pertama alam semesta. Bukan bumi sahaja yang ada penghuni. (Buraq - kuda terbang yang dinaiki Nabi semasa Isra' adalah satu contoh).

And yes please dont worry on alien invasion. Makhluk asing tidak akan menyerang kita. Tidak sama sekali. Kerana telah diberitakan dalam AlQuran bahawa hayat spesis kita akan berakhir dengan hari kiamat, dan turunnya bala tentera malaikat mencurah curah membunuh kita.

Emmm... sebenarnya kan, setiap kali kedatangan azab dan bala (bencana alam) di muka bumi ini, yang menyebabkan pupusnya sesuatu kaum, atau pupusnya multi species, atau mass extinction - semuanya diiringi ketumbukan malaikat yang mendarat di muka bumi. Baik bagi jin atau manusia, mahu pun kehidupan yang wujud di muka bumi sebelum munculnya jin dan manusia.

It is not alien invasion, it is angel invasion.

Malaikat bukan sahaja mengatur cuaca dan rezeki makhluk bumi menurut arahan Allah, tetapi mereka juga mengatur bencana alam baik skala kecil atau besar, dan mencabut nyawa makhluk bumi atas arahan Allah.

They bring good tidings, and they bring forth bad tidings too.

Ok ok ok aku dah tersasar jauh ni, aku nak cerita pasal gunung di bumi. Macam mana terbabas pula ni. Sorry.

Baik, kalau kita perhatikan ayat AlQuran di atas, Tuhan bagitahu kita, banjaran gunung-ganang yang kita nampak itu sebenarnya menstabilkan bumi kita.

Hmmm macam mana pula gunung ganang ini menstabilkan bumi? Pelik juga ni. Stabil macam mana? Tak bagi kita berayun ayun? Gempa? Adakah kalau tiada gunung ganang kita akan senantiasa dilanda gempa bumi 24 jam?

Bagaimana kewujudan gunung ganang memberhentikan atau mengurangkan kejadian gempa bumi?

Aaah kalau kita perhatikan ayat seterusnya Tuhan kata gunung ganang itu sebenarnya bergerak. Ok Tuhan kata ini 1400 tahun yang dulu. Dan baru lagi para geologis mendapati gunung ganang ini terhasil akibat pelanggaran plat tektonik. Dan lebih lebih baru apabila para planetary scientist mendapati hanya bumi yang memiliki plat tektonik. Planet Mercury, Venus, dan Mars tidak memiliki plat tektonik. Nope they don't have it. Ye mereka juga ada gunung ganang tetapi mereka tidak memiliki plat tektonik.

So apa benda plat tektonik ni?

Bumi ni secara kasarnya tiga lapis. Ada teras, mantle, dan kerak. Kerak ni kulit luar bumi dan nipis je. Kita manusia ni tinggal atas kerak bumilah. Dan kerak bumi ni sebenarnya terdiri daripada rekahan rekahan besar yang membentuk pulau pulau gergasi (plat), dan plat plat ini bergerak dan terapung di atas mantle. Laut laut dan benua benua semuanya di atas plat plat inilah. Plat ini adalah plat tektonik. Ada enam atau tujuh plat utama yang besar.

Memandangkan plat tektonik ini terapung, maka ianya sentiasa bergerak. Ada yang menjauhi, ada yang mendekati, dan ada yang accident sesama sendiri. Bila bertembung plat tektonik, maka jadilah banjaran gunung ganang, tak kisahlah di darat atau pun di dalam laut. Bila menjauhi, jadilah jurang yang dalam. Kita memang tak perasanlah pergerakan plat tektonik ni, pasalnya ia mengambil masa jutaan tahun.

Bumi ni geologically active, maksudnya terasnya masih mengeluarkan haba, dan haba ini akan dibebaskan ke permukaan. Tak macam bulan yang 'geologically dead' - terasnya tidak lagi menegeluarkan haba. So teras bumi masih keluarkan haba, banyak pula tu kuantitinya, so memang panas menggelegak isi dalam bumi. Kepanasan ini mesti dikeluarkan, dan ia akan mencari jalan ke permukaan untuk melepaskan dirinya.

Makanya rekahan rekahan pada kerak bumi yang membentuk plat tektonik ini sebenarnya sangat sangat membantu bumi mengeluarkan habanya. Bagaikan liang liang yang membantu bumi keluarkan kepanasannya dalam keadaan terkawal atau lemah lembut.

Aaa kita bayangkan bumi kita macam cerek air yang sedang dipanaskan. Penuh airnya. Tutup rapat rapat. Takde satu lubang pun. Rasa rasa apa yang terjadi?

Mau meletup pecah cerek tu. Panas melampau tanpa jalan untuk mengurangkannya. Kalau bersaiz planet? Habih mati kepanasan semua makhluk dalam planet tup. Begitu lah perumpamaannya.

