Monday, July 29, 2013

AMENDE INFLATION NI?

Masa kat U dulu dulu, semasa mentaliti dan personaliti aku masih dalam keadaan prehistoric (tak matang lah!), aku ada belajar pasal ekonomi. Graf melengkung sana melengkung sini, makro ekonomi mikro ekonomi, teori teori bisnes ekonomi pelaburan - tapi sampai sekarang aku tak faham faham apa itu inflasi, kenapa ianya wujud zaman sekarang, dan kenapa ia menyusahkan rakyat kebanyakan.

Sampai sekarang aku masih dalam kebengongan. Semua buku buku ekonomi dan kewangan dan perakaunan yang tebal tebal itu tidak dapat menjawab persoalan mudah ini. Profesor profesor kewangan, baik yang berambut panjang putih beruban, atau yang berambut tegak ke atas, mahupun yang tiada lagi rambut di atas kepala mereka, masih tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit, kering lagi jitu. Sebaliknya banyak jawapan yang diberikan adalah masih tahap sebasah bancuhan simen yang terlebih kapur.

Kenapa harga barang naik senantiasa?
Kenapa jurang ekonomi masih meluas sedangkan manusia sudah lama masuk zaman sains dan teknologi?
Kenapa susah sangat nak capai zero poverty?
Kenapa masih ramai berbilion umat manusia yang kelaparan sedangkan teknologi pertanian telah pun mengeluarkan makanan yang surplus cukup untuk manusia 14 billion?
Kenapa 100 tahun dulu takde cerita cerita inflasi pun, kenapa sekarang baru ada?

Bengong aku dibuatnya. Berasap kepala memikirkannya.

Ada yang argue kata sebab kita tak ikut sunnah nabi dalam muamalat. Kita tinggalkan cara hidup dan saranan Nabi kita ketika berniaga. Kita lupa pesan Tuhan yang mengharamkan riba.

Betul lah tu. Zaman kita ni memang haru biru. Kompleks betul, tak se'simple' orang dulu dulu. Financial knowledge orang dulu dulu mudah aje, jangan buat defisit, dan guna matawang logam. Kita sekarang banyak betul cabang ilmu kewangan, punyalah kompleks produk produk dan derivatif derivatif kewangan, tapi manusia susah juga nak makmur.

Cerita pasal matawang ni kan, kita sekarang guna wang kertas atau paper money. Ada pihak yang syorkan cara islam yang sebenarnya ialah hapuskan paper money dan kembali kepada penggunaan matawang logam. Baru takde inflasi, kata diorang ni.

Tapi bagi aku yang jadi masalah bukan paper money, tapi fiat money. Aaa dulu dulu wang kertas disandarkan pada berat emas atau perak. Contoh wang kertas zaman dulu - "wang kertas/sijil ini sah diperlakukan dengan berat emas/perak sekian sekian". Maknanya wang kertas zaman dulu adalah bersandarkan emas atau perak. Kita boleh tukar wang kertas kita dengan sekian sekian berat emas perak. Ini bukan fiat money, tapi betul betul ada nilai.

Tapi wang kertas zaman sekarang - "Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai RM1 atau RM2 atau RM5 atau RM10 atau RM50 atau RM100 ......... pelik sungguh la. Berapa sebenarnya nilai RM ni? Pakar kewangan kata bergantung kepada keyakinan rakyat. Ahh sudah. Ada lagi yang kata nilai RM bergantung kepada "basket of currencies" (us dollar + yen jepun + chinese renmibi + ntah apa lagi) - jadi sentiasa berubah ubah hari hari. Ini memang sahih fiat money.

God damn it!

Sapa punya kerja ni? Dah elok elok sandar pada emas yang stabil nilainya, kenapa pi tukar sandaran kepada yang terapung apung tak stabil (fiat)? kenapa menggelupur ikut masuk perjanjian bretton wood, atau god damn whatever agreements there were?

(Sat lagi trans pacific partnership agreement ni pun ikut lagu bretton wood ni, sekejap aje kita bersorak dapat manfaatnya, lepas tu merana selama lamanya mensengsarakan rakyat kebanyakan. Betul betul macam pak kaduk menang sabung ayam tapi kampung tergadai).

Now aku rasa fiat money ni yang menyumbang kepada inflasi. Ni yang dok buat harga barang terus naik walau pun seimbang supply dengan demand. Ni yang dok menghakis kuasa beli kita walau pun gaji naik. Ni yang dok buat kita rasa gaji kita rendah tak cukup cukup walau pun nampak tinggi ribu ribu kat atas slip gaji. Ni yang dok buat kita semua mengomel sampai bulat mata bila pergi pasar dan bazar ramadan - rm50 separuh bakul motor je.

Itu baru cerita basic item - makanan yang biasanya tiada atau kurang elemen spekulatif. Kalau masuk cerita property dan rumah kediaman yang sarat dengan spekulasi, pehh lagi sedih punya cerita.

Aii fiat money banyak jadi biasa, riba banyak pun jadi biasa, spekulasi banyak pun jadi biasa - kejahatan kezaliman banyak sangat hingga jadi biasa. Kita rakyat kebanyakan dibutakan diperbodohkan oleh pemimpin yang sepatutnya lebih celik lebih pandai dari kita.

Padanlah kelam kabut betul zaman kita ni. Kacau bilau dan jenayah sana sini. Masyarakat tengah stress. Umat manusia tengah kegelapan walaupun dikelilingi lebihan material.

Dah jauh sangat ni kita tinggalkan pesan Nabi, dan pesan Tuhan kita. Kita kena kembali ingat mengingati sesama kita apa yang disarankan Nabi dan Tuhan dalam kehidupan berniaga dan bermasyarakat. Kita kena guna emas, atau matawang bersandarkan emas; kita kena tinggalkan riba; kita kena jauhkan spekulasi - dalam amalan hidup kita.
Barulah yang fakir keluar dari kefakiran,
Yang miskin tidak bertambah miskin,
Dan yang kaya takpe lah bertambah kaya.

*Golongan lemah adalah penentu jangka hayat sesuatu spesis atau kaum. Kalau yang kuat berterusan menganiaya dan menzalimi yang lemah, Allah akan turunkan azab beserta malaikat pembunuh (thats a complete killer package courtesy of God with 100% termination rate), dan mengakhiri usia sesuatu kaum, baik jin mahu pun manusia, atau apa makhluk sekali pun.

Complete mass sudden extinction.

Total annihilation.

Sepertimana yang sering diberitakan dalam AlQuran.

Yang berhak berlaku zalim hanyalah Tuhan, bukan makhluk makhlukNya.


Salam!

No comments:

Post a Comment