Jadi rekahan pada kerak bumi ini (plat tektonik) sebenarnya membantu mengelakkan fenomena supervolcanism dan superquake. Peristiwa ekstrem macam ini sebenarnya tidak membantu dalam kestabilan cuaca bumi, dan membunuh kehidupan.

Adalah dianggarkan bumi kita telah melalui 5 peristiwa mass extinction (hasil supervolcanism, superquake, dan hentaman komet), di mana semua makhluk bumi mati dan terpaksa restart. Kalau takde plat tektonik ni, mau berpuluh puluh kali mass extinction, atau pun terus musnah kehidupan sepertimana yang berlaku di planet Venus dan Mars.

Ye tuan puan, Mars dan Venus dulu adalah syurga seperti bumi. Ada laut, ada air. Tetapi ketiadaan gunung ganang yang bergerak seperti di bumi, menyebabkan sering berlaku gempa dan letusan berapi tahap ekstrem yang mengkacau bilaukan cuaca, menghilangkan air, seterusnya melenyapkan kehidupan.

Gempa dan letusan gunung berapi yang kita alami di bumi sebenarnya adalah tahap sopan lemah lembut bagaikan anak dara pingitan yang tersipu sipu malu bila dirisik. Kalau gempa di Venus dan Mars tu diaa bagaikan...... errr... metallica + megadeth + black sabbath + 10 kumpulan death metal buat mega concert.

Bukan takat jahanamkan cuaca, planet pun boleh bergoyang goyang berubah paksi, dan memperlahan atau mempercepatkan putarannya - lagi mengkacau bilaukan kehidupan.

Langsung tidak menyokong kehidupan.

Makanya benarlah seperti firman Allah yang mengatakan gunung ganang itu adalah pasak bumi, ianya benar benar menstabilkan bumi kita, mengurangkan kejadian extreme volcanism dan extreme quake, membantu menstabilkan cuaca, seterusnya membentuk suasana kondusif untuk kehidupan.

Dan sememangnya gunung-ganang di bumi aneh, kerana ianya bergerak, dan ianya unik pada bumi.

Terserlah kebenaran AlQuran, yang diturunkan 1400 tahun dahulu.

Hebatnya Kalamullah.

Salam!






SEBELUM HIPOTESIS SELANJUTNYA

Karamah adalah untuk manusia yang lemah iman.

Cukuplah AlQuran sebagai sebesar besar mukjizat, dan cukuplah alam sebagai tanda tanda kewujudan dan kebesaran Sang Maha Pencipta, bagi kaum yang mahu berfikir.

Beberapa hipotesis yang akan aku bentangkan pada masa depan barangkali akan membuatkan ada kalangan pembaca yang kurang selesa. Aku cuba melihat Kalamullah dari sudut baru, dari sudut saintifik yang agak berbeza. Fresh interpretation. Telah ada pandangan pandangan sains sebelum ini yang mengambilkira ayat ayat Tuhan, tetapi aku fikir belum ada yang serupa dengan beberapa hipotesis aku sebelum ini.

Tuan puan pembaca, AlQuran sentiasa segar kerana ia senantiasa memungkinkan tafsiran baru dibuat. Sebab itu ianya tidak membosankan walau dibaca berulangkali. Generasi sebelum kita tafsirannya lain, generasi kita lain pula, dan generasi akan datang lagi lain tafsirannya.

Kepada sesiapa yang telah membaca blog aku dari awal, akan perasan bagaimana aku membentangkan suatu sudut baru, a fresh perspective, yang berbeza dengan pandangan pandangan sebelum ini berkenaan usaha pembiakan kambing. Begitu juga dengan siri hipotesis yang telah aku bentangkan, dan yang akan aku bentangkan tak lama lagi. Suatu pandangan yang berbeza, ada di antaranya yang melawan arus.

Baik bagi golongan konservatif agama mahu pun golongan saintis sendiri.

Aku beritahu awal awal sebab aku nak mengurangkan rasa terkejut tuan puan pembaca sekalian. Nak kurangkan sebanyak mungkin perasaan terkejut tu. Some of the future hypothesis can, and will get stranger and stranger.

Apa apa pun, apa yang aku offer adalah tambahan perspektif. Dan ianya adalah hipotesis, bukannya teori. Kalau aku salah, harap dapat teguran. Semoga kita semua beroleh kefahaman lebih mendalam berkenaan AlQuran, kebenaran dan kehebatannya.

*Siri hipotesis memerlukan kreativiti tinggi untuk ditulis, dan kreativiti tinggi memerlukan jumlah kafein yang lebih tinggi daripada biasa. Malangnya bulan puasa ni caffeine consumption aku jatuh merudum. Jadi siri hipotesis akan ada 'feel' lain macam. Tidak seperti kebiasaan.


Salam hormat!

Thursday, July 25, 2013

10% MANA CUKUP WEH!

Bila kita buka kitab purbakala jpv berkenaan ternakan ruminan kecil seperti kambing, kita dapati recommendation kuantiti rumput segar yang mencukupi bagi seekor kambing ialah 10% daripada berat badannya. Kiranya kalau berat kambing 30kg, kuantiti rumput segar (basah) yang harus diberi setiap hari ialah 3kg. Menurut jpv, cukuplah 10% ni, tak payah dah tambah dedak atau suplemen. Kambing boleh maintain dan perform baik pada tahap 10% ni.

Boleh ke?

Mmmm.. No.

Aku tak fikir sebegitu.

Aku lihat kebanyakan penternak baru, termasuk aku suatu ketika dahulu, terperangkap dengan cerita 10% ni. Pasal tu, banyak kambing kurus tak cukup makan, dan banyak kambing underperform.

Aku rasa recommendation 10% ni dicedok daripada artikel negeri omputih, negeri negeri yang cuacanya temperate atau panas kering. Di sini purata bahan kering (dry matter) foraj adalah 20%-30%. Maksudnya kelembapan (moisture), atau air ada dalam lingkungan 70%-80%.

Dry matter ni penentu kuantiti tenaga yang ada (available) dalam foraj tersebut. Lagi tinggi peratusan dry matter, lagi bagus, lagi banyaklah kuantiti tenaga. Takdelah banyak sangat kuantiti foraj yang perlu dimakan bagi membekalkan tenaga secukupnya untuk keperluan metabolisme badan.

Memang patutlah intake fresh forage 10% daripada berat badan - sekiranya kambing tersebut berada dalam zon cuaca temperate, atau panas kering macam australia. Sebabnya cuaca mereka tak banyak air, jadi kualiti foraj lebih baik.

Lain pula situasinya di negara negara tropika macam kita ni. Kan cuaca kita panas dan lembap. Banyak hujan. Jadi kandungan air tinggi betul dalam foraj. Rumput memang lah tumbuh menghijau bagai nak rak dalam cuaca kita ni tapi penuh dengan air aje. Dry matter kurang.

Purata dry matter foraj bawah cuaca tropik ni adalah 10%. Lebih lebih pun 20%. Kena musim hujan - tu diaa napier cuma 5% je dry matter. Biasanya 80%-90% adalah air (moisture) dalam foraj tropik.

Bila sarat dengan air, dry matter kurang, sumber tenaga pun kurang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau nak kambing kita perform, adalah lebih baik lebih afdal target 20% daripada berat badan. Maknanya kalau kambing tu beratnya 30kg, kita pastikan dia dapat makan 6kg foraj basah setiap hari.

Now, 6kg foraj basah untuk berat 30kg adalah merujuk kepada famili rumput sebagai komponen utama, macam napier atau guinea. Tetapi kalau kita banyak guna dedaun, maka bolehlah kurangkan sikit berat foraj basah tu. Dedaun tropik ni memang lebih tinggi dry matter nya berbanding rumput tropik. Dari segi kualiti pun memang lebih baiklah untuk kambing.

Bila kita buat macam ni - intake foraj basah adalah 20% daripada berat badan, barulah kambing tak monyok, boleh perform to full production potential. Kalau 10% aje aduh laa memang takat maintain hidup segan mati tak mahu, tak cukup tahap tenaga untuk pembiakan. Dan pembiakan memerlukan tenaga yang tinggi.

Kita kena ingat, kena make sure kalau nak kambing kita membiak pantas, pastikan kuantiti tenaga cukup, pastikan dry matter intake tinggi. Barulah menjadi kambing kita.

So kita kena buang jauh jauh recommendation 10% ni, dan sasarkan 20%.

Fabulous jadinya kambing kita nanti.

hmm.. aku rasa kan, kalau kita dapat capai 20% ni, kita dah dapat 80% full production potential. Dah takde pening pening kena tangani penyakit. Nutrition cukup, yang lain jadi senang. Ada masalah pun sikit sikit je lah. Jarang jarang.

Nutrition ni penting sangat untuk kita master. Kalau kambing kita genetically inferior pun, tapi makan cukup mantap, dia akan perform (well, kurang efficient but still perform profitably). Jangan kita gah dengan superior genetik kambing kita, tapi bila sampai bab nutrition - makan tak cukup, salah makan pula tu - memang habih punah operasi pembiakan kita.

So make sure kambing kita cukup makan.

Yep, target lah 20%.

Baru cukup weh!






Wednesday, July 24, 2013

MULA DENGAN 10 INDUK

Sms mr rasyid dari perak;

"Salam en alwi. Maaf ganggu, saya nak tanya sikit je. Ada orang tanya saya dia nak buat projek kambing biak. Betina 10 ekor, jantan seekor. Dia tanya agak agak secara kasar berapa kos yang kena spend untuk seekor kambing termasuk makan, ubat, dan lain lain lagi untuk sebulan. Agak agak secara kasar berapa yea encik alwi?"
_______________________________________

Aku andaikan dia nak biakkan kambing pedaging, menggunakan baka kambing kacukan tempatan.

Pertama sekali, cari baka kambing dari ladang pembiak sama ada sistem semi intensif, atau intensif. Kita nak high performance straight away. Jadi bila beli kambing dah educated, yang dah masuk master servant relatioship, yang dah tahu siapa master siapa servant - potensi pengeluaran tinggi.

Harga betina biasanya $500 ke $600 per ekor. Harga pejantan biasanya $700 ke $900 per ekor. Jadi kos belian kambing 11 ekor dalam $7000.

Bila buat kandang kena fikir ruang untuk anak kambing yang bakal dilahirkan dan membesar. Biasanya nisbah ibu anak mana mana ladang pembiak yang aku pergi ialah 1:1 dalam satu satu masa. Maknanya kalau 11 ekor yang kita beli, buat kandang muat untuk 22 ekor.

1 ekor kambing ruang selesa, dan untuk mengelakkan situasi overcrowding yang mengundang pelbagai penyakit, biasanya 14 - 16 kaki persegi per ekor. Ambil 16. Jadi 16x22=352 kaki persegi.

Kos kandang pastikan jangan lebih $18 sekaki persegi. So kos maksimum kandang 352x18=$6336.(Aku punya kos $13 sekaki persegi, dan aku pasti kita boleh dapat kos kandang jauh lebih rendah untuk kambing cuma 10 ekor induk).

Ubat pula. Biasanya dewormer dan antibiotik, jarum dan syringe. Kurang $200. Tahan 2 tahun untuk operasi biak 10 induk.

Dedak? Tak payah lah. Foraj dah cukup. Cut and carry pun boleh pakai motor aje. Biasanya 1 trip motor boleh cover 10 ekor kambing punya makan, kalau makan tanggunglah. Kalau lepas gembala lagilah jimat. Foraj satu trip motor boleh peruntukkan untung kambing beranak, kasi extra susunya.

Sebaik baiknya dedaun liar tepi jalan. Tok sah berebut rebut dengan penternak lain bila nampak napier, atau rumput walau pun nampak sangat cantik, hijau, segar, gebu dan menggiurkan. Ada banyak dedaun liar yang orang tak pandang tapi mighty fabulous untuk kambing.

Penting ye! Dedaun akan pastikan kejayaan pembiakan kambing kita. Jangan bergantung pada rumput, dan memang tak perlu susah susah tanam rumput.

Ramai pembiak baru tak cukup bagi makan kambing mereka. So beware. Takat 10 ekor induk, kalau kambing kurus tak cukup makan - aku tak tahulah nak cerita macam mana.

Ok. Kos awal tadi berapa ye? Emmm $7000 + $6336 + $200 + $300(miscellaneous)= $13836.

$14000. Jadikan $15000.

Pendapatan biasanya bermula tahun kedua (tapi aku dah ada revenue tahun pertama). Kita jadi pesimistik sikit, jangan optimis sangat. So kidding rate awal awal ni rendah sikit dalam 1.5 ke 1.6. Mortaliti tinggi sikit bubuh aje 30% mati atau 0.3. Nak rendahkan mortaliti, aku syorkan semua kambing di deworm setiap 4 bulan. Sok dah mahir nanti takpe boleh buat selective deworming.

Maknanya anak kambing boleh jual dapatlah 1.2 atau 1.3 awal awal ni. Maksudnya 10 induk dapatlah 12 atau 13 anak boleh jual tahun tersebut. Purata harga $500 per ekor. Darab 12=$6000.

Tapi tahun seterusnya kalau tuan puan betul betul baca blog aku dan aplikasi ilmunya, sekurang kurangnya anak boleh jual per tahun ada dalam 20 ekor daripada 10 induk. At least.

At least.

So minimum revenue per tahun seterusnya ialah 20x$500=$10,000.

There you go, operasi pembiakan 10 induk.

Oh by the way, kita sedekah seekor dua kambing betina kat masjid - insya allah kita punya breeding rate accelerate, dan sangat memudahkan jualan kita. Aku kata kambing betina pasal kita nak educate customer yang sebenarnya kambing betina boleh juga dibuat pedaging atau aqiqah.

Dan aku juga menggalakkan sedekah kepada surau dan masjid setiap tahun, atau mana mana rumah anak yatim, tahfiz, oku dsb, pasalnya operasi pembiakan 10 induk ni memang belum sampai tahap bayar zakat lagi, tapi lebih elok sedekah demi keberkatan bisnes kita nanti.

So itu saje buat masa ni, harap tuan rasyid dapat baca penjelasan aku ini, dan berpuas hati.

Salam!




MULTI FEED

Sms razlan dari sabah kepada aku;

"Askum tuan... adakah makanan tambahan untuk kambing betina dan jantan berbeza?"
___________________________

Sepatutnya berbeza.

Betina beranak lain, betina dara lain, anak kambing lain, pejantan lain, jantan pun lain. Ada differentiation berdasarkan tujuan, jantina dan peringkat umur.

Suplemen yang berbeza memang merumitkan tetapi perlu untuk dapatkan kesan (enhancement) terbaik. Tapi kita kat malaysia belum sampai lah tahap itu. Tapi negara negara maju yang terkehadapan industri ternakannya memang ada pelbagai jenis dan peringkat supplementation. Sampai pening kita tengok.

Industri ternakan ruminan kita ni sebenarnya masih kecil dan belum matang. Masih banyak dongeng dan mitos menyelubungi penternak penternak. Sangat sedikit 'core breeders' atau master breeders. Maknanya sangat kurang penternak yang durable, sebaliknya penuh dengan penternak baru yang penuh idealisme tapi kurang praktikal.

Bila macam ni, feedmaker takde pasaran yang cukup besar untuk mempelbagaikan variasi produknya. Tak berbaloi buat specialized feed. Yang akan guna different feeds atau multi feeds ni penternak berpengalaman yang dah 'season'. Tapi kalau dah sikit bilangannya tak berbaloilah kan.

Anyway feedmaker pun ada juga masalahnya. Ada feedmaker yang buat excellent feed, tip top rumusannya. MASALAHNYA tak konsisten.

Ada yang langsung tak konsisten especially new feedmaker.

Memang bikin penternak bengang. Panas hati. Ye lah kambing menurun kualitinya. Ada yang mati kambingnya. Mau tak bengang dengan feedmaker ni, hatta dengan yang ada reputasi sekali pun.

Jadi bagi sesiapa yang nak guna dedak untuk kambing, kena pantau dari segi kesannya kepada kambing kita. Cepat cepat komplen bising kuat kuat kalau nampak banyak kambing kita lain macam.

Anyway, sebab banyak isu reliabiliti, aku sekarang guna satu jenis dedak je. Untuk kambing pejantan (yang buat bandot/bapak) kita pastikan lebih peruntukannya. Contoh berat badan 30kg - biasa 500gm 600gm 700gm, kita bagi lah 1000gm. Protein level 15-18%.

Untuk kambing jantan yang nak digemukkan 30kg ke bawah bagilah dedak 500gm, dan tinggi sikit kandungan fibernya. Protein level 10-12% dah cukup. Energy yang penting masa penggemukan ni, bukannya protein.

Tetapi bagi anak kambing yang cepat membesar (belum sapih), protein pula centre stage. 13-16%. Sebab tu creep feed untuk budak budak ni biasanya ada soybean meal atau fish meal. Tinggi sikit protein nya.

Bagi ibu kambing yang menyusu, energy kena banyak, protein pun banyak. Jadi bagilah lebih sikit dedaknya. Biasanya aku bagi 500gm-900gm berdasarkan saiz, kondisi, dan bilangan anaknya.

Oh availability suplemen pun kena ambilkira. Ada yang sekejap ada, sekejap takde. Mengganggu jadual makanan kambing kita.

By the way, apa yang aku cakap di atas adalah pengalaman aku menggunakan sistem semi intensif. Kalau sistem intensif lain pula ceritanya. Dan lain penternak pun lain juga ceritanya. Hahaha saja nak memeningkan kepala si razlan ni.

Its up to you, based on availability and reliability. Janji foraj tetap menjadi makanan utama kambing, .... melainkan untuk kambing digemukkan.

Pening sebenarnya bab pemakanan ni.

Pening pening..


Tuesday, July 23, 2013

BURNOUT

Salam ramadhan kepada semua pengembala kambing di setiap tujuh lapis langit alam semesta,

Ada seorang rakan penternak aku nak surrender bela kambing. Mmm dah surrender. Penternak yang mewarisi lembu dan kambing daripada datuk dan ayahnya.

Ok, dia bukan surrender sepenuhnya. Dia downsize. Drastik.

Dulu ada 400 ekor kambing dan bebiri, lembu adalah ratus ratus ekor. La ni dia stop kambing dan bebiri punya breeding program, fokus pada trading. Adalah sikit kambing dan bebirinya.

Lapan tahun dah dia cuba biakkan kambing tetapi hasil kurang memuaskan. Takde untung walau dah lapan tahun cuba kembangkan operasi warisan ke tahap medium scale. Masa datuk dan ayahnya small scale, adalah untung. Lumayan juga, boleh la besarkan anak anak sampai habis sekolah.

Tapi bila sampai tahap expansion - tak lepas, padahal dari segi reputasi dan kuasa pemasaran, dia lebih hebat dari datuk dan ayahnya. Famous wei. Selalu juga menang kambing punya show. Pejantan pejantan dia semuanya 100kg ke atas. Berotot otot kembang dua tiga mangkuk.

Now, sebelum ada di kalangan tuan puan yang cepat cepat buat kesimpulan kata kambing susah bela banding lembu - biar kita teliti dulu operasinya. Jadikan panduan untuk kita semua.

Dia mengaku kat aku, lapan tahun bela kambing dan bebiri, takde untung. Duit keluar aje, nasib baik ada lembu dan bisnes lain tolong support kambing.

Fuh handal dia ni, memang dalam juga poketnya hampir mencecah saiz poket roman abramovich, lapan tahun bela baru surrender operasi pembiakan. Biasa orang tahun kedua dan ketiga dah surrender.

Ok. Dia bela kambing dan bebiri pelbagai baka. Ada jamna, ada boer, ada kacukan, ada bebiri, domba, kibasy dan lain lain. Maknanya ada baka eksotik, dan ada baka campur. Trading pun buat juga. Susu pun buat. Sembelih, lapah, dan masak pun buat.

Rojak - tak fokus. Mana satu core competency nya ni?

Pembiak pedaging ke?, pembiak baka eksotik ke?, pengeluar susu ke? kelam kabut sungguh aku nengoknya.

Lets be frank here. Bagi aku sapa sapa penternak yang dah mencecah medium scale, dah 100 induk - lebih baik fokus pada satu trait atau core. Fokus betul betul, buat betul betul, khusus betul betul. Tinggalkan revenue stream yang lain. Bila dah betul betul establish atau mantap kita punya core competency, baru kita bergerak untuk diversify.

Small scale takpelah nak sebat semua possible revenue stream. Yang bela 20 - 30 ekor takpelah dia nak buat susu, nak masak masak atau buat apa sahaja demi memastikan survivability nya. Itu aku tak kisah. Sebab bersesuaian dengan sifatnya.

Tapi kalau yang bela 1500 ekor kambing, dan masih sibuk nak masak masak barbeku aqiqah - ini menunjukkan tak cukup mahir dalam operasi pembiakan. Low breeding skill. Low breeding knowledge.

Itu satu aspek. Yang berikutnya ialah input yang dikeluarkan tidak padan dengan ouput.

Tuan puan bayangkan, sistem sama dengan aku, sistem semi intensif. Maknanya sebahagian besar kambing dan bebiri untuk pembiakan pedaging dilepaskan meragut. Yang baka eksotik buat intensif. Guna motor bila mengembala. 3 jam ke 4 jam lepas sebelah petang, tak berani lepas pagi. Tapi bila kambing dan bebiri balik ke kandang - masih lagi beri makanan tambahan. Soya basah + pkc + molasses.

Peh ini bukan baka eksotik. Ini baka crosses. Pedaging. Apa pula sibuk sibuk nak bagi makanan tambahan. Lainlah kalau beranak dua dan keatas. Kenapa tak cukup yakin kambing dan bebiri boleh kenyang dengan sistem gembala?

Dari segi aspek nurition, tak lepas juga ni. Main sebat aje bikin ramuan sendiri. Takde test makmal pun. Agak agak je, janji kambing nampak bulat perutnya. Long term breeding ability kita kena ambilkira, jangan sekali kali syok sendiri ingat kita pandai buat makanan sendiri. Short term memang la nampak gemuk ternakan, tapi long term macam mana pula. Kena ada independent verification.

Ok, bila sampai bab pemakanan ternakan, elok kita betul betul buru dan upgrade ilmu kita semantap mantapnya. Jangan ingat murah, jangan ingat cepat gemuk, jangan ingat nak cepat berkilat bulu kambingnya. Kalau short term thinking, habis punah long term punya projek.

Hmmm... dari segi pembiakan, memang tak menjadi kambing dan bebirinya. Kurang nisbah anak kambing dan anak bebiri berbanding ibu kambing. Rekod? Takde beb. Ahhh payah payah. Macam mana nak tahu dan bandingkan prestasi ladang tahun ke tahun? Menang macam macam anugerah pertanian ni, tapi rekod takde macam mana?

Memang biasa anak anak kambingnya dilanda wabak penyakit yang menyebabkan kematian besar besaran. Pasal pemakanan pun ye, pasal kandang overcrowded pun ye, pasal kambing trading tak diasingkan - bercampur campur dengan kambing pembiakan pun ye; ahh senang cerita pasal tak cukup breeding knowledge.

Nah sekarang cerita pasal labor input pula. Mula mula dia guna bini dan ahli keluarga untuk maintain operasi kambing. Dari pukul 7 pagi dah mula kerja sampai pukul 11 malam baru habis. Botol susu. Banyak anak kambing di botol susukan. Anak bebiri kurang bagi botol susu sebab biasanya bebiri beranak single. Kambing beranak banyak, biasanya tak cukup susu, jadi dia bagi botol susu. Beli susu tepung yang $250 per beg 25 kilo tu.

Pelik sungguh la. Macam mana kambingnya tak cukup susu. Baka eksotik ada. Baka susu pun ada. Makanan tambahan pun bagi. Rumput tambahan pun bagi. In fact dah terlebih input. Ini semua terjadi kerana nutrition mismanagement.

Selain itu, banyak labor input habis pada pemantauan semasa kelahiran. Biasalah baka baka eksotik yang besar besar ni, banyak masalah bila beranak. Sangkut lah, songsang lah, rahim jatuh lah, macam macam pe'el nya. Kena perhati betul betul. Kena bangun tengah malam tengok kambing dan bebiri bila nak beranak.

Bila tengok ahli keluarga tertekan, ambil pekerja dua tiga orang untuk support. Hmmm... masih lagi mula kerja pukul 7 habis 11 malam. Penat penat pekerjanya.

Sahih burnout.

Banyak pekerjanya lari kerana tak tahan dengan jumlah manhour yang diperlukan. Sebab itu aku langsung tak galakkan guna botol susu. Kambing sepatutnya cukup susu untuk anak dua ekor. Kalau tak cukup, dimana kita kena guna botol susu, maknanya kita tak cukup breeding knowledge. Kena upgrade lagi.

So bagi pembiak kambing pedaging, jangan guna botol susu. Jangan beli susu tepung. Tak perlu pun semua ni. Target kita low input husbandry. Baru senang, baru mudah kerja kita. Baru untung usaha pembiakan kita.

Hmmm... rakan aku ni, bila cerita bab lembu dia, boleh pula dia buat low input. Bela baka kacukan tempatan saiz sedang sedang, lepas dalam estet, bagi garam jilat sentiasa; bila ada orang nak lembu, baru dia pergi tangkap. Tembak.

Pasal tu operasi pembiakan lembu dia untung. Low input. Tapi bila sampai bab kambing, boleh pula bantai high input. Apa mimpi ntah.

Sebenarnya kan, bukan susah nak untung biak kambing ni. Buru ilmu senantiasa, disiplin tahap besi waja masa mengembala, dan sedekah berterusan - insya allah boleh.

Selain itu pastikan kita ada darah tempatan dalam ternakan kita, dan guna pendekatan low input. Oh juga simpanlah rekod ternakan.

Baru tak jadi situasi burn out.

Baru seronok biakkan kambing.

Kambing terloncat loncat, kita pun terloncat loncat.



Mbekkkk!!

UNDERCAFFEINATED

Undercaffeinated.

Brain dead.

aiii... bulan puasa ni tak cukup tinggi tahap kafein dalam darah. Langsung jammed neuron neuron. Otak aku dilanda kemarau. Kering. Sekering padang pasir atacama di chile, atau juga sekering antartika.

Aku takde mood nak menulis. Lebih banyak habiskan masa di ladang bersama kambing. Lebih banyak habiskan masa membaca tafsir dan berfikir. Baca dua tiga potong ayat kemudian terpaksa tutup kitab, kerana banyak sangat buah fikiran menerjah.

Aku dah lama tak baca emel, blog dan facebook. Tak respon pada sms dan sebarang query. Aku berdiam diri. Lebih selesa mengasingkan diri buat sementara.

Dulu aku baca quran tanpa tafsir. Setakat sebut keluarkan suara tanpa memahami apa yang aku baca. La ni bila baca bersama makna atau terjemahan, ah sudah langsung tak habis baca. Terus merenung dan berfikir sedalam dalamnya.

Sebenarnya kan, aku tengah takjub dengan alquran. Benar benar terpesona. Especially bila sampai cerita pasal alam dan penciptaannya. Bumi, langit, alam semesta, dan makhluk yang menghuninya. Aku minat sungguh bab bab ni.

Heyy.. adakah kita tahu satu pertiga alquran adalah sains?

Satu per tiga.

Fakta tentang alam, sains, dan penciptaan.

Tuhan mahu kita memerhati alam, memerhati tanda tanda kewujudanNya. Dan bukan setakat memerhati, tapi memburu. Tuhan mahu kita memburu ilmu alam sederas derasnya menggunakan segala kemampuan yang ada.

Bukan sahaja ia akan mendatangkan manfaat buat manusia, tapi yang sangat penting ialah kita dapat menghayati berterusan kebesaran Tuhan sepanjang pemburuan tersebut.

Sekarang aku tahu kenapa manusia suka memerhati angkasa, kenapa manusia ingin menjelajah angkasa tanpa putus asa, kenapa manusia berterusan mengeluarkan belanja besar untuk meneroka angkasa raya.

Naluri kita ialah mencari Tuhan.

Tuhan mencipta sifat gemar kembara, mencipta explorer gene dalam DNA kita (it really exist! yes it is), dan sifat ketagih pengembaraan ini diwariskan kepada keturunan manusia. Manusia adalah satu satunya makhluk yang paling nampak sifat ingin tahu dan menjelajah berbanding makhluk makhluk lain. Semua sifat ini agar memastikan manusia terus berhasrat mencari Tuhannya, walau pun tidak boleh dirasai dengan lima pancaindera akan zat Tuhannya.

Walau kita tidak akan nampak Tuhan kita, tetapi Tuhan telah memastikan kita manusia anak anak Adam akan terus ketagih mencari tanda tanda kewujudanNya dan kebesaranNya.

Dengan sains.

Ok. Berdasarkan sedikit ayat alquran yang aku baca, aku ada banyak hipotesis yang mahu ditulis. Bermakna siri hipotesis akan terus dikeluarkan, walau tiada kaitan dengan kambing. Dan ada antara hipotesis ini sifatnya 'audacious' lagi 'daring'. Mungkin ada antara tuan puan akan terkebil kebil sukar percaya. Takpelah aku tak kisah pun.

Tapi semua hipotesis ini adalah berdasarkan keterangan alquran, dan sains. Ada antara hipotesis ini memerlukan cerapan cerapan lebih baik yang hanya wujud pada masa akan datang.

Generasi akan datang dengan teknologi yang lebih tinggi, dan ilmu yang lebih dalam, boleh memastikan samada hipotesis aku ini betul atau salah.

Ok. Cukuplah setakat ini. Nanti aku cerita lagi.

Salam!


Wednesday, July 10, 2013

BILA NAXZ BERSMS..

Sms naxz (telaga emas agrofarm, tuan punya blog gembala kecil) kepada aku beberapa hari yang sudah :

"Salam tuan. Nak tanya skit, apa beza vitamin b complex dengan hematofos b12. Vit b complex harga baru rm15".

Ok. Macam ni jawapan aku.

B complex diperbuat secara sintetik daripada coal tar, manakala hematofos diperbuat secara organik daripada darah dan hati.

B complex murah harga rm15 sebotol. Hematofos mahal harga rm55 sebotol 100ml.

B complex dan hematofos adalah growth stimulant/booster, atau penggalak tumbesaran. Tetapi dari segi kecekapan dan kesan tumbesaran, hematofos lebih cekap diserap dan lebih signifikan kesannya berbanding b complex.

Hematofos jauh lebih berkesan.

Ini kerana sifat organiknya (alami), dan ianya bukan sahaja ada b complex, tetapi turut mengandungi asid amino dan beberapa unsur tambahan. Semua unsur ini ada 'synergistic effect', menjadikan ia superior berbanding b complex atau iron.

Aku consider hematofos as king bila cerita bab vitamin supplementation.

Aku recommend guna untuk anak kambing, atau untuk kambing sakit bagi mempercepatkan pemulihan, atau bila kambing beranak nampak lemah, atau bila kita pening sangat dengan kambing berpenyakit, dan juga bila deworming.

Mmmm... tapi aku nak jelaskan di sini, walau pun aku recommend, sebenarnya aku sendiri jarang sangat guna.

Well hematofos ni wonderful arsenal, but not necessary.

Begitu juga dengan b complex atau iron, di mana aku langsung tak pernah guna semenjak bela kambing, melainkan masa awal awal dulu bila pejabat haiwan dok rekemen guna.

Nutrition lebih penting. Kambing cukup makan, ada garam jilat yang bersesuaian dan happy, maka kuranglah penyakit dan ubatan yang perlu digunakan.

Takde b complex? No problem.
Takde iron? No problem.
Takde hematofos? No problem.
Takde vitamin dalam dedak? No problem.
Takde vitamin dalam garam jilat? Pun no problem.
Takde vitamin injection beserta deworming? No problemo..

Selagi kambing cukup dedaun, ada garam jilat, ada matahari, ada exercise, dan happy terloncat loncat menampakkan kenakalannya - we are doing fine.

Very fine indeed.


Keep it low input